Peluang Untuk Bahagia 12

Romance Completed 31764

SURAT ditangan dipegang erat bersama sebuah senyuman tergaris dipipi. Senyuman kegembiraan. Walaupun sudah berkali-kali dia menatap sekeping kertas itu, namun rasa gembira dan syukur tidak pernah henti. Sejak surat itu sampai ke banglo milik Encik Amir beberapa hari lepas, dia tidak pernah berhenti dari tersenyum. Malah, semangatnya juga untuk memulakan hidup baru semakin berkobar-kobar.

Kayla mengeluh penat sambil melangkah masuk ke dalam rumah setelah memastikan Marcedes Benz A milik Haris meninggalkan perkarangan banglo Encik Amir. Jam 4 petang barulah Haris menghantarnya pulang selepas sahaja mereka keluar makan dan menonton wayang bersama. Itu pun disebabkan dia yang menggesa lelaki itu menghantarnya pulang. Bukan tidak mahu meluangkan masa dengan Haris lama-lama, tetapi dia berasa sedikit tidak selesa.

"Assalamualaikum." Pintu rumah ditutup rapat dan membawa langkah ke ruangan sofa. Bersama keluhan dia duduk di atas sofa. Badan disandar lemah. Penat.

"Waalaikumussalam. La, cepatnya Kayla balik. Dah habis dating dah?"

Kayla memandang suara itu. Jelingan manja diberikan. Ada saja la yang mahu mengusik dia. Tadi Baba, dan sekarang Mak Temah pula.

"Tak ada maknanya nak dating, Mak Temah. Kayla dengan Haris tu berkawan saja la."

"Iya la. Mula-mula kawan. Lama-lama kahwin." Semakin galak Mak Temah mengusik. Mengekek dia sendiri dengan kata-katanya.

"Mak Temah, jangan la usik Kayla macam tu. Tak suka la."

Bibir Kayla mula memuncung. Dia berpeluk tubuh memandang ke arah lain. Penat lepas keluar bersama Haris pun belum hilang lagi, tapi balik saja ke rumah sudah dapat usikan begitu. Kahwin? Apa la yang Mak Temah merepek. Dia baru saja tamat belajar la. Tak mungkin di usia 24 tahun dia akan mendirikan rumah tangga. Lagipun, siapa saja yang nak kan dia? Tiada siapa.

Mak Temah menggeleng sambil tersenyum. Dia meninggalkan anak majikannya itu untuk berlalu ke dapur. Di ambil satu sampul surat berwarna putih yang dihantar oleh postman sebaik saja Kayla keluar tadi. Sampul surat itu dibawa keluar. Surat itu adalah untuk Kayla. Siap tertera nama Kayla Raihana Binti Ahmad Khairul lagi tu ha.

Anak gadis itu dihampiri. "Nah."

"Hmm? Surat apa ni, Mak Temah?" Tanpa mengambil surat yang dihulur, Kayla menyoal hairan.

"Entah la. Mak Temah pun tak tahu. Ini surat Kayla. Lepas Kayla turun rumah dengan Haris tadi, postman hantar. Ambil la, mana tahu penting. Nah."

Sampul surat yang dihulur diambil Kayla. Dia membelek-belek sampul surat itu. Mak Temah telah pun kembali ke ruangan dapur. Tempat di mana Mak Temah menghabiskan masa. Entah apa yang dibuat pun tidak tahu. Ada saja makanan yang terhidang. Untung saja dia tidak gemuk kerana asyik makan saja.

Tanpa sebarang reaksi, dengan selamba sampul surat itu dibuka tanpa perasaan walaupun dia kehairanan. Mana pernah dia dapat surat melainkan surat tawaran belajar sahaja. Lipatan surat dibuka dan satu persatu dibacanya. Sesaat, matanya membulat luas. Badan duduk dengan tegak. Sekali lagi ayat yang tertulis di dalam surat itu dibaca dengan penuh tekun sekali tidak mahu meninggalkan satu ayat pun kerana dia mahu memastikan apa yang dia telah baca tadi adalah betul.

Kayla bangun berdiri dan...

"Yeay! Alhamdulillah, Ya Allah!"

Dia bersorak gembira sambil memeluk surat tersebut. Dia memusing-musingkan badan kerana terlalu gembira. Kalau boleh dia mahu melompat sehingga bumbung banglo ini tertembus! Melampau bukan? Tetapi dia sangat gembira sangat!

"Ya Allah, Kayla. Yang menjerit tu kenapa? Terkejut la Mak Temah." Jerit Mak Temah dari dapur apabila suara Kayla menyapa pendengarannya sehingga dia terkejut.

"Mak Temah. Umi mana?"

"Ada dekat atas rasanya."

Lalu, dengan cepat Kayla berlari naik ke atas. Itulah dia. Setiap kali apa yang dia dapat, tentu orang pertama yang dia akan cari adalah Puan Zarina. Puan Zarina adalah orang pertama yang dia akan bagitahu dan sampaikan apa saja tentang dia. Dia lebih mengutamakan Puan Zarina walaupun wanita itu hanya ibu angkatnya.

Bilik Puan Zarina dihampiri dengan nafas yang tercungap-cungap kerana kepenatan berlari naik ke tingkat atas. Pintu bilik diketuk bertalu-talu.

"Umi. Umi"

Agak lama untuk pintu bilik itu dibuka. Beberapa saat kemudian barulah terpancul wajah Puan Zarina yang dihiasi dengan telekung putih. Mungkin Uminya baru selesai solat.

"Eh, Kayla dah balik? Kenapa ni balik je terus cari Umi?"

Tanpa menjawab, tubuh Puan Zarina dipeluk erat. Sangat erat. Berkerut dahi Puan Zarina. Pelik bila tiba-tiba dipeluk oleh Kayla. Bahu Kayla ditepuk-tepuk perlahan.

"Kenapa ni?"

Pelukan dilepaskan. Kayla tersengih sebelum menayangkan sekeping surat dengan wajah gembira.

"Apa ni?"

"Umi baca la."

Segera Puan Zarina mengambil kertas ditangan Kayla dan dibawa masuk ke dalam bilik. Dia duduk dihujung katil diikuti Kayla. Ayat yang tertulis pada kertas itu dibaca satu persatu. Lama, wajahnya bertukar ceria. Kayla disebelah dipandang.

"Ya Allah! Tahniah anak Umi." Terus Kayla dipeluk dan kepala anak gadis itu dikucup kasih. Sekali lagi Kayla membuatkan dia bangga.

"Alhamdulillah. Kayla tak ada la perlu menganggur lama. Akhirnya, dapat juga tawaran temuduga laywer. Bijak anak Umi ni." Pipi Kayla dicubit mesra.

"Alhamdulillah. Ayah, Ibu. Kayla dah dapat apa yang Kayla nak. Kayla dah dapat tawaran untuk jadi peguan, Ayah, Ibu. Kayla happy sangat. Kalau Ayah dengan Ibu ada, mesti Ayah dengan Ibu bangga dengan Kayla kan? Mesti Ayah dengan Ibu akan peluk Kayla kuat-kuat dan mesti Ibu akan masak sedap-sedap, kan?" Kayla bermonolog sendiri. Air mata jatuh berlinangan saat teringat akan kedua orang tua yang disayangi.

Sekali lagi kertas yang mengatakan tawaran untuk dia pergi temuduga sebagai peguam pada minggu depan. Perasaan gembira setelah mendapat tawaran itu tidak dapat dia luahkan. Walaupun hanya sekadar tawaran, itu sudah cukup dia bangga dengan sendiri. Sekurang-kurangnya, peluang untuk dia jadi seorang peguam sangat luas dan sangat hampir dengannya.

Habis basah beberapa tempat pada kertas itu kerana titisan air matanya yang jatuh pada kertas itu. Air mata kegembiraan bercampur dengan kesedihan. Gembira kerana dia hampir dapat apa yang dimahukan. Sedih kerana dia tidak dapat menyambut kejayaannya bersama-sama kedua orang tuanya.

----------

ENCIK AMIR tersenyum lebar melihat orang ramai memenuhi ruang banglo miliknya. Pada malam ini dia telah mengadakan solat hajat sempena Kayla akan pergi ke temuduga pada dua hari lagi. Dia berharap, dengan mudah Kayla akan diterima sebagai peguam. Agak sukar untuk dia percaya yang Kayla akan mula menceburi bidang pekerjaan. Tidak percaya bahawa anak gadis itu sudah besar dan akan mula bekerjaya sendiri. Rasa masih baru lagi dia menjaga Kayla. Cepat sangat masa berlalu.

"Pak Lang."

Suara anak muda yang menyapa dibelakang mematikan lamunannya. Lekas dia berpaling dan tersenyum.

"Haris. Lambat sampai. Kenapa?"

"Sorry, Pak Lang. Haikal tiba-tiba call Haris suruh pergi ambil dia dekat TBS sebab dia tengah cuti sem sekarang. Itu yang lambat datang. Dah solat ke?"

"Ha'ah dah solat. Tapi tak apa, Haris datang pun Pak Lang dah berterima kasih sangat. Papa dengan Mama tak datang ke?" Lama sangat dia tidak bertemu dengan adik perempuannya itu. Susah sangat mahu datang ke sini.

Haris menggeleng. "Tak. Tapi Mama cakap dia nak datang esok. Mama dengan Papa kirim salam."

"Waalaikumussalam. Jom masuk makan. Kayla pun ada dekat dalam. Mesti dia suka Haris dah sampai. Jom."

Mendengar nama Kayla membuatkan Haris tidak sabar mahu berjumpa dengan gadis itu. Bangga benar dia dengan Kayla yang sudah menerima tawaran untuk jadi peguam. Sedangkan dia masih lagi belum ada rezeki. Mungkin lambat sikit.

"Kayla. Haris dah sampai ni." Kayla sedang menyusun kuih yang dikeluarkan dari dapur dipanggil Encik Amir.

Mendengarkan itu, terus Kayla menghampiri Encik Amir dan Haris. "Hai." Sapa Kayla ceria.

Untuk seketika dia terpaku sebenarnya melihat cara pemakaian Haris pada malam ini. Rasa tenang bila dipandang. Haris yang mengenakan baju melayu berwarna peach menaikkan lagi ketampanan lelaki itu. Ditambah pula dengan memakai songkok.

"Hai. Sorry lambat. Tak sempat nak solat sama-sama." Dengan riak bersalah Haris meminta maaf. Padahal, jika tidak disebabkan keretanya sudah lama dia sampai.

"It's okey. Thank you sebab sudi datang."

"Most welcome and tahniah sebab dah dapat tawaran. You're very lucky girl. Tak sampai sebulan habis belajar awak dah dapat tawaran. Hebat."

"Alhamdulillah. Rezeki saya awal. Mana tahu esok awal pula."

"Insha Allah."

Senang sekali hati Encik Amir melihat kemesraan diantara Kayla dan Haris. Dia perasan, sejak akhir-akhir ini hubungan Kayla dan Haris semakin mesra dan rapat. Dia tidak kesah kerana Kayla juga adalah sebahagian dari keluarganya dan anak gadis itu boleh saja bermesra dengan ahli keluarganya yang lain. Lagi dia suka. Kerana disitu dia dapat lihat bahawa Kayla selesa berada di dalam keluarganya.

"Okey la, kamu berdua sembang la. Kayla, temankan Haris makan ya? Baba nak pergi jumpa kawan Baba. Haris, jemput makan. Pak Lang ke sana kejap." Bahu kanan anak saudaranya itu ditepuk perlahan sebelum dia beredar dari situ mendekati rakan-rakan sekerjanya meninggalkan Kayla dan Haris.

"Jom. Saya bawa awak pergi ambil makanan."

Haris senyum. Langkah Kayla dibuntutinya dari belakang. Tidak tahu kenapa dia rasa lain sangat pada malam ini. Layanan Kayla buat dia rasa dia adalah lelaki istimewa bagi Kayla. Tambahan pula, Kayla senang ketawa pula hari ini. Mungkin kerana rasa gembira dengan tawaran peguam itu.

"Kayla."

Mati ketawa Kayla yang sedang menemani Haris menikmati hidangan. Kepala mendongak memandang gerangan yang memanggil. Terus wajahnya berubah saat terpandang anak mata Adam yang tajam memandang dia.

"Umi panggil." Dingin sekali Adam bersuara.

"Oh, okey. Ermm- Haris, saya pergi kejap ya?" Seusai Haris mengangguk, terus dia berlari anak menuju ke dapur. Takut pula melihat wajah tegang Adam.

Adam mendengus. Kerusi yang diduduki Kayla sebentar tadi dia duduk. Haris dipandang sekilas. Sepupunya itu memang tidak faham amaran dia kah?

"Makan?" Pelawa Haris selamba.

Geraham Adam bergerak menandakan dia menahan rasa sakit hati yang membuak-buak. Ini bukan kali pertama dia melihat kemesraan Kayla dan Haris. Malab, dia juga tahu yang Haris pernah membawa Kayla keluar bersama. Haris semakin berani.

"Kau memang cari nahas, Haris."

Haris senyum sinis. Mati seleranya. Tangan dibasuh terlebih dahulu biarpun nasi di dlaam pinggan masih belum habis.

"Aku dah cakap. Aku sukakan Kayla dan aku akan usaha untuk dapatkan dia. Aku tak heran dengan amaran kau."

"Kau nak aku cakap dengan kau macam mana lagi? Aku tak suka kau rapat dengan dia." Buat masa sekarang, Adam masih dapat mengawal suaranya dari meninggi. Sabar.

"That's not my problem. Kau yang tak suka. Tapi Kayla okey je aku tengok. Kau tak nampak ke tadi? Dia siap boleh bergurau lagi dengan aku. Kau yang melebih kenapa pula?"

Tajam mata Adam menikam anak mata Haris. Sakit hatinya saat melihat kemesraan Kayla dan Haris sebentar tadi. Disebabkan itu dia datang menghampiri dan mengatakan kepala Kayla bahawa Uminya panggil. Padahal, tidak pun. Uminya tiada panggil. Sengaja dia mencipta alasan untuk mengelakkan Kayla daripada Haris. Dia sendiri tidak faham kenapa hatinya sakit ketika Kayla bersama Haris.

"Kau ni memang tamak, Adam. Kau dah ada Lara tapi kau masih nak Kayla. Kau kenapa sebenarnya?"

"Itu tak ada kena mengena dengan kau. Kayla kawan baik aku dan aku kena pantau dia."

Tiba-tiba Haris tergelak. Alih-alih alasan sama yang Adam berikan. Kawan baik, kawan baik dan kawan baik. Tiada alasan lain ke? Atau, Adam memang ada menaruh hati pada Kayla tetapi tidak mahu mengaku? Sebab itulah Adam tidak suka dia rapat dengan Kayla. Tetapi, kalau betul Adam menaruh hati pada Kayla, kenapa perlu Adam bercinta dengan Lara?

"Kawan baik je pun. Bukan apa pun. Jadi tak ada masalah lah kalau aku nak bercinta dengan dia. Dia pun okey je. Kan?" Air diteguk sedikit sebelum dia kembali menyambung.

"Kayla tu cantik, pandai, baik. Rugi kalau aku tak ambil peluang dekat dengan dia dan jadikan dia hak aku. Kalau dan dibandingkan dengan girlfriend kau, Kayla lagi better. Tak guna juga kalau cantik tapi bod-"

"Eh!"

Adam mula berdiri saat Haris hampir mengutuk Lara. Bahu sepupunya itu dipegang memaksa lelaki itu turut bangun berdiri. Baju pada bahagian bahu Haris dicengkam kuat.

"Kau jangan berani nak hina Lara."

"Aku tak sempat nak cakap apa pun."

"Tapi kau hampir hina dia!"

Haris tersenyum mengejek. Betullah apa yang dia cakap. Lara itu hanta berwajah cantik dan tubuh cantik saja. Kalau ditanya tentang pelajaran, memang sedikit sangat pengetahuan itu. Yang gadis itu tahu hanya fesyen, fesyen dan fesyen. Jauh lebih baik Kayla daripada Lara.

"Kenapa? Kau nak marah sebab -semua tu betul?"

Adam kepal penumbuk. Tanpa dapat ditahan, terus dia melayangkan tangan menumbuk wajah Haris sehingga Haris terjatuh ke tanah. Mencerlung sepupunya itu dipandang. Dada berombak menandakan dia sedang marah dan tidak puas hati dengan kata-kata Haris yang tidak sepatutnya dituju kepada Lara!

"Adam!"

Haris dan Adam pandang ke arah yang sama di mana Kayla berdiri menyaksikan kejadian itu. Gadis itu berlari mendekati mereka berdua. Untung saja mereka berada diberanda rumah. Tiada orang.

Kayla berhenti dihadapan Haris dan Adam. Adam lah menjadi sasarannya kerana dia perhatikan tindak tanduk Adam sedari tadi. Selepas sahaja dimaklumkan yang Puan Zarina memanggilnya, terus dia masuk ke dapur. Tetapi selepas menanyakan kepada Puan Zarina kenapa memanggilnya, Puan Zarina mengatakan wanita itu tidak memanggilnya pun. Dia agak berasa hairan kerana itu yang Adam maklumkan kepada dia. Sejurus itu, dia berpatah kembali ingin ke tempat Haris semula namun langkahnya mati apabila melihat Adam yang sedang berbual dengan Haris.

"Kau buat apa ni Adam?"

"Kau tanya la dia sendiri, apa yang dia buat!"

Lekas Kayla bercangkung disebelah Haris. Ada sedikit darah yang keluar dari bibir lelaki itu. Jatuh kesian dia pada Haris.

"Kau kenapa ni Adam? Dia sepupu kau, kan?"

"Yang kau nak bela dia ni kenapa?"

Kayla bangun berdiri menghadap Adam. Perangai Adam semakin menjadi-jadi!

"Apa? Kau marah aku sebab tumbuk dia? Kenapa? Kau sayangkan dia sangat sampai kau sanggup ketepikan kawan baik sendiri?" Bertalu-talu soalan keluar dari Adam kepada Kayla. Melihat lagak Kayla seolah-olah memarahinya dan membela Haris semakin mendidihkan api kemarahannya.

"Adam! Dah la. Kau tak habis-habis dengan ego kau tu. Tolong la jangan buat masalah." Kayla bukan membela Haris mahupun menyalahkan Adam. Tetapi dia tidak mahu perkara ini berlanjutan.

"Eh! Dia yang buat masalah dulu. Kau tahu tak yang dia hina Lara? Dia hina kekasih aku, Kayla. Kau faham tak?!"

Mendengar tengkingan Adam pada Kayla, terus Haris bangun berdiri. Bibirnya yang pecah sedikit dihujung itu disentuh sedikit.

"Adam. Apa ni tengking Kayla pula? Kau cakap baik-baik dengan dia tak boleh ke?" Kesian dia melihat Kayla yang sudah berubah wajah seperti hendak menangis bila suara Adam yang kuat menyapa pendengaran.

"Kau, diam! Sebab kau Kayla dah tak kenal siapa kawan baik dia sendiri sampai dia bela orang lain!" Halang Adam dengan menunding jari ke wajah Haris. Kini, Kayla pula dipandang.

"Aku tak tahu apa hubungan kau dengan Haris sekarang sampai kau jadi macam ni. Aku dah pesan dekat kau jangan dekat dia mamat ni tapi kau degil. Sebab ni la aku tak nak kau rapat dengan dia. Now, kau hampir dah lupa siapa kawan baik kau. Kau dah lupa siapa aku pada kau, Kayla. Huh!" Dia tertawa sinis. "Kalau dengan Haris, pandai pula kau ketawa bergurau dengan dia. Kalau aku? Haram! Senyum pun sebab terpaksa. Aku tahu la. Ini semua berpunca dari jantan ni!"

"Adam stop!" Kayla menepik. Tidak sanggup Adam menembak dia dan kata-kata das seperti itu. Dia berubah sebegitu pun sebab Adam sendiri! Adam yang mula segalanya! Adam yang mula jauh darinya sebaik saja ada Lara! Semua Adam puncanya!

"Kau jangan nak tuduh Haris yang bukan-bukan. Bukan sebab dia, Adam. Tapi sebab kau!"

"Aku? Kenapa dengan aku?"

"Kayla. Dah la." Haris cuba menghentikan perang mulut antara dua sahabat itu. Sedikit, dia rasa serba salah kerana dia adalah punca kenapa Adam dan Kayla bergaduh mulut.

"Awak jangan masuk campur. Malam ni, biar saya lepaskan apa yang saya pendam selama ni." Kayla ketap gigi. Adam dipandang tajam.

"Adam. Kau dah banyak berubah sejak kau kenal Lara."

"Oh! Jadi sekarang ni kau nak salahkan Lara la?"

"Tak. Aku tak salahkan dia. Tapi kau! Kau yang salah. Kau ibarat habis madu, sepah dibuang. Kau gunakan aku bila kau perlukan aku je. And when kau ada Lara, kau buat aku macam tak wujud. Kau muncul dan rapat dengan aku pun masa kau perlukan bantuan aku. Kau sedar tak yang sekarang ni kita dah macam orang asing dalam rumah ni? Kau sedar tak tu! Kau kata kau anggap aku macam adik beradik kau. Kalau betul aku adik beradik kau, kau tak akan buat aku macam orang luar, Adam." Air mata mula bertakung. Dia sudah tidak heran dengan Haris yang memerhati. Dia mahu lepaskan segala yang terbuku dan yang terpendam.

Adam mati kata bila melihat Kayla yang begitu melepaskan kata dan rasa di hati.

"And tentang aku dengan Haris. Aku tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Dia sepupu kau, salah ke aku nak rapat dengan dia? Lagipun, dia bukan macam kau. Dia ada bila aku perlukan dia. Dia ada untuk aku luahkan segala masalah aku. Ya! Aku mengaku sekarang ni aku dah tak macam dulu bila dengan kau. Aku dah tak ketawa bergurau dengan kau dan senyum pun paksa. Semua tu betul. Kau nak tahu kenapa? Sebab kau tu kekasih orang, Adam! Aku tak nak sebab aku yang terhegeh-hegeh lagi nak rapat dengan kau, Lara hina dan caci aku. Kau tahu tak Adam? Lara dah banyak sangat hina aku and bagi aku amaran untuk aku jauh daripada kau. Kau tak tahu semua tu, Adam. Kau tak tahu! Yang kau tahu hanya tentang Lara. Mana sikap prihatin kau pada aku dulu, Adam? Mana?!" Termengah-mengah Kayla berhenti mencari nafas semula setelah panjang lebar dia mengeluarkan kata-kata yang terbuku di dalam hati sebelum kembali menyambung lagi sedikit.

"Kalau kau boleh cakap aku jadi macam ni punca dia adalah Haris. And aku pula boleh cakap semua yang berlaku ni adalah berpunca dari Lara!"

"Ka-Kayla-" Haria cuba bersuara untuk menghentikan semua itu. Risau kalau semakin melarat. Tetapi bila melihat kemarahan Kayla yang begitu memuncak, kecut perut juga dia dibuatnya. Kerana Kayla yang ada dihadapan dia sekarang bukan Kayla yang ceria tadi.

"Oh one more thing." Kayla menyambung lagi. "Aku tak pernah sibuk-sibuk tentang kau dengan Lara. So, kau tak perlu sibuk-sibuk nak tahu tentang aku dengan Haris. Kau dengan Lara. Aku dengan Haris. Settle!"

Tanpa menunggu, Kayla mengatur langkah menapak ke dalam rumah meninggalkan dua jejaka yang mungkin sudah kehilangan kata-kata untuk menutur. Dia kesal dengan sikap Adam yang sekarang. Suka bertidak yang melulu. Hanya nampak kesalahan orang lain sedangkan diri sendiri yang salah.

Terpinga-pinga Adam menghantar bayangan Kayla yang sudah masuk ke dalam rumah. Benarkah yang tadi itu Kayla? Kawan baiknya? Lain benar! Itukah yang selama ini Kayla pendam kerana sikap dia sehingga gadis itu berubah menjadi tegas?

Haris ketap bibir. Adam didekati. Dengan berani dia menyentuh bahu lelaki itu cuba untuk menenangkan Adam. Namun, kasar pula Adam menepis. Adam menjeling maut.

"Kau tak payah sibuk!" Lalu Adam beredar dari situ dengan perasaan bercampur baur.

"Cis! Aku nak buat baik pun salah. Betul lah kata Kayla. Adam ego lebih."

Bibirnya disentuh lagi dan dia menggiris kesakitan. Kuat juga penumbuk Adam yang dihadiahkan kepadanya. Salah dia juga kerana menghina Lara didepan lelaki itu. Sudah tentu Adam marah. Kata-kata itu dengan sendiri keluar dari mulut.

Walaupun Kayla sudah menghilang ke dalam rumah, dia tetap memandang ke arah sliding yang terbuka luas. Dia tersenyum sendiri bila teringat ayat terakhir gadis itu.

"Kau dengan Lara. Aku dengan Haris."

Ya. Memang dia tempat di mana Kayla meluahkan perasaan dan berkongsi masalah. Mungkin kerana dia adalah sepupu Adam, Kayla jadi selesa dan berani untul berkongsi masalah. Sepanjang mereka berkawan, sudah banyak Kayla meluahkan tentang sikap Adam kepadanya. Dan dia, setia mendengar dan sedia membantu. Hanya kerana...dia suka dan sayangkan Kayla.

---------

TANGAN diletakkan diatas dahi. Mata memandang ke atas. Sekarang, dia sedang berbaring di atas katil dengan hati sarat rasa serba salah. Waktu sekarang adalah jam 2 pagi dan dia masih belum dapat melelapkan mata dengan tenang. Tubuh dialih mengiring ke kanan dengan kepala berbantalkan tangan. Matanya terkebil-kebil pandang ke hadapan.

"Apa yang aku dah buat tadi tu?"

Kayla mengeluh. Saat peristiwa di mana dia berperang dan bergaduh mulut bersama Adam, dia rasa serba salah. Dia rasa semua kata-kata yang keluar dari dia tidak sepatutnya dia lepaskan kepada Adam. Tetapi, disebabkan rasa sakit hati itu yang mendorong dia berbuat demikian.

"Ish! Apa yang aku dah buat ni?!" Kepalanya diketuk berkali-kali. Dia bangun dari mengiring dan duduk bersela di atas katil.

"Kenapa aku nak rasa serba salah pula? Memang apa yang buat ni betul. At least, aku dapat lepas apa yang aku pendam. Tapi- ish! Stress aku! Inilah masalah bila dah sukakan orang! Move on Kayla move on! Kau tak boleh macam ni." Wajah disembam ke bantal yang dipegang.

Dia kini tidak tenang setiap kali teringat satu persatu perkataan yang dia tuturkan kepada Adam tadi. Dia rasa apa yang dia tuturkan tadi seolah-olah bukan dia yang bercakap tetapi orang lain. Tentu sekali Adam berasa hairan kerana dia boleh jadi begitu. Tambahan pula Haris juga turut berada disitu.

"Eii! Malunya!"

Telefon berdeting menandakan pesanan Whatsapp masuk mematikan tingkahnya. Lalu dahi berkerut kehairanan. Siapa yang menghantar pesanan Whatsapp diwaktu malam macam ni? Dah 2 pagi dah pun!

Tanpa berlengah, telefon dicapai. Tertera nama seseorang mengisi ruangan skrin telefon itu. Serta merta dia tersenyum nipis.

Haris!

Lambat-lambat dia menekan pesanan dari Haris dan tidak sampai sesaat terus skrin telefon bertukar menjadi ruangan chat antara dia dan Haris.

Haris??

-Kayla. Are you still awake?
-I saw your last seen a few minutes
ago and I thought you were still
awake.

Dia berfikir dahulu sebelum menekan untuk membalas. Itulah Haris selalu saja mengambil berat. Kerana itu dia mudah selesa dengan lelaki itu.

Yes. I'm still awake.Tak mengantuk-
lagi

Awak, kenapa tak tidur lagi?-

Tidak perlu menunggu lama, dari double tick terus bertukar kepada bluetick. Itu bermakna Haris hanya membalas Whatsapp dengan dia sahaja.

-I can't sleep.

Why?-

-Teringat dekat anak kucing
yang tetiba bertukar jadi singa tadi.
-Terkejut la juga.

Terlepas ketawa dari bibir Kayla. Ada-ada saja la tingkah Haris yang hendak mengusiknya. Segan juga dia bila tiba-tiba menjadi garang petang tadi.

-I hope you'll be fine.
-Tak payah la fikir sangat fasal
Adam tu. Lama-lama nanti dia
Okey la.

Ketawa mati. Dia sedikit terharu dengan keprihatinan Haris terhadapnya.

-Seriously, i really don't like
to see like that. Rasa macam awak
perempuan paling garang pernah
saya jumpa.

??-
Awak ni kelakar la-
Tak ada la. I'm fine-
Cuma tadi tu jadi garang sikit-
Sikit je. Don't worry-

-Okey la kalau macam tu.
-But remember. Saya tak suka
tengok awak marah macam tu.
-Alright???

Kayla tergamam. Wajahnya membahang pula bila melihat emoji yang dihantar oleh Haris. Apa maksudnya itu? Argh! Mungkin Haris tertekan.

Baiklah boss-
Pergi la tidur, dah lewat sangat ni-

Dari typing, Haris menukar menjadi recording voice. Jantung Kayla sudah mula memain peranan kerana lelaki itu tidak pernah menghantar voice. Mereka juga tidak pernah bercakap melalui telefon. Pelikkan?

Voice record dihantar oleh Haris setelah beberapa saat Kayla menunggu dengan penuh debaran. Teragak-agak, butang play ditekan.

"Before i got to sleep, i want to say something. I want you to know something. Kayla, saya tak suka tengok awak marah-marah macam tadi. I'm worried about you tahu tak tadi? You really make me worried. Saya tahu awak geram. But, sebagai seorang perempuan awak tak boleh tinggikan suara awak macam tu tau? I don't like that. Lain kali please talk slowly and calm. Tak nak cakap macam tadi. And before i end this voice, saya nak cakap yang saya always ada dengan awak if you need me to share your problems. Awak boleh menangis depan saya if you want and lepaskan segala kemarahan awak. Bukan dengan cara macam tadi tu. Okey?"

Kayla pejam mata. Suara Haris terus masuk ke lubuk hatinya. Dia rasa mahu menangis bila Haris begitu prihatin sedangkan Adam kawan baik dia pun tidak buat begitu kepadanya.

Haris menghantar lagi. Kali ini bukan voice namun cukup mengejutkan dia dan mendebarkan dia. Mata terpaku pada skrin telefon sahaja. Dia tidak mampu membalas apa yang dihantar oleh Haris. Rasa masa terhenti.

-Sleep well princess??
-?

"Ap-apa yang mamat ni mengarut malam-malam macam ni? Mengigau ke apa? Yang princess tu apa pula maksud dia?" Kayla menggaru kepala yang tidak gatal. Entah. Malam ni rasa bingung pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience