Peluang Untuk Bahagia 43

Romance Completed 31764

SECAWAN kopi diletakkan di atas meja yang berada diantara ruangan sofa. Kemudian, Puan Zarina mengambil di atas sofa berselahan dengan Encik Amir. Itulah yang sering dia lakukan bila nampak saja Encik Amir sedang duduk berehat. Kalau tidak disediakan air, memang tidaklah suaminya mahu bancuh sendiri.

"Abang."

"Hmm."

"Tu, saya ada buatkan air kopi untuk awak."

Isterinya dipandang bersama senyuman manis.

"Awak ni asyik bagi saya minum air kopi je. Kena potong kaki nanti awak juga yang susah."

"Tak ada maknanya kena potong kaki. Saya buat kurang manis tu. Macam tak pernah minum pula."

Encik Amir ketawa kecil mendengar bebelan dari isterinya itu. Pantang diusik sikit, terus membebel mengalahkan nenek tua.

"Oh, ya. dah lama saya rasa Adam tak datang sini? Abang ada tanya dia tak kenapa dia tak datang? Saya rindu dengan dia."

"Rindu? Eh, tak silap saya baru tiga hari lepas dia balik sini. Itu lama awak cakap?" Tergeleng Encik Amir.

Baru saja tiga hari lepas Adam datang melawat mereka di rumah ini. Itu pun sebaik saja anak lelaki mereka baru pulang dari Terenggu terus singgah di sini terlebih dahulu. Dia ada juga memberi cadangan kepada Adam supaya terus tinggal di sini. Adam tinggal di sana juga bersendirian selepas Kayla dihalaunya keluar. Tetapi tidak tahu kenapa sukar benar anak lelakinya itu mahu kembali tinggal disini semula. Dengan alasan, sunyi rumah itu kalau ditinggalkan.

Puan Zarina menjeling.

"Lama la tu. Awak tak apa lah hari-hari tengok muka Adam dekat office tu. Saya ni nak nampak muka dia sekali seminggu pun susah. Tak tahu apa yang seronok sangat tinggal dekat sana seorang diri pun saya tak tahu la. Awak cuba la pujuk dia tinggal dekat sini."

"Saya dah cuba dah. Dia cakap kalau dia tinggal dekat sini, nanti rumah dia tu sunyi tak ada orang. Dah itu yang dia jawab, saya nak pujuk macam mana lagi? Awak macam tak kenal anak awak tu. Lepas dia tahu perkara sebenar soal Lara tu, terus sikap dia jadi berubah."

Kata-kata Encik Amir diiyakan Puan Zarina. Perasan, sikap Adam memang lain selepas daripada kejadian itu. Nak sulungnya itu suka sangat termenung sendiri. Bila ditanya, Adam akan jawab sedang termenungkan Kayla. Parah sungguh! Tidak lain tidak bukan, Adam masih terasa bersalah buat Kayla begitu.

Pandai buat pandailah tanggung. Dia sudah pun menemukan Adam dengan Kayla. Kalau Adam anak yang bijak, Adam akan gunakan peluang itu dengan sebaik mungkin. Untung saja dia sayangkan Adam, kalau tidak memang tidak beri sedikit peluang pun kepada anak lelakinya itu untuk bertemu dengan Kayla dan meminta maaf.

"Lepas dia balik dari Terengganu hari tu, dia ada cerita apa-apa tak dekat abang? Fasal dia dengan Kayla?"

"Tak ada la pula."

"Abang tak ada tanya dia?"

"Tak. Biarlah dia buka mulut cerita sendiri. Abang malas nak ambil tahu. Cukuplah kita bagi dia peluang berjumpa dengan Kayla. Yang lain-lain tu pandai dia la urus sendiri." Ujar Encik Amir seraya mencapai cawan dihadapannya.

"Saya kesian kadang-kadang tengok anak kita tu. Dia suka termenung sekarang sebab fikirkan kesalahan dia pada Kayla."

"Memang kesian. Abang pun kesian juga. Tapi nak buat macam mana? Masa dah berlalu. Dah tiga bulan dah berlalu. Sekarang dia pun dah sedar. Kita biarkan dia selesaikan dan betulkan dengan baik. Pandai buat pandailah dia tanggung and fix everything."

"Itulah-"

Bicara Puan Zarina terganggu. Bunyi loceng pintu utama yang ditekan dari luar mematikan percakapannya. Suaminya dipandang.

"Siapa?"

"Entah."

Encik Amir bangun dari sofa dan terus menuju ke pintu rumah. Pintu dibuka sedikit dan dia mulai mengintai gerangan yang datang.

"Assalamualaikum, Pak Lang. Haris la ni."

Mendengarkan nama Haris itu, lekas saja daun pintu dibuka luas.

"Waalaikumussalam. Lah, Haris rupanya. Pak Lang ingatkan siapalah yang datang time macam ni. Eh, masuk lah."Usai Haris menyalaminya, anak saudaranya itu dijemput masuk ke dalam rumah. " Na, Haris datang ni ha."

Haris dibawa ke ruangan sofa di mana Puan Zarina berada.

"Mak Lang. Sihat?" Ramah Haris menyoal sambil menyalami tangan Puan Zarina.

"Haris rupanya. Alhamdulillah. Mak Lang sihat je. Lama tak nampak Haris. Pergi mana?"

"Tak ada pergi mana pun. Cuma tak sempat nak datang. Hari ni baru sempat."

"Oh. Dah alang-alang Haris datang ni apa kata kita makan tengah hari sama-sama? Haris dah makan ke?" Puan Zarina sudah berdiri bersedia untuk ke dapur. Kebetulan pula dia dan Encik Amir belum makan lagi.

"Belum. Haris pun rindu nak makan masakan Mak Lang ni. Tiba-tiba pula rasa lapar."

Tergelak kecil Puan Zarina mendengarkan itu.

"Pandai bodek eh? Tak apalah. Duduk dulu berbual dengan Pak Lang. Mak Lang nak pergi masak."

Langkah Puan Zarina dihantar dengan pandangan dari Encik Amir dan Haris sebelum Encik Amir mempelawa anak saudaranya itu untuk duduk disofa.

Hairan.

Itu yang Encik Amir rasa. Seingatnya, kali terakhir dia dan anak saudaranya itu bersemuka adalah pada hari majlis perkahwinan Adam dan Kayla berlangsung. Selepas dari itu, langsung tidak nampak mahupun dengar khabar dari Haris. Lepas beberapa bulan menghilang, hari ini tiba-tiba muncul di rumah. Aneh bukan?

Tapi, syak wasangka itu cepat saja disangkal. Mungkin Haris benar-benar sibuk kerana itu tidak sempat datang ke sini. Dia juga tidak kesah kalau Haris nak datang atau tidak. Tidak ada kepentingan pun kepadanya. Cuma, sebagai bapa saudara dia sedikit hairan dan berasa ingin tahu ke mana Haris pergi beberapa bulan ini.

"Adam tak balik sini ke, Pak Lang?" Puas memerhati sekeliling rumah, Haris memilih untuk bertanya apabila kelibat Adam langsung tidak kelihatan.

"Dia baru je balik sini tiga hari lepas. Hari ni tak kut."

"Oh. Dia buat apa je dekat rumah sana? Bukan ke Kayla tak ada?"

Wajah tua Encik Amir terus berubah bila dengan selamba saja Haris bertanya begitu. Jadi, Haris tahu masalah yang melanda dalam rumah tangga Kayla? Tapi, bagaimana Haris boleh tahu? Bukankah sudah lama anak saudaranya itu tidak muncul.

"Har-Haris tahu?"

Haris bungkam. Bibir dikemam kerana dia sudah terlepas cakap. Nampak sangat dia tahu segalanya tentang Kayla.

"Er- tahu apa tu?" Berpura-pura bagi menutup perkara yang sudah dia tahu. Boleh pula terlepas cakap macam tu. Mesti bapa saudaranya itu sudah fikir ke arah lain.

"Kayla tak ada dekat rumah Adam?" Tekan Encik Amir sedikit kuat. Kalau benar Haris tahu, dia akan tanya dengan pelbagai soalan dari mana lelaki muda itu tahu.

Perlahan Haris mengangguk.

"Ta- tahu. Sebab beberapa hari lepas tak silap Haris terserempak dengan Kayla dekat Terengganu. Haris tak tanya pula dia buat dekat sana sebab maybe kena settle kes dekat sana. So, Haris agak Kayla tak ada dekat rumah la." Fuh! Alasan yang dirasakan puas hati bagi dirinya.

"Oh." Lega sekali Encik Amir mendengarkan itu. Hampir saja dia fikir yang buruk-buruk.

Iyalah, Haris sudah hilangkan diri beberapa bulan. Tiba-tiba muncul hari ini terus tanya soalan seperti itu. Mana tidak buat dia panasaran. Dia orang tua, mudah saja fikir terpesong ke arah lain.

"Kenapa Pak Lang nampak terkejut je bila Haris tanya macam tu?"

"Ha? Tak ada apa-apa. Cuma, pelik la sebab Haris dah lama tak muncul. Tapi tiba-tiba datang sini tanya fasal Adam dan Kayla. Eh, tak apa la. Pak Lang nak pergi tengok Mak Lang masak apa. Nanti Pak Lang keluar sambung berbual dengan Haris."

Dengan segera Encik Amir bangun berdiri dan berjalan sedikit laju menuju ke arah dapur. Ada berita sensasi yang dia mahu berkongsi bersama isterinya. Biarpun lega, tetapi rasa musykil dan hairan tetap ada.

????

"BOLEH saya berjumpa dengan bos awak?"

Tidak berkelip mata Rin saat terpandang seorang lelaki yang sedang menyapanya beberapa saat yang lalu. Wajah lelaki itu sangat memukau dirinya sekarang ini. Jarang sekali dia mahu merenung dan memandang orang sebegini rupa. Sewaktu pertama kali berjumpa dengan Adam, tidak pula dia begini walaupun majikannya itu tampan tidak boleh bawa bincang. Tapi kali ini, lelaki dihadapanya mampu tidak buat dia berkelip mata.

Wow! Handsome betul! Siapa dia ni?!

"Cik?"

Rin masih memakukan pandangannya pada wajah lelaki tersebut.

Lelaki itu tidak selesa bila dipandang sebegitu. Leher belakangnya digaru walaupun tidak gatal. Aneh betul gadis dihadapannya ini.

"Emm- Cik? Cik? Hello?" Tangan kanan dilambai-lambai dihadapan Rin.

Rin mula tersedar dan cepat-cepat menundukkan pandangannya.

"Astaghfirullah! Zina mata Rin, jangan buat hal!" Gumam Rin secara perlahan. Kepalanya digelengkan berkali-kali. Rasa berdosa pula tenung anak lelaki orang lama-lama.

"Cik cakap apa?"

"Ha?" Wajah diangkat.

Wah! Mata dia memang tidak dapat tahan bila tengok wajah lelaki itu.

Jangan buat hal Rin! Mana tahu mamat ni laki orang. Mati lah kau!

Lelaki itu mula ketawa kecil. Tercuit hatinya dengan tingkah gadis itu.

"Tak. Saya tanya, boleh tak saya nak jumpa dengan bos awak? Dia ada?" Ulangnya semula.

"Oh, bos saya. Maksud Encik, Encik Adam ke?" Hampir saja Rin menyoal dengan tergagap-gagap. Bikin malu saja la!

"Ya. Dia ada?"

"Ad- ada. Encik Adam ada."

"Okey. Boleh saya jumpa dia?"

"Oh, boleh, boleh. Tapi Encik kena kenalkan diri Encik dulu and then saya akan inform pada Encik Adam yang Encik nak jumpa dia." Huhu! Kesempatan dalam kesempitan.

Eh! Tapi memang betul pun lelaki itu perlu memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nanti tidak tentu fasal kena marah dengan majikannya itu.

"Okey. Saya Haris, sepupu kepada Adam."

Sekali lagi Rin terlopong memandang Haris.

Tuan punya badan handsome nak mati. Nama pun sedap didengar. Masha Allah!

"Cik?"

"Ha? Okey, okey. Hehe. Sorry. Encik Haris boleh tunggu dekat situ dulu sementara saya pergi maklum dekat Encik Adam. Silakan." Hah tengok! Sekali sebut saja dia sudah ingat nama lelaki itu.

Haris.

Hehe!

Haris mengangguk perlahan sebelum segera pergi ke ruangan menunggu seperti yang ditunjukkan.

Dengan segera juga Rin bangun dari tempat duduknya dan berlalu ke bilik Adam. Pintu diketuk terlebih dahulu.

"Masuk."

Kedengaran suara Adam dari dalam. Pintu dibuka.

"Sorry ganggu, Encik Adam."

"Tak apa. Kenapa?"

"Saya nak cakap ada someone nak jumpa dengan Encik Adam."

Adam mengerutkan dahi.

"Siapa?"

"Dia cakap nama dia Haris and dia sepupu Encik Adam."

"Haris?" Soal Adam dalam nada terkejut.

"Yes, Encik Adam." And lagi satu, sepupu Encik Adam tu single lagi tak? Handsome namatey! Sempat Rin menyambung di dalam hatinya.

"Okey, panggil dia masuk."

"Okey." Pintu ditutup oleh Rin.

Dahi Adam masih berkerut. Tidak pernah-pernah sepupunya cari dia sehingga ke pejabat. Sudah lama juga dia tidak mendengar khabar Haris. Tiba-tiba datang ke pejabat dan mahu berjumpa dengan dia kenapa? Buang tabiat ke apa?

Rin menghampiri Haris.

"Encik Haris. Encik boleh masuk sekarang."

Haris terus berdiri dan tersenyum. "Okey. Terima kasih." Lalu, dia beredar dari ruang menunggu tanpa menoleh ke belakang memandang Rin.

Rin pandang belakang Haris sambil kedua tapak tangan disatukan dan dibawa ke pipinya.

"Kasih diterima."

Tetapi hanya untuk beberapa saat saja sebelum dia mula sedar ke alam nyata.

"Uish! Sepupu bos pun jadi erk kau, Rin? Tak sedar diri betul!" Tempat kerjanya kembali didekati bersama perasaan gembira.

Haris mengetuk pintu. Kemudian, selepas mendengar suara Adam dari dalam, terus dibuka pintu itu seluasnya.

"Hai, bro." Sapa dia sebelum melangkah masuk ke dalam.

"Haris. Mimpi apa kau datang sini?" Adam bangun berdiri dan segera bersalaman.

Hanya bersalam. Untuk peluk-peluk like brother memang tidak! Dia masih lagi tidak dapat betul-betul baik dan rapat dengan Haris. Hatinya masih tidak terima kalau itu yang dia lakukan sewaktu berjumpa dengan Haris. Cukuplah dia dapat bercakap dan bergurau sikit dengan sepupunya itu.

"Saja datang melawat." Dengan selamba Haris terus duduk dikerusi tanpa diarah Adam.

Adam sedikit terkejut dengan tingkah selamba Haris. Biasanya Haris bukan begitu. Tanpa mengambil endah, dia kembali duduk semula.

"Aku tahu kau mesti ada sesuatu sebab tu kau datang jumpa aku, kan?"

"Betul. Memang aku ada sesuatu." Jika tadi wajah Haris dihiasi dengan senyuman, namun sekarang tidak lagi. Adam dipandang dengan wajah yang serius.

Dia datang berjumpa dengan Adam hanya kerana satu sebab. Kayla. Itu saja adalah sebabnya.

"Okey." Fail-fail yang terbuka, Adam tutup semula dan disusun ditepi. "Kau cakap yang kau nak cakap. Aku tak boleh lama dengan kau. Kau pun tahu kan hubungan kita berdua ni macam mana?" Sinis sekali dia menyoal.

Padanya, ada sesuatu yang berbeza pada Haris. Wajah serius Haris membuatkan Adam faham sendiri yang sepupunya itu sedang menahan rasa amarah dalam diri. Tapi dia tidak pasti apa. Hendak kata dia dan Haris ada masalah, sudah lama mereka berdua tidak bersua.

Bicara Adam menghadirkan ketawa sinis dari Haris.

"Aku pun. Lepas apa yang kau dah buat, kau rasa aku akan baik dengan kau macam dulu ke?"

"Apa yang kau cuba nak cakap sebenarnya ni?" Adam mula tidak senang duduk. Haris bercakap dengannya seolah-olah dia ada buat salah dengan sepupunya itu.

"Kau tak faham atau buat-buat tak faham?"

"Tak. Aku memang tak faham. Kau datang jumpa aku terus cakap macam ni. Seingat aku kita dah lama tak bergaduh, kan?"

"Kita memang tak bergaduh. Tapi sekarang aku akan cetuskan pergaduhan dengan kau. Sebab selama asyik kau je tak puas hati dengan aku. So now is my turn." Suara yang perlahan tetapi cukup sinis kata-kata Haris dilemparkan kepada Adam.

Sekarang, Adam mati akal dan hilang kata-kata. Haris bukan seperti ini. Kenapa sekarang Haris dihadapannya lain sangat?

"Haris, apa masalah kau? Bukan dulu kau yang beria-ria nak kita berbaik? And now apa hal kau pula nak bergaduh dengan aku? Aku dah tak ada masalah dengan kau, kan? Kau ni pelik la."

"Siapa kata kau tak ada masalah dengan aku?"

"Okey! Kalau aku ada masalah dengan kau, just straight to the point. Tak perlu nak perli-perli aku dengan ayat sinis kau tu. Cakap."

Tap!

Haris meletakkan tangannya ke meja Adam seraya berdiri. Tajam dia memandang Adam. Jika tidak disabarkan hati, tangannya sekarang juga dia naikkan tangan ke wajah Adam. Hadiahkan penumbuk sempena dia kembali bersua dengan sepupunya itu.

"Apa masalah aku dengan kau? Kau fikir balik apa yang kau dah buat pada Kayla." Haris mengetap gigi sehingga gerahamnya bergerak-gerak.

Reaksi Adam berubah tercengang. Dia turut berdiri berdepan dengan Haris.

"Kenapa? Terkejut?"

"Kau tahu?"

"Ya! Aku tahu semua fasal Kayla. Kau lupa? Aku tetap akan jadikan Kayla milik aku. Tapi, aku biarkan dia kahwin dengan kau sebab aku tahu dia cinta sangat dekat kau. Masa tu aku yakin yang kau adalah kebahagiaan dia. Tapi, aku tak sangka kau buat dia macam tu."

"Mana kau tahu semua tu?" Adam mula bengang.

"Of course dari Kayla."

Adam rasa dunia berputar dengan sangat laji dan cepat. Jawapan Haris benar-benar mengejutkan dirinya.

Kayla?

Tapi, tak mungkin. Tak mungkin Kayla.

Kepala digeleng.

"Kau jangan libatkan Kayla."

"Kenapa?" Haris bergerak ke sisi Adam. Bahu sepupunya itu dipegang. Dia tersenyum sinis.

"Kalau kau nak tahu sebelum Kayla jadi isteri kau, aku dengan dia pernah bercinta. Empat tahun. Empat tahun aku dengan dia bercinta, tapi tiba-tiba pula suruh dia jadi pengganti Lara. Kau tahu tak apa yang aku rasa?"

Adam terngadah. Haris dipandang tidak percaya. Haris dengan Kayla pernah bercinta? Kenapa dia tidak tahu? Dan, Kayla tidak pernah sedikit pun bercerita kepadanya.

"Kau jangan nak reka cerita. Kalau betul, kenapa Kayla tak pernah bagitahu aku?"

"Buat apa aku nak tipu? Kau boleh tanya Kayla."

"Tak."

"Macam mana dia nak bagitahu kau kalau kau asyik sibuk dengan kekasih kesayangan kau? Ya. Aku tahu kau kawan baik dia. Tapi lepas kau bercinta dengan Lara, aku adalah tempat dia mengadu, tempat dia luahkan segala perasaan dia. Kau tahu tak? Kau tak tahu. Yang kau tahu bercinta dengan Lara and after Lara larikan diri kau suruh dia jadi pengganti Lara. Itu je yang kau tahu!"

Menggigil tangan Haris kerana menahan dari melancarkan penumbuk pada wajah Adam. Sakit betul hatinya bila memandang wajah Adam. Dia nekad datang ke sini kerana mahu Adam lepaskan Kayla. Dia tidak dapat tahan dirinya lagi bila teringat apa yang Adam dah lakukan pada Kayla.

Adam diam membisu. Berita yang baru dia dengar ini sungguh membuatkan dia terkejut sehingga tiada kata yang keluar. Mahu percaya atau tidak dia tidak tahu. Dia risau kalau dia percaya, situasi di mana dia mula membenci Kayla mula terjadi semula. Dan, dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Menuduh Kayla tanpa bukti.

"Adam. Aku lepaskan Kayla sebab aku tahu dia terlampau sayang dan cintakan kau. Aku halang dia dari beritahu pada semua orang termasuk kau tentang hubungan aku dengan dia sebab aku nak dia kahwin dengan kau. Disebabkan aku nak tengok dia bahagia, aku sanggup lepaskan dia pada kau. Aku dengan harapan tinggi yang dia akan bahagia dengan kau. Tapi aku tak sangka kau sanggup kecewakan dia, Adam. Aku betul-betul menyesal biarkan dia kahwin dengan kau. Sepatutnya sekarang dia tengah bahagia. Bahagia dengan aku! Bukan derita disebabkan kau!"

Kaki melangkah jauh dari Haris. Adam berpaling menghadap tingkap. Dia tidak tahu apa yang sedang dia rasa sekarang.

Marah?

Kecewa?

Cemburu?

Terkilan?

Menyesal?

Semua ada.

Semua itu dia rasa dan bercampur baur.

Dia mengeluh seketika.

Kayla pernah bercinta dengan Haris? Bukankah gadis itu cintakan dia?

"Kalau dia cintakan aku, kenapa dia bercinta dengan kau?" Perlahan dan dalam keadaan stabil dia menyoal.

"Sebab dia nak move on. Dia nak hapuskan rasa cinta tu pada kau dengan jadikan aku kekasih dia. Sometimes aku rasa aku digunakan but it's okey. I love her and i'll do anything what she wants. Aku sanggup dengar luahan hati dia even aku sendiri sakit bila dia mengaku yang dia cintakan kau. Aku dapat rasa apa yang dia rasa. Situasi kami sama. Dia cintakan kau tapi kau cintakan Lara. Dan, aku cintakan dia tapi dia cintakan kau."

"Kau tahu tak Adam. Empat tahun aku jadi kekasih dia. Empat tahun. Tapi masa tu masih lagi tak cukup untuk dia cinta dan sayang dekat aku sepenuh hati dia. Nak tahu kenapa? Sebab dalam hati dia masih ada kau! Aku buatlah apa-apa pun dia tetap cintakan kau! Lepas dia jadi kekasih aku, dia langsung tak ada sebut fasal perasaan dia pada kau dekat aku. But, even dia tak sebut I still can feel that she still love you! And the important thing that you should know, masa kau suruh dia gantikan tempat Lara. Masa tu, dalam hati dia dah ada aku. Dia dah cintakan aku even i know cinta dia dekat aku tak setanding besarnya cinta dia pada kau. Aku tak kesah. Janji dia cintakan aku."

Luahan Haris hanya didengari Adam. Tipu kalau dia cakap dia tidak kecewa bila dapat tahu semua ini. Empat tahun Kayla bersama Haris tapi dia langsung tidak tahu.

Cemburu?

Tentu sekali. Kayla merupakan perempuan pertama yang dia kenal dalam hidup dia. Kayal adalah perempuan yang buat dia ceria selain dari Uminya pada masa dulu. Tapi, sejak mereka meningkat dewasa semua tu sudah jarang berlaku. Dia dan Kayla buat haluan masing-masing.

Punca semua itu adalah daripada dia. Dia tahu. Tetapi, sampai hati Kayla sikit pun tidak pernah bercerita tentang itu. Bila ditanya, tentu Kayla akan jawab antara Kayla dan Haris tiada apa-apa hubungan.

"Kenapa baru sekarang kau bagitahu semua ni?"

Soalan Adam membuatkan Haris bertepuk tangan.

"Good. Soalan tu yang aku nak dengar."

"Tell me."

"Macam ni la Adam. Dulu, aku ikhlas biarkan Kayla kahwin dengan kau. Macam aku cakap tadi, aku yakin kau dapat bahagiakan dia. You're her happiness. Aku juga dah janji pada diri aku sendiri yang aku akan sentiasa ada bersama Kayla if anything will be happen. And now, apa yang aku kata tu dah terjadi. Kau kecewakan dia sampai dia bawa diri jauh seorang diri. And aku sedia untuk semua tu." Haris berhenti di situ.

Dan Adam masih lagi membuka telinga ingin mendengar apa sebenarnya tujuan Haris menceritakan ini semua.

"Aku nak kau serahkan Kayla pada aku semula."

Sebaris ayat menyentakkan Adam. Lalu, dia berpusing ke belakang menghadap Haris. Panas telinga bila itu yang Haris katakan. Itu tujuan Haris?

"Untuk apa aku kena serahkan isteri aku dekat kau?"

"Untuk buat dia bahagia. Aku tak nak dia derita lagi bila dia masih dengan kau. Kau juga tak cinta dan sayangkan dia. So, aku yang layak untuk dia."

Berkali-kali Adam beristighfar di dalam hati. Sejak dia nekad mahu meminta maaf dari Kayla, itu yang sering dia lakukan untuk menyabarkan hati. Kerana itu sampai terbawa-bawa.

Haris dipandang tajam sekali.

"Kau ingat Kayla tu barang? Main campak sana sini?"

Ketawa Haris pecah.

"What? Oh! Aku buat tak boleh? Habis tu, kau buat dia macam barang tak apa pula? Kau kutip bila perlu. Bila Lara tak ada, kau ambil Kayla jadikan pengganti kekasih kesayangan kau tu. Bukan ke kau dah jadikan dia barang sebelum ni?"

"Kau!" Adam sudah hilang sabar. Penumbuk mula diangkat dan kolar baju kemeja Haris dipegang kuat.

Tetapi makin galak Haris ketawa.

"Apa ni, Adam? Dengan sepupu pun kau nak bagi makan penumbuk ke? Kau lupa ke dulu? Disebabkan muka aku makan penumbuk kau, Kayla bergaduh dengan kau? Kau nak situasi tu berulang lagi ke?" Soal dia main-main dalam sisa tawa.

Penumbuk dikepal kuat sebelum kolar baju Haris dilepaskan dan Adam mendengus kuat. Haris mencabar kesabarannya.

"Kau keluar sekarang. Pergi balik! Jangan sibuk hal rumah tangga aku."

Haris senyum herot. Muka dia bernasib baik hari ini.

"Terbinanya rumah tangga kau sebab aku. Aku yang serahkan Kayla pada kau. Bila-bila masa aku boleh runtuhkan rumah tangga kau. Aku akan ambil balik apa sepatutnya jadi hak aku. Kau ingat tu Adam."

"Aku tak akan lepaskan Kayla pada orang yang macam kau. Kau tu psycho!"

"Kau boleh cakap apa saja yang kau nak. But Kayla is mine. Aku balik dulu." Penuh dengan pandangan ejekkan, Haris melambai-lambai ke arah Adam sebelum keluar dari bilik itu.

Puas hati dia!

Adam memegang kepalanya. Dia berpaut pada kerusi sebelum perlahan-lahan duduk disitu. Bersama tangan yang terketar-ketar, dia mula meraba ke dalam sorok mejanya. Satu bekas ubat diambil dan segera ditelannya.

Kepala tersandar lemah. Berpinar pandangannya kini.

"Aku tak akan lepaskan Kayla pada kau Haris. Aku tak nak benda yang sama berulang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience