Peluang Untuk Bahagia 15

Romance Completed 31764

TUDUNG bawal hitam yang dipakai dikemas-kemaskan agar tidak nampak serabai. Lipmatte dicalitkan ke bibir sebelum bibir dikemam untuk meratakan lipmatte pada bibir. Setelah itu dia tersenyum dengan sangat lebar sekali. Wajahnya tampak ceria. Pakaian yang tersarung dibadan sekali lagi diteliti dan dibetulkan sedikit agar kelihatan kemas.

Kayla lega. Setelah hampir sebulan menunggu keputusan temuduga peguam beberapa minggu lepas, akhirnya dia telah diterima bekerja sebagai peguam di Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Kuala Lumpur. Dia bersyukur kerana tidak perlu bekerja jauh daripada tempat lahirnya. Dan, dia juga bersyukur kerana dilahirkan di ibu negara Malaysia ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan yang luas.

Coat diatas katil dicapai sebelum sekali lagi kemeja yang tersarung ditubuhnya dibetul-betulkan. Rasa teruja dan gelabah untuk memulakan hari pertama bekerja sangat membuatkan dirinya berdebar. Rasa tidak sabar juga turut ada. Nafas dihela perlahan. Tadi, sebelum masuk azan Subuh, sempat dia melakukan solat tahajjud dan juga solat hajat agar segala urusannya pada hari ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

"Kayla, Insha Allah you can do it!. Just believe in yourself and just be confident! Fuh! Bismillahirahmanirahim."

Dengan semangat yang baru dan kehidupan juga baru, Kayla melangkah keluar daripada bilik tidurnya dengan semangat sekali. Senyuman tidak kendur daripada bibirnya. Bau aroma nasi lemak menusuk ke dalam rongga hidungnya.

Wangi dan...lapar pula!

Laju langkah menuruni anak tangga dan segara dia menapak ke ruangan dapur. Dia tersenyum lagi apabila terpandang belakang tubuh Puan Zarina. Wanita itu sedang membancuh air sehingga tidak sedar kehadirannya didapur. Handbag dan coat diletakkan diatas kerusi dan wanita yang dia sayangi itu dihampiri sebelum tubuh itu dipeluk erat.

"Morning, Umi."

"Eh! Morning." Segera Puan Zarina memusingkan tubuh memandang Kayla yang ceria itu.

"Ya Allah. Cantiknya anak Umi pakai baju kerja ni. Nampak macam perempuan berkerja sangat." Pakaian kerja yang dipakai oleh Kayla diperhati dari atas sampai bawah.

Walaupun dengan hanya memakai seluar slack bersama baju kemaja putih yang sengaja di tight in ke dalam seluar, Kayla sangat nampak seperti seorang yang berjaya. Tambah pula wajah anak gadis itu yang kelihatan matang apabila berpakaian seorang peguam seperti ini. Untuk hari pertama permulaan bekerja, Kayla memang harus mengenakan pakaian rasmi seperti ini. Mungkin untuk hari-hari seterusnya sudah mula boleh memakai baju yang lain-lain. Mungkin.

Kayla mula tersengih. Kembang kempis hidungnya apabila dipuji begitu. Insha Allah dia akan jadi wanita yang berjaya suatu hari nanti.

"Thank you, Umi. Umi. Kayla excited sangat nak mula kerja hari ni." Tangan tua itu digenggam erat.

Tergelak kecil Puan Zarina. Wajah anak gadis itu dipegang. Setiap kali menatap wajah Kayla, terus saja dia teringat akan arwah Syafia. Wajah Kayla saling tidak tumpah dengan wajah arwah.

"Excited ke nervous? Hrmm?"

"Dua-dua ada, Umi. Umi doakan Kayla, ya?"

"Kayla. Setiap masa Umi doakan Kayla. Doakan anak-anak Umi supaya selalu diberkati dan dirahmati-Nya. Kayla tu jangan lupa banyakkan berselawat dan baca basmallah masa nak mula kerja. Ingat, dalam setiap langkah dan pergerakan kita untuk mulakan sesuatu atau lakukan sesuatu itu haruslah diiringi dengan keberkatan dari Allah. Barulah semua yang kita buat tak ada masalah dan berjalan lancar."

Spontan, tubuh Puan Zarina dipeluk Kayla. Kayla senang bila wanita itu asyik mengulangi kata-kata yang sama. Dia tidak pernah jemu mendengar bila Puan Zarina memberi sedikit ceramah dan nasihat. Kerana, dengan itulah yang membuatkan dia semakin bersemangat untuk ke arah kebaikan.

"Insha Allah. Terima kasih Umi sebab Umi tak jemu-jemu doakan Kayla walaupun Kayla- bukan anak Umi."

Wajah Puan Zarina berubah muram sebaik saja Kayla menyebut tentang itu. Segera pelukan dileraikan.

"Kenapa cakap macam tu? Kayla tetap anak Umi tak kira la Kayla ni anak siapa sekali pun, Kayla tetap anak perempuan Umi. Jangan cakap macam tu tau lain kali? Umi sedih."

Wajah sengaja disedihkan dihadapan Kayla. Dia tahu, tentu anak gadis itu rasa bersalah. Tetapi, biarlah kalau ini yang mampu mengelakkan Kayla dari terus mengatakan yang anak gadis itu bukan anaknya. Memang Kayla bukan anak kandungnya, bukan anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari. Namun, dia yang telah menjaga anak itu sehingga membesar dengan berjaya sekarang ini. Segala kasih dan sayang tumpah pada Kayla Raihana tidak pernah kurang walaupun sedikit. Jadi, Kayla adalah anaknya walau apa pun.

Kayla tergamam sedikit. Wajah sedih Puan Zarina terpapar. Rasa bersalah meresap ke dalam diri. Tidak sepatutnya dia berkata begitu setelah apa yang diberikan selama ini oleh wanita itu. Sepatutnya dia berasa bersyukur kerana diberikan Puan Zarina sebagai ibu walaupun bukan ibu kandungnya. Lantas, kedua-dua tangan Puan Zarina dicapai dan dibawa ke dahinya. Dia membongkok meminta maaf. Dipagi hari lagi dia sudah buat kesilapan. Kata dan keberkatan.

"Kayla minta maaf, Umi. Kayla tak sepatutnya cakap macam tu. Kayla minta maaf kalau buat Umi terasa hati. Kayla minta maaf." Tidak putus-putus kata maaf darinya. Sesekali kekura tangan Puan Zarina dicium kasih.

Tingkah Kayla membuatkan Puan Zarina tersenyum nipis. Macam mana hati tuanya tidak sayang kepada anak gadis itu? Tengok saja la tingkah Kayla. Ada saja yang menyenangkan hatinya. Bukan tidak pernah Kayla buat kesilapan, tetapi kesilapan itu segera diganti dengan kesenangan. Setiap apa yang Kayla rasakan sesuatu itu salah, tentu anak gadis itu akan segera meminta maaf darinya.

"Umi selalu maafkan Kayla. Dah, jom breakfast. Nanti lambat pula pergi kerja. Hari ni first day, kan? So, kena pergi kerja awal la." Genggaman dari Kayla dilepaskan dan dia mendirikan tubuh itu. Kepala Kayla dikucup sekejap sebelum memaksa anak gadis itu duduk dikerusi.

Nasi lemak yang terhidang dipandang penuh terliur oleh Kayla. Beberapa kali sudah dia menelan liur bila melihat makanan itu. Tapi- dia tak makan makanan berat waktu pagi. Alah!

"Umi tahu anak Umi ni bukan jenis makan makanan berat time breakfast. But, I have something special for my lovely daughter."

Dahi Kayla berkerut. Wajah Puan Zarina dipandang.

"Apa, Umi?"

Puan Zarina mula bergerak ke hujung meja dan segera membuka penutup yang menutup makanan yang sememangnya dia sediakan untuk Kayla. Kayla memang tidak suka makan makanan berat pada waktu pagi. Kadang-kadang selepas Zohor barulah anak itu makan nasi.

"Nah. Omelet yang Umi campur dengan vegetables. Your favourite. Dah lama Umi tak buat, kan?" Pinggan berisi omelet yang telah dimasak dengan beberapa jenis sayur diletakkan dihadapan Kayla.

Bersinar-sinar mata Kayla memandang hidangan itu. Lama sangat dia rasa Puan Zarina tidak menghidangkan makanan kegemaraannya ini.

"Love you, Umi."

"Love you more. Dah, makan. Nanti ni nak pergi kerja Pak Mail hantarkan, ya?"

"Ka-

"Adam hantarkan, Umi."

Laju seperti kilat yang menyambar Kayla berpaling ke arah suara itu. Matanya membulat melihat Adam yang sudah berjalan menghampiri meja makan. Yang paling panas, selamba saja lelaki itu cakap nak hantar dia. Siapa yang benarkan?!

"Oh. Elok la macam tu. Adam hantarkan Kayla, ya?"

Laju juga Kayla menggeleng. "Tak nak. Pak Mail ada kan."

Adam menarik kerusi bersebelahan dengan Kayla. Pinggan berisi omelet dihadapan Kayla dirampas sebelum selamba saja dia masukan cebisan omelet itu ke dalam mulut.

"Kau, aku hantarkan. Faham?" Soalnya sambil mengunyah.

Kayla yang melihat sudah mula membahang panas. Selamba badak sungguh Si Adam ini!

"Weh! Itu Umi sediakan untuk aku la. Adam!"

"Ala, aku makan sikit je. Itu pun nak berkira sangat. Nah, sudu ni share dengan aku. Barulah kau makin sayang dekat aku." Sudu yang digunakan Adam hulur kepada Kayla. Gadis itu memandangkan dengan geram sekali.

Ha, iyala! Makin sayang lepas tu aku susah nak move on and berputih mata tengok kau dengan Lara! Aku tibai kan mamat ni!

Tanpa menunggu, Kayla terus mencapai sudu lain dan segera sambung makan. Tadi cakap nak tolong hantarkan, sekarang makan makanan dia pula. Lagi dia naik angin. Pagi-pagi sudah buat dia angin satu badan!

---------

"NANTI habis kerja terus call aku. Aku ambilkan." Sebaik saja Adam memberhentikan kereta dihadapan bangunan tempat Kayla bekerja, terus dia berpesan agar gadis itu tidak pulang sendiri.

Kayla membuka seat belt.

"Aku boleh balik sendiri." Balas dia tanpa memandang ke arah Adam disebelah.

"Aku cakap aku ambil. Tolong jangan degil."

"Aku pergi dulu. Bye."

Handbag dipegang dan pintu kereta mula hendak dibuka. Tetapi Adam lagi pantas bila lelaki itu terus mengunci pintu. Tetapi dia tidak kesah, kunci boleh buka dari dalam kan. Huh!

"Kayla."

Pergerakan mati kerana suara tegas itu mula menyapa telinganya. Liur diteguk. Dia mula kalah bila Adam menggunakan suara itu. Suara yang hampir buat dia tunduk dan dengar arahan lelaki itu. Dia juga sedikit takut bila Adam mula mengeluarkan suara itu. Segera dia kembali bersandar pada seat.

Adam senyum sinis. Berjaya! Senang saja agar Kayla dengar katanya. Kalau Lara, dia keluarkan suara macam mana sekali pun tak dapat menghilangkan kedegilan gadis itu.

"Kau dengar kan aku cakap apa tadi?"

Gadis itu mengangguk.

"So?"

"Aku kena call kau lepas habis kerja." Perlahan Kayla menjawab akur.

Tangan kiri Adam selamba mengusap kepala Kayla. Dia sering saja buat begini kepada Kayla sejak dari dulu lagi.

"Good girl. Now, you can go." Lock pintu dibuka.

Bersama keluhan berat, Kayla mula membuka pintu. Geram dengan hati dan diri sendiri bila mudah saja turut kata Adam. Dia cuba untuk keraskan hati, tapi bila suara tegas itu sudah keluar terus hatinya lembut. Baru saja mahu turun dan keluar dari kereta, rasa lengannya dipegang. Terus dia termasuk ke dalam kereta semula.

"Adam. Aku cakap aku tak suka kau pegang aku." Lengan ditarik dari genggaman Adam. Benci bila dipegang walaupun berlapik.

"Berlapik kan?"

"Tapi kau sengaja."

"Fine. I'm sorry, okey? Aku just nak wish good luck mula kerja hari ini. And, all the best. Kalau ada orang buli kau, terus je call aku. Biar aku buli dia balik. Alright?"

Kata-kata dari Adam menghadirkan senyuman nipis dari Kayla. Tidak tahu mahu rasa yang bagaimana bila Adam memberi kata-kata semangat. Entah lah! Dia cuba untuk jadi seperti dulu bila dengan Adam tapi bila teringat amaran Lara, dia jadi malas. Malas mahu menimbulkan pergaduhan antara dia dan Lara. Dia juga malas hendak layan kata-kata hina dari perempuan itu. Jadi, lebih baik dia tidak rapat sangat dengan Adam.

"Tak ada orang nak buli aku. You know me, Adam. Aku pergi dulu. Assalamualaikum and thanks for your wish." Usai, terus Kayla keluar dari kereta. Dia berpaling menghadap kereta Adam. Mahu memastikan lelaki itu pergi terlebih dahulu.

Tetapi, Adam menurukan tingkap kereta dan tersenyum ke arahnya. Senyuman yang boleh melemahkan urat sarafnya. Kayla cuba menenangkan dirinya.

"Pergi lah." Makin lama Adam disitu dan tersenyum, makin dia lemah!

"Aku sayang kau. Nanti kerja ingat aku tau? Bye!" Cermin kereta dinaikkan dan Adam mula memecut keluar dari kawasan pejabat Kayla.

Kayla terkedu. Matanya menghantar pemergian Audi TT Adam yang sudah keluar melepasi pagar pejabatnya. Dia senyum hambar.

"Aku sayang kau juga, Adam."

Tubuh dipaling menghadap bangunan yang tersergam indah. Bangunan yang bakal menjadi tempat keduanya bertapa selain daripada banglo milik Encik Amir. Di sini juga dia akan mula bergelar sebagai seorang peguam. Di sini adalah tempat di mana dia memulakan kehidupan yang baru sebagai seorang pekerja. Dia akan memulakan semunya dengan baik.

Insha Allah.

Nafas ditarik dengan sekali sebelum dihembus tenang dan dia mula menggariskan senyuman manis.

"Come on, Kayla. Now, this is your new life. Keep it up!"

Langkah dibuka dengan kaki kanan dan dibawa langkahnya masuk ke dalam Menara TH Perdana yang menempatkan Jabatan Bantuan Guaman Wilayah Kuala Lumpur dengan penuh bangga disertakan dengan perasaan gemuruh juga. Pertama kali melangkah ke sini kerana ketika dia dipanggil temuduga bukan di sini tetapi ditempat lain. Tangan kiri dan kanan disatukan sebelum digosok-gosok untuk menghilangkan rasa sejuk kerana berdebar.

Tempat yang dimaklum kepadanya beberapa hari lepas dicari dengan penuh teliti. Sudahlah dia seorang saja tika ini dan baru saja pertama kali menjejak kaki ke bangunan ini. Harap tidak sesat sudahlah. Langkah diatur mendekati lift memandang Jabatan Guaman berada di tingkat 28.

Dalam sedang menunggu ketibaan lift, Kayla dikejutkan dengan deringan telefonnya dari dalam handbag. Kayla mendengus sebelum mula menyelongkar ke dalam untuk mengambil keluar Samsung A50. Segera nama pemanggil diperiksa. Dahinya berkerut.

"Haris?"

Pagi-pagi lagi sudah memanggilnya kenapa? Namun tetap panggilan itu diangkat.

"Hello."

"Hello my princess. Good morning."

Kayla ketawa kecil. Gelaran itu tidak asing lagi pada dia selepas Haris meluahkan perasaan kepada dia beberapa minggu lepas. Dan lelaki itu semakin berani bila Kayla tidak menghalang Haris dari mempunyai perasaan terhadap dia. Cuma, dia memerlukan banyak masa untuk menerima Haris lebih dari seorang kawan. Mereka berdua masih lagi berkawan dan tidak lebih daripada itu. Haris sahaja yang menggelarkannya begitu.

"Morning. Kenapa call? Saya dah nak masuk kerja ni."

"Amboi! Mentang-mentang dah mula kerja hari ni kan? Saja je call sebab nak bagi semangat."

"Dengar suara awak pun dah buat saya semangat." Sengaja Kayla berseloroh mengambil hati Haris.

"Aww! Cair hati saya awak cakap macam tu."

Mereka berdua sama-sama ketawa. Dalam pada yang sama, Kayla tidak sedar bahawa dirinya sedang diperhati dari arah belakang kerana asyik sangat berbual bersama Haris melalui telefon.

"Haris cepat lah apa yang awak nak cakap. Saya nak masuk kerja dah ni. Nak masuk dalam lift dah ni." Pintu lift yang terbuka sedikit membuat dia kalut serta merta.

"Eh! Jangan masuk lagi."

Kaki Kayla terhenti dari melangkah masuk ke dalam. Semua pekerja yang berada di dalam lift memandang dia yang teragak-agak untuk masuk ke dalam. Tidak mahu dipandang aneh, Kayla terus meminta maaf dan berundur keluar daripada lift tersebut.

"Kenapa pula?"

"Pusing belakang kejap."

Arahan Haris mengerutkan dahi Kayla. Kenapa lelaki itu pelik sangat?

"Belakang? Ada apa kat belakang? Awak ni kan."

"Just pusing belakang and you can see."

Kayla menjuling mata ke atas kerana menyampah dengan arahan Haris. Arahan Haris seperti lelaki itu berada di sini saja. Apa saja yang ada dibelakangnya itu? Haris boleh nampah kah?

"Cepat." Haris semakin menggesa.

"Okey."

Tanpa menunggu, terus saja Kayla pusing ke belakang tanpa perasaan. Tetapi hanya seketika sebelum wajahnya berubah terkejut dengan mulut sedikit ternganga. Pandangan terpaku dihadapan melihat seorang lelaki berpakaian lengkap seperti peguam-peguam yang lain.

"Haris?"

Haris tersengih menampakkan susunan gigi yang teratur dan tersusun cantik. Talian antara dia dan Kayla dimatikan sambil langkah menghampiri gadis yang sedang terkejut memandang dia. Langkah berhenti betul-betul dihadapan Kayla yang terkebil-kebil itu.

"Surprise." Dia mendepakan tangan seketika. "Terkejut tak?"

Kayla menggelengkan kepala. Dihadapan dia sekarang adalah Haris bukan? Dan yang sedang bercakap dengan dia melalui telefon sebentar tadi Haris juga kan?

"Macam mana awak boleh ada dekat sini?"

Haris membongkok sedikit memandangkan Kayla rendah daripadanya dan mendekatkan wajahnya pada tepi kepala Kayla.

"Stalk my princess." Bisiknya. Wajah dijarakkan dan dia mengenyitkan mata. "Saya kerja dekat sini juga. Awak tak tahu ke?"

"What?!" Terkejut gila Kayla ketika ini. Tiada angin tiada ribut dan tiada khabar angin dari Haris tentang lelaki itu turut bekerja disini. Tiba-tiba hari ini terpacak pula dihadapannya dengan pakaian rasmi peguam.

"Tapi-"

"Saya dapat tawaran temuduga sehari selepas awak temuduga and saya pun tak sangka yang hari ni saya dah boleh mula bekerja dekat sini. With you. I'm so happy." Teruja sekali Haris menjelaskan kepada Kayla.

Sememangnya dia sendiri tidak menyangka semua ini. Dia juga terkejut bila mendapat surat tawaran temuduga sehari selepas sahaja Kayla bertemuduga peguam. Dan paling dia tidak sangka bila dengan secepat ini dia sudah dipanggil bekerja ditempat yang sama dengan Kayla. Dia gembira sangat.

Mulut Kayla berbentuk 'O'. Tidak dapat dia berkata apa. Haris dan dia selalu saja sama. Tapi tidak mengapa, sekurang-kurangnya dia ada kenalan juga disini. Dan dia dengan Haris sama-sama tidak tahu selok-belok di sini. Jadi, mereka berdua boleh saling membantu, bukan?

Senyuman lebar diukir manis sekali kepada Haris. Dia juga senang bila lelaki itu bersama dia. Tak ada lah awkward sangat.

"Tahniah! I'm proud of you. And i'm happy too bila awak ada dengan saya." Dia tayang sengihan.

Haris seakan tidak percaya dengan lagak Kayla sekarang. Tidak semena-mena dadanya berdebar. Argh! Kayla nampak comel bila buat muka macam tu! Hati lelakinya tidak kuat. Belakang kepala digaru.

"Err- aw- awak tak marah ke?"

"Kenapa saya nak marah?"

"Awak tak rasa macam saya ikut awak ke?"

Terus saja Kayla bantai gelak dengan kuat. Wajah Haris terlalu mencuit hatinya. Jelas lelaki itu eakan takut-takut dengannya. Mengapa dia harus marah sedangkan dia sendiri senang hati bila lelaki itu ada dengannya?

"Tak ada la. Saya lagi suka tau. Lagipun, awak tak rasa ni adalah satu peluang untuk kita?"

"Peluang?"

Kayla mengangguk. "Saya kan dah cakap awak kena bagi masa dekat saya untuk saya ada perasaan dekat awak macam mana perasaan awak dekat saya. So, I think ini adalah masa yang sangat sesuai. Kita boleh makin rapat."

Sejujurnya Kayla tidak tahu apa yang telah dia tuturkan sekarang ini. Yang dia tahu dia mahu menyedup kembali setiap perkataan yang dia keluarkan. Dia rasa semua apa yang keluar itu tidak masuk akal. Dia seakan memberi harapan kepada Haris pula!

Tapi, ada baiknya untuk dia move on dari Adam. Kan?

Jawapan Kayla menambahkan debaran didada Haris. Kayla sudah buat dia hilang arah sekarang ini! Jangan buat hal. Dia baru saja mahu mula bekerja hari ini. Kan ada yang mengelamun sambil bekerja sebab teringat akan kata-kata Kayla.

Dia tersenyum nipis. "Jangan paksa diri awak kalau awak tak suka. Saya tak kesah. Saya dah cakap yang saya tak letak apa-apa harapan pun. Kita boleh still macam ni. We can still be a friends. Jangan ambil serius sangat apa yang saya cakap. Tapi, saya memang suka dan sayangkan awak."

Pipi Kayla mula membahang. Pagi-pagi lagi dah buat dia termalu sendiri. Tanpa menunggu Haris, terus saja dia masuk ke dalam lift yang tiba-tiba muncul. Macam tahu-tahu saja yang dia sedang menanggung malu disebabkan kata-kata Haris.

Dalam hati, Kayla mengeluh. Kalau ini yang terbaik untuk dia move on dari Adam, dia sanggup mengambil masa lama mana sekali pun untuk menyukai Haris. Yang penting dia dapat lupakan perasaan dia terhadap Adam. Bukan dia gunakan Haris, tetapi hanya dengan cara itu saja yang dapat dia lakukan.

-------------

"FOUR YEARS?!" luas mata Adam memandang Lara. Pengkhabaran gadis itu sangat-sangat mengejutkan dirinya. Dia bersandar lemah pada kerusi. Kepala digelengkan tidak percaya dan tidak setuju. Sukar sekali untuk dia menerima apa yang telah Lara sampaikan.

Lara memuncungkan bibir sedepa. Dia turut buat perkara sama dengan bersandar pada kerusi seraya berpeluk tubuh. Mata tajam merenung Adam yang sudah pun tegang wajahnya itu.

"Sayang, four years je pun. Bukan lama. Pejam celik pejam celik I dah balik Malaysia. Come on sayang. You tahu kan impian I memang nak jadi model terkenal. So, I kena lah grab peluang ni. Lagipun yang offer I jadi model dekat sana tu kawan Mama. Tak akan you tak percayakan I."

Adam mendongak ke atas dan mengeluh kuat. Wajahnya diraut kasar. Dia kembali memandang Lara yang sudah pun hampir merajuk. Dia langsung tidak setuju dengan apa yang Lara katakan itu. Lara hendak melanjutkan pelajaran di Paris di dalam bidang modeling. Itu dia tidak kesah. Tetapi bila saja Lara mengatakan gadis itu terpaksa menghabiskan masa di Paris selama 4 tahun, itu yang dia tidak setuju.

"Ini bukan masalah percaya atau tak, Lara."

"Then? What's your problem?"

"Masalahnya sekarang empat tahun tu lama, Lara. You nak I tunggu you selama tu ke?"

Lara mencebik serta menjongket bahunya.

"Terpulang. Kalau you rasa you sayangkan I, you akan tunggu I. But, kalau sebaliknya terpulang." Namun, dia teragak-agak juga untuk meninggalkan Adam di Malaysia ini. Tambahan pula bila teringat akan Kayla. Huh! Sakit betul hatinya.

Tapi yang lebih penting adalah impiannya untuk menjadi seorang model yang terkenal. Dapat tawaran belajar ke Paris tanpa mengenakan bayaran sendiri, siapa saja yang tak hendak bukan? Walaupun dia berduit, tetap juga berkira. Dan bila ada pula yang sudi menanggung kos perbelanjaannya lagi la dia suka dan bagai dirasuk terus setuju tanpa fikir panjang.

"Ish! Apa pula you cakap macam tu? I sayangkan you. I sanggup tunggu. Tapi- empat tahun tu lama."

Lantas, Lara mencapai kedua-dua belah tangan Adam yang terletak di atas meja. Tangan itu digenggam erat.

"Sayang, look at me." Wajah Adam dipegang memaksa memandang dia. Mata menatap mata.

"Kalau you fikir empat tahun tu lambat maka lambatlah masa berlalu. You tak perlu fikir. Apa yang you perlu fikir sekarang ini adalah I. You nak tengok I berjaya jadi model terkenal, kan?"

"Memanglah. Itukan impian you."

"Good. So, you anggap je empat tahun tu macam empat minggu. Mesti cepat punya masa berlalu and tub-tub I dah ada depan you macam sekarang ni."

Tangan Lara dipegang Adam pula. Wajahnya gusar. Dia tidak mahu melepaskan Lara ke sana bersendirian. Dia terlalu sayangkan gadis itu. Paris tersangat jauh dari Malaysia. Teramatlah sukar untuk dia bersetuju. Tetapi untuk terus-terusan menghalang, dia hanya kekasih kepada Lara dan bukan siapa-siapa. Kalau kedua orang tua Lara sudah bersutuju, siapa dia untuk menghalang?

"Lara, macam mana kalau- you lupa dengan I?"

Tidak semena-mena Lara meletuskan ketawanya. Terpejam rapat matanya kerana ketawa kuat. Dia menekan-nekan perutnya kerana rasa soalan Adam kelakar! Manakala Adam mengerutkan dahinya. Apa yang kelakar? Lara tidak tahukah yang dia serius sangat ini?

"Why you laugh? Something funny with my question? I'm serious, Lara. You ingat I tanya main-main ke?" Tegas Adam bertanya. Dia sakit hati bila Lara rasa soalan yang dituju itu seperti benda remeh temeh.

"Sayang. You ni lawak la."

"Kenapa? Salah ke I tanya?"

"Tak salah. Tapi you punya soalan tu macam you tak tahu yang I sayang you macam mana? You tak yakin ke yang I ni sayang you?"

Adam terdiam.

"Huh! Betul la tu you tak yakin yang I sayangkan you."

"Tak. Bukan macam tu." Malas Adam melayan Lara. Dia bukan kurang yakin yang gadis itu sayangkan dia. Tetapi dia kurang yakin bila saja Lara ke Paris. Semua benda boleh terjadi. Dan dia risau Lara berubah hati.

"I yakin you sayangkan I."

Lara kembali tersenyum. Sengaja dia buat-buat merajuk kerana dia tahu Adam akan mengalah dan memujuknya

"Tapi-" Adam terjeda seketika. "I takut kalau hati you berpaling dari I."

Spontan jari lurus telunjuk melekat dibibir Adam. Lara menggelengkan kepala.

"Tak. I janji yang I tak akan buat macam tu. Kalau you takut sangat, apa kata kalau kita bertunang dulu. Lepas empat tahun, kita kahwin. Nak?"

"Bertunang?"

"Yup! Nak?"

Lidah Adam kelu tidak mampu untuk menjawab. Dulu, dia pernah memujuk Encik Amir tentang ini. Tetapi ditolak sekeras-kerasnya dari Babanya itu. Dan untuk kali ini tak mungkin dia akan merayu lagi kerana dia tahu bila itu yang keluar dari mulut Encik Amir, maka itulah keputusannya. Dia hanya mampu tersenyum memandang Lara dengan riak bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience