Peluang Untuk Bahagia 6

Romance Completed 31764

TIDAK tahu kali ke berapa Kayla mengeluh sepanjang dia berjalan bersama Adam di dalam bangunan Pavillion ini semata-mata mahu mencari hadiah yang sesuai dan terbaik buat Lara. Sudah hampir 3 jam mereka berada di sini tetapi satu barang pun tidak dibeli oleh Adam. Malah kaki lelaki itu masih lagi tidak keletihan berjalan ke sana ke mari walaupun hanya jalan sama yang dilalui mereka berdua. Berlainan pula dengan Kayla yang sudah naik lenguh kedua-dua belah kakinya. Untung saja hari ini dia mengenakan sneaker shoes, kurang sikit rasa lenguh di kaki.

Kayla berhenti berjalan kerana mahu melepaskan lelah mengejar langkah Adam yang masih tampak bersemangat. Orang dah nak cari hadiah untuk buah hati, memang tidak putus semangat la. Hendak pula Adam ni sudah nampak seperti orang gila bercinta saja. Maklumlah baru pertama kali bercinta. Angau lebih-lebih pula.

"Adam. Kau tak penat ke hah? Aku yang ikut kau ni penat tahu tak? Lagi berapa jam kau nak bertapak dekat Pavillion ni? Hadiah yang kau nak beli dekat kekasih kau tu belum jumpa lagi ke hah?!" Turun naik nafas Kayla kerana geram. Kalau lelaki itu tidak penat, dia penat! Penat ikut kerenah lelaki itu.

Alasan Adam hendak dia ikut ke sini kerana mahu dia berikan cadangan hadiah apa yang sesuai untuk Lara. Tetapi bila dia cadangkan, bukan main keras lagi ditolak oleh lelaki itu. Siap cakap dirinya mahu buat Adam dan Lara bergaduh bagai. Padahal dia hanya menunjukkan seekor teddy bear besar. Bukan ke perempuan biasanya suka benda-benda seperti itu?

Kecuali diri dia sendiri. Suka la juga tapi tak ada la sampai berangan nak yang besar punya. Dia lebih suka yang kecil-kecil. Nampak lagi comel kalau susun atas katil. Tapi, siapa je yang nak berikan kepada dia? Berangan boleh la.

Adam berhenti melangkah. Pemilik suara dari belakang dipandang dengan pandangan tajam.

"Selagi aku tak jumpa hadiah yang sesuai untuk Lara, selagi tu aku tak akan balik. Kau nak balik, balik la. Balik sendiri." Kemudian dia berpaling ke depan semula dan sambung melangkah.

Otak masih lagi bekerja keras mencari hadiah yang sesuai buat Lara dan mata liar memerhati. Bawa Kayla ke sini bukan boleh membantu dia. Langsung tidak berguna. Banyak sudah yang dicadangkan gadis itu, tetapi satu pun dia tidak setuju. Cadang main ikut kepala otak saja.

Kayla mendengus.

"Gila! Kenapa la aku boleh jatuh suka dekat mamat gila macam Adam? Huh!" Gumam dia sendiri sebelum kembali mengejar langkah Adam yang sudah masam wajahnya. Marah la tu!

"Adam."

"Kau nak apa? Kau nak balik pergi balik sendiri la Kayla."

Tergeleng kepala Kayla sebelum dia melintas dan menghalang Adam dari terus berjalan ke depan. Wajah lelaki itu dipandang.

"Kau sedar tak kita dah nak masuk empat jam dekat sini? Hadiah apa yang kau cari sampai kau tak jumpa tu? Aku cadang dekat kau elok-elok kau tolak pula. Sekarang kau nak marahkan aku pula?"

Adam menjuling mata ke atas sebelum dia turut pandang Kayla. Kecil besar saja dia tengok gadis itu.

"Kau cadang hadiah mengarut! Hadiah yang ikut kehendak kau. Kau ingat Lara tu budak-budak macam kau nak bagi dia teddy bear? Dia tu model kau tahu tak? Cari la idea bernas sikit. Semak la aku bawa kau!"

Saat ini, Kayla rasa sangat menyesal mengikut lelaki itu. Apa lagi yang dia tak kena dimata Adam? Sungguh. Sejak akhir-akhir ini Adam sering sekali mencari kesalahan dirinya seperti dia ada buat salah dengan lelaki itu sedangkan dirinya rasa tiada apa-apa. Dan Adam jadi begitu sejak sudah mempunyai kekasih hati. Dia perasan itu semua.

"Bila masa aku suka teddy bear? And kau kata semak bawa aku? Eh, Adam! Kau yang paksa aku ikut kau carikan hadiah untuk kesayangan kau. Sekarang kau nak salahkan aku pula sebab tak dapat bagi idea yang bernas? Kau bercakap tu jangan ikut sedap mulut boleh tak? Aku ikut kehendak kau nak aku datang teman kau pun dah cukup baik tahu tak?! Banyak komen pula dia. Kalau semak, tak payah merayu bagai suruh aku teman kau. Cari sendiri! Kau duduk la dalam ni sampai bangunan ni runtuh sebab dah muak dengan kau dekat dalam ni. Ingat aku ni nak sangat ikut kau. Huh!"

Seusai melepaskan segala rasa sakit dan menyesal mengikut lelaki itu, cepat-cepat Kayla berjalan meninggalkan Adam. Air mata yang mengalir setitik sebaik saja dia berpaling dari lelaki itu, diseka kasar. Sikit-sikit nak menangis! Tak faham dengan diri sendiri. Mata-mata yang melihat tidak dihiraukan. Nak sangat dia balik sendiri kan? Nanti sampai rumah pandai-pandai la Adam jawab dengan Puan Zarina.

"Bodoh, bodoh!"

Adam menepuk-nepuk dahinya. Rambut diraut ke belakang. Langkah Kayla dihantar dengan ekoran anak mata saja. Untuk mengejar rasa berat kakinya. Ada betul apa yang dikatakan gadis itu. Dia yang paksa Kayla ikut dia ke sini.

Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.

"Kenapa aku jadi macam ni?" Soal pada diri sendiri.

Dia mula aneh dengan perubahan sikap dirinya sendiri. Dia sedar, sejak akhir-akhir ini dia dan Kayla kerap sekali bergaduh. Dan berpunca daripada dia saja. Kekadang, Kayla elok saja tetapi dia pula yang melenting lebih.

"Aku minta maaf, Kayla. Aku sendiri tak tahu kenapa dengan aku."

Mood mahu mencari hadiah untuk Lara telah hilang selepas pergaduhan dia bersama Kayla. Rasa semangat selama 3 jam berada di dalam Pavillion untuk mencari hadiah hanya dalam sekelip mata semangat itu terus hilang. Langkah diatur menghampiri lift untuk turun ke tempat letak kereta. Kayla? Dia tidak tahu gadis itu pulang dengan apa dan dia tidak ingin tahu. Rasa amarah pada diri sendiri buat dia hendak marahkan orang sekeliling.

Masuk ke dalam kereta terus saja kereta dihidupkan. Kepala disandar lemah.

"I risau kalau Kayla ada simpan perasaan dekat you. First time you kenalkan I dengan dia pun I dapat rasa yang dia tak sukakan I. And kalau betul dia tak sukakan I sebab apa you know? Sebab maybe dia sukakan you, sayang. I can feel that. You kena faham."

Kata-kata Lara terngiang kembali. Sejak daripada itu, dia perasan sikapnya bila dengan Kayla berubah. Berubah disebabkan dia percaya dengan apa yang Lara katakana. Bila difikirkan semula, semua itu tidak mustahil. Ada betulnya juga apa yang Lara rasakan. Dia dan Lara juga bermula dari berkawan dan kemudian baru bercinta kerana suka sama suka. Dan perkara itu tidak mustahil akan berlaku pada Kayla juga.

Tetapi yang buat tidak percaya adalah bila teringat akan sikap selamba Kayla ketika dengan dia. Sikap gadis itu tiada sedikit pun yang menunjukkan Kayla sukakan dirinya. Tidak ada pula dia nampak Kayla gelabah setiap kali dia dekat dengan gadis itu. Lagi Kayla marahkan dia adalah. Siap hendak bagi penyepak terajang lagi. Kalau perempuan sukakan lelaki, mestilah ada tunjuk sikap malu-malu. Kayla tidak pula begitu.

Tangan naik memicit kepala bila dirasakan kepala mula berdenyut. Satu penyakit yang tidak pernah berpisah dari dia. Bila dia mula fikirkan sesuatu dengan serius, sakit kepala terus menyerang.

Mata dipejamkan. Rasa bersalah pula mengeluarkan kata-kata yang agak kasar kepada Kayla sebentar tadi sehingga menyebabkan Kayla marah dan terus meninggalkan dia disitu. Mata dibuka dan kepala diangkat semula. Tangan berpegang pada stereng.

"Ini tak boleh jadi."

Kereta dimatikan dan dia keluar dari perut kereta. Dia kembali masuk ke dalam Pavillion kembali walaupun sakit kepala mencengkam kuat. Tidak senang hati selagi Kayla begitu dengan dia. Tentu Kayla akan terus bermasam muka dengan dia bila berada di rumah. Sudahlah mereka berdua baru saja berbaik.

------------------

KAKI melangkah keluar dari tandas. Rambut penjang paras bahu dilap sebelum dia membalut rambut menggunakan tuala kecil. Tabiat dia yang sering dilakukan selepas saja mandi. Tali bathrobe diikat kemas. Selepas mandi, dia akan mengambil masa beberapa minit sebelum memakai baju lain. Dia agak tidak selesa jika terus memakai pakaian.

Katil dihampiri. Wajahnya sedikit berubah apabila terpandang sesuatu. Dahi berkerut. Ada sesuatu yang baru diatas katil miliknya agak menghairankan. Kepala berbalut tuala digaru kerana hairan.

"Sejak bila aku ada patung Pikachu?" Patung berwarna kuning yang elok berada ditengah-tengah katil direnung lama. Pelik. Tidak ada pula dia beli patuh berwarna kuning itu.

Pikachu dicapai dan dibelek-belek.

"Ish! Seram pula. Mana datangnya patung ni?" Tangan bermain dengan ekor berbentuk kilat. Wajah kehairanan mula berubah ceria sedikit. "Tapi tak apa la. Comel!" Segera Pikachu dipeluk erat.

"Eh? Apa ni?" Bunyi renyukan seakan kertas dibelakang telinga Pikachu ketika dia peluk erat patung itu diambil. Wajahnya kembali berkerut. Ada sekeping kertas yang tertulis 'I'm sorry'

Dan pada tika itu, handphone miliknya mula berdeting tanda pesanan WhatsApp masuk. Lantas handbag yang terletak di atas meja solek dihampiri kerana handphone masih lagi berada di dalam handbag. Sampai saja dirumah pada petang tadi selepas kes dia bergaduh dengan Adam, terus dia naik ke bilik dan menangis sepuas-puasnya.

Dia tidak tahu kenapa dan untuk apa dia menangis. Yang pasti dia sakit hati bila Adam sesedap hati saja memarahi dirinya kerana tidak mampu membantu lelaki itu mencari hadiah untuk Lara. Bukan dia tidak membantu. Sudah dia beri cadangan tetapi lelaki itu tolak mentah-mentah. Lagipula hanya hadiah yang biasa-biasa saja terlintas dibenak fikiran. Dia jenis gadis yang biasa-biasa. Pada dia, tidak kesah la hadiah apa diberi.

Handphone dikeluarkan dan nama Adam terpapar di dada skrin. Tanpa membuka, dia membaca apa yang dihantar melalui notification saja. Malas mahu membuka WhatsApp.

Adam

: Kayla
: Aku minta maaf sebab dah marah kau tadi.
Aku tak ada niat??
: Aku tak tahu kenapa aku jadi macam tu.
Once again, I'm sorry.??
: Really sorry, Kayla.
: Sebagai tanda minta maaf, aku...

Kayla mengeluh. Panjang la pula lelaki itu hantar kepada dia. Tidak cukup ruang untuk dia baca di notification dan terpaksa buka WhatsApp juga. Dengan malas dia membuka terus pesanan dari Adam. Dia kembali menyambung baca.

: Sebagai tanda minta maaf, aku ada belikan
kau Pikachu.
: Aku tahu kau nak kan patung tu kan?
: Tadi aku perasan kau asyik tenung saja
Pikachu tu macam nak telan.
: That's why aku belikan. Sebagai tanda minta
maaf.
: Jangan marahkan aku ya? Aku tak boleh
kalau kau marah aku??

Lantas Pikachu diatas katil dipandang. Tanpa diminta, Kayla tersenyum lebar. Baru saja petang tadi dia merungut tentang siapa je yang nak belikan dia patung. Dan sekarang, dia sudah dapat! Dari Adam pula tu! Rasa terus hilang amarah terhadap Adam.

Dia suka!

Tanpa membalas, Kayla dengan senang hati mengambil baju dan terus disarungkan ke badan. Katil dihampiri. Pikachu diambil dan dipeluk erat sambil tersenyum dengan mata tertutup.

"Aku maafkan kau, Adam."

Argh, Kayla! Hati kau cepat sangat cair. Ingat! Adam bukan milik kau. Dia hanya kawan baik kau.

Terdengar kata-kata itu, terus dijarakkan Pikachu dari dakapan. Wajah yang gembira tadi berubah muram. Pikachu direnung sayu.

"Adam. Kenapa kau layan aku macam ni? Kau tahu tak kau buat aku lagi terseksa? Kau tak pernah rasa apa yang aku rasa, Adam. Tolong jangan layan aku macam ni lagi."

Tidak mahu terlalu gembira dan sekali gus bimbang jika hati semakin berharap, Pikachu diletak kembali diatas katil. Mungkin patung kuning itu akan ada di atas katil buat sehari dua, dan selepas ini dia akan simpan. Risau jika dengan melihat patung itu akan membuatkan dia lagi jatuh suka dan berharap kepada Adam sedangkan lelaki itu tidak tahu apa-apa tentang perasaan dia.

---------

ADAM dipandang dengan pandangan maut. Ditenung saja lelaki itu bagaikan lelaki itu adalah seorang penjenayah. Wajah masam mencuka. Sudah tidak hirau dengan Adam yang mula hairan. Yang penting dia sakit hati dan marah!

"You ni kenapa pandang I macam tak puas hati?" Adam mula bersuara. Pelik bila Lara pandang dia seperti dia buat salah.

"You pergi mana petang semalam?"

"Pergi mana?"

Lara mendengus. "I tanya you and you tanya I balik? Jawab soalan I, Adam. You pergi mana?"

"Pavillion."

"Dengan Kayla, right?" Lara meneka geram. Tubuh dipeluk tanda dia sedang marah. Paling dia tidak suka bila Adam berduaan dengan Kayla walaupun dia tahu Adam dan Kayla adalah kawan baik. Dia tidak suka!

Adam kehairanan. Seingat dia, dia tidak memberitahu Lara bahawa dia keluar bersama Kayla petang kelmarin. Dari mana Lara tahu?

"Macam mana you tahu?"

Lara mendecit. Rambut dikibar ke belakang. Panas! Panas bila kekasih hati keluar dengan perempuan lain tanpa memberitahu dia terlebih dahulu!

"Kawan I nampak you berdua saja dengan dia. Lepas kawan I nampak, terus dia call and snap gambar send dekat I. How dare you keluar dengan dia tanpa pengetahuan I, kan? Ish!"

Terlopong Adam dengan kata-kata Lara. Tak akan la setiap pergerakan dia hendak diberitahu kepada gadis itu? Dia bukan keluar dengan sesiapa pun, hanya Kayla. Itu tidak salah. Lagipula Lara kenal siapa Kayla bagi dirinya.

"I just keluar dengan Kayla. Tak akan la itu pun I nak inform you dulu. You kenalkan Kayla tu siapa? She's my best friend. So, tak salah I keluar dengan dia. You ni kan." Kepala digelengkan. Perempuan kan.

"I tak kira. Apa pun alasan you, I tetap tak suka you keluar dengan dia. You dah lupa ke apa yang I pernah cakap dekat you, sayang?"

"You ni tak habis-habis dengan benda tu. I yakin apa yang you cakap tu cuma perasaan you. And Kayla bukan macam tu. I kena dia." Jujur Adam tidak suka bila alih-alih itu yang dibicarakan dan diulang oleh Lara. Seakan gadis itu sengaja buat dia panasaran dengan Kayla. Sedangkan Kayla tiada apa-apa.

Terus berubah wajah Lara. Situasi antara dia dengan Adam sekarang agak tegang. Bukan seperti selalu. Wajah Adam ketika berjumpa dengan dia juga masam saja. Tidak gembira. Bercakap dengan dia juga seakan dingin tambahan pula bila baru saja dia menyebut tentang Kayla. Terus Adam seperti marah.

"Adam, I cakap benda yang betul. I cuma nak you beware dengan Kayla even she's your best friend. Ingat, sayang. Berkawan baik tak semestinya tak boleh jatuh cinta. I perempuan and I tahu cara Kayla pandang you." Semakin Adam tidak suka, semakin dia suka membuat Adam terfikir-fikir. Dia mahu lelaki itu percaya kerana dia tidak mahu Kayla dekat dengan Adam! Adam hak dia!

"Lara stop please! You boleh tak kalau jangan cakap benda sama? You buat I sakit kepala bila fikirkan tentang ni. Look-" Tajam Adam memandang Lara. "- I dengan Kayla dah berpuluh tahun berkawan and I know her well better than you even you're a women like her. I tahu dia macam mana. You jangan pernah nak burukkan dia, Lara."

Lara terjeda. Dia sedikit terkejut bila Adam meninggikan suara pada awal bicara. Tidak sangka Adam akan jadi seperti itu. Tangan lelaki itu dicapai.

"Sa-sayang, I'm sorry. I tahu I tak berhak tuduh Kayla macam tu. Tapi itu yang I dapat rasa, sayang."

Tangan yang dipegang oleh Lara ditarik perlahan. Dia serabut! Dengan Kayla yang masih belum bercakap dengan dia.

"I nak balik. Let me rest for a while. Ada banyak masalah yang I perlu fikirkan. Kita jumpa lain kali. Bye." Kerusi ditolak dan Adam bangun menuju ke kereta. Dia mula bosan bila berjumpa saja dengan Lara, hal Kayla yang dibangkitkan.

"Sayang!"

Lara ketap gigi. Tangan digenggam kuat.

"Kurang ajar! Ini semua sebab perempuan tu!"

--------

"DIA belikan kau patung Pikachu tanda minta maaf sebab dia marahkan kau?" Membulat mata Hanan menyoal Kayla tidak percaya. Sukar untuk dia percaya semua itu.

Kayla mengangguk.

"Usih, Kayla kau biar betul? Kau cakap Adam bukan jenis macam tu bila dengan kau, kan? Sejak bila pula dia pandai pujuk kau guna cara macam tu?"

Air carrot susu dihirup terlebih dahulu sebelum dia menjawab pertanyaan dari Hanan. Dia sanggup datang berjumpa dengan Hanan semata-mata ingin berkongsi cerita dan meluahkan perasaan yang dipendam. Macam biasa, hanya Hanan tempat dia mengadu.

"Aku tak tahu, Hanan. Aku tak ambil pusing semua tu. Yang aku nak kau tahu sekarang, aku tak suka dia buat semua tu. Kau tahu kan kenapa? Adam akan letak aku ditempat bahaya kalau dia layan aku dengan cara macam ni."

Kata-kata Kayla dibalas anggukan dari Hanan. Dia setuju apa yang dikatakan. Kerana, bila Adam melayan Kayla dengan cara begitu akan membuat Kayla menaruh harapan. Pada dia, mana ada orang pujuk perempuan dengan memberi hadiah selain dari pasangan bercinta. Tak pun, beri hadiah bila orang yang disuka merajuk. Dalam kes Kayla ini lain. Adam sudah mempunyai kekasih tetapi dilayan Kayla seperti itu. Ketika lelaki itu single, tidak pula seperti itu. Asyik bergaduh saja.

"Aku rasa aku nak keluar dari rumah tu."

"What?!" Terkejut beruk Hanan bila kesunyian diisi dengan suara yang mengeluarkan ayat itu. Kayla dipandang tanpa berkelip.

"Kau merepek apa ni?"

"Betul la, Hanan. Kalau aku still stay dekat rumah tu, satu bumbung dengan Adam lagi la buat aku tak boleh nak move on. Nak-nak pula kau tengok la cara dia sekarang. Ini semua ujian untuk hati aku and aku tak kuat, Hanan. Dah lama aku simpan perasaan ni. Aku dah tak sanggup nak simpan lagi. Sakit."

Kali ini Hanan menggeleng.

"Tak. Kau jangan buat kerja gila. Kalau kau keluar dari rumah tu, kau nak tinggal mana Kayla? Fikir dulu bila nak bercakap. Lepas tu, apa pula cakap Baba dengan Umi kau kalau kau keluar? Kau ni."

Mahu saja Kayla meraung sekarang. Dia serabut! Hari-hari fikir masalah sama sajalah! Kenapa dia perlu dihadirkan dengan perasaan ini?! Boleh saja kan kalau dia berkawan dengan Adam dan menganggap lelaki itu seperti adik-beradik sendiri? Kenapa perlu ada perasaan jatuh suka dan cinta? Kenapa?!

"Aku harap masa cepat berlalu. Aku nak kerja then nak ada rumah sendiri. Maybe masa tu baru aku boleh lupakan perasaan terhadap Adam."

"Kayla, kenapa kau tak terus terang je dengan Adam? Mana tahu hati kau akan tenang lepas jujur dengan dia. And, who knows bila kau confess perasaan kau dekat dia slow slow perasaan tu hilang. Sebab ada sesetengah orang macam tu tau." Dan orang itu adalah dia, Hanan. Hihi.

Kayla tersenyum hambar. Bagi dia, soalan itu agak kelakar sedikit. Kemudian dia menggeleng.

"Aku sanggup sakit hati menahan rasa suka dan cinta dari sakit hati kena tinggal dengan kawan baik, Hanan. Kau pernah dengar tak yang putus kawan lagi sakit dari putus cinta? Dan aku tak nak rasa semua tu terjadi. Sebab aku tahu aku akan lebih sakit berbanding sekarang."

Ya! Disebabkan hubungan kawan baik itulah yang membuatkan dia bertahan dengan perasaan ini setiap kali berdepan dengan Adam. Dia tidak mahu kehilangan Adam sebagai seorang kawan baik disebabkan cinta. Dia tidak mahu kehilangan salah satu orang yang paling dia sayang selepas kedua ibu bapanya, Encik Amir dan Puan Zarina. Dia sayangkan Adam. Demi sebuah persahabatan, dia sanggup bertahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience