Peluang Untuk Bahagia 31

Romance Completed 31764

PINTU wad kecemasan dipandang tidak lepas. Sekajap dia bangun dan berjalan mundar mandir dihadapan pintu wad kecemasan itu. Sekejap dia duduk. Sudah 15 minit berlalu, tetapi doktor yang merawat Lara di dalam masih lagi belum keluar. Adam tidak senang duduk.

Dia gelisah dan resah. Dia tidak akan maafkan dirinya sendiri jika terjadi apa-apa pada Lara. Menyesal dia lepaskan Lara pergi bertemu dengan Kayla selepas Lara merayu kepadanya. Sudah dia rasa pasti akan ada sesuatu yang terjadi jika dia biarkan Lara dan Kayla saling bertemu.

Kayla.

Teringat saja kepada gadis itu terus darahnya menyirap. Tangan dikepal kemas. Sudah terang lagi bersuluh Kayla itu bukan perempuan yang baik! Jika tidak, kenapa Kayla perlu menolak Lara ke dalam kolam?

"Kau tunggu, Kayla. Aku akan pastikan kau dapat balasan lepas apa yang kau dah buat dekat Lara. Dasar perempuan tak kenang jasa. Umi dengan Baba aku jaga kau macam tatang minyak yang penuh, kau jadi naik duan pula bila dah besar. Siap kau."

Sedang Adam bermonolog sendiri, pintu wad kecemasan dibuka dari dalam. Segera dia bangun berdiri dan menghampiri doktor perempuan tersebut.

"Macam mana dengan tunang saya?"

"Alhamdulillah, Cik Lara tak ada apa-apa masalah. Nasib baik Encik Adam cepat keluarkan dia dari kolam. Buat masa sekarang Cik Lara hanya perlukan masa untuk berehat. Saya akan pindahkan dia ke wad biasa."

Adam mengangguk hormat.

"Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu."

"Terima kasih doktor."

"Sama-sama."

Usai saja doktor tersebut beredar, Adam menghela nafas berat. Badan disandar pada dinding. Untung saja Lara baik-baik saja. Ringan sikit rasa risau yang bersarat dalam hatinya. Mata dipejam rapat.

"Adam!"

Suara yang memanggil dipandang. Kelihatan Iskandar sedang berlari anak mendekati dia.

"Lara macam mana?" Terus Iskandar bertanya sebaik saja sampai dihadapan Adam.

"Alhamdulillah, dia tak ada apa-apa."

Iskandar angguk mengerti. Melihat Adam, terus saja dia teringat kepada Kayla. Kesian dia melihat gadis itu menangis semahu-mahunya ketika dia dan Kayla masih berada di tempat kejadian. Mahu dipujuk, dia tidak mengerti. Tambahan pula Kayla itu isteri orang. Nanti tidak tentu fasal timbul fitnah pula. Akhir sekali, bila melihat keadaan Kayla mula reda, dia menawarkan diri untuk menghantar gadis itu pulang. Nasib baik Kayla bersetuju.

"Ni. Aku dah hantar isteri kau balik."

Serta merta wajah Adam menegang.

"Balik mana?" Keras dia bertanya. Rasa amarah kembali menyirap.

"Lah, balik rumah kau orang la. Mana lagi." Pelik betul sikap Adam. Tak akan la dia nak hantar isteri pergi ke tempat lain. Dia masih waras lagi.

"Kenapa kau hantar dia ke situ?"

"Habis tu aku nak hantar dia ke mana? Dia tu isteri kau, tak akan la aku nak hantar dia tempat tak patut. Kau ni pun." Hilang akal sudah rasanya si Adam ni.

Adam mendengus.

"Hantar la mana-mana, janji bukan rumah aku. Aku benci dia lepas apa yang dia dapat buat."

Iskandar termengah. Selamba biawak betul Adam bercakap. Memang hilang akal betul! Boleh Adam cakap begitu kepada isteri sendiri?

"Tak patut kau cakap macam tu. Aku rasa better kau siasat dulu apa yang dah jadi tadi. Aku rasa Kayla tak salah."

"Kau ni kenapa, Is? Depan-depan mata kau dia tolak Lara dalam kolam, kau masih nak bela perempuan tu? Kau tu yang buta aku rasa."

Malas mahu menjawab, Iskandar pilih untuk mendiamkan diri. Tiada guna juga dia membalas kalau akhirnya akan timbulkan kemarahan Adam. Cukup dia saja yang tahu siapa betul siapa salah. Memang dia Nampak Lara jatuh ke dalam kolam. Tapi yang jelas dia nampak adalah di mana tangan Lara berada sebelum Lara terjun ke dalam kolam. Dia belum buta. Adam yang buta!

?????

BERKALI-KALI kaki lelaki itu dicuba dipegang. Dia sanggup menebalkan muka sendiri dengan merayu terhadap lelaki itu berharap lelaki itu akan percaya dengan dirinya. Air mata merembes keluar sudah tidak dihiraukan. Dia mahu lelaki itu percaya akan dirinya bahawa dia tidak melakukan perkara itu. Sekali lagi kaki lelaki yang bergelar suami cuba diraih dan dia bersujud di kaki itu.

"Trust me. Saya tak buat semua tu. Tolong la." Kini tangan kanan lelaki itu dipegangnya. Namun cepat saja ditepis kasar. Jelas wajah lelaki itu sangat bengis memandang dia. Mata lelaki itu menunjukkan kebencian yang menyala.

"Kau merayu sampai keluar air mata darah sekali pun, aku tak akan percaya! Kau keluar dari rumah aku sekarang!" Lelaki itu menengking sehingga bergema suaranya disegenap ruang rumah banglo itu.

Dia menggeleng laju. "Jangan buang saya. Tolong la. Saya-saya tak buat semua tu Adam. Percaya la." Tangisan semakin kuat kedengaran. Sakit dihatinya sudah tidak dihiraukan. Dia tidak mahu meninggalkan lelaki itu bergelar suami kepadanya itu. Kerana seorang isteri perlulah sentiasa disis suami walau apa pun terjadi. Dia tetap akan disisi lelaki itu.

Geraham Adam bergerak laju. Gigi diketap dengan kuat sekali. Dia menunduk dan mencengkam bahu isterinya dengan kuat sekali sehingga isterinya menggiris kesakitan. Badan itu digoncangnya. Wajah putih bersih sudah dibasahi air mata dipandang penuh benci.

"Kau dengan sini, Kayla! Aku cakap aku tak percaya dekat kau! Kau lupa ke? Kau lupa ke siapa yang kau hampir bunuh tu?!" Sakit hatinya setiap kali memandang wajah itu. Bahu Kayla semakin kuat dicengkam.

Kayla cuba meleraikan cengkaman itu dengan merayu. Semakin laju air mata mengalir.

"Awak, sakit."

"Tahu pun sakit! Hati aku ni lagi sakit bila kau buat orang yang aku sayang sampai hampir mati, Kayla! Kau tahu tak betapa aku sayangkan dia?! Tahu tak?! Kenapa kau buat aku dengan dia macam ni?! Tak boleh ke kalau kau biarkan saja aku dengan dia bahagia?! Hah, Kayla! Tak boleh ke?!" Badan Kayla ditolak sehingga isterinya jatuh tersungkur di atas lantai.

Beg pakaian yang berada di hadapan pintu diambil lalu dibaling ke atas badan Kayla dengan kuat.

"Kau ambil semua pakaian kau ni pergi berambus dari rumah aku! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Pergi, Kayla! Aku benci dengan kau!" Sudah dia tidak kesah jika ada tetangga yang memandang kejadian ini. Yang penting dia dapat lepaskan kebencian yang memuncak kepada isterinya itu

Dia benci!

Kayla menggeleng banyak kali. Dia merapati ke arah Adam.

"Adam, please let me explain. Saya tak buat. Percayalah. Saya dianiaya. To-"

"Sudah la, Kayla! Kau tak dengar ke?! Pekak?! Aku cakap pergi dari sini. Banyak mana kau cuba explain dekat aku, aku tak pernah percayakan kau! Aku nak kau sematkan dalam kepala otak kau yang lembab tu! Aku tak pernah sayang dan tak pernah cintakan kau sepanjang perkahwinan kita! Ya! Aku pernah sayangkan kau. Tapi ketika kita jadi sahabat. Lepas aku kahwin dengan kau, perasaan sayang tu hilang! Lenyap! Nak tahu kenapa?! Sebab aku tahu kau adalah punca kenapa Lara lari daripada aku! And now, Lara datang semula pada aku tapi kau pula yang cuba nak bunuh dia. Kau ni memang hati busuk, Kayla! Hati busuk! Kau tamak! Kau kena ingat, aku jadikan kau isteri aku sebab aku kesian dekat kau saja. Aku kutip kau sebab kau sebatang kara! Tak ada siapa melainkan aku dengan family aku saja yang kau ada. Tapi tengok la apa yang kau dah buat! Kau pergi dari sini! Pergi!"

Adam memegang bahu Kayla, memaksa wanita Kayla berdiri dan membawa isterinya secara paksa ke pintu pagar. Ditolak Kayla sehingga jatuh ke jalan tanpa belas kasihan.

"Adam! Jangan buat saya macam ni! Tolong Adam!" Kayla bangkit dari jatuh dan segera menerpa ke arah Adam yang cuba untuk menutup pagar menunggunakan alat kawalan jauh.

"Aku cakap pergi! Aku benci kau!"

"Adam!" Kayla jatuh kembali. Pagar diketuk-ketuk mengharap lelaki itu akan membuka kembali pagar itu. Sudah tidak dihirau air mata yang berjuraian jatuh. Tudung bawal yang dipakai sudahpun dibasahi dengan air mata itu.

"Adam, saya tak buat! Saya tak buat. Maafkan saya. Saya cintakan awak, Adam. Jangan buat macam ni. Saya dah tak ada sesiapa lagi, Adam!" Siku yang berdarah kerana terjatuh tadi tidak lagi terasa sakit bila hati lebih rasa sakit.

Beberapa minit berada dihadapan pagar itu, Kayla bangun. Beg pakaian dan pakaian yang terkeluar dari beg itu dikutip. Tangisan masih belum reda. Sebelum melangkah pergi jauh dari banglo mewah itu, dia menoleh dan merenung banglo itu. Banglo yang menyimpan segala kenangan manis dan pahit bersama Adam.

Dia akui, sejak hari pertama perkahwinan mereka, Adam seakan sudah menjauh darinya. Sifat Adam tidak seperti tika mereka berkawan baik sebelum ini. Sifat Adam bertukar dingin sebaik saja dia bergelar isteri yang sah kepada lelaki itu. Walaupun begitu, Kayla sungguh gembira. Ya. Sudah lama dia menaruh hati pada lelaki itu walaupun mereka adalah kawan baik sejak kecil. Dia tidak kesah jika lelaki itu tidak sayangkan dirinya, yang penting dia dapat hidup dengan lelaki itu.

Namun, sejauh mana dia tidak kesah dia sebagai seorang isteri tetap juga mahukan kasih sayang dari seorang suami. Tapi dia tahu semua itu tidak mudah. Dia tahu, hati Adam masih lagi bersama orang lain. Dan dia dikahwini lelaki itu hanya kerana disebabkan rasa kasihan.

Sibuk mengelamun, Kayla tidak tahu dia sudah sampai di mana. Dia hanya mengikut kaki yang melangkah. Dia tidak hairan dengan mata yang memerhatikan dirinya. Dia tahu dia serabai sekarang. Namun itu sudah tidak penting sekarang. Sekarang dia tidak mahu ke manakah harus dia tuju.

Kayla mengeluh. Ada kereta tetapi seperti tiada bila Adam menghantar kereta miliknya beberapa hari lepas kerana perlu dibaiki. Kunci kereta yang berada di dalam beg pakaian diambil. Ditenung saja kunci kereta itu. Satu-satunya harta yang dia miliki dengan hasil titik peluhnya.

Lamunan Kayla mati kerana ada sebuah kereta Audi A6 yang berhenti tiba-tiba dihadapannya. Dia turut berhenti dari berjalan. Kereta itu dipandang dengan aneh.

"Kayla! Ya Allah! Kau buat apa dekat sini?"

Keluar seorang perempuan sebaya dengannya. Wajah gadis itu jelas kerisauan. Segera Kayla diterpanya.

"Hanan." Tangisan Kayla sudah tidak dapat ditahan lagi. Tubuh rakan baiknya itu dipeluk dengan erat sekali.

Hanan terjeda. "Kayla, kenapa ni? Kenapa kau jalan kaki? Mana kereta kau? And why kau serabai macam ni?" Tidak henti-henti dia bertanya dengan penuh kehairanan. Untung saja dia terasa hendak berhenti ketika ternampak figura yang sangat dia kenal. Rupanya, rakan baiknya sendiri.

Kayla sudah mula mengongoi di dalam pelukan Hanan. Dia tidak mampu untuk bercerita sekarang. Hatinya perlukan ketenangan terlebih dahulu. Dia masih rasa sakit. Dan rasa sakit ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk pulih.

?????

MUG yang berisi air milo panas diletakkan di atas meja berhadapan dengan Kayla. Hanan mengambil tempat disofa bertentangan dengan rakannya itu. Selepas sahaja terjumpa dengan Kayla, dia membawa rakannya itu ke kondo miliknya. Sungguh dia tidak sampai hati melihat keadaan sahabatnya begini. Dia yakin, tentu Kayla dihalau keluar dari rumah Adam.

Kayla hanya termenung memandang tangannya. Lama, sebelum air mata perlahan-lahan mengalir kembali dan bertukar menjadi tangisan. Dia tidak kuat untuk hadapi semua ini. Ya Allah!

Hanan mula gelabah melihat esakkan Kayla. Tempat disisi sahabatnya itu diambil. Lalu Kayla ditarik ke dalam pelukkannya.

"Shhh, don't cry. Aku ada dekat sini dengan kau, kan?" Bahu Kayla diusap perlahan. Dia turut berasa sebak dan sayu melihat keadaan Kayla. Ini adalah kali pertama Kayla menangis sehingga begini rupa dihadapannya.

"Ak-aku sa-sakit, Nan." Kata Kayla. Dadanya ditumbuk-tumbuk kuat. Sungguh sakitnya bukan kepalang. Dihalau suami sendiri dari rumah dengan cari keji. Adam menghalau dia seperti dirinya adalah anjing kurap!

Walaupun tidak tahu apa-apa, Hanan tetap cuba untuk menenangkan sahabatnya itu.

"Aku ada. Kau boleh luahkan semuanya, Kayla."

"A-Adam-" Tersekat disitu. Kayla rasa tidak mampu untuk bercerita bila nama suaminya meniti dibibir. Dia kembali menangis.

Hanan mengangguk faham. Pelukan dierat lagi.

"It's okey kalau kau tak ready untuk bagitahu aku. Tenangkan diri kau tu dulu. Aku sentiasa ada dengan kau."

Penumbuk digenggam. Dia sudah tahu apa punca Kayla dihalau. Adam sudah melampau!

????

SEUSAI membersihkan diri, Kayla terus saja menunaikan solat Asar. Lama dia berteleku di atas sejadah bersama air mata yang tidak henti mengalir. Sudah banyak air mata yang dia keluarkan hari ini. Dia cuba tahan dari menangis, tetapi bila bayangan wajah Adam muncul dan apa yang berlaku tadi muncul dia akan menangis sendiri. Tidak dapat ditahan.

Lamunan Kayla mati. Bermula dari situlah kebencian Adam kepadanya semakin meluap. Mungkin sudah sampai tahap kritikal dan tidak boleh dihapuskan lagi. Mungkin juga Adam akan membencinya sampai bila-bila. Tapi sungguh! Dia tidak buat semua itu.

Itu semua tentu sudah dirancang Lara. Dia percaya Lara sendiri yang sengaja terjun ke dalam kolam.

"Awak lagi pentingkan dia daripada yang hampir hilang nafas sebab dicekik Lara." Kata dia sendiri. Dia tertunduk sekejap dan tersenyum hampa. Rasa sakit tidak dapat ditahan. Sekali lagi dia menangis.

"Ya Allah. Jika memang ini tertulis buat aku, Engkau kuatkanlah hati aku untuk hadapi semua kesakitan ini, Ya Allah. Sesungguhnya aku tidak mahu jadi insan yang lemah. Engkau bukakan juga pinta hati suami aku untuk percayakan aku. Berikanlah suamiku jalan yang benar, Ya Allah. Jangan biarkan dia tersalah pilih kehidupan. Jangan biarkan dia terus terpesong. Sesungguh aku tidak sanggup melihay kerana - aku sayangkan dia, Ya Allah. Hanya kepada-Mu aku meminta." Air mata semakin mengalir. Dadanya dipegang. Sakit.

Bunyi ketukan pintu, segera air mata diseka kasar. Dia tahu Hanan tidak suka melihat dia menangis seorang diri. Dia bersyukur kerana dia telah dijumpai oleh Hanan. Jika tidak, dia sendiri tidak tahu mahu ke mana. Dia tiada ahli keluarga, telefon pula tertinggal. Hendak tidur di dalam kereta, kereta pula berada di bengkel.

"Masuk."

Hanan segera membuka pintu. Dia tersenyum melihat Kayla di atas sejadah.

"Jom, makan. Aku dah masak."

Selepas mengemas telekung dan sejadah, Kayla dan Hanan sama-sama menikmati hidangan. Baru Kayla sedar, hari ini sedikit makanan pun tidak dijamahnya.

"Hanan."

"Ya?"

"Buat sementara ni, boleh tak kalau bagi aku tumpang dekat sini? Sementara kereta aku siap." Tidak tergamak sebenarnya Kayla ingin meminta menumpang di sini. Tetapi apa boleh buat? Dia tiada tempat tinggal buat masa sekarang. Rasa menyesal tidak beli rumah sendiri mula datang. Bukan dia tiada duit, tetapi disebabkan larangan dari bapa mentuanya.

Hanan menggeleng.

"Kau tak perlu minta izin dari aku, Kayla. Rumah aku rumah kau juga. Sebelum kau kahwin, inikan rumah kau juga? Kau nak duduk sampai bila-bila pun boleh. Jangan pergi ke lain. Kau masih ada aku, kan?"

Mendengar jawapan Hanan menghadirkan rasa sebak dan terharu Kayla. Bibir dikemam menahan dari menangis. Tetapi malang bila air mata tetap menitis.

"Hei, Kayla. Jangan menangis la. Aku tak suka." Cepat-cepat Hanan menyeka air mata sahabatnya itu. Tidak tahu sebab apa Kayla menangis.

Kayla senyum hambar. "Thanks sebab faham aku walaupun kau tak tahu cerita sebenar."

"Tak apa. Aku faham yang masalah rumah tangga tak boleh disebar kepada orang luar. Tapi, kalau kau perlukan tempat mengadu, aku ada. Bahu aku sentiasa tersedia untuk kau. Ingat tu." Geram hati Hanan ingin pergi menyerang Adam. Kalau boleh mahu saja dia hadiahkan penumbuk di wajah itu. Dulu bukan main berjanji dengannya akan menjaga Kayla. Sekarang siap dihalau dari rumah lagi.

Dasar lelaki gila!

Segera Kayla menyapu air matanya yang laju mengalir.

"Oh ya. Nanti kau nak pergi kerja macam mana ya?"

Kayla terdiam memikirkan sesuatu. Pergi kerja? Pergi ke pejabat sudah tentu dia akan bertembung dengan Adam nanti. Jika boleh dia tidak mahu bertembung dengan Adam buat masa sekarang. Rasa sakit baru lagi terasa di hati. Nanti bila ternampak wajah lelaki itu lagi akan buat dia terluka.

"Aku rasa akan MC tak pun cuti tanpa gaji."

Jawapan Kayla memeranjatkan Hanan.

"Kau biar betul. Tap-"

"Aku dengan Adam sepejabat. Nanti kalau aku pergi sana terjumpa dengan Adam. Aku tak sanggup. Hati aku terluka dan masih terasa sakit, Hanan. Aku rasa itu lebih baik. Bagi aku tenang dulu."

Hanan mengangguk faham. Dia setuju dengan cadangan Kayla. Tetapi dia tidak setuju bila Kayla mahu mengambil cuti tanpa gaji. Itu boleh menjejaskan pendapatan Kayla. Sekarang Kayla hanya berseorangan dan tiada siapa yang akan menanggung. Bimbang jika Kayla tidak stabil nanti.

"Aku setuju. Tapi kalau kau nak cuti tanpa gaji aku tak setuju. Nanti kau juga yang susah. Mana nak bayar kereta lagi, kan? Aku rasa better kau resign lepas tu pergi semula dekat tempat kerja kau." Itu saja yang dia sedang terfikir sekarang.

Cadangan Hanan membuatkan Kayla terfikir sejenak. Ada benar juga itu. Namun, dia tidak akan pergi kerja di tempat asalnya dulu. Dia akan bekerja di tempat luar dari Kuala Lumpur. Dia tidak akan berada di sini untuk berapa lama dirinya mahu. Selagi dia tinggal di sini, dia risau kalau terserempak dengan Adam. Dia tahu Adam membencinya.

Sekarang dia tidak perlu menunggu tempoh 5 bulan. Kerana dia yakin Adam tidak akan berubah. Jadi, lebih baik dia mengundurkan diri dari sekarang juga. Dia tidak akan kecewa dan Adam tidak akan semakin membencinya.

?????

ISKANDAR dan Zaki masing-masing mengelamun memikirkan sesuatu. Semenjak kejadian pergaduhan besar antara Kayla dan Adam, mereka berdua juga jadi terfikir bagaimana hendak selesaikan masalah yang besar itu.

Zaki mengeluh.

Sebenarnya dia kesal dengan sikap Adam yang cepat saja membuat andaian dan tuduhan sendiri. Jika dia berada ditempat Adam, dia akan siasat terlebih dahulu. Ini tidak, percayakan orang luar tetapi isteri diketepikan.

"Aku kesian lah tengok Kayla, Ki. Dia macam terseksa sangat bila Adam letakkan kesalahan one hundred percent pada dia je. Sedangkan Lara yang salah." Iskandar mula bersuara dan meluahkan rasa simpatinya pada Kayla.

"Itulah. Adam ni pelik la. Orang lain nak pertahankan isteri, tapi dia- huh! Tahulah tak ada perasaan, tapi janganlah buat sampai tahap macam tu. Kesian Kayla."

Keadaan kembali sepi.

"Aku rasa kita patut tolong dia orang." Zaki memberi cadangan.

"Tolong macam mana?"

"Macam ni. Kau rasa siapa punca Lara jatuh dalam kolam?"

Iskandar berfikir.

"Aku bukan nak tuduh, tapi aku rasa Lara sendiri yang terjun dalam kolam. Sebab aku nampak sendiri."

"Okey! Kalau macam tu, kita pergi balik dekat hotel tu, kita siasat. Aku rasa dekat situ mesti ada CCTV punya. Siapa tahu dari situ kita boleh bukti siapa salah siapa betul. Tapi kalau dengan ada bukti pun Adam masih percayakan Lara, aku tak tahu nak kata apa dah. Cinta buta sungguh. Tak pun dia kena ubat guna-guna dengan Lara tu." Panjang lebar Zaki memberi cadangan dan penjelasan.

Dia nekad mahu membantu Adam dan Kayla selesaikan masalah rumah tangga yang melanda. Dia juga tidak sanggup mellihat masjid yang dibina disebabkan satu fitnah!

"Setuju! Kalau betul Lara punca, kita nak buat apa?"

"Kita akan siasat siapa sebenarnya Lara dan aku nak sangat siasat sebab yang sebenar kenapa dia batalkan perkahwinan dengan Adam terburu-buru."

"Boeklah!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience