Peluang Untuk Bahagia 64

Romance Completed 31764

5 bulan kemudian...

BACAAN Yaasin tidak henti dibaca sebanyak tiga kali. Sudah lama dia bertandang di kubur arwah. Selama itu juga air mata tidak kering mengalir seiring dengan bacaan Yaasin. Walaupun rasa sebak, bacaan tetap diteruskan. Sesekali batu nisan dipegang. Tidak dapat sembunyikan rasa sebak dan sedih di dada. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan dia begitu juga dengan arwah yang telah pergi.

Walaupun tidak sempat bahagia lama, namun dia tetap rasa secebis kebahagiaan apabila bersama dengan arwah. Biar sekejap, sudah banyak memori yang terlakar dan tersemat didada. Bersyukur tetap bersyukur. Kasih sayang yang diberikan tidak kurang untuk dirinya ketika arwah masih hidup. Dia masih dapat rasa kasih sayang dari arwah. Kasih sayang tidak ternilai.

Setiap hari doa akan dititipkan buat yang berada di sana, yang telah kembali semula kepada Maha Pencipta. Tidak henti juga dia berdoa agar suatu hari nanti dapat dipertemukan bersama arwah di sana.

Banyak ujian yang ditempuhi dan dilalui. Namun dia tetap bersyukur kerana diberikan kesabaran biarpun akhirnya kecewa. Dia tidak salahkan takdir. Mungkin ini sudah tertulis yang dia bukan seperti orang lain. Bahagianya sekejap.

Air mata diseka. Bacaan kali terakhir dihabiskan. Senyuman nipis diukir.

Dia berpaling ke kiri. Kali ini air mata jatuh lagi. Kubur kecil dihadapan menyapa pandangan.

"Anak Mama."

Nur Kasih Afika Binti Ahmad Adam Firdaus.

Anaknya yang telah pergi belum sempat melihat dunia. Belum sempat melihat wajahnya. Hati ibu mana yang tidak sedih dengan kepergiaan yang seperti ini?

"Sayang, Mama. Elok-elok ya duduk dekat sana? Mama dekat sini sentiasa doakan Kasih. Kasih tetap anak pertama Mama sampai bila-bila. Sayang adalah bukti cinta Mama dengan Papa." Bibir dikemam sekejap meredakan sebak didada.

Kiri dan kanan adalah orang yang telah meninggalkannya. Orang yang dia sayang, semua telah pergi buat selamanya.

Andai dia masih mengandung, tentu sekarang dia sedang menunggu saat untuk melahirkan. Tetapi, itu cuma andaian semata-mata. Hakikatnya, anaknya sudah pergi ke syurga.

"Tenanglah sayang dekat sana."

Batu nisan kecil itu dikucup sayu.

"Mama sentiasa rindukan anak Mama. Nanti kita jumpa di syurga ya? Tunggu Mama."

"Tunggu Papa juga."

Kayla toleh. Terus senyuman lebar terukir sebelum dia menangis teresak-esak dan segera memeluk lelaki itu.

Ya. Lelaki itu, Adam Firdaus. Suami dia.

Ini adalah lelaki yang membuatkan dia paling bahagia. Alhamdulillah, selepas koma selama seminggu Adam sudah sedar dan kembali pulih.

Apa yang berlaku 5 bulan lepas tidak sama apa yang dijangkakan. Selepas sahaja dapat panggilan dari Akid, di mana Adam seperti orang hampir hilang nyawa membuatkan dia tergesa-gesa ke hospital. Walaupun dalam keadaan pantang, dia tidak kesah.

Sampai di wad, dia ingin terkam masuk ke dalam namun dihalang. Doktor masih lagi membuat pemeriksaan ke atas suaminya. Dia berada di luar hanya mampu menangis semahu-mahunya. Tidak terucap dengan kata-kata rasa sakit dan pilu mencengkam hati.

Saat itu, dia fikir Adam akan meninggalkannya buat selamanya. Meninggalkan janji yang akan sentiasa berada disampingnya menghadapi setiap ujian dan dugaan bersama. Dia meronta semahu-mahunya. Tidak sanggup jika hari itu adalah hari terakhir jasad Adam berada di atas bumi.

Encik Amir, Puan Zarina dan Akid tidak sudah-sudah menenangkan dirinya. Dia kerap memukul dada sendiri kerana sangat sakit dengan apa yang terjadi. Dia berharap agar Adam sedar dan sembuh. Namun lain yang jadi.

Doktor mengatakan denyutan jantung Adam terhenti sama seperti ketika menjalani pembedahan. Seakan pecah jantung dan hati bila itu yang disampaikan. Hanya Allah saja yang tahu perasaan dia tika itu.

Retak.

Hancur.

Berderai.

Dan paling tepat, jantungnya juga seperti terhenti berdegup. Lemah longlai badannya. Namun digagahkan jua untuk bertahan.

Dia yakin, tentu ada keajaiban lagi. Dan, akhirnya dengan izinkan Allah. Jantung Adam kembali berdegup dengan stabil dan mengambil masa beberapa jam untuk sedarkan diri.

Pada tika itu, tidak henti-henti dia mengucapkan kata syukur. Dia menangis lagi. Menangis kerana doanya dimakbulkan. Orang yang buat dia bahagia sudah kembali sedar dan pulih.

Bahu Kayla diusap-usap sayang. Kepala itu dicium. Dia juga menahan sebak saat melihat kubur anak kecil dihadapan.

"Shhh. Hunny tak boleh menangis, sayang. Nanti anak kita sedih tengok Mama dia macam ni." Wajah Kayla diangkat. Air mata diseka lembut.

Penuh lembut dan kasih sayang, Kayla pandang ke dalam anak mata lelaki itu. Mata yang tidak henti cuba menyampaikan dan menyalurkan rasa cinta.

"Thanks sebab still ada dengan Hunny."

"Hei. Kenapa cakap macam ni? Hubby dah janji akan sentiasa ada bersama sayang Hubby ni, kan? See, Hubby tak tipu. Dengan izin Allah, i'm here now. Diberikan kesembuhan dan kesihatan lagi. Boleh peluk, boleh lapkan air mata isteri Hubby yang manja ni. And, boleh teman ziarah kubur arwah Ayah, Ibu dan anak kita."

Tubuh tegap itu dipeluk lagi. Mata terpejam tenang dapat mendengar degupan jantung yang stabil ini. Biarpun sudah berkali-kali terhenti dari berdegup, namun masih ada lagu kekuatan di dalam diri Adam untuk teruskan hidup.

"Hubby hero Hunny. Hubby kuat."

"Yeah. I know, sayang. Anak kita pun kuat macam Hubby juga. Sayang pun kuat. Kalau tak, tak akan la boleh tunggu Hubby sampai bangun dari koma. Kan?"

Kayla jarakkan diri. Wajah Adam dipandang lama sebelum pipi itu disentuh.

"I love you."

"I love you too, Hunny."

Sebelum bersurai, sempat lagi Kayla bercakap bersama kubur arwah Ayah, Ibu dan anaknya. Memberi pesan yang dia akan datang semula. Ketika dia kecil, Ayah dan Ibu pergi meninggalkannya. Dan sekarang, anaknya yang kecil pula pergi tinggalkannya. Itu semua dugaan buatnya untuk terus sabar.

Dalam perjalanan pulang, kerap Kayla mengerli Adam disebelah yang fokus memandu. Ada sesuatu yang hendak dia sampaikan kepada lelaki itu.

"Hunny asyik kerli Hubby je. Ada apa ke?"

Kayla terus mengambil peluang untuk bercakap.

"Nak tanya sikit. Tapi jangan marah okey?"

Pertanyaan Kayla menghadirkan ketawa kecil dari Adam berserta kepala yang digelengkan. Lahai isterinya itu. Tak pernah tak comel.

"Apa, sayang? Hubby tak marah." Layan sajalah.

"Hubby masih ingat dekat Lara?"

Senyuman Adam mati. Hanya mata yang kaku pada hadapan. Sakit hati bila nama Lara menyapa telinganya. Dia ingat kembali peristiwa ketika di Cameron Highlands itu. Semenjak Lara senyap-senyap masuk ke dalam biliknya bersama Kayla, dia mula membenci perempuan itu. Dengan nama pun sudah benci.

"Hubby?"

"Kenapa tanya soalan macam tu?"

Suara dingin dari Adam mengertikan Kayla bahawa lelaki itu tidak suka. Tapi Adam harus tahu yang Lara sudah berubah.

"Hunny just nak tahu takut-takut Hubby ingat dekat dia."

Adam mengeluh.

"Lepas peristiwa haritu, Hubby dah lupakan dia. Dengar nama dia pun dah benci."

Tangan Adam dicapai.

"Tak baik tau bencikan orang. Lagipun, Lara dah berubah."

"Berubah? Hunny percaya?" Adam senyum sinis. Dia tak akan pernah percaya kalau Lara sudah berubah.

"Percaya."

Handbreak ditarik setelah lampu isyarat bertukar merah. Kayla dipandang aneh. Pelik. Isterinya itu juga bencikan Lara. Tak akan sudah berubah hati pula.

"Kenapa Hunny percaya? Sayang, dia dah hancurkan rumah tangga kita. Bukan sekali. Berkali-kali."

"Hei, Hubby. Rilex, okey?" Lekas Kayla menenangkan Adam apabila watak lelaki itu seperti berubah. "Tadi dah janji kan tak nak marah?"

"Tak marah. Geram."

Meletus ketawa Kayla.

"Hubby ni comel." Dagu lelaki itu diusap-usap.

"I'm serious, sayang. Kenapa Hunny percayakan perempuan tu? Dia dah banyak buat salah dengan kita. Nak dia buat hal lagi ke macam mana?"

Bengang pula. Tak nak Kayla percayakan Lara kerana nanti bimbang perempuan itu ada rancangan lain pula mahu runtuhkan rumah tangganya.

"Tak, Hubby. Dia tak akan buat hal. Sebab dia dah jauh dari kita."

"Jauh?"

"Yes."

"Maksud Hunny?"

"Selepas tiga hari Hubby koma, dia ada bagitahu Hunny yang dia akan pindah ke Paris. Stay dekat sana. Nak mulakan hidup baru dekat sana. Sebab dia cakap, dekat situ dia akan dapat impian dia. Dan, dalam masa sama dia dapat elakkan diri dia dari cemburu tengok kita."

Adam terdiam. Masih menanti cerita selanjutnya.

"Dia juga ada minta maaf dengan Hunny sebab selama ni dia dah kejam dengan kita. Kalau Hubby nak tahu, dialah yang buat report masa Haris seram kita dekat rumah. Dia yang bawa Hunny ke hospital and jaga Hunny sementara tunggu Baba dengan Umi sampai. Hunny rasa dia dah totally change."

Kayla berhenti bercerita. Sehingga sekarang dia masih belum mendengar khabar dari Lara. Entah sihat ke tidak. Dia yakin Lara sudah berubah.

"Alhamdulillah. That's good kalau dia betul-betul berubah. Hubby harap dia tak akan ganggu kita lagi."

Cukuplah. Adam sudah tidak sanggup lagi dengan ujian yang datang menimpa-nimpa. Lagipula, sejak peristiwa hitam itu berlaku dia sering saja mengigau-ngigau kerana termimpikan Haris yang menikamnya. Sampai sekarang dia masih serik.

?????

PINTU bilik dibuka. Kayla menjenguk sedikit ke dalam mencari kelibat suaminya. Dia melangkah masuk ke dalam bila bayangan lelaki itu pun tidak nampak.

"Hubby?"

"Ya, sayang? Hubby tengah mandi ni. Kenapa? Nak join?"

Kayla ketawa sendiri. Ada-ada sajalah lelaki itu. Tak pernah tak buat hal. Ada saja sikap gatal dan miang itu. Langkah diatur ke pintu tandas.

"Ha'a nak join. Boleh tak?" Dia juga sama naik gatalnya. Saja ingin bergurau.

Tak!

Kunci pintu dari dalam sudah dibuka. Sesaat, terpancul wajah basah Adam. Tanpa amaran, tangan Kayla ditarik masuk ke dalam hingga terjerit isterinya itu.

"Hubby! Buat apa ni?!" Kayla pejam mata rapat. Gila ke nak buka mata?!

Kayla disandar pada sinki. Kedua-dua tangan memerangkap isterinya itu dan dia tersenyum bahagia.

"Kenapa tutup mata? Buka la."

"Tak nak! Hubby tengah mandi tu kan. Ish!"

"Eleh. Nak malu-malu pula. Buka la, sayang. Hubby dah pakai towel dah pun."

Perlahan-lahan Kayla membuka mata dan semakin luas. Nafas dihela lega. Nasib baik lelaki itu pakai tuala. Kalau tidak, sekarang juga dia pengsan disini.

Dada yang terdedah itu dipukul lembut.

"Tepilah. Nak keluar."

"Eh? Tadi kata nak mandi sekali, kan? Jomlah." Adam mula tayang wajah miang. Bibir digigit.

"Gurau je la! Tepi."

Adam masih berkeras. Hanya mata saja yang bergerak memerhati isterinya dari atas hingga bawah. Kemudian dipandang ke atas semula.

Kayla cuak.

"Ke- kenapa pandang macam tu?"

"Nothing. Just terfikir yang sekarang adalah masa sesuai untuk Hubby practice mandikan baby."

Dahi berkerut tidak faham.

"Tak faham eh?"

Kayla menggeleng.

Tangan Adam mula merayap masuk ke dalam baju Kayla. Dan perut yang sedikit membuncit itu diusap sayang. Syukur, kandungan isterinya sudah mencecah 3 bulan. Dan dia berharap, tiada lagi peristiwa seperti dulu.

Kayla hanya membiarkan.

"Baby ni pun nak mandi. So, apa kata Hubby mandikan Hunny. Nak?"

Terus Kayla menjegilkan mata. Bahu lelaki ity dicubit kuat.

"Eiii! Tak habis-habis gatal, kan?" Kayla peluk tubuh. Dia ketawa kegelian bila ibu jari Adam mengusap perutnya.

"Lambat lagi ke nak ada baby bump? Hubby dah tak sabar, sayang. Dah tak sabar nak rasa baby ni menendang."

"Amboi. Kalau baby ni menendang, Hunny yang rasa tau. Tapi, Hunny pun tak sabar." Tangan Adam yang menekap diperutnya dipegang.

"Hubby."

"Yes?" Tepat Adam memandang anak mata Kayla.

"Hubby ni seksi sangat. Boleh tak kalau-" Kayla berhenti disitu. "Sini sikit." Suaminya digamit mendekat.

Adam hanya menurut dengan hairan.

Hampir saja wajah mereka, Kayla mula mencari sasaran. Tapi bukan diwajah lelaki itu. Tempat kegemarannya.

Leher!

"Aduh!" Adam mula mengadu bila terasa ada gigitan dileher. Tempat digigit itu ditekup.

"Apa ni? Hunny suka main leher Hubby kenapa? Tinggal kesan pula tu. Almost everyday. Dah lah. Hubby pergi office, semua staff tegur. Dah tak tahu nak bagi alasan apa lagi dah. Sayang ni, kan. Geram." Bebelnya tidak puas hati.

Mana tidaknya, sudah tebal wajahnya ini setiap kali diusik pekerja-pekerja. Pada mulanya alasan digigit semut. Bila dah berkali-kali, tak akan lah kena gigit semut.

Oh lupa. Isterinya itu ketua segala semut. Senang cerita, permaisuri persatuan kerengga.

Wajah Kayla kendur.

"Marah eh?" Perlahan dia menyoal. "Tapi Hubby nampak seksi bila Hunny pandang leher tu. Rasa macam nak gigit-gigit."

Hendak pula sejak mengandung ini. Hanya leher itu saja yang dicari. Tidur juga dibenamkan pada leher itu.

"Sayang." Pipi Kayla diusap. "Hubby tak marah. Tapi, Hubby tegur. Hubby segan tau bila staff tegur usik macam tu. Nanti dia ingat isteri Hubby ni ganas sangat sampai hari-hari ada love bite."

Pap!

Dada Adam dipukul.

"Hunny tak ganas la!"

"Okey. Kalau macam tu, Hunny nakal eh?" Adam tetap mengusik.

"Ish! Hunny cuma suka dengan leher Hubby tu. Dah cakap, kan seksi."

"Leher je?"

"Ya la."

Adam menukarkan pandangan. Dia mula pandang wajah Kayla redup. Jarak didekatkan lagi. Tangan menjalar ke belakang isterinya itu.

"But, Hubby suka semua yang ada pada my wife ni. So, sexy."

Wajah mula membahang. Segera Kayla sembam wajah pada dada bidang itu. Malu!

"Hubby ni suka tau buat scene sweet tak kena tempat."

"Bukan selalu sweet dalam toilet ni, sayang. Kita kena create memory setiap ruang dalam rumah ni. Biar happy je rumah ni."

Kayla angkat wajah.

"Dah. Dah siap mandi ke belum? Hunny nak panggil Hubby makan je tadi. Mesti dah sejuk lauk dekat bawah tu." Lain tujuan, lain yang jadi.

"Oh ya? Tapi Hubby lapar lauk lain."

Kayla ketap gigi. Dah mula dah!

"Jangan nak mengada eh. Tumbuk kang." Buku lima ditayang. Namun dibalas ketawa besar dari suaminya.

"Kecil tu penumbuk, sayang? Sekali Hubby grab macam ni, dah hilang. Tak kira. Hubby nak mandikan Hunny. Dah busuk ni. Jom."

Badan Kayla dicempung dan diletakkan di dalam bathtub dengan baju yang masih tersarung. Dia kesah dengan teriakan dari wanita kesayangannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience