Peluang Untuk Bahagia 45

Romance Completed 31764

SEJAK pulang dari tempat kerja, Kayla kerap mengalamun memikirkan apa yang telah terjadi petang tadi. Semua itu bagaikan mimpi. Dia langsung tidak menyangka Haris jadi seperti itu. Berani cuba untuk menaikkan tangan kepadanya. Tidak habis-habis dia terfikir sebab dan punca Haris jadi seperti itu. Sungguh, dia tidak sangka! Itu semua diluar kotak pemikirannya.

"Kenapa awak jadi macam tu, Haris? Sebab saya ke?" Terlintas juga dia. Adakah Haris berubah disebabkan dia? Adakah disebabkan dia tinggalkan Haris membuatkan lelaki itu berubah menjadi kasar?

Keluhan dilepaskan.

"Saya minta maaf kalau sebab saya, awak jadi macam tu."

Samsung berdering. Kayla berhenti dari terus bermonolog sendiri. Samsung berada di sebelahnya dicapai. Nombor yang tidak dikenali terpapar di dada skrin dipandang hairan.

"Siapa ni?"

Panggilan pertama dia hanya membiarkan Samsung itu terpekik-pekik berbunyi. Nombor yang dia tidak kenal memang susah untuk dia jawab panggilan. Tapi, dia macam kenal saja nombor itu. Untuk kali kedua, panggilan itu masuk lagi.

"Ish! Kalau tak jawab, nanti takut benda penting pula." Dia berbelah bahagi.

Beberapa saat, dalam rasa ragu-ragu butang hijau ditekan dan digesel ke atas. Samsung ditekap ke telinga kirinya.

"Hello?" Sapaan itu lebih baik. Risau kalau-kalau pemanggil itu adalah orang bukan Islam.

"Kayla."

Terasa denyutan jantungnya terhenti. Suara itu terlalu dekat dengannya dan terus meresap ke tangkal hati. Samsung dijarakkan dari telinga dan nombor itu dikenal pasti.

Adam?

Aduh!

Kenapa dia tidak terlintas langsung?! Dia lupa yang dia tidak menyimpan nombor lelaki itu sebaik saja dia menukar nombor telefon lain. Padanlah dia seperti pernah nampak dan kenal saja nombor itu.

"Maaf, awak salah nom-"

"Kayla, please. I need talk to you." Seakan tahu Kayla mahu menamatkan panggilan, cepat saja Adam mencelah.

Kayla ketap bibir. Rasa mahu menangis juga ada. Adam akhirnya menghubungi dia! Walaupun sudah berjumpa petang tadi, bila Adam menghubungi dia rasa lain sangat.

Argh! Rasa cinta dia pada lelaki itu tidak pernah padam. Bagaimana harus dia lakukan?! Semakin dilupa, semakin cinta!

Bila peristiwa petang tadi menjengah, hati mula sebak. Dia rasa bersyukur sangat didatangkan Adam pada masa yang tepat. Kalau Adam tidak ada, tentu wajahnya sudah makan tapak tangan Haris.

Haris dah melampau! Berani mahu menamparnya.

"Mana awak dapat nombor saya?" Dingin Kayla bertanya. Terharu tetap terharu, tetapi dia harus kekalkan prinsipnya!

Kentalkan hati dari terus terjatuh kepada Adam buat kali kedua! Kali ini dia tidak akan mudah terpedaya! Adam harus diberi pengajaran. Kalau benar Adam mahukan kemaafan darinya, tentu lelaki itu tidak akan berputus asa.

"Umi."

Kayla terkedu.

"Umi?" Bukankah Puan Zarina sudah berjanji tidak akan serahkan nombor telefon barunya kepada lelaki itu?

"Tapi, kau jangan salahkan Umi. Aku yang merayu dekat Umi untuk bagi phone number kau dekat aku. Aku tahu kau tak nak bagi but please jangan salahkan Umi."

Kayla. Adam adalah anak kandung Umi. Dah tentulah dia bagi je apa yang anak kandung dia minta. Kau ni cuma anak angkat!

Astaghfirullah!

Kayla beristighfar bila sedar dia sudah menuduh Puan Zarina begitu.

Umi tak salah. Dia pun nak anak dia bahagia.

"Tak. Saya tak akan marahkan Umi. Tapi saya marahkan awak. Awak kenapa eh masih lagi nak ganggu saya? Saya dah cakap kan jangan ganggu saya? Biarkan saya dengan hidup saya sendiri." Perangi bermula. Pandai sangat telefon dia ya? Hambik!

Kedengaran Adam mengeluh dihujung talian.

"Macam mana aku nak biarkan kau hidup sendiri sedangkan kau masih isteri aku."

Segaris ayat yang mampu mengakukan Kayla. Seluruh tubuh Kayla terkaku kecuali dadanya. Dadanya sudah berdegup kencang bagai hendak pecah. Kata-kata Adam sekali lagi buat dia tersentuh.

Kebelakangan ini Adam suka sangat buat dia terharu, tersentuh dan sebak! Sengaja menguji perasaan dia!

"Is-isteri?" Ketawa dibuat-buat. "Sejak bila awak pandai mengaku yang saya isteri awak, Adam? Bukan ke dulu awak cakap saya tak layak jadi isteri awak? Usahkan isteri, kawan baik pun tak layak kan? Sebab apa? Sebab saya ni jahat. Pengkhianat."

Teruskan Kayla! Teruskan sakit hati dia. Biar dia rasa apa yang akh rasa! Cinta tak semestinya aku biar dia pijak maruah aku. Tak semudah tu.

Namun, seperti sia-sia dia berkata begitu bila dia juga terasa sakit di hati. Dia mahu sakitkan hati Adam, tetapi dia juga turut berasa sakit.

Apa ni?!

Adam dihujung talian sudah bungkam dan diam membisu. Kata-kata Kayla amat pedih sekali menusuk hatinya. Sakit perit untuk ditelan. Itu adalah ayat yang pernah dia lemparkan kepada Kayla beberapa bulan yang lalu. Saat dia halau Kayla keluar dari rumah.

Ya. Itu adalah ayat yang dia sendiri tuturkan. Dan sekarang, dia terima semula ayat itu. Sangat pedih dan perit bila didengar. Mungkin itu yang pernah isterinya rasa.

"Kau boleh lemparkan pada aku semula semua kata-kata yang pernah aku lemparkan pada kau dulu. Tapi aku nak kau tahu yang aku betul-betul menyesal. Aku tahu perit kau tanggung semua tu. Aku rasa. Aku minta maaf, Kayla. I'm really sorry. Kau hukumlah aku apa-apa pun. Asal aku dapat kemaafan dari kau. Please."

Suara sayu Adam yang merayu-rayu itu hampir saja buat Kayla terleka dan lemah. Jatuh kasihan pula bila dengar suara Adam yang begitu. Tidak pernah dia mendengar suara lelaki itu sesedih dan sesayu itu.

Sekali lagi dia tersentuh bila tersedar yang Adam sanggup merayu pada sehingga begitu hanya kerana mahukan kemaafan darinya.

"Kalau saya tak dapat maafkan awak, apa akan jadi?" Sengaja dia menguji.

"Hidup aku tak akan tenang. Selagi kau tak maafkan aku, selagi tu kesalahan aku pada kau hari-hari akan aku ingat dan rasa bersalah."

"Betul awak sanggup saya hukum awak semata-mata nak saya maafkan awak?" Akal mula mendapat satu idea.

"Aku sanggup janji kau maafkan aku."

Tidak sampai hati pula bila suara sayu itu makin kuat menyapa telinganya. Adam memang suka buat dia lemah dan mudah kasihankan lelaki itu! Sama juga seperti dulu!

"Okey. Kalau macam tu saya akan hukum awak. Hukuman itu adalah, awak tolong jangan ganggu saya lagi. Pergi jauh dari hidup saya dan saya akan maafkan awak. Boleh?"

Hairan.

Dihujung talian tiba-tiba senyap pula. Bila ditengok, talian masih belum diputuskan.

Kayal kerut dahi.

Sudah pengsan kah lelaki itu selepas dia beri hukuman begitu?

"Adam? Macam mana?"

Kedengaran lelaki itu mengeluh kecil.

"Kalau itu hukuman kau, aku sanggup tak dapat kemaafan dari kau sampai bila-bila. Sebab aku tak akan pergi jauh dari hidup kau. Aku akan tetap tunggu kau."

Tik.

Kaku.

Talian sudah dimatikan oleh Adam namun Kayla masih menekapkan Samsung pada telinganya.

Sekarang dia sungguh-sungguh tersentuh dengan jawapan Adam.

"Aku tetap akan tunggu kau."

Ayat terakhir itu buat dia perasan sendiri. Adakah Adam dah mula sayangkan dia? Cintakan dia?

Jangan perasan Kayla! Ingat apa yang dia pernah buat dulu.

Mata dipejam, tangan ditekap pada dadanya. Laju degupan jantungnya kerana mendengar ayat terakhir Adam.

"Aku pun akan tetap tunggu kau. Tapi aku minta maaf, Adam. Buat masa ni hati aku tak terbuka lagi untuk maafkan kau. Harap kau sabar."

?????

BUK!

Terjatuh Adam ke tanah sebelum sempat dia membuka pintu kereta dan masuk ke dalam. Bibirnya yang terasa pedih dipegang dan dicalit sedikit cecair yang ada disitu. Jarinya dilihat.

Darah.

Wajah diangkat. Wajah Haris menyapa pandangan. Adam bangun berdiri dengan perlahan-lahan.

"Kenapa kau datang sini?" Soal Haris kerasa terlebih dahulu. Bengis sekali dia memandang Adam.

Adam senyum sinis.

"Kau tak puas hati dengan aku fasal semalam ke?" Pedih dibibir dibiarkan.

"Memang! Kalau bukan sebab kau-"

"Kalau bukan sebab aku, kau dah dapat tampar Kayla. Macam tu?"

"Kau jangan sebut fasal tu! Masa tu emosi aku tak stabil."

"Memang itu yang akan berlaku. Sepanjang aku hidup dengan Kayla, aku jentik dia pun tak pernah. Kau sesuka hati je nak tampar dia, Haris. Dia isteri aku. Kau tak ada hak nak tampar dia ikut suka hati kau." Kalau di depan Kayla, Adam boleh bersabar lagi. Tetapi bila hanya dia berdepan dengan Haris, kesabaran dia hanya tipis.

"Oh! Sekarang kau nak tunjuk baik la pula? Eh, kau jangan ingat lepas apa yang kau dah buat pada Kayla dia akan maafkan kau dan terima kau balik. In your dream lah!"

"And, kau ingat lepas kejadian semalam kau rasa Kayla nak jumpa kau lagi tak?" Adam menyoal pula. Kali ini penuh dengan ejekan dan mampu mendiamkan sepupunya itu.

Wajah Adam berubah serius. Dia malas mahu bergaduh dengan Haris sebenarnya. Cukup-cukuplah dia dan Haris membesar dalam pergaduhan. Masing-masing dah matang.

Haris dihampiri.

"Ris. Kau tahu kan emosi tak terkawal kau ni dapat bahayakan semua orang dan diri kau sendiri? Itu adalah salah satu sebab kenapa aku halang dan aku marah kau bila kau rapat dengan Kayla."

"Kau nak cakap aku gila?" Haris ketap giginya sambil memandang geram kearah Adam.

"Itu kau yang cakap, bukan aku. I think you should get your treatment back. Aku dengar dah bertahun-tahun kau tinggalkan ubat dan treatment kau. You should or you will lose someone who you love again. Aku tahu yang kau pun tak nak the same thing happen, right? Betulkan diri kau."

Bahu Haris ditepuk berkali-kali. Adam melangkah ke pintu kereta dan dibuka. Sekali lagi dia pandang Haris yang sudah terpinga-pinga.

"Kau jangan terasa. Aku just give you some advice. And one more thing, lupakan Kayla. Kau layak dapat yang lagi baik dari dia. Trust me, Kayla tak mampu jaga kau kalau dia tahu masa silam kau. Kayla bukan sekuat yang kau sangka. Just, cari orang lain. Sebab dia, hak aku." Sejurus itu dia terus masuk ke dalam, dan meluncur pergi.

Kuat Haris mengepal penumbuk sehingga menimbulkan urat-urat ditangannya. Rasa sakit tidak dapat dibendung lagi.

?????

2009,

Seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang berbual ditaman itu diperhati dengan penuh rasa amarah di dada. Tangan dikepal dan batang pokok disebelahnya ditumbuk kuat. Sakit mata bila melihat kekasih hati sedang bermesra dengan lelaki lain. Sakit lagi hatinya bila perempuan itu berani curang! Kemesraan yang lain macam. Bukan mesra kawan dengan kawan!

Dengan rasa sakit hati, perlahan kaki berjalan menghampiri pasangan itu dari arah belakang. Dari jauh dia sudah dapat mendengar gelak ketawa kedua-dua itu. Makin mendidih panah hatinya.

"Ini kerja kau belakang aku ya?"

Disebabkan rasa amarah semakin kemuncak, langkah dilajukan. Bila sampai sahaja dibelakang pasangan itu, kaki terus bergerak menendang belakang lelaki yang sedang bergelak tawa bersama kekasihnya.

Lelaki tersebut terus tergolek jatuh ke tanah sebelum cepat-cepat bangun dan mata menikam wajahnya.

"Apa ni Haris?"

Kekasihnya juga turut berdiri dengan wajah yang cuak. Sudah pucat lesi wajah gadis itu.

"Kau tanya aku? Eh! Kau sedar tak yang kau tengah dating sekarang ni dengan siapa?"

"Aku tahu la dia awek kau. Rilex je la. Nak naik angin sangat kenapa kau ni? Kita orang tak buat apa-apa pun."

Haris mendekatkan dirinya pada lelaki itu.

"Tak ada buat apa kau cakap?"

Kekasihnya pula dipandang.

"And you Husna. Sampai hati you tipu i. Bila i ajak you study dekat library, you cakap apa? You nak balik awal sebab nak temankan Mama you pergi beli barang dapur. And now what? You dating dengan mamat ni! I tak sangka you macam ni."

Husna sudah terkelu. Tidak tahu apa yang harus diterangkan. Semua itu betul. Dia datang ke sini bersama Luqman dan menipu Haris. Betul.

"Weh, Ris. Rilex la. Tak perlu marah-marah perempuan macam tu." Luqman cuba bersuara.

Tidak semena-mena, Haris mencengkap kolar baju sekolah Luqman dan disandarkan Luqman pada batang pokok.

"Kau diam! Kalau kau tak masuk line, Husna tak akan terpedaya! Apa yang kau dah buat sampai dia sanggup curang belakang aku, hah?! Cakap!"

Husna mula gelabar. Haris dan Luqman dihampiri. Tidak mahu kedua-dua lelaki itu bergaduh.

"Ris, jangan macam ni."

"You diam! Dah sayang sangat dengan jantan ni ke apa?!"

"Kau panggil aku jantan?" Kemarahan Luqman sudah tiba. Pantang betul bila dipanggil jantan. Dia manusia, bukannya binatang!

Satu tumbukan terus dilayangkan pada wajah Haris sehingga Haris terganjak sedikit ke belakang.

"Luq!" Terkejut Husna melihat Luqman yang tiba-tiba memukul Haris. "Apa ni Luq?"

"You jangan masuk campur. Ini antara i dengan dia." Berani lagi cari fasal, kan dah kena.

Haris bangun. Pipinya dipegang.

"Kau main kasar."

"Kau yang main kasar dulu. Serang aku dari belakang. Hanya pengkhianat yang buat macam tu!"

Tanpa menunggu, Haris memberi serang balas. Ditumbuk pula wajah Luqman dan bila Luqman sudah berpaling ke lain, diambil kesempatan itu untuk menendang belakang lutut Luqman. Luqman jatuh. Haris segera duduk diatas bada Luqman dan menumbuk wajah itu sepuas hati.

Husna tidak tahu mahu berbuat apa. Lalu, dia pergi ke arah Haris ingin menghentikan perbuatan Haris itu.

"Haris stop! You dah gila ke? Dah pecah muka dia you buat macam tu! Haris stop!" Tepik dia kuat. Tapi Haris tetap berdegil.

Husna ambil keputusan untuk menarik tangan Haris.

"Haris stop!"

"Kau diam lah perempuan!" Haris menepik tangan Husna dengan kuat sekali sehingga tanpa sengaja telah tertolak gadis itu jatuh ke tanah.

Husna yang tidak dapat mengawal imbang badannya mula jatuh dan sekali gus menyebabkan kepala dibahagian belakang terhentak pada batu besar yang berada di situ.

Melihatkan itu, Haris terkaku. Tumbuk yang bertalu pada wajah Luqman terhenti. Teragak-agak dia mula bangun mendapatkan Husna.

"Husna! Husna bangun! Ya Allah! I- i minta maaf, Husna. Wake up!" Kepala Husna diangkat dan diletakkan atas pangkuannya. Pipi gadis itu dipegang.

"Husna! Wake up! Allah!"

Air mata mula merembes keluar. Apa dia dah buat?!

?????

"HARIS. Makanlah sikit. Mama ada buat masakan favourite Haris tau?" Puan Hawa masih memujuk Haris.

Sudah dua bulan berlalu sejak peristiwa tanpa sengaja Haris tertolak Husna hingga menyebabkan gadis itu koma dan akhirnya dijemput ilahi. Husna meninggalkan kerana berlaku pendarahan yang banyak pada bahagia kepala. Namun, Haris masih sama. Masih lagi suka termenung dan menyendiri. Sebulan juga anaknya itu mengalami kemurungan.

Puan Hawa tidak dilayan. Haris memandang ke luar tingkap tanpa sebarang reaksi.

Wanita itu mengeluh. Simpati melihat nasib anak keduanya yang begini. Dia faham, betapa sayangnya Haris kepada Husna. Haris bercinta dengan Husna sejak 2 tahun lepas lagi. Wajarlah Haris jadi begini bila Husna pergi buat selamanya. Hendak pula, punca Husna pergi adalah diri Haris sendiri.

"Haris. Jangan macam ni, sayang. Haris tak boleh terus macam ni." Dia cuba memujuk lagi.

"Husna dah pergi, Ma. Dia dah tinggalkan Haris. Haris menyebabkan dia mati. Haris tak sengaja, Ma. Sumpah Haris tak sengaja." Air mata Haris gugur lagi.

Sudah mati akal Puan Hawa hendak buat apa. Disebabkan kemurungan Haris, dia terpaksa membawa psychologist datang ke rumah dan memeriksa keadaan Haris. Sekarang, Haris sedang bergantung pada ubat saja. Itu sebab anaknya termenung. Kalau tidak makan ubat, habis satu bilik disepahnya.

"Haris tak salah, nak. Dah memang ajal dia. Jangan pernah salahkan diri Haris. Mama sedih tengok Haris macam ni." Air mata ibunya juga hampir tumpah. Sampai bila Haris mahu begini?

Sudahlah beberap bulan saja lagi SPM akan datang. Harap tidak akan terjejas. Haris merupakan anak dia yang pandai dan bijak. Dia tidak mahu, disebabkan kemurungan ini Haris gagal dalam SPM.

"Haris sayang dia."

"Ya, Mama tahu. Mama tahu Haris sayang sangat dekat dia. Tapi, Haris kena teruskan hidup macam biasa. Tak baik meratapi orang yang dah tiada Haris. Haris dah lama lagi nak SPM. Jangan macam ni ya, nak? Jangan buat Mama risau dengan masa depan anak Mama ni."

Anaknya dibawa ke dalam pelukan. Hancur hati dia melihat keadaan anak sendiri berubah jadi begini. Haris yang ceria, Haris yang suka gembirakan orang sudah berubah 360 darjah. Haris bukan yang dulu lagi.

"Haris sayangkan dia."

"Mama tahu."

Dari hari berganti hari. Dari minggu berganti minggu. Semakin kemurungan Haris terjadi sehingga Haris hampir mencederakan diri sendiri dengan mahu membunuh diri. Itu berlaku disebabkan rasa bersalah pada arwah Husna yang masih ada dalam dirinya. Setiap hari Haris akan menyalahkan diri sendiri di atas kematian Husna.

Puan Hawa dan suami nekad. Walaupun sukar, dia bawa juga Haris ke pusat rawatan. Haris semakin teruk dan dia tidak boleh biarkan. Anaknya itu ada masa depan. Dan dia mahukan masa depan Haris terjamin.

Sampai bila Haris perlu hidup dalam rasa bersalah itu?

Alhamdulillah dengan izin Allah, Haris pulih dengan hanya beberapa bulan rawatan. Sempat anaknya itu mengambil peperiksaan. Namun, Haris masih perlu bergantung pada ubat dan beberapa rawatan yang lain. Jika ditinggalkan dengan lama, penyakit anaknya itu akan datang semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience