Peluang Untuk Bahagia 44

Romance Completed 31764

PUAN ZARINA mengeluh sambil memandang wajah simpati Adam. Serba salah mahu mengikut permintaan anak sulungnya itu. Berpuluh-puluh kali dia berfikir mahu mengikut permintaan Adam. Bukan sukar, jika ikutkan sememangnya dia akan beri apa yang Adam pinta. Tetapi bila fikir yang dia sudah berjanji dengan Kayla, dia jadi serba salah.

"Umi bukan tak hendak bagi. Tapi, Adam faham kenapa, kan?"

"Umi, please. I'm begging you." Tangan Puan Zarina dipegang erat oleh Adam. Matanya memandang wajah wanita kesayangannya itu dengan penuh harapan.

Pegangan Adam dibalas erat. Puan Zarina tersenyum hambar. Susah betul hati tuanya bila melihat wajah berharap anaknya itu.

"Kenapa Adam nak sangat phone number Kayla tu?"

"Of course sebab Adam nak contact dengan dia. Umi, trust me. Adam bukan nak buat apa pun pada Kayla. Adam dah berubah, Umi. Adam dah cakap yang Adam nak usaha dapatkan kemaafan daripada Kayla. Dan Adam juga nak tebus kesalahan Adam pada dia, Umi. Please."

Tangan Puan Zarina bergerak menepuk perlahan bahu kanan Adam. Dia percaya. Percaya yang Adam sudah berubah. Dia juga mahu hubungan Adam dan Kayla macam dulu, berbaik semula. Namun, dia juga harus fikir tentang Kayla. Gadis itu sudah banyak terseksa disebabkan anaknya sendiri. Kasihan pada Kayla bila setiap kali teringat perbuatan Adam pada gadis itu.

Padanya, Adam memang seratus peratus sudah berubah. Dan dia juga yakin yang Adam akan sayangkan Kayla. Tapi bila teringat akan Kayla, mahukah gadis itu menerima Adam semula? Selepas apa yang Adam lakukan, mampukah Kayla memaafkan Adam?

"Umi percayakan Adam. Umi bukan tak nak bagi. Cuma, Umi takut Kayla makin jauh dengan kita nanti. Adam faham kan?"

Adam membisu.

Jika dia masih lagi tiada nombor telefon Kayla, makin susah untuk dia rapat semula dengan isterinya itu. Susah juga untuk dia ambil perkembangan dari semasa ke semasa tentang keadaan Kayla berada di sana. Tujuan dia mahukan nombor telefon Kayla kerana mahu memastikan Kayla berada dalam keadaan selama di sana.

Cukuplah sebulan sudah berlalu selepas dia bertemu kembali bersama Kayla buat hatinya tidak tenang saat memikirkan isterinya itu. Rasa ingin tahu keadaan Kayla benar-benar mendera hatinya. Mahu sekali dia mendengar khabar dari suara Kayla sendiri.

Untuk kali ini, dia tidak mampu untuk menipu diri sendiri yang sebenarnya dia sangat merindui Kayla. Bukan sekejap dia dan Kayla berpisah. Empat bulan sudah. Kali ini juga dia nekad untuk perbaiki segalanya yang sudah tergendala dulu. Masuk hari ini, sudah 9 bulan usia perkahwinan dia bersama Kayla. Hampir setahun. Namun satu pun tiada yang berubah.

Dia menyesal kerana terlalu banyak membazirkan waktunya sebagai seorang suami kepada Kayla. Kesal sebanyak mana sekalipun tidak dapat mengundurkan masa kembali ke masa lalu. Dan kerana itu dia nekad untuk terus berubah dan membaiki segalanya tentang dia bersama Kayla.

Puan Zarina menghela nafasnya.

"Kesian Umi tengok anak Umi ni." Pipi Adam diusap sayang. "Rindu Kayla ya?" Tahu, salah sebab kenapa Adam beria-ria mahukan nombor telefon Kayla kerana anaknya itu terlalu rindukan isteri.

Hanya mata yang layu memandang Puan Zarina. Biar saja lah Uminya tahu dan faham sendiri. Rasa rindu yang sedang dia tanggung ini begitu memberat dan sarat di dalam hatinya. Tidak mampu terungkap.

"Umi faham. Adam rindukan Kayla sangat-sangat. Sebab tu bersungguh-sungguh Adam minta phone number dia. Dah mula sayangkan dia, kan?"

Beberapa saat soalan itu dibiarkan bergantung. Malu untuk Adam mengaku jujur walaupun kepada Umi sendiri.

Sayangkah dia pada Kayla?

Jawapan dia adalah ya! Dia sayangkan Kayla. Sayang dia pada Kayla tidak pernah hilang walaupun dulu dia pernah mengatakan benci. Hanya dibibir saja dia mengatakan benci tetapi dihatinya dia masih sayangkan Kayla.

Cinta?

Sebulan masa belum cukup untuk dia ungkap kata cinta itu. Dia perlu menghabiskan masanya bersama Kayla. Ya. Dia mengaku dan dia mulai sedar dalam hatinya sudah pun menyebut cinta kepada Kayla. Mungkin, bila dia dapat bersama Kayla semula dia akan betul-betul yakin dengan cintanya. Itu sebab dia mahu rapat semula dengan Kayla.

"Adam- Adam sayangkan dia daripada dulu Umi."

"Oh. Maksud Adam, Adam sayangkan dia sebagai kawan baik Adam je?" Soal Puan Zarina mahukan kepastian. Tidak mahu dia tersalah anggap.

Laju saja Adam menggeleng.

"Tak. Ya. Memang Adam sayangkan dia sebagai kawan. Tapi itu dulu, Umi. Sekarang, Adam mula sedar yang sebenarnya Adam sayangkan dia sebab dia isteri Adam."

"Sayang Adam pada Kayla tu ikhlas ke tak?"

Lidah Adam terkelu. Ikhlas? Dia sendiri tidak dapat mengesan sama ada sayang dia pada Kayla itu ikhlas atau pun tidak.

Keluhan dilepaskan.

"Umi, macam mana kita nak tahu kita ikhlas sayangkan seseorang tu? Sebab, Adam sendiri tak tahu yang Adam sayangkan Kayla ikhlas atau tidak." Mungkin dia dapat tahu keikhlasan itu melalui jawapan yang bakal Puan Zarina jawab.

Soalan daripada Adam menggariskan kedutan di dahi Puan Zarina.

"Eh? Adam pernah bercinta kan? Tak akan Adam masih tak tahu macam mana rasa bila Adam ikhlas sayangkan seseorang?"

"Itu lain, Umi. Sekarang lain. Adam sendiri tak faham dengan perasaan Adam. Apa yang Adam rasa sekarang, Adam sangat rindukan Kayla. Adam minta phone number dia dari Umi sebab Adam risaukan keadaan dia dekat sana. Adam nak tahu dia sihat ke tak dekat sana. Untuk Adam pergi ke sana tu mustahil sebab Adam busy. Dah sebulan berlalu lepas Adam jumpa dengan dia semula."

Setia Puan Zarina menadah telinga mendengar luahan Adam. Apa gunanya seorang ibu kalau tidak dapat membantu seorang anak, kan? Walaupun tidak dapat membantu dalam perkara lain, sekurang-kurangnya dapatlah dia membantu dari segi mendengar luahan hati Adam.

"Umi dah dapat jawapan."

"Jawapan apa?"

Senyuman dimaniskan.

"Jawapan kepada soalan Umi tadi. Umi dah dapat jawapan yang Adam ni ikhlas sayangkan Kayla. Ikhlas dari hati. Dari muka Adam yang muram tu Umi dapat kesan. Adam memang betul-betul risaukan Kayla, kan? Adam memang nak tahu keadaan dia dekat sana, kan?"

Perlahan Adam mengangguk.

"Jangan risau. She's fine. Dan dia sihat."

Mendengarkan itu, terus bersinar-sinar mata Adam memandang Puan Zarina. Wajah yang muram sedikit bertukar menjadi ceria.

"Dia ada call Umi?"

"Almost everyday. Kalau bukan dia yang call Umi, Umi yang akan call dia. Tapi dia yang selalu call Umi dulu."

"Dia ada tanya fasal Adam tak?" Untuk kali ini Adam tidak sabar mendengar jawapan dari Puan Zarina. Dia berharap jawapan dari Puan Zarina itu adalah 'ada'.

Senyuman Puan Zarina kendur sedikit. Walaupun boleh dikatakan setiap hati Kayla menghubungi dia, tetapi tidak pernah sekali pun Kayla bertanyakan tentang Adam. Sedikit pun tidak.

"Umi rasa Adam memang kena betul-betul dan bersungguh untuk berusaha pujuk Kayla." Itu saja yang mampu dia katakan. Soalan Adam dibiarkan begitu.

Wajah Adam kembali muram. Sedikit kecewa. Benci betul Kayla terhadap dirinya.

"Dia tak ada tanya fasal Adam kan, Umi?" Duga dia sendiri. Rasa kecewa cuba disembunyikan.

Dia perlu hadap semua ini. Dulu, dia juga tidak pernah bertanya khabar tentang Kayla. Dulu juga dia tidak tahu bahawa Kayla sudah berpindah ke Terengganu sudah lama. DIa langsung tidak mengambil tahu soal Kayla sebaik saja dihalau isterinya itu keluar dari rumah. Apa yang dia buat pada Kayla lagi terus. Jadi, dia harus terima dan sabar.

Tangan Adam kembali dipegang Puan Zarina.

"Don't be down, okey? Umi selalu ada dengan Adam. Berdoa biar Adam diberikan kesungguhan untuk pujuk Kayla. Adam betul-betul nak kan Kayla semula, kan?"

Dia tersenyum saat melihat anggukan dari Adam.

"Adam akan cuba. Tak kesah kalau Kayla tak pernah tanya fasal Adam. Sebab apa yang Adam dah buat pada Kayla dulu lagi teruk. Kan, Umi?"

"Hei apa cakap macam tu? Yang lepas tu biarkan berlalu. Sekarang Adam cuma kena ambil yang lalu dijadikan sebagai pengajaran dan semangat untuk Adam terus pujuk Kayla semula. Hati Kayla tu lembut je, Adam. Adam dah kenal Kayla tu dah lama. Umi yakin Adam tahu cara nak lembutkan hati dia. Tapi gunalah dengan cara yang betul ya, nak? Jangan memaksa sangat. Kalau dia tak hendak, biar sajalah. Masa tu Adam kena terima saja. Ya?"

Kata-kata semangat dari Puan Zarina hanya dibalas dengan anggukan dan senyuman dari Adam. Dia bernasib baik kerana Umi dia masih berpihak kepadanya serta memberi sokongan untuk dia terus memujuk Kayla. Dia ingatkan Puan Zarina akan turut membenci selepas apa yang telah dia buat.

Aku akan sabar macam kau dah sabar dengan aku selama ni, Kayla.

?????

"WHAT?" Kayla terlopong. Kaki yang mahu melangkah ke keretanya serta merta diberhentikan bila sebaik saja dia melihat kelibat Haris disisi keretanya. Sungguh dia terkejut. Lelaki itu memang tidak pernah penat untuk ulang alik setiap minggu dari KL ke Terengganu. Dia pula yang penat.

Penat layan kerenah Haris yang dirasakan semakin hari semakin menjengkelkan! Semakin dia larang, semakin lelaki itu buat tidak endah. Sudahlah begitu, selamba saja datang ke tempat kerjanya dengan alasan lelaki itu juga turut ada kerja di sini. Untuk kali pertama dan kedua dia masih percaya kalau lelaki itu datang ke sini kerana kerja. Tetapi bila masuk kali ke tiga dan berkali-kali dengan alasan yang sama, dia sudah tidak percaya lagi.

Haris dah lain sangat. Sampai dia fikir yang lelaki itu seperti terlalu ambil berat tentangnya. Dia juga pernah terfikir bahawa sikap Haris yang seperti itu seakan obsess dengan dirinya. Haris datang ke sini bukan hanya hari minggu. Hari bekerja juga ada datang ke sini! Itu yang buat dia hairan.

Melihat Haris seakan mahu berpaling ke arah tempat dia berdiri, cepat saja Kayla membawa dirinya menyorok disebalik dinding. Berdebar-debar pula. Dia tidak mahu bertemu dengan Haris.

"Kenapa dengan dia eh? Pelik betul lah!" Tangan mengurut kepala sendiri.

Tidak fasal-fasal pula dia sakit kepala sebab fikirkan soal Haris.

"Awak buat apa dekat sini?"

"Ya Allah! Astaghfirullah!"

Terganjak Kayla dari tempat dia bersandar di dinding sebentar tadi apabila telinganya disapa oleh suara garau yang secara tiba-tiba muncul disebelah kirinya. Dadanya diurut perlahan menandakan dia betul-betul terkejut biarpun tidak disergah.

"Haris?!" Sekali lagi dia terlopong. Kawasan tempat letak keretanya dipandang sekilas.

Bukankah tadi Haris berada di sana? Tiba-tiba muncul di sini macam mana pula tu?! Haris seperti tahu saja yang dia berada disini sedang menyembunyikan diri dari lelaki itu.

"Surprise!" Haris tersengih. "Terkejut tak?"

Gila tak terkejut?! Tadi laki ni elok-elok berdiri dekat kereta aku and then tiba-tiba boleh pula muncul dekat sini. Memang aku terkejut gila tahu tak!

"Ha? Te- terkejut la juga sebab tiba-tiba tegur saya macam tu." Dilayan saja Haris itu.

"Awak tu yang tiba-tiba datang menyorok dekat sini? Elok-elok nak pergi dekat kereta, bila nampak saya terus saja menyorok dekat sini."

What???! Di- dia tahu?!

Kayla hanya mampu menjerit di dalam hati sahaja. Rasa terkejut memang tahap terkejut beruk dah sekarang ini! Hairan! Tadi ketika dia ternampak kelibat Haris, lelaki itu sedang membelakanginya. Bagaimana pula boleh tahu yang dia menyorok?

Ya Allah! Haris memang seram!

"Err- sa- saja."

Boleh tak kalau dia berpaling dan terus pecut masuk ke dalam kereta? Kemudian bawa kereta laju-laju pergi jauh dari Haris.

"Dah habis kerja, kan? Jom saya belanja makan."

Mahu saja Kayla tepuk dahi sendiri dihadapan Haris. Dia tidak tahu untuk kali ke berapa sudah lelaki itu mempelawanya untuk dibelanja makan. Dan juga, setiap kali dipelawa setiap kali itu juga dia menolak dengan alasan biasa. Tetapi Haris tetap begitu.

"Haris-"

"Kayla, please. Untuk kali ni saja awak keluar makan dengan saya. Sekali je." Belum sempat Kayla bercakap, Haris terlebih dahulu memotong.

Sengaja Kayla menghela nafas kuat. A yang dia cakap maka A lah keputusan dia. Dia tidak akan pergi makan hanya berdua dengan Haris. Cukup lah dengan dosa dia meninggalkan suami sendiri. Dia tidak mahu menambah dosa dengan keluar berduaan dengan lelaki lain. Nampak macam tiada apa-apa tetapi dosa yang dicatat dia tidak tahu banyak mana dosanya sekarang.

"My answer is no. Awak ni tak penat ke Haris? Datang dari jauh jumpa dengan saya semata-mata nak keluar makan dengan saya? Saya yang tengok awak ni pun penat tahu tak? Please, Haris. Jangan seksa diri awak. Jangan paksa diri awak untuk datang sini semata-mata nak jumpa dengan saya." Berbuih sudah mulut Kayla memberi larangan kepada Haris. Namun, satu pun lelaki itu tidak dengar.

Dia hanya kesiankan lelaki itu saja. Semakin hari dia nampak Haris itu seperti semakin menaruh harapan yang tinggi padanya. Haris seperti berharap sangat dirinya akan menjadi milik lelaki itu pada suatu hari nanti.

Dan, dalam masa yang sama Haris buat dia berasa takut dengan lelaki itu. Haris sudah melampau. Tak salah nak sayangkan dia, tetapi jangan sampai tahap obsess!

"Saya pernah cakap pada awak, Kayla. Saya tak penat buat apa saja janji itu hanyalah untuk awak." Ringkas dan padat jawapan diberi kepada Kayla.

Kayla menggelengkan kepalanya beberapa kali. Keras kepala betul Haris yang sekarang! Susah nak dengar nasihat.

"Fine! Suit of yourself, Haris. Saya dah malas nak bercakap dengan awak. Awak pergilah makan dengan sesiapa. Saya tolak tawaran awak nak belanja tu." Lekas Kayla berpaling membelakangi Haris. Lebih baik dia segera berangkat ke arah kereta sebelum tercetus pergaduhan antara dia bersama lelaki itu.

Haris mendengus kuat. Tangan dikepal seiiring dengan rasa sakit hati kerana Kayla selamba saja menolak tawarannya untuk belanja makan. Buatlah alasan apa-apa sekali pun, dia tidak akan terima lagi! Kali ini, Kayla perlu ikut kehendaknya.

"Kayla. Better awak berhenti sebelum saya buat sesuatu yang awak sendiri tak pernah jangka."

Segaris ayat yang meniti dari bibir Haris sekali gus menghentikan langkah Kayla. Tiba-tiba rasa takut menyelubungi dirinya. Ayat Haris menjadikan dia takut ditambah pula dengan suara serius lelaki itu. Dia hanya berhenti dari berjalan tetapi masih membelakangi Haris.

Haris mendekati Kayla bersama senyuman. Gembira bila Kayla akur dengan kata-katanya.

"By hook or by crook, hari ini awak kena ikut saya pergi makan. Saya belanja. Okey?"

Geram saja Kayla pandang wajah Haris saat ini. Mahu diganyang-ganyang wajah itu. Apa? Fikir dia akan ikut cakap lelaki itu? Lagi dengan Adam dia boleh buat tidak endah biarpun lelaki itu suaminya. Inikan pula Haris.

Tajam mata menikam wajah Haris.

"Awak siapa nak paksa-paksa saya? Awak ingat dengan ayat awak tadi saya takut ke? Please Haris, stop. Saya penat nak ulang benda yang sama. Leave me alone."

Haris meraup rambutnya ke belakang. Berserabai habis rambutnya sekarang.

"Kayla! Apa yang susah sangat awak nak ikut saya makan? Pergi makan! Bukannya saya nak pergi jual awak! Susah ke?!" Bergema satu tempat letak kereta itu hanya dengan suara kuat dari Haris.

Bahu Kayla terangkat sedikit. Membulat matanya mendengar jerkahan dari Haris itu. Sekarang, dia benar-benar rasa takut. Makin takut dia mahu mengikut lelaki itu pergi makan. Mana Haris yang dulu?

"Ha- Haris. Ken- kenapa awak jadi macam ni?" Takut-takut dia menyoal. Dadanya mula berdebar hebat kerana takut. Sudahlah dikawasan ini langsung tiada orang kerana waktu kerja sudah lama habis. Dia saja yang balik lewat.

"Saya jadi macam ni sebab awak, Kayla! Awak punca saya jadi macam ni. Now, ikut saya!" Tanpa amaran, Haris terus menarik lengan Kayla memaksa gadis itu mengikutinya.

Terbuntang mata Kayla dengan tindakan Haris. Segera dia meronta-ronta supaya dilepaskan. Kuat pula pegangan Haris pada lengannya. Dia rasa mahu menangis sekarang. Haris tidak pernah layan dia kasar begini.

"Apa ni Haris? Lepaslah! Awak tak pernah buat saya macam ni." Sambil meronta, Kayla keraskan kakinya dari bergerak mengikut langkah Haris.

"Disebabkan tak pernah buat lah saya buat. Biar awak tahu yang saya tak suka orang main-main." Haris masih menarik lengan Kayla. Tidak dihirau rontaan dari gadis itu. Yang dia tahu sekarang adalah dia mahu membawa Kayla pergi.

"Haris lepaslah! Please!" Air mata Kayla mula gugur. Haris terlalu kasar dengannya.

Haris berhenti menarik Kayla dan terus berpusing sambil mengangkat tangannya. Hanya beberapa incin lagi tapak tangan mahu mendarat wajah pipi bersih Kayla, ada suara yang menghalang.

"Haris!"

Kayla dan Haris berpaling.

Kayla terkaku melihat figura yang berdiri tidak jauh darinya. Haris dipandang semula. Sedar pegangan Haris pada lengannya mula longgar, cepat-cepat dia menarik tangan dan berlari ke arah gerangan tadi. Tidak hirau lah! Yang penting dia selamat dan tidak takut.

"Kayla!" Kuat Haris memanggil. Tidak sempat dia mahu menarik semula lengan Kayla.

"Apa yang cuba buat ni Haris?"

"Kau diam, Adam! Kau tak payah pura-pura jadi hero lah! Mimpi apa kau datang sini?"

Kayla dibelakang, Adam pastikan selamat. Sudah lama dia berada di lot tempat letak kereta ini. Niat datang ke sini hanya untuk melihat keadaan Kayla. Mahu memastikan Kayla selamat pulang dari kerja. Tetapi, dia mula rasa curiga bila ternampak Haris yang bersandar pada kereta Kayla. Dia perhatikan saja apa yang berlaku. Sedikit pun tiada niat mahu keluar dan mendekati Haris dan Kayla. Namun, keadaan nampak semakin gawat bila dia ternampak Haris memegang lengan Kayla. Kesabarannya tercabar. Kerana itu dia terus keluar dari kereta dan menghampiri dua orang itu.

Dia risaukan Kayla. Itu saja. Kerana dia tahu, keselamatan Kayla akan terancam bila bersama Haris. Tambahan pula jika sepupunya itu sedang marah. Dia makin terkejut bila ternampak tangan Haris yang mahu menampar wajah Kayla. Dan dia terus memanggil nama Haris. Nasib dia sempat sampai.

"Aku datang sebab isteri aku ada dekat sini. Dan kau? Buat apa kau datang sini?"

Haris mencebik.

"Isteri? Dah la Adam. Tak payah tunjuk baik. Bawa Kayla datang dekat aku sekarang!"

Tidak dipinta, automatik tangan Kayla memegang lengan Adam. Sungguh dia takut. Dia pandang Haris sipi-sipi saja. Dari pegangan itu, Adam dapat rasakan tangan Kayla terketar-ketar. Mungkin ketakutan.

"Kau jangan ingat aku tak nampak apa yang kau cuba buat pada Kayla tadi. Aku nampak Haris! Control yourself Haris. Aku tahu kau boleh handle." Adam cuba mengawal keadaan. Risau kemarahan Haris semakin melarat.

"Kau tak tahu apa-apa. Jangan sibuk!"

"Jangan sibuk? Haris, kau hampir nak naik tangan dekat isteri aku! Aku sendiri tak pernah naik tangan dekat dia even aku kejam dengan dia! Kenapa dengan kau Haris? Jangan ikutkan sangat kata hati kau yang sedang marah tu. Dengan aku kau boleh buat, tapi bila dengan perempuan kau kena kawal emosi kau."

Kayla berada di belakang Adam mula berasa terharu. Ya! Haris mahu naikkan tangan pada wajahnya tadi. Nasib baik Adam sempat sampai. Dan, benar. Adam tidak pernah menaikkan tangan pada dia.

Come on, Kayla. Jangan mudah terpedaya dengan Adam! Jangan ingat dia dah selamatkan aku, aku akan mudah maafkan dia. Tak! Aku akan uji sampai mana kesabaran dia mahukan kemaafan dari aku.

"Kau pergi balik Haris. Tenangkan diri kau. Kau dah buat Kayla takut sekarang. Go, Haris!"

Haris pandang Kayla disebalik tubuh Adam itu. Mata dipejam rapat. Dia gagal kawal emosi dia kali ini. Rasa bersalah pada Kayla begitu mencengkam hatinya.

"Kayla. Saya minta maaf. Say- saya tak sengaja." Haris merayu.

Kayla semakin menyorokkan diri dibelakang Adam. Dia masih takut dengan Haris. Apa yang berlaku tadi sungguh dia tak sangka.

"Balik Haris. Kau jumpa dia bila dia dah tenang nanti." Arah Adam dengan nada terkawal. Kalau dilayan emosi Haris itu, boleh jadi pergaduhan besar.

"I'm sorry." Sempat Haris meminta maaf lagi sebelum dia melangkah pergi. Hati sarat dengan rasa bersalah.

Adam lepas nafas lega. Kayla dibelakang dipandang dengan hujung mata. Gadis itu masih menyandarkan dahi pada belakangnya.

"Haris dah pergi."

Laju Kayla mengangkat wajah dah mengintai sedikit. Lega! Tersedar dia masih memegang lengan Adam, cepat-cepat dilepaskan dan jarak antara dia dengan lelaki itu dijauhkan.

"Thanks." Usai, Kayla berlari anak menuju ke keretanya. Kalau ikutkan mahu saja dipeluk Adam itu. Tapi dia harus tinggikan ego! Tak boleh cepat cair sangat!

Langkah Kayla dipandang sayu. Adam mengeluh. Macam itu saja Kayla pergi?

"Dapat selamatkan kau pun dah buat aku gembira."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience