Peluang Untuk Bahagia 51

Romance Completed 31764

PERGERAKAN terbatas. Terasa lenguh pada lengan sebelah kirinya dan ada sesuatu yang berat yang menindih. Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Kepala ditoleh ke kiri. Dalam mamai, dia masih dapat ukir senyuman.

Patutlah rasa berat semacam, ada seseorang yang tiba-tiba muncul tidur disebelahnya. Petang tadi bukan main merajuk sampai nak tidur dekat bilik lain. Sekarang ada pula disebelah.

Badan dikalih mengiring ke kiri dan kedudukan Kayla diselesakan. Tubuh itu ditarik rapat hingga terbenam ke dalam dakapan.

Selesa.

Senyuman masih tidak hilang.

Lama sangat Kayla merajuk selepas kejadian di rumah Baba dan Umi nya tengah hari tadi. Sampai nak tidur pun isterinya masih lagi belum membuka mulut bercakap dengan dia. Puas pujuk, akhirnya dia membiarkan. Dan, inilah hasilnya. Kayla datang dengan sendiri.

Badan Kayla bergerak mengubah posisi dari berbaring kepada mengiring. Kemudian kaki dinaikkan sedikit. Dia sedang tidur menggerekok. Tanpa ditarik, dia sendiri yang semakin ke dalam pelukan Adam.

Adam mengemaskan dakapan. Dagu diletakkan diatas kepala Kayla. Wangian rambut gadis itu membuatkan dia semakin nyaman. Mata dipejamkan, ingin menyambung tidur semula.

Beberapa minit, dia diganggu dengan suara orang mengigau. Berkerut-kerut dahinya.

"No! Jangan tinggalkan saya. Adam."

Mata terbuka luas. Tubuh Kayla yang bergerak-gerak menyedarkan dia bahawa yang dia dengar itu bukan dalam mimpi. Suasana malap di dalam bilik membantu dia untuk melihat wajah Kayla.

"Adam."

Kayla menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan. Peluh mula merinik keluar membasahi wajahnya.

"Kayla? Bangun."

Pipi isterinya ditepuk-tepuk lembut agar Kayla tersedar. Tetapi malang bila Kayla masih lagi meracau.

"Adam."

Dari meracau, Kayla mula teresak-esak. Adam sudah gelisah. Apa yang sedang dimimpi Kayla hingga meracau lepas itu menangis pula.

"Kayla. Bangun. Hei. Kenapa ni?"

Ingin mencuba nasib, dia dekatkan bibir pada telinga kanan isterinya itu dan dibacakan sedikit ayat-ayat suci agar dapat menenangkan Kayla. Tangan mengusap ubun-ubun Kayla.

Kayla membuka matanya. Benda pertama yang dinampak adalah Adam.

"Adam?" Segera dia memeluk leher lelaki itu erat. Badannya bergetar.

Adam membetulkan kedudukan. Belakang isterinya diusap-usap sambil bibir tidak henti membaca ayat suci. Inilah yang Umi dia akan buat bila setiap kali dia mengigau dalam tidur. Dan dia turut mengikut.

"Kenapa ni? Mimpi apa sampai meracau-racau?" Dalam keadaan berpelukan, Adam bertanya.

Terasa Kayla menggelengkan kepala. Dia juga rasa pelukan Kayla pada dia makin erat. Lama keadaan begitu, Adam merenggangkan pelukan. Rambut Kayla yang ke depan itu diselit ke belakang telinga.

"Sayang?"

Dagu itu dicuit sedikit.

"Kenapa ni? Cuba cakap."

Kayla diam. Hanya mata memandang wajah Adam. Bila mimpi itu menjelma, dia kembali menangis dan memeluk Adam semula.

"Jangan tinggalkan saya."

Adam terjeda. Tahulah dia apa yang dimimpikan Kayla.

"Tak. Abang tak akan tinggalkan Kayla."

"Jangan tinggalkan saya lagi."

Nafas dihela.

"Kenapa cakap macam ni? Abang tak akan tinggalkan Kayla lagi. I'm promise."

"Sa- saya mimpi ab- abang tinggalkan saya. Saya panggil tapi ab- abang buat tak tahu je. Kayla takut."

Mata dipejam. Runtum jiwa lelakinya mendengarkan itu dengan suara Kayla yang teresak-esak itu.

"Shhh. Mainan tidur je tu. Abang ada dekat sini, kan?" Tepi telinga Kayla dicium.

Malas hendak fikir tentang mimpi itu. Mungkin hanya mainan tidur. Kalau difikir, menjadikan dia turut berasa risau.

Pelukan ingin dileraikan, tetapi makin erat Kayla memeluknya. Jadi dia hanya membiarkan. Selepas memastikan isterinya sedikit tenang, pelukan dileraikan.

Pipi Kayla diusap kasih.

"Dah, jangan nangis. I'm here, right? Jom sambung tidur."

Bahu Kayla dipegang dan isterinya itu dibaringkan. Perasan Kayla asyik pandang dia saja.

Senyuman diukir. Segera hidung itu dicuit sedikit.

"Tidur okey? Jangan fikir sangat. Kayla buat apa sebelum tidur tadi? Ni mesti tak baca doa kan?"

"Ka- Kayla minta maaf. Mungkin sebab Kayla marahkan abang tadi sampai Kayla dapat mimpi buruk macam tu. Janji tak buat lagi."

Tidak dapat Kayla ingat semula mimpi itu. Menakutkan! Mungkin mimpi itu berpunca kerana dia dingin dengan Adam sejak petang tadi. Bercakap pun tidak.

Kata-kata Kayla buat Adam tertawa kecil.

"Kan dah cakap. Itulah, buat muka lagi dengan suami. Dah kena dah. Abang maafkan. Dah tidur."

Dia turut baring disebelah Kayla. Kepala isterinya diangkat dan diletakkan diatas lengannya. Laju saja Kayla memeluk batang tubuhnya erat.

Dahi Kayla dikucup.

Harap tiada apa yang boleh diambil serius dsri mimpi itu.

?????

"OH mak kau tergolek jatuh tangga." Adam bantai gelak sebaik saja Kayla habis melatah. Pertama kali dia dengar Kayla melatah sehingga begitu rupa.

Kayla kalih ke belakang. Macam mana dia tak melatah? Tengah sidai tuala yang digunakan, tiba-tiba ada tangan menjalar di pinggangnya. Ingatkan Adam berada dibawah. Sebab itu dia terkejut.

"Ish, dia ni kan?"

Ketawa Adam terhenti dan dia hanya tersenyum.

"Sejak bila Kayla Raihana pandai melatah macam tu?"

"Tak sengaja lah!" Adam dijeling sebelum dia melangkah mahu melepasi lelaki itu.

Ingin membantu Puan Zarina didapur. Alang-alang tinggal disini untuk beberapa hari, boleh lah dia luang masa bersama wanita itu. Rindu tak hilang lagi.

Namun Adam lebih tangkas mencapai pergelangan tangan isterinya.

"Awak. Saya nak pergi tolong Umi la."

Adam berdepan dengan Kayla.

"Awak? Semalam elok je panggil abang. Hari ni tukar pula?" Kalau dia tidak salah dengar semalam ketika Kayla tersedar dari mengingau, isterinya itu memanggil dia dengan panggilan "abang". Kenapa pula?

Blushing.

Kayla menunduk. Segan pula. Semalam tidak mengapalah kerana dia baru saja sedar dari mengigau. Ingatkan Adam tak kesah. Sebenarnya dia ambil kesempatan untuk panggil Adam dengan panggilan "abang" semalam. Hari ini segan.

"Sayang?"

Seperti ada petir menyambar dalam dadanya. Sayang? Semalam. Ya, semalam Adam ada panggil dia begitu. Wajah diangkat.

"Apa sayang, sayang? Ni nak?" Penumbuk ditayang. Hanya cara kasar seperti ini dapat buat dia hilang malu.

Tawaran Kayla dicebik oleh Adam. Mana Kayla yang semalam? Manja, merengek dan macam budak-budak? Dah jadi ganas pula pagi ni.

"Tak nak la. Kasar sangat. Bagi la yang lembut sikit."

"Ini?" Pengepit ketam versi ibu jari dan jari telunjuk ditunjuk Kayla.

"Nope. Nak tahu macam mana?" Adam mengangkat-angkat keningnya.

"Macam mana?" Polos sekali Kayla menyoal tanpa tahu apa yang bermain di dalam kotak fikiran Adam.

Jari telunjuk digerak-gerak menggamit Kayla supaya dekatkan jarak antara mereka. Paling menggembirakan Adam adalah bila Kayla turuti saja.

"Close your eyes."

"Nak buat apa?"

"Tutup je. Kalau tak tutup, tak rasa kelembutan."

Sempat Kayla menjuling mata ke atas sebelum ikut sahaja kehendak Adam. Suami siapa yang mengada sangat tu? Mata ditutup.

"I'm done."

Tanpa sedar, Adam sudah tersenyum penuh makna.

First step. Go Adam!

Tak sampai sesaat, Kayla dapat rasakan tangan Adam mula berada dibelakang kepalanya. Hairan tetapi dibiarkan. Berkerut juga dahinya memikirkan apa yang Adam cuba ajar dia.

Tidak berapa lama, bibir dia mula terasa sesuatu yang lembut. Tidak pasti apa kerana dia sedang menutup mata. Dia tersentak saat tangan Adam mula merayap ke bahagian belakangnya.

Rasa musykil, terus mata dibuka. Terbuntang biji matanya tika ini. Jantung mula bermain drum.

Ad- Adam- Adam cium aku?!

Mahu dia jerit sekuat hati. Mata Adam tertutup rapat melajukan lagi paluan jantungnya. Dan, kenapa dia tak dapat bergerak? Seperti patung sudah.

Melihat Adam mula menelengkan kepala dari kanan ke kiri, mata ditutup semula. Dia rasa setiap perbuatan lelaki itu pada dia sekarang. Dada dia sudah pecah agaknya sekarang.

Manakala Adam sudah tersenyum disebalik ciuman itu. Ini adalah langkah pertamanya untuk memiliki Kayla sepenuhnya.

Lama. Adam kemudian perlahan-lahan menjarakkan tautan bibir dia dan Kayla. Tersenyum sumbing dia melihat Kayla yang masih menutup mata. Tak sangka isterinya itu merelakan.

"Done. Lembut, kan?" Sengaja mengusik.

Laju Kayla membuka matanya. Wajah sudah membahang. Bukan marah, tetapi segan bercampur malu.

"Buat apa huh?! Eii geram!" Tangan mula memukul bahu Adam sehingga lelaki itu mengaduh.

"Ambil kesempatan!"

"Mana ada. Abang just give you my morning kiss. Bukan ambil kesempatan, sayang."

"Benci!"

"Benci pun, yang ni juga Kayla peluk tak nak lepas semalam. Merengek bagai. Nasib baik suami awak ni pandai jaga iman. Kalau tak-" Adam menggeleng kepala. Atas dan bawah Kayla direnung.

"Kalau tak habis la." Dia menyambung dalam senyuman nakal.

Bila hal semalam terlintas. Hanya satu yang Kayla terfikir. Semalam, dia sedar ketika dia meracau Adam cuba menenangkan dia dengan bacaan ayat yang meniti dibibir lelaki itu.

Persoalannya, bila Adam berubah ke arah itu? Dulu, Adam kurang dalam bab-bab bacaan. Hanya ingat mana yang perlu.

"Boleh Kayla nak tanya?"

"Apa?"

"Semalam awak- okey tak maksud saya abang." Buang je la sifat malu itu.

Adam tersenyum.

"Semalam abang tenang Kayla dengan baca ayat-ayat suci, kan? Sejak bila abang amal semua tu? Kayla tak pernah tahu pun."

Bagus. Bagi Adam itu adalah soalan yang bagus.

"Sejak abang sedar abang adalah suami yang khilaf. Abang belajar semua tu hanya untuk bimbing diri abang sendiri dan isteri abang. Sweet, kan?" Mata kanan dikenyit.

Kayla tergamam.

Adam belajar semua itu? Hanya untuk dia?

Senyuman manis dilakarkan.

"Nak peluk, boleh?"

Adam ketawa senang. Dah mula dah sikap manja isterinya itu. Tangan didepakan.

"Nak melekap macam gam pun boleh. Come."

Terus Kayla masuk ke dalam pelukan Adam. Erat. Tak dapat dinafikan, dia memang gembira sekarang. Tapi, andai indahnya kalau lelaki itu tidak berpenyakit. Dia tidak perlu bimbang dan risau akan kesihatan Adam. Namun itu cuma andaian.

"Do you love me, my wife?" Bisik lelaki itu ditelinganya.

"Nope. I hate you."

"Don"t worry, i'll still love you."

Jawapan Adam diketawakan Kayla perlahan.

"I hate you."

"Yeah, i love you too sayang."

Itulah setiap kali dibalas oleh Adam. Lelaki itu tahu dia sekadar bergurau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience