Peluang Untuk Bahagia 8

Romance Completed 31764

"KAYLA" Mati pergerakan tangan Kayla dari memulas tombol pintu bilik. Dia baru saja sampai di rumah selepas dibelanja minum oleh Haris. Adam yang melangkah menghampiri dia dipandang aneh. Wajah lelaki itu tegang saja.

"Kau kenapa?"

Pertanyaan Kayla tidak dibalas. Adam semakin menghampiri Kayla yang berdiri dimuka pintu bilik itu. Tangan dikepal kuat sebelum dia berhenti di sisi gadis itu. Geraham bergerak-gerak menahan amarah apabila teringat akan kemesraan antara Haris dan juga Kayla.

"Lambat kau balik. Pergi mana? Bukan ke biasanya lepas kau habis kelas kau terus balik rumah?"

"Ha?" Dahi Kayla berkerut.

Sejak bila Adam pandai ambil kesah terhadap dia? Sejak lelaki itu sudah ada Lara, Adam tidak lagi kesah tentang dia. Ke mana dia pergi, bila dia balik pun lelaki itu tidak hairan la. Hari ni kenapa pula? Memang perangai lelaki pada hari ini pelik-pelik ke?

"Sejak bila kau kesah aku pergi mana ni, Adam? Ikut suka hati aku la nak balik lambat ke cepat ke. Kau ni sibuk kenapa? Sebelum ni tidak kesah pun. Pelik la." Malas mahu melayan sikap Adam yang aneh, tangan kembali hendak memulas tombol pintu. Tetapi ada tangan lain pula yang tangkas membuka.

"Eh! Adam apa ni?!" Wajah Kayla mula berubah cuak bila dengan mengejut Adam membuka pintu bilik dan segera menolak dia masuk ke dalam bersama-sama dengan lelaki itu. Kini, dia dan Adam berada di dalam bilik berduaan.

Adam tutup pintu rapat dan pintu dikunci.

"Weh! Kau gila ke apa ni? Kau keluar la!" Kayla mula rasa seram sejuk melihat wajah bengis Adam di hadapannya sekarang. Perasaan takut menyelubungi dirinya. Sudahlah hanya dia dan Adam saja berada di dalam bilik ini. Puan Zarina pula berada ditingkat bawah.

Tanpa kata, Adam menarik tubuh Kayla dan disandar pada pintu. Dia mengepung gadis itu menggunakan tangan kiri dan kanannya. Wajah menikam anak mata Kayla.

"Kau gila ke? Nanti Umi tahu kau dalam bilik aku apa kita nak jawab?"

"Kau diam!"

Kayla tercengang. Terangkat bahunya kerana terkejut dengan suara keras dan tegas dari Adam. Terus mulutnya terkatup rapat dan hanya mata memandang wajah Adam. Lelaki itu seakan-akan marah kepada dia. Apa yang telah merasuk lelaki itu? Sebelum ini Adam tidak pernah bertindak sehingga masuk ke dalam biliknya.

"Adam, please. Keluar dari bilik aku. Jangan buat aku takut dengan kau."

Walaupun dia yakin Adam tidak akan berbuat apa, tetapi semua itu tidak boleh dijangka. Tambahan pula hanya mereka berdua di dalam bilik ini. Dan kedudukan antara mereka berdua sangat dekat sehingga masing-masing dapat rasa hembusan nafas sesama sendiri. Dada berdebar kerana ketakutan.

"Kenapa kau keluar dengan Haris tanpa pengetahuan aku, Kayla?" Kali ini nada suara Adam bertukar perlahan tetapi masih dingin.

"What?"

Mahu saja Kayla beri penampar kepada Adam dengan tapak tangannya. Hanya disebabkan itu Adam bertindak sehingga turut masuk ke dalam biliknya dan mengepung dia sebegini?

"Eh lepas la Adam. Itu semua bukan urusan kau. Lepas!"

Tangan Adam kiri dan kanan ditepis Kayla agak kasar. Tidak suka bila lelaki itu mula bertindak gila! Mereka bukan muhrim dan tidak elok bila berkeadaan seperti ini! Syaitan ada saja untuk menghasut mereka berdua melakukan perkara tidak elok tanpa sedar. Dan dia tak nak semua itu berlaku.

Namun, sedikit pun lelaki bernama Adam itu tidak berganjak. Adam tetap memandang Kayla dengan geram. Soalannya tidak dibalas tetapi lain pula yang Kayla berkata.

"Jawab aku tanya."

"Jawab apa, Adam?"

"Kenapa kau keluar dengan dia tanpa pengetahuan aku?"

"None of you business, Adam. Kau kesah apa kalau aku keluar dengan dia? Kau keluar hari-hari dengan Lara, tak ada pula aku bising macam kau sekarang. Kau sibuk kenapa?" Kayla sudah tidak dapat menahan rasa amarah. Kalau diikutkan kepala Adam, dia boleh jadi gila!

Dia siapa kepada lelaki itu sehinggakan dia hendak keluar dengan Haris pun Adam marah? Dia dan Adam hanya kawan baik dan kenapa Adam bersikap begitu?! Tingkah Adam seperti lelaki itu marah kerana cemburu melihat dia bersama Haris.

"Aku dengan Lara lain. Kau lain."

"Apa yang lain? Oh! Sebab aku dengan Haris tak bercinta macam kau bercinta dengan Lara?"

Adam mengeluh dengan kuat. Spontan, kedua-dua bahu Kayla dipegang. Tidak endah dengan rontaan Kayla minta dilepas. Yang penting dia mahu gadis itu dengar betul-betul apa yang hendak dia katakana.

"Adam!"

"Diam!"

"Adam. Cuba istighfar, Adam. Kau tak boleh buat aku macam ni. Kita tak boleh macam ni."

"Kau diam aku cakap!"

Seluruh tubuh Kayla mula menggeletar melihat kemarahan Adam yang sudah memuncak. Bibirnya turut bergetar kerana ketakutan melihat Adam begitu.

"Kau dengar sini baik-baik, Kayla. Aku tak suka kau rapat dan dekat dengan dia. Aku nak kau hadam betul-betul. Kau nak rapat dengan lelaki lain aku tak kesah tapi jangan Haris. Aku tak suka, Kayla. Aku tak suka Haris dekat dengan kau. Tolong faham."

Terasa sesak nafas yang hendak dihembus. Kelakuan Adam buatkan dia hampir tidak dapat bernafas. Cara lelaki itu pandang ke dalam anak matanya melemaskan dia. Kemarahan yang muncul dari Adam dapat Kayla lihat lelaki itu marah kerana... cemburu. Tetapi kenapa?

"Kau dengar tak apa aku cakap?"

Tanpa menghiraukan Adam, Kayla menolak tubuh lelaki itu sehingga Adam bergerak jauh dari dia. Turun naik dadanya bila dapat bernafas dengan betul. Adam buat dia lemas!

"Adam. Kau tak ada hak nak halang aku untuk berkawan dengan sesiapa pun termasuk Haris. Kau dengan cara kau, aku dengan cara aku. Sedangkan aku tak pernah marah atau halang kau dari bercinta dengan Lara. Kita dah besar dah boleh buat haluan masing-masing. Ingat, aku pun ada kehidupan aku sendiri. Kau tak ada hak nak control aku!"

Nada suara Kayla sudah berubah. Kenapa Adam sesuka hati saja mengawal kehidupan dia? Ikut suka hati dia la hendak berkawan dengan Haris atau dengan sesiapa. Selagi dia berkepit saja dengan Adam, selagi itu la dia tidak dapat melupakan perasaan dia terhadap lelaki itu!

"Kau-"

"Kayla."

Kedua-dua mereka saling berpandangan. Suara Puan Zarina betul-betul berada di luar bilik Kayla. Masing-masing meluaskan mata kerana terkejut dan cuak.

"Kayla." Puan Zarina mengetuk pintu bilik.

"Y-ya, Umi?"

"Kayla cakap dengan siapa? Umi dengar Kayla tengah bercakap macam tengking-tengking orang macam tu. Kayla okey tak?" Cemas sekali suara wanita itu.

Adam terus meletakkan jari telunjuknya pada bibir sendiri. Memberi isyarat agar Kayla tidak memberitahu tentang keberadaan dia di dalam bilik ini. Masak dia nanti. Terus saja dia berlari masuk ke dalam tandas selepas Kayla membuat keputusan untuk membuka pintu bilik.

Kayla membuka pintu luas bersama sengihan. Belakang kepala digaru.

"Err- Ka-Kayla tengking lipas Umi. Di-dia main terbang dalam bilik Kayla ni ha." Tahu pula lelaki itu gelabah.

"Oh! Ni, Kayla ada nampak Adam tak? Umi nak suruh dia pergi beli barang kejap. Dari tadi Umi cari dia."

Berubah wajah Kayla saat Puan Zarina bertanyakan Adam kepada dia. Macam mana nak jumpa kalau Adam ada di dalam bilik dia ni ha! Entah kerja gila apa yang Adam buat sampai sanggup masuk ke dalam bilik dia hanya semata-mata disebabkan marah dia keluar bersama Haris.

"Ada nampak Adam tak?"

"Ha?! Ad-ada Umi. Eh tak-tak ada nampak." Disebabkan terkejut dengan suara Puan Zarina yang sedikit kuat, terus Kayla terlepas cakap. Untung saja dapat betulkan semula.

Berkerut dahi Puan Zarina. Lantas dahi Kayla disentuhnya. Risau takut demam. Itu pasal anak gadis itu jadi begitu.

"Kayla okey tak? Kenapa gelabah semacam Umi tengok? Dah pucat dah tu muka. Kenapa?"

Kayla menggeleng. "Kayla okey, Umi."

"Betul ni?"

"Betul."

"Hrmm, okey la macam tu. Betul tak ada nampak Adam?"

"Betul."

Hairan Puan Zarina dengan sikap Kayla yang seperti ketakutan itu. Mungkin disebabkan lipas. Setelah itu dia meminta diri untuk pergi ke bilik Adam.

Kayla apa lagi, tanpa membuang masa dia kembali masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Langkah diatur ke tandas. Pintu tandas diketuk.

"Kau dah boleh keluar. Umi pergi bilik kau pula."

Tidak sampai sesaat, Adam membuka pintu tandas. Lelaki itu hembus nafas lega. Buat dia kecut perut saja la Puan Zarina ini. Terus saja dia keluar dari tandas dan mahu keluar dari bilik Kayla. Sempat dia berhenti dihadapan Kayla dan memberi satu peringatan.

"Kau ingat, aku tak suka kau rapat dengan Haris."

Kayla mencebik. "Kau siapa nak halang aku? Ikut suka hati aku la nak rapat ke nak couple ke dengan dia. Itu bukan urusan kau. Kau ingat, kau seorang saja ke boleh ada kekasih hati? Aku pun boleh la." Dengan berlagak Kayla membalas. "Sekarang kau keluar. Sebelum Umi datang lagi."

Wajah Adam kembali berubah tegang dan kelat. Susah betul bercakap dengan Kayla!

"Kau nak bercinta dengan dia la?"

Kayla senyum senget. Suka pula dia mengenakan Adam. Sudah hilang rasa takutnya pada Adam yang tadi.

"Kalau ya, kenapa? Kau marah? Atau- kau jealous bila aku dengan dia? Rilex la Adam. Kau kan bercinta dengan Lara. Sekarang, bagi chance dekat aku untuk aku pula bercinta."

"Kau-"

"Adam! Mana pula la budak ni pergi?"

Kata-kata Adam mati. Nampak Puan Zarina masih belum putus asa mencarinya. Terpaksa dia keluar juga.

"Aku belum habis lagi dengan kau. Ingat." Terus langkah dibawa keluar dari bilik tidur Kayla dengan perasaan tidak puas hatinya. Boleh pula Kayla ada rancangan hendak bercinta dengan Haris!

----------

ENCIK AMIR yang ralit mengelamun di taman mini halaman banglo milik mereka itu Puan Zarina perhatikan sebelum dia masuk semula ke dalam. Air teh dibancuh di dalam teko sebelum dibawa keluar. Petang-petang begini nyaman kalau ambil angin di luar. Hendak pula cuaca yang tidak panas. Cantik saja dengan angin yang menyapa lembut. Dulang ditatang dan dibawa keluar dari rumah. Suaminya yanh masih mengelamun itu dihampiri.

"Abang, air."

Lamunan Encik Amir terganggu. Isterinya dipandang. Senyuman dihadiahkan tetapi senyuman yang dibuat-buat.

Air dituang ke dalam cawan yang disediakan untuk dia dan Encik Amir. Tempat duduk berhadapan dengan suaminya diambil.

"Abang termenungkan apa sampai saya datang pun Abang tak perasan?" Air teh yang masih panas dicicip sedikit. Lega bila air panas mengalir masuk ke dalam kerongkong tekaknya.

"Tak ada apa. Abang cuma- teringatkan arwah Khairul dengan arwah Syafia. Rindu pula dekat dia orang."

Suara Encik Amir bertukar sayu. Memang sejak beberapa hari ini rasa rindu kepala arwah sahabatnya amat menyengkam jiwa. Rindu yang tidak dapat diluahkan dan dilepaskan. Rindu segala kenangan ketika bersama arwah. Rindu hendak bergurau senda. Rindu hendak membuat perniagaan bersama-sama. Rindu semuanya.

Puan Zarina turut berasa hiba mendengarnya. Dia juga turut merasa yang sama seperti suaminya. Setiap hari dia mengingati arwah Syafia. Setiap hari juga dia menyedekahkan doa untuk kedua-dua arwah. Bagaimana dia tidak mengingati arwah kalau hari-hari dia menatap wajah Kayla. Hendak pula wajah Kayla seiras-iras wajah Syafia. Cantik, manis dan ayu. Sejuk mata memandang. Kalau Khairul dan Syafia masih ada, tentu kedua-dua arwah itu gembira ada anak secantik dan sebaik Kayla.

"Saya pun rindukan dia orang. Saya hanya dapat lepaskan rindu dekat dia orang bila tatap wajah Kayla. Kayla ada dengan kita dapat saya rasakan arwah ada bersama kita, Abang."

Encik Amir mengangguk perlahan tanda dia setuju. Wajah Kayla seakan Syafia dan cara, tingkah laku seakan Khairul. Dengan cara percakapannya. Itulah yang membuatkan dia sering mengingati Khairul.

"Abang."

"Ya?"

"Saya perasan, Adam dengan Kayla dah semakin renggang sekarang sejak Adam bercinta dengan Lara. Abang tak perasan ke?"

Mendengar kata-kata itu, Encik Amir terus mengeluh. Perasan sangat. Dia perasan. Selalunya, di dalam banglo itu bising dengan gelak tawa Adam dan Kayla yang saling bergurau. Tetapi sejak akhir-akhir ini dan sejak Adam membawa Lara ke rumah mereka, Adam dan Kayla mula renggang. Tidak serapat dulu. Tiada lagi gurau senda antara kedua-duanya itu.

"Abang rasa, Kayla tu tak berkenan dengan Lara?" Puan Zarina meneka sendiri.

"Tak akan la." Encik Amir menidakkan. "Kayla bukan macam tu la. Mungkin dia rasa tak selesa bila terlau rapat dengan Adam. Ya la, Adam kan dah ada Lara. Kita kena fikir positif."

"Tapi, saya risau tengok dia orang tu. Macam orang asing pula. Masa makan atau tengah borak pun dia orang kurang bercakap. Saya takut kalau Kayla ataupun Adam mula berubah. Takut dia orang tak rapat macam dulu lagi disebabkan-"

"Lara?" Encik Amir memintas. Sebenarnya, dia juga berfikir begitu. Lagipula, dia tengok Lara itu lain macam saja.

"Awak terima ke kalau Lara tu jadi menantu kita?"

Puan Zarina terjeda seketika. Sukar untuk dia mengatakan yang dia terima. Tetapi dia juga tidak menolak. Ia menjadi sukar kerana bila dia menilai Lara dari segi adab dan pakaian. Dari adab, dia boleh katakan yang Lara amat kurang dan dari segi pakaian pula usah disebut. Memang dia tidak setuju. Namun, seperti yang dia kata semua itu boleh diubah. Masih awal untuk dia mengatakan keputusannya.

"Abang pula macam mana?"

Soalan berbalik kepada Encik Amir. Suaminya menunduk sebelum kembali mengangkat wajah. Encik Amir senyum kecil.

"Jujur yang saya tak berkenan dengan Lara."

Jawapan suaminya sudah membuatkan Puan Zarina faham sendiri. Dia tahu, suaminya itu jenis yang teliti. Kalau boleh semua suaminya mahu terbaik untuk Adam, Adib dan Kayla. Suaminya bukan mengongkong, tetapi lebih kepada sikap teliti dan berhati-hati.

"Tapi- kalau itu yang dipilih Adam, saya tak boleh buat apa. Awak tahu kan Adam tu macam mana? Degil dia, Masha Allah. Susah dibawa bincang."

"Saya faham."

Mereka berdua kembali diam. Masing-masing memikirkan perkara sama. Susah bila anak-anak sudah meningkat dewasa. Hendak pula dengan anak lelaki mereka yang bernama Adam Firdaus. Degilnya tidak tahu ikut siapa.

"Saya rasa, Kayla kecewa dengan Adam sebab tu Kayla macam menjauh dari Adam." Puan Zarina kembali bersuara apabila dia tidak berpuas hati dengan hubungan Adam dan Kayla yang semakin jauh.

"Kecewa? Kenapa Kayla nak kecewa?"

Puan Zarina senyum sebelum dia menggeleng. Suaminya tidak faham.

"Abang, saya perempuan dan saya kenal Kayla tu macam mana. Memang pada pandangan kita sebagai orang tua, kita nampak dia dan Adam rapat macam adik beradik. Tapi, kita tak tahu apa yang ada dalam hati dia orang."

"Maksud awak?"

Dia mengeluh.

"Saya tahu, Kayla sukakan Adam dalam diam."

Encik Amir tercengang dan terjeda. Ayat dari isterinya buat dia mati kata. Benarkah?

"Awak ni pandai-pandai saja la."

"Betul, Abang. Saya tahu dari pandangan Kayla terhadap Adam. Dari cara Kayla bercakap dengan Adam saya tahu yang dia sukakan Adam walaupun sepayah mana dia cuba sembunyikan semua tu. Kalau tidak, kenapa Kayla seperti menjauh dari Adam dan macam sedih bila kita bercakap perihal Adam dan Lara? Itulah sebabnya, Abang. Percayalah cakap saya."

Spontan, Encik Amir ketawa gembira. Dia ketawa dengan senang hati sekali. Tidak tahu mengapa tetapi dia rasa tenang bila dapat tahu semua itu.

Berkerut dahi Puan Zarina bila suaminya itu ketawa pula. Aneh!

"Kenapa Abang ketawa?"

"Entah. Rasa lapang pula dada bila awak cakap macam tu."

"Lapang sebab Abang rasa saya bergurau?"

"Tak."

"Habis tu?"

"Susah untuk saya cakap. Tapi apa dapat saya katakan, saya suka bila dengar semua ni. Kalau betul apa yang awak cakap ni, saya la manusia paling gembira."

Puan Zarina menggaru kepalanya sendiri. Tidak dapat dia menangkap apa yang dikatakan suaminya itu. Dia cuba untuk berfikir. Sesaat, dia dapat mengagam sesuatu.

"Abang. Abang ada rancang nak satukan mereka berdua ke?" Dengan gaya terkejut dia menyoal.

Senyuman Encik Amir melebar. Bijak isterinya. Tanpa membalas, air teh dicicipnya sedikit demi sedikit. Tapi, kalau Kayla saja yang ada perasaan suka itu tiada guna juga kalau Adam tidak rasa apa-apa. Dia tidak memaksa. Kalau Lara yang Adam rasakan terbaik, biar saja la. Itu pilihan anak lelakinya. Satu saja yang dia harapkan, kalau Adam bukan jodoh Kayla dia berharap akan ada seorang lelaki yang dapat melindungi Kayla.

-----------

SEMAKIN hari semakin hubungan Haris dan Kayla semakin rapat. Mereka berdua sering saja menghabiskan masa bersama di perpustakaan. Membuat ulangkaji bersama memandang mereka berada di dalam kos yang sama. Baru Kayla tahu yang rupanya Haris satu kos dengannya. Tetapi tiada pula dia perasan kelibat lelaki itu.

"Saya tak sangka yang awak pun ambil law. Tak pernah nampak pun sebelum ni." Ujar Kayla senang.

Sekarang, dia dan Haris berada di taman menghabiskan masa dengan berjoging sama-sama memandangkan semua kerja sudah selesai. Cuma tinggal final exam saja yang berbaki masa lagi seminggu.

Haris mengelap peluh menggunakan kain kecil yang tergantung dilehernya. Dia tersenyum mendengar bicara Kayla. Dia senang hati sebenarnya. Kayla sudah mula rapat dengan dia sejak pertemuan yang dia mempelawa untuk belanja gadis itu minum.

"Iya ke? Saya pernah saja nampak awak. Mungkin awak saja yang tak nampak. Iya la, siapa nak nampak kita ni bila dia asyik berkepit dengan kawan baik dia." Balas dia dengan nada sedih. Sejak dari pertama kali dia bertembung dengan Kayla, dari situ dia cuba curi-curi perhati gadis itu. Ke mana Kayla pergi, dia cuba ikut. Hendak dekat dia tidak berani kerana Adam selalu saja ada dengan Kayla.

Senyuman Kayla mula mengendur. Adam. Sudah lama rasanya dia tidak bersua dengan lelaki itu selepas kejadian Adam serang masuk ke dalam biliknya disebabkan Haris. Selepas dihalang Adam, dia semakin berani untuk dekat dengan Haris. Apa? Ingat dia kesah sangat? Urusan Adam dengan Lara pun dia tidak pernah masuk campur, siapa Adam nak uruskan hidup dia? Lagipula, kalau dilayan Adam itu semakin buat dia berharap. Cara Adam layan dia seperti Adam memberi harapan kepada dirinya. Tidak mahu dia rapat dengan lelaki lain atas sebab apa?

"Saya nampak, awak dengan Adam dah jarang lunch together. Why?"

Kayla mengeluh. Kaki yang berayun kerana tidak menjejak tanah itu semakin dihayunkan dengan perlahan. Soalan yang mampu buat dia mati kata. Bukan setakat jarang makan tengahari bersama, memang mereka tidak bersua wajah beberapa minggu ini. Dia balik saja dari kelas terus terperap di dalam bilik. Begitu juga dengan Adam. Tambahan pula lelaki itu sudah pandai keluar rumah dan lewat petang baru balik. Puan Zarina sudah bising dengan perubahan Adam yang sudah pandai pulang lewat. Kadang-kadang malam baru balik. Ke mana Adam pergi pun tak tahu.

"Dia kan dah ada girfriend. Dah tak ada masa dah nak luang masa dengan kawan baik sendiri."

Serba salah Haris bila jawapan Kayla itu seakan kecewa. Wajah Kayla juga yang ceria tadi sudah berubah mendung. Hatinya sedikit terusik bila perasan wajah kecewa Kayla yang bercakap tentang Adam. Adakah gadis itu kecewa dengan Adam yang sudah ada kekasih hati? Kalau ya, kenapa?

"Awak macam kecewa bila bercakap macam tu. Kenapa?" Tidak dapat menyorok rasa sakit hati bila lihat wajah gadis yang dia suka itu kecewa.

Spontan Kayla mengangkat wajah dan memandang Haris yang berada disebelahnya tetapi dengan jarak yang tidak berapa jauh. Kemudian dia kembali pandang ke hadapan. Kepala digelengkan.

"Tak ada la."

"Jangan tipu. Saya boleh dengar dari suara awak. Awak kecewa, kan?"

Kayla mengeluh. Sudah la. Dia sudah tidak mampu untuk sembunyikan rasa kecewa ini lagi. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Ya. Saya kecewa."

Wajah Haris berubah. Matanya tidak berkelip memandang Kayla. Dia mula berasa tidak sedap hati. Cara percakapan Kayla seakan menunjukkan yang gadis itu kecewa kerana sukakan Adam.

"Kenapa? Sebab awak sukakan Adam?" Berani dia bertanya.

Secepat kilat Kayla kembali memandang Haris. Dia terjeda sebenarnya kerana tekaan Haris adalah tepat. Tetapi cepat saja dia cuba mengawal riak wajahnya daripada dapat dikesan oleh Haris. Lelaki itu seperti tahu saja perasaannya.

Dia berpura-pura ketawa kuat.

"Awak ni kelakar la Haris."

"Kenapa?"

"Adam tu kawan baik saya. Tak mungkin la saya sukakan dia." Ketawa olok-olok masih lagi dia lakukan.

Haris menjongket bahu. "Well, who knows. Bukan senang untuk kawal perasaan dari jatuh suka bila lelaki dan perempuan berkawan."

Ketawa olok-olok Kayla mati serta merta. Sekali lagi terkena tepat pada batang hidungnya. Dia sudah mula tidak senang duduk. Haris itu bijak dalam mengesan tingkahnya!

"Awak jangan terasa. Saya just cakap apa yang saya pernah rasa."

"Apa yang awak pernah rasa?"

"Yes."

Kayla diam. Maksud Haris, lelaki itu juga pernah suka kawan sendiri ke? Haris juga pernah rasa apa yang dia rasa?

"Saya suka kawan saya sendiri."

Belum sempat Kayla menyoal, Haris terlebih dahulu berkata dengan riak tenang.

"A-awak pernah suka kawan sendiri?"

Haris mengangguk. "Pernah dan sampai sekarang saya sukakan dia. Saya kenal dengan dia dari kecil juga. Kita orang selalu main sama-sama. Tapi saya dengan dia not just like you and Adam. Kita orang akan jumpa masa cuti sekolah saja. And now, saya jumpa dia balik cuba rapat dengan dia. Perasaan suka tu tak pernah padam walaupun saya tahu dia tak sedar yang saya sukakan dia."

Kayla bungkam. Ya! Hampir sama. Tetapi yang membezakan adalah dia dan Adam selalu bersama tidak kira bila dan di mana. Membesar pun sama-sama.

"Dia- dah ada boyfriend?"

"I don't think so. Sebab dia mudah sangat rapat dengan saya. Dulu susah juga untuk saya dekatkan diri dengan dia. But, lately dia selalu ada masa untuk saya."

"Awak tak rasa ke bila awak buat macam tu awak semakin berharap?"

Haris pandang Kayla lama dengan penuh makna.

"Tak. Sebab- saya lelaki dan saya akan mulakan segalanya. Saya yakin yang dia tak ada boyfriend, tapi saya tak yakin apa perasaan dia. Siapa tahu dia ada sukakan someone. But it's okey, i don't care about that. Yang saya tahu, saya nak kan dia."

"Wow!" Kayla kagum dengan bicara Haris. Lelaki itu seperti tidak akan berputus asa untuk merebut hati perempuan yang dimaksudkan lelaki itu. Untung la jadi lelaki. Semua diambil mudah. Kalau perempuan yang buat sudah dicop perigi cari timba.

Haris sembunyi senyum. Geli hati melihat wajah kagum Kayla mendengar ceritanya. Comel!

"You look interesting. Ke awak pun rasa apa yang saya rasa?"

"Eh? Ta-tak la. Mana ada. I'm just amazed at you. You look really excited to get that girl."

Ya. Saya akan tetap bersemangat untuk dapatkan awak, Kayla. Dan, saya tak akan biarkan Adam halang apa yang saya nak. Dia tak ada hak untuk halang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience