SENYUMAN diberikan pada diri sendiri melalui pantulan cermin. Senyuman untuk dia memulakan pagi hari ini dengan gembira dan ceria. Hari ini dia mula bertugas sebagai seorang peguam di firma Pusat Bantuan Guaman, Kuala Terengganu. Kehidupan baru dia bermula di situ dan pada hari ini. Lupakan segala masalah yang pernah dia hadapi. Mulai hari ini fokus pada kehidupan sekarang. Itu saja.
Samsung berdering menarik perhatian. Bersama hati yang tenang, Samsung di atas katil dicapai. Senyuman makin lebar saat nama Puan Zarina terpapar di dada skrin Samsung. Segera panggilan itu diangkat.
"Assalamualaikum, Umi." Dia menyapa ceria.
Jam pergelangan tangan dikerli. Masih awal lagi dan masih ada masa untuk berbual bersama Puan Zarina. Sekarang, dia tidak perlu kelam kabut untuk bersiap dan segera turun ke bawah menyediakan sarapan. Kalau dulu, tiba saja jam 7 tentu saja dia kelam kabut hendak siapkan sarapan buat Adam.
"Waalaikumussalam, anak Umi. Sihat?"
"Alhamdulillah, sihat walafiat. Umi dengan Baba macam mana? Sihat?"
"Alhamdulillah. Kami sihat macam ni la. Cuma Umi ni tak berapa nak sihat sebab rindukan anak perempuan Umi. Hari ni dah mula kerja, kan?"
Timbul rasa sebak dalam hati bila terdengar Puan Zarina berkata begitu. Dia juga rasa yang sama. Rindu dengan orang tuanya angkatnya di sana. Kalau dulu, walaupun jarang tidak bertemu sekurang-kurangnya mereka masih lagi dalam negeri yang sama. Namun sekarang tidak lagi. Jarak antara dia dan orang tuanya sudah jauh sekali. Untuk bertemu sekali sebulan juga agak mustahil.
"Kayla pun rindukan Baba dengan Umi. Ha'ah. Kayla start kerja hari ini. Umi doakan semua jalan lancar ya? Berdebar pula sebab bekerja negeri lain. Kayla risau tak faham nanti apa yang dia orang cakap."
Terus tergelak Puan Zarina dihujung talian bila itu yang Kayla risaukan.
"Nak risau buat apa? Kayla tinggal dekat tempat dia orang, Kayla kena faham cara dia orang cakap macam mana. Kalau boleh cuba belajar cara bercakap Terengganu macam mana."
"Tak nak la, Umi. Loghat dia orang pekat sangat. Tak faham nanti. Tapi tak apa, Kayla cuba. Umi doakan Kayla, tau?"
"Kayla, Umi selalu doakan Kayla even sejauh mana anak Umi ni pergi. Yang paling penting, Umi doakan kebahagiaan Kayla. Semoga Kayla bahagia bila tenang tinggal dekat sana."
Keluhan sebak dilepaskan perlahan. Semakin sebak hatinya ini.
"Umi rasa Kayla ni isteri yang kejam ke?"
"Eh, kenapa cakap macam tu?"
"Iyala, Kayla dah tinggal Adam sejauh ni. Kayla tinggalkan tanggungjawab-"
"Kayla, listen here. Kayla bukan isteri kejam, nak. Cuma Adam yang tak pandai nak menilai isteri sendiri. Jangan sesekali salahkan diri Kayla dan katakan yang Kayla tu kejam. Tak. Kayla tak kejam. Bagi Umi, keputusan Kayla untuk pindah ke sana tu tepat sekali. Nak tahu kenapa? Sebab melalui dengan apa yang Kayla dah buat, Umi yakin suatu hari nanti Adam akan sedar dengan kesilapan dia dan dia akan menyesal. Umi setuju Kayla pindah ke sana sebab Umi nak Adam kesal dengan apa yang dia buat pada Kayla."
Air mata menitik sedikit. Terharu dan sebak dalam masa yang sama kerana Puan Zarina tetap berpihak kepadanya. Biarpun dirinya hanya seorang anak angkat yang menumpang kasih sayang seorang ibu. Tetapi Puan Zarina tidak pernah menyisihkan dia walaupun dalam keadaan begini.
"Terima kasih sebab Umi selalu ada disamping Kayla. Padahal Kayla bukan anak Umi. Umi sepatutnya berada disebelah Adam."
"Shhh. Umi tak pilih kasih. Umi menilai dengan mata Umi sendiri. Umi pun sedar Adam tu dia dah banyak buat salah dengan Kayla. Umi tahu Kayla tu bukan anak kandung Umi. Tapi Umi tak akan sesekali jadikan itu satu alasan untuk Umi turut salahkan Kayla. Bukan jadikan alasan untuk Umi pertahankan Adam. Umi tahu dia anak kandung Umi. Tapi Umi juga tahu yang dia dah banyak berubah, Kayla. Dia lain sangat sekarang ini."
Kayla pejam mata saat suara Puan Zarina dihujung talian sudah mula berubah menjadi serak. Mungkin Puan Zarina sedang menahan tangisan sekarang. Kalau dia terkilan dan kecewa bila Adam mula berubah begitu, apatah lagi Puan Zarina. Pastinya wanita tua itu lagi terkilan dan kecewa bila anak sendiri mula berubah dari sikap sebenar.
"Umi sabar, ya? Don't cry. Kayla tak ada nak peluk Umi." Cuba untuk hiburkan hati wanita kesayangannya itu.
Puan Zarina tergelak kecil.
"Kayla."
"Ya?"
"Kalau Umi tanya, Kayla boleh jawab dengan jujur tak?"
"Apa dia? Insha Allah. Kayla tak pernah tipu Umi, kan. So, Kayla cuba untuk jawab dengan jujur."
"Kayla tak akan marah Umi kan?
Kayla tergelak senang bila itu yang ditanya. Alahai! Comel betul Umi dia bila tanya seperti itu. Macam budak-budak takut kena marah pun ada.
"Iya, Umi. Kayla tak akan marah. Siapa Kayla nak marah ibu Kayla sendiri? Umi ni comel la."
Kedengaran Puan Zarina ketawa sekejap sebelum suara itu tidak kedengaran. Mungkin sedang berfikir soalan apa yang hendak ditanya.
"Kayla. Andai suatu hari nanti kalau Adam dah tahu kebenaran yang Kayla tak salah dan dia menyesal dengan perbuatan dia pada Kayla, Kayla akan maafkan Adam?"
Terjeda.
Serta merta dirasakan lidahnya berat untuk menjawab pertanyaan itu. Andai itu terjadi, adakah dia akan maafkan Adam?
Memang dia masih sayangkan lelaki itu. Cinta juga. Tetapi dengan apa yang Adam dah buat, lelaki itu hina dan caci dia. Halau dia dengan cara keji dari rumah itu, hatinya kembali berdarah bila ingat semua itu. Dan, bolehkah dia maafkan semua itu?
Jawapan dia, tak!
Dia tak akan semudah itu maafkan Adam! Adam dah tuduh dia macam-macam. Percayakan Lara berbanding dirinya. Adam pergunakan dirinya dengan jadikan dia sebagai isteri hanya untuk menggantikan tempat Lara. Kemudian, Adam buat dia seperti tidak wujud sebagai isteri di dalam hidup lelaki itu. Adam dingin dengan dia adalah. Berkali-kali dia cuba untuk jadi isteri yang terbaik, Adam tetap acuh tak acuh melayan dia sebagai seorang isteri.
Kesukaran untuk dia maafkan Adam sangat tinggi. Hatinya bukan mainan. Dirinya juga bukan mainan yang boleh diambil bila perlu!
"Kayla?"
Mata dipejam. Sangat berat untuk dia jawab soalan itu.
"Umi, Kayla minta maaf andai jawapan Kayla buat Umi kecewa. Tapi, buat masa sekarang atau mungkin masa yang akan dating juga Kayla tak akan maafkan dia. Dalam Islam, kita mesti memaafkan orang, kan? Jadi, mungkin Kayla akan maafkan. Tapi, bila hati Kayla betul-betul dapat maafkan. Mungkin jika tidak. Maafkan, Kayla."
Jawab dia dalam nada perlahan, Bimbang jika bait katanya dapat mengecewakan Puan Zarina.
"Tak apa. Umi faham bukan mudah nak maafkan orang yang dah buat salah besar dengan kita. Umi minta maaf kalau Umi buat Kayla ingat semua tentang Adam. Don't worry, Umi tak salahkan Kayla. Umi sangat faham keadaan Kayla."
"Thanks, Umi. Kayla sayang Umi sangat-sangat."
"Umi lagi sayangkan Kayla. Take care bila duduk dekat sana. Solat jangan tinggal tau? Umi letak du-"
"Umi kejap."
"Ya?"
"Umi janji jangan bagitahu Adam yang Kayla pindah ke sini, okey?" Risau jika Puan Zarina tersalah mulut memberitahu di mana keberadaannya.
"Umi tak akan mungkir janji. Kalau dia betul-betul menyesal dan nak kan Kayla, biar dia usaha cari Kayla sendiri. Dia pandai memandai halau Kayla dari hidup dia, jadi biar dia pandai memandai juga cari Kayla semula."
Tersentak bila Puan Zarina berkata begitu.
Adam mahukan dia semula?
Huh! Mimpi!
?????
LARA melangkah keluar dari butik pakaian bersama Adam. Lengan lelaki itu dipaut mesra. Manakala di tangan kirinya pula terdapat beberapa beg plastik hasil dari dia membeli belah. Apa yang buat dia senang hati adalah semua yang dibelinya hari ni dibayar serratus peratus oleh Adam. Dia tidak meminta, tetapi Adam memberi. Jadi, dia terima dengan gembira sekali.
"Kejap lagi you nak belanja I apa pula?" Dengan lagak manja dia menyoal Adam disebelah.
"Anything you want."
Lara mula tersenyum lebar dan sinis.
"Okey! Sebab tu I sayang you."
Kata-kata Lara hanya dibalas dengan senyuman dari Adam. Seperti biasa. bermula dari hari itu sampai ke sekarang dia masih lagi berada tidak senang duduk dan tidak sedap hati. Kerana itu dia mengajak Lara untuk belanja gadis itu apa-apa saja. Disamping itu dapatlah dia lupakan segala rasa tidak senang yang bersarang dihati.
Sejak kebelakangan ini, bayangan wajah Kayla semakin menghantui fikirannya. Semakin cuba untuk dia menghalau, semakin kerap dia terbayangkan Kayla. Sehingga dia ternampak kelibat Kayla di dalam rumah itu. Naik geram dengan diri sendiri kerana kerap sekali mengingati Kayla.
"Oh ya. Dah lama I tak dengar berita tentang perempuan tak guna tu. You tahu dia ada dekat mana sekarang?"
Dalam diam Lara begitu gembira bila Adam mengatakan bahawa Kayla sudahpun dihalau keluar dari rumah lelaki itu. Dia adalah orang yang paling gembira bila dapat tahu berita itu. Rasa peluang untuk memilik Adam semakin tinggi. Sudah tiada saingan lagi yang menghalang dia.
Adam mengeluh kuat. Baru saja terlintas soal Kayla. Lara pula bertanyakan itu.
"Entah. I tak ambil tahu langsung lepas I halau dia." Jawapan ringkas.
Lara mencebik. Dia mahu tahu apa yang terjadi pada perempuan itu sekarang. Hidup lagi atau tidak. Kalau dah tak hidup, baru aman hidupnya. Kalau Adam tidak muncul pada hari di mana dia cuba untuk bunuh Kayla, mungkin sudah lama Kayla bergelar arwah. Memang dia sudah rancang mahu hapuskan Kayla dengan cara begitu. Tapi Adam pula datang buat kacau!
"You dah ceraikan dia ke?"
Adam berhenti dari berjalan. Lara dipandang tidak puas hati.
"You kenapa ni asyik bercakap fasal dia? You tahu yang I bencikan dia, lagi you suka bercakap fasal dia." Langkah diteruskan dengan rasa bengang.
Kayla sana Kayla sini. Bagaimana bayangan Kayla tidak muncul kalau di mana dia pergi asyik bercakap soal Kayla.
Cerai?
Dia tidak terfikir semua itu lagi. Entah la. Dia sendiri tidak tahu apa kena dengan dirinya sekarang. Kalau benar dia benci kepada Kayla, sudah tentu dia tidak ada rasa keraguan untuk ceraikan Kayla. Tetapi bila fikirkan itu, dia jadi tidak tentu arah untuk fikir semua itu. Sama ada mahu ceraikan Kayla atau tidak.
Terus Lara mengejar langkah Adam yang panjang itu. Lengan Adam diraih.
"Okey, sayang. I'm so sorry. I cuma nak tahu dia still hidup lagi ke tak. Itu je?"
"Yang you sibuk sangat nak tahu dia hidup lagi ke tak kenapa? You memang nak dia mati ke?" Soal Adam keras. Bengan bila Lara bercakap begitu. Seakan-akan mendoakan Kayla cepat-cepat pergi buat selamanya.
Lara terkelu. Sedar dia sudah terlepas cakap.
"I-I-"
"Ke you yang tak suka dia selama ni? Atau you yang cuba apa-apakan dia sampai you dah tak sabar nak tengok dia mati?" Adam mula curiga. Matanya dikecilkan.
Air wajah Lara terus berubah cuak. Tekaan Adam tepat mengena pada batang hidungnya.
"Ap-apa you ni? Ke situ pula. I- I ni bukan macam perempuan tu. I baik tak jahat macam dia. Ada pula i tak sabar nak tengok dia mati. Tak baik la you main tuduh i macam tu. You tak sayangkan I ke?" Wajah sengaja dimasamkan pura-pura merajuk kerana terasa hati dengan tuduhan Adam biarpun betul dan tepat.
Memang dia tidak sabar nak tengok Kayla mati! Dia nak kan Adam! Selagi Kayla hidup, selagi itu dia tidak tenang!
Adam mendongakkan wajahnya ke atas dan melepaskan keluhan. Lara dipandang semula.
"Dah la Lara. I penat bila jumpa you asyik bercakap fasal Kayla. You ni kalau tak suka dia, jangan bercakap fasal dia. Ini tidak, asyik sebut nama Kayla saja. I tak faham. Dah la. You balik sendiri. I nak pergi jumpa client." Sejurus itu, Adam menyambung langkah meninggalkan Lara disitu yang terpinga-pinga.
Luas mulut Lara ternganga bila ditinggalkan begitu.
"Adam!"
"Tak guna! Boleh dia tinggal aku dekat sini? Ish!"
?????
Dua bulan kemudian...
DIA yang baru hendak memanjat anak tangga naik ke atas itu berpatah ke ruang tamu semula selepas mendengar ketukan bertalu-talu dari luar. Jam dinding yang menunjukkan jam 10 malam itu dikerli. Dahi berkerut memikirkan siapa saja yang datang ke rumah waktu begini. Langkah dibawa ke arah pintu utama dan lubang kecil pada pintu itu diintai sedikit.
"Adam. Aku dengan Is datang ni. Tak payah menghendap sangat. Tak ada pencuri nak masuk rumah kau ni." Ujar Zaki bila ternampak mata Adam dari lubang kecil itu.
Adam menggelengkan kepala. Terus saja pintu utama itu dibuka luas. Terpancar wajah Zaki dan Iskandar dihadapan pintu.
"Kau orang buat apa datang rumah aku malam-malam macam ni? Masuk la."
Zaki dan Iskandar dijemput masuk sebelum pintu utama ditutup kembali. Mereka bertiga duduk bersama diruang tamu rumah Adam.
"Aku ada something yang nak tunjukkan dekat kau." Zaki mula mengeluarkan laptop yang dibawa dan diletakkan diatas meja. Laptop itu dibuka.
Adam sudah hairan. Datang ke rumahnya tiba-tiba buka laptop. Penting sangatkah apa yang hendak disampaikan itu sampai perlu bawa laptop?
"Apa dia? Penting sangat ke sampai perlu bawa benda ni?"
"Memang penting." Serius Iskandar menjawab. Sekarang tiada masa untuk bergurau senda.
Sudah tiba masanya untuk Adam tahu segalanya. Sudah tiba masa untuk kejahatan Lara terbongkar depan mata Adam.
"Fasal apa?"
Zaki mengarahkan laptop ke arah Adam bagi memudahkan sahabatnya itu melihat dengan jelas apa yang terpapar.
"Kau tengok dan baca dengan mata kau sendiri. But, aku minta sangat-sangat dengan kau. Mohon kau buang ego kebencian kau pada Kayla dan buka mata dan hati kau luas-luas untuk percayakan benda ni. Kalau kau masih tak percaya-" kepala digelengkan. "Aku tak tahu nak cakap apa lagi dah. Yang pasti aku dah berkali-kali siasat benda ni sebelum aku tunjuk dekat kau. Tengok la."
Dada Adam mula bermain rentak tidak sedap hati. Reaksi wajah Zaki dan Iskandar sekarang benar-benar buat dia hairan.
"Percaya apa ni?"
"Aku cakap tengok. Kau kena tengok dan baca sendiri. Tengok la."
Teragak-agak Adam menarik dekat laptop itu ke arahnya. Sebelum melihat apa yang terpapar, sempat lagi Zaki dan Iskandar dipandang. Kedua-duanya mengangguk tanda menyuruh dia melihat apa yang ada di dada skrin laptop.
Gemuruh juga rasanya.
Mata mula terarah pada skrin. Kusyuk sekali dia melihat dan membaca. Tiba pada satu tempat, dia mula berasa tidak sedap hati. Kedua sahabatnya dipandang lagi. Semakin dia scroll ke bawah, semakin jelas apa yang Zaki dan Iskandar cuba tunjukkan kepadanya. Mata dipejam dan kepala digelengkan seketika. Cuba untuk elakkan diri dari terpedaya dengan semua itu. Semakin kebawa semakin luas matanya membaca dan melihat. Dan, tangannya terhenti dari terus scroll ke bawah bila ternampak satu gambar. Liur ditelan rasa kesat dan pahit sekali.
Zaki dan Iskandar sudah saling pandang dan tersenyum sinis.
"Gambar yang kau tengok tu adalah gambar masa kekasih kesayangan kau tinggal dekat Paris selama empat tahun. Dan gambar kedua tu adalah gambar dia bersama lelaki lain. Dan, aku minta maaf kalau gambar ketiga itu sedikit mengaibkan, tapi ini semua demi bukti. Dari apa yang kau tengok sendiri tu, aku yakin kau boleh faham Lara tu jenis yang macam mana." Terang Iskandar satu persatu.
Pada sekeping gambar yang terpapar, sedikit membuka aib Lara. Di mana gambar itu adalah Lara sedang bercumbuan dengan Ryan. Tapi kalau itu saja yang dapat percayakan Adam bahawa Lara bukan perempuan yang baik. Tak salah bukan?
Tiba pada satu ruangan lagi, Adam terus terngadah. Apa yang dia nampak sekarang benar-benar mengejutkan dirinya.
"La-Lara pernah preg-pregnant?
"Yes. Ketika dia batalkan perkahwinan kau orang berdua, kandungan dia dah masuk dua bulan. Dia menghilangkan diri kembali semula ke Paris untuk cari Ryan. Tapi sayang, Ryan tak mengaku yang itu anak dia. So, dia minta Lara gugurkan. Dan, Lara gugurkan. Kau rasa, Lara tu sesuai ke untuk dijadikan isteri kau? Aku harap lepas kau tahu semua ni, kau batalkan niat kau nak kahwin dengan Lara. Dan aku yakin, sekarang mungkin kau dah percaya yang Lara cuba bunuh Kayla dengan cekik leher Kayla, kan?"
Adam ketap bibir. Seluruh badannya mula menggigil. Tangan dikepal sebelum wajahnya diraup kasar. Tidak perlu menunggu, rasa bersalah pada Kayla mula menyelubungi dirinya. Patutlah beberapa hari ini dia jadi seperti dingin bila ada bersama Lara. Kemarahannya tidak dapat dikawal bila Lara mula menggesa dia menceraikan Kayla cepat-cepat. Rupanya semua itu dah ditunjukkan dimatanya, tetapi dia saja yang buta.
"Ke-kenapa baru sekarang kau bagitahu aku?"
Zaki tersenyum herot.
"Kau merepek apa, Adam? Aku dengan Is dah puas yakinkan kau yang Kayla tak bersalah. Dan Lara tu bukan perempuan yang baik. Tapi, ada ke kau percayakan kita orang? Kau marahkan kita orang lagi adalah sebab kita orang cakap Lara tu perempuan tak baik. Kau back up Lara tu sampai sanggup marahkan sahabat sendiri. Aku dengan Is pun nekad untuk siasat fasal Lara. And, inilah hasilnya. Kau dah percaya, kan?"
Kalau Adam dah percaya, syukurlah.
"A-aku tak tahu apa yang aku perlu rasa sekarang."
"Kau rasa bersalah, kan? Bersalah pada Kayla? Bersalah sebab kau tuduh dia cuba bunuh Lara sampai kau halau dia dari rumah dengan cara yang keji. Kan?"
Soalan Iskandar membisukan Adam. Memang dia rasa bersalah. Tetapi masih sukar untuk dia luahkan rasa pada orang lain. Rasa malu pada orang lain dan diri sendiri. Dia halau Kayla disebabkan tuduhan Lara!
Bahu Adam disentuh Zaki.
"Aku harap kau dapat fikir semula dengan apa yang kau dah buat pada Kayla sebelum ni. Dan aku harap kau dah tak percayakan Lara lepas ni. Itu pun kalau kau dah tak dibutakan dengan cinta Lara lah. Tapi, kalau sebaliknya terpulang pada kau lah. Kita orang buat macam ni sebab kita orang tak nak kau menyesal suatu hari nanti. Dengan peluang yang ada ni, kami harap kau boleh berubah sebelum terlambat. Tak rugi pun kau tinggalkan Lara. Yang rugi bila kau lepaskan Kayla." Bahu itu ditepuk-tepuk penuh makna.
Adam tampung kepala. Rasa sakit kepala mula mencengkam. Seperti biasa, antara rasa ingin percaya atau tidak sama banyak. Tapi sekarang dia rasa dia percaya dengan apa yang dilihat.
Keluhan berat dilepaskan.
Rasa kesal?
Ya.
Tapi untuk pergi cari Kayla semula, itu tidak mungkin dia akan buat.
Ego?
Masih ada.
Dia perlukan lebih banyak masa lagi untuk tenangkan diri sendiri selepas kebenaran ini terungkap.
Share this novel