HANAN menggelengkan kepala saat melihat Kayla yang asyik saat mengelamun sehingga tidak sedar akan kehadirannya disebelah kanan. Dari dia mula turun kereta sehingga sudah sampai disebelah Kayla, rakannya itu masih dan tetap sedang mengelamun jauh. Tidak tahu apa yang sedang bermain difikiran wanita itu. Sejak Kayla menjadi isteri yang sah kepada Adam, dia perasan Kayla kerap sekali mengalamun jauh dan berdiam diri walaupun mereka sedang berbual bersama. Kadang-kadang, Kayla tidak memberi sepenuh perhatian sedikit pun tentang apa yang mereka bualkan. Kayla lebih leka mengelamun jauh. Bila ditanya tentu sekali Kayla menjadi tiada apa-apa. Saja mengelamun.
Beberapa saat, melihat Kayla yang masih belum sedar kehadirannya, Hanan mengeluh hairan. Bahu Kayla dicuit perlahan sebelum dia mengambil tempat berhadapan dengan wanita itu.
"Eh!" Kayla memberi respond terperanjat sedikit, Terus Hanan dipandang.
"Kau ni Kayla. Kau mengelamun apa sampai aku dah berdiri sebelah kau pun kau tak perasan?"
"Lah, kau dah lama sampai ke? Sorry, aku tak perasan."
Hanan mencebik. "Macam mana nak perasan kalau kau asyik mengelamun?" Bidas dia geram. Geram kerana Kayla tidak pernah menjawab jujur bila dia bertanya sebab apa rakannya itu mengelamun.
Dia bukan sibuk hendak menjaga tepi kan orang. Tetapi dia tidak senang hati dan risau bila asyik melihat Kayla kerap mengelamun. Jika boleh, dia mahu Kayla berkongsi masalah dengan dia. Walaupun dia tidak dapat membantu dari segi fizikal, sekurang-kurangnya dia dapat mengurangkan bebenan yang ditanggung Kayla. Apa guna dia sebagai kawan kalau tak dapat nak tolong dengar luahan Kayla? Dia sedia mendengar.
Sindiran Hanan menghadirkan ketawa kecil dari Kayla.
"Mana ada aku mengelamun. Aku cuma perhati orang yang lalu Lalang dekat luar tu. Bosan tunggu kau lama sangat." Sekali lagi dia mencipta alasan.
"Dah la Kayla. Kau bercakap macam aku ni tak kenal kau. Kau mengelamun sebab kau ada masalah, kan? Tapi kau tak share dengan aku. Nak juga tanggung seorang diri."
"Bukan macam tu, Hanan. Aku memang tak ada masalah."
"Kau jangan tipu aku." Serius Hanan bersuara kali ini.
"Aku kenal sangat dengan kau. Walaupun kita ni baru berkawan dari zaman universiti tapi aku boleh kenal dengan perangai kau. Dah masak dah. Kayla. Aku dah cakap dekat kau hari tu kan? Apa sekali masalah kau, you can tell me. You can talk to me. Kau boleh luahkan segalanya. Kau buat saja aku ni macam tempat mengadu masalah kau. Tempat untuk kau hilangkan segala bebanan. Aku tahu aku tak boleh nak tolong kau but at least you can share with me. Jangan pendam seorang diri. Aku tak suka."
Terus Kayla terdiam. Tidak tahu pula sikap dia yang suka mengelamun kebelakangan ini mampu menarik perhatian Hanan. Ya, memang dia kerap mengelamun. Fikiran dia asyik memikirkan Adam saja. Di mana dia berada, dia sedang buat apa, semua apa yang sedang lakukan tentu saja teringat akan Adam. Sedang dia bercakap dengan seseorang juga dia boleh termengelamun jauh sehinggakan dapat menghilang focus. Benda itu bukan dia sengaja. Tetapi datang dengan sendiri.
"Aku minta maaf. Aku mengelamun tu bukan sebab apa. Sebab..."
"Sebab kau ada masalah dengan Adam. Kan?"
Tepat-tepat mengenai batang hidung Kayla. Tekaan Hanan memang tepat sekali. Disebabkan dia mempunyai masalah bersama Adam, dia kerap sekali termenung dan mengelamun sendiri. Dia juga sudah kurang beramah mesra dengan orang sekelilingnya. Dia bukan lagi seorang yang peramah.
"Kenapa kau diam?"
Kebisuan Kayla menyakinkan lagi tekaan Hanan. Sudah dia dapat agak.
"Betul la tu. Tapi kau yang tak share dengan aku."
Kayla menghela nafas perlahan. Hanan dipandang bersalah.
"Aku bukan tak nak share. Tapi masalah ni melibatkan rumah tangga aku. Aku tak nak buka aib rumah tangga aku sendiri. Buka aib suami aku sendiri." Dia harap Hanan mengerti.
Ya, benar dia memerlukan tempat mengadu. Tempat meluahkan masalah dan bebanan dirinya. Tetapi dia juga tidak sanggup mahu membuka aib rumah tangga sendiri. Cukuplah dengan dia hanya mengadu dan merintih kepada Maha Pencipta saja. Kerana hanya Dia yang memahami apa yang dilaluinya.
Tangan Kayla dipegang Hanan.
"Kayla, aku faham. Tapi, kau tu manusia biasa yang perlukan pendengar untuk dengar masalah kau. Tak kira la masalah apa sekali pun. Aku tahu kau tak nak buat macam tu. but at least you can share your problem dan kurangkan sikit masalah kau. Kadang-kadang dengan hanya berkongsi dan bercerita masalah kita pada seseorang juga dapat meringankan bebanan masalah kita, Kayla."
Nasihat Hanan dibalas dengan senyuman nipis dari Kayla. Sesungguhnya jika diikutkan hatinya, mahu sekali dia mengadu domba dengan Hanan tentang sikap Adam yang sekarang. Tetapi dia tidak mahu jadi isteri derhaka yang suka menjaja sikap suami kepada orang lain.
"Aku tahu. Aku harap aku faham dengan apa yang aku hadapi sekarang. Don't worry. Selagi aku tak ada mengadu dekat kau pasal apa-apa, selagi tu I can handle it. Kau cakap kau kenal aku. So, mesti kau kenal yang aku ni macam mana. Aku kan kuat." Kayla menayang sengihan. Tidak mahu Hanan mengambil serius dengan perbualan mereka.
Tujuan dia mengajak Hanan makan tengah hari bersama adalah kerana untuk menghilang tekanannya. Dengan berbual bersama Hanan dapatlah dia tenang sedikit dan melupakan sedikit masalah di dalam kepalanya.
Kata-kata Kayla membuatkan Hanan tergeleng. Tengah serius boleh pula Kayla buat lawak hambar?
"Ya, aku tahu kau kuat. Kau kuat dekat luar saja, tapi bila melibatkan bahagian dalam kau lemah. Kau sangat lemah, Kayla. Hati kau tak kuat."
Sengihan Kayla mati serta merta. Hanan memang mengenali dirinya secara dalam! Betul kata Hanan. Dia hanya kuat pada luaran saja. Tetapi bila melibatkan perasaan dan hati, dia terus jadi lemah.
"Don't worry. I can handle it." Tangan Hanan digenggam kuat menunjukkan dia sedang kuat sekarang. Dia mampu atasi semua masalah yang dihadapi.
Hanan hanya mampu mengeluh dalam diam. Cakap la sehingga berbuih mulut sekali pun, tetap tidak mampu mengubah pendirian Kayla.
"Okey la kalau kau dah cakap macam tu, Aku nak buat macam mana, kan? Tapi aku nak pesan. Kalau kau rasa kau nak luahkan perasaan sakit kau tu, kau boleh cari aku bila-bila masa. Aku sentiasa bersedia untuk kau dalam apa jua keadaan. Aku nak kau tahu yang aku sangat sayang dekat kau macam adik aku sendiri. Kalau boleh aku tak nak kau kecewa sedikit pun disebabkan lelaki bernama Adam tu. Hish!"
Reaksi wajah Hanan yang seakan geram dan sakit hati bila nama Adam disebut menarik Kayla untuk ketawa. Nampak sangat Hanan terlampau sakit hati dengan suaminya itu. Yang disakiti adalah dirinya tetapi Hanan benci kepada suaminya itu seperti suaminya pula yang menyakiti hati Hanan.
Walaubagaimanapun, Kayla tetap bersyukur kerana dikurniakan kawan seperti Hanan. Tempoh hubungna persahabatan mereka bukan lama, tetapi Hanan berkawan dengan dirinya seperti mereka berdua sudah dalam berkawan biarpun baru sahaja dari zaman universiti. Dia tahu, suatu hari pasti kepada Hanan juga dia mengadu tentang masalahnya.
Kepada siapa lagi kalau bukan kepada Hanan? Encik Amir dan Puan Zarina? Memang dia tidak akan sesekali mengadu perihal Adam kepada orang tua angkat merangkap mertuanya itu.
?????
"EH, Dam. Bila nak ajak isteri kau lepas sekali? Aku dah lama nak jumpa dengan Kayla. Mentang-mentang dia dah jadi isteri kau, sorok letak dekat rumah pula." Sakan Zaki mengusik Adam. Sudah berapa kali mereka bertiga keluar lepak bersama, tetapi Adam sekali pun tidak membawa Kayla berjumpa bersama dia dan Iskandar.
Iskandar mengangguk setuju.
"Betul tu, Adam. Aku ni rindu pula nak bergurau dengan dia macam zaman sekolah dulu. Dulu, Kayla tu boleh tahan lasak juga kan? Iyalah, kalau perempuan lain mana boleh lepak dengan kita bertiga ni. Padahal Adam je yang rapat dengan dia. Tapi disebabkan perangai dia tu sampai aku dengan Zaki pun ikut rapat dengan dia." Petah saja Iskandar bercakap perihal Kayla tanpa perasan riak Adam kini.
Adam diam. Mendengar saja Iskandar yang nampak seperti berminat sangat bercakap tentang isterinya. Sekali lagi hatinya terusik bila Iskandar tidak habis-habis bercakap tentang Kayla. Tidak pasti terusik kenapa. Tetapi dia dapat rasa hatinya sedikit terdetik rasa cemburu.
Tapi kenapa pula dia hendak rasa cemburu?
Eh!
"Weh!" Pantas sekali Zaki menyepak kaki Iskandar dibawah meja.
"Apa?"
Zaki memberi isyarat mata agar Iskandar melihat riak wajah Adam yang sedikit berbeza bila Iskandar bercakap tentang Kayla. Dia perhati saja wajah Adam. Terus berbeza diantara sebelum dan selepas Iskandar bercakap tentang Kayla.
Iskandar tepuk dahi perlahan. Mahu saja ditampar bibir sendiri kerana kelancaran mulutnya.
"Err, Adam. Sorry. Aku tak berniat nak buat kau fikir dekat aku yang bukan-bukan. Aku cuma"
"Kayla yang kau orang kenal dulu dah tak sama dengan sekarang."
Bicara Adam membuatkan Zaki dan Iskandar berpandangan sama sendiri bersama kerutan di dahi.
"Tak sama? Tak sama macam mana?" Dengan berani Zaki bertanya.
Adam menarik nafas dalam. Dia rasa sudah tiba masanya untuk dia bercerita tentang perkara yang sebenar. Iskandar dan Zaki tidak tahu apa yang berlaku disebalik perkahwinan dia bersama Kayla. Kedua sahabatnya itu juga tidak mengenali siapa Lara. Dia tidak pernah bercerita kepada dua lelaki itu. Banyak sangat perkara yang tidak diketahui Iskandar dan Zaki.
"Aku rasa dah tiba masanya untuk aku tell you guys the truth. Tentang sebab kenapa aku kahwin dengan Kayla."
Iskandar dan Zaki terdiam. Masing-masing sibuk memikirkan apa yang cuba Adam katakan. Mereka berdua sedikit kurang mengerti.
"Kejap, kejap. Kau dengan Kayla kahwin bukan sebab suka sama suka ke?" Zaki menduga. Setahu dan seingat dia, Adam memberitahu dia dan Iskandar yang Adam berkahwin dengan Kayla kerana suka sama suka.
"Ha'ah la, Adam. Bukan ke kau cakap dekat kita orang macam tu?" Iskandar menyokong pertanyaan Zaki. Aneh dengan Adam.
Soalan dari dua sahabat itu membuatkan Adam mengeluh kuat. Menyesal dia tidak cerita daripada awal. Sekarang, dia perlu jelaskan segalanya bermula dari A sampai Z.
"Aku tipu kau orang berdua."
"Hah?!"
Serentak Iskandar dan Zaki terkejut.
"Tipu? Eh, kau jangan main-main. Apa pula main tipu-tipu ni?" Iskandar tidak berpuas hati. Kedudukannya dibetul agar lebih selesa untuk mendengar cerita selanjutnya dari Adam. Tidak sabar hatinya mahu tahu. Dan tidak sabar juga dia mahu menumbuk wajah Adam kalau Adam membohonginya
"Aku tipu yang aku dengan Kayla kahwin sebab suka sama suka." Jujur Adam berkata perlahan.
Zaki menggelengkan kepala tidak percaya. "Kau biar betul, Adam. Aku tak percaya."
"Ki. Cuba kau fikir betul-betul. Kayla dengan aku berkawan baik dari kecil. Tak mungkin kita orang suka sama suka. Kau ni. Semua tu mustahil bagi aku."
"Habis tu kau kahwin dengan dia kenapa? Aku nak kau bagitahu dan jelaskan dekat aku dengan Zaki dari awal sampai akhir macam mana dan sebab kenapa kau kahwin dengan Kayla kalau bukan kau orang suka sama suka. Kau dengan Kayla buat perkahwinan ni satu benda main-main tahu tak?" Bengang betul Iskandar dengan sikap orang muda sekarang. Tidak tahu pula kali ini terjadi pada sahabatnya sendiri.
Sedikit terlopong Adam dengan reaksi Iskandar yang dia tidak sangka. Iskandar memaksa dia memberi penjelasan bagaikan seorang polis sedang menyiasat penjenayah saja lagaknya.
"Woo, slow down. Aku akan jelaskan tapi kau janganlah macam tu sangat."
"Adam. Apa yang Is buat tu betul. Perkahwinan bukan perkara main-main. Kau dengan Kayla macam ambil remeh temeh sangat tentang ni." Zaki mula bersuara sedikit. Setuju dengan Iskandar yang mula menggesa Adam menjelaskan semuanya.
Kalau bukan sebab suka sama suka, kenapa Adam dan Kayla berkahwin?
"Atau...kau dengan Kayla kena tangkap basah?"
"Woi! Kau agak-agak la, Ki. Aku dengan Kayla bukan macam tu." Segera Adam membetulkan tekaan salah dari Zaki. Nauzubillah! Dia dan Kayla bukan macam tu!
"Then?"
Adam terdiam seketika.
"Okey, aku jelaskan."
Iskandar dan Zaki memandang Adam dengan penuh perhatian. Mereka tidak mahu tertinggal sedikit pun penjelasan dari Adam. Hampir 10 tahun berpisah, tentu sekali banyak yang dirahsiakan oleh Adam daripada pengetahuan mereka berdua. Mereka ingatkan Adam berlaku jujur, tetapi tidak! Boleh pula dibuat main perkara yang melibatkan perkahwinan! Mati-mati mereka berdua fikir yang Adam dan Kayla kahwin disebabkan suka sama suka memandangkan dua pasangan itu telah lama berkawan baik. Sememangnya layak sehingga ke jinjang pelamin.
?????
ENJIN kereta dimatikan sebaik saja kereta diletak elok dibawah garaj di kawasan banglo mewah milik Encik Amir. Beberapa beg kertas yang diletakkan disebelah penumpang diambil sebelum melangkah keluar dari perut kereta. Tanpa berlengah, terus langkah dibawa ke pintu utama. Kunci pendua yang ada padanya digunakan untuk membuka pintu.
"Assalamualaikum." Salam diberi.
Keadaan rumah diperhati. Kayla mengerutkan dahinya.
"Kenapa senyap je?" Monolognya sendiri.
Pintu rumah ditutup rapat. Bunyi bising yang dating dari dapur menerbitkan senyuman lebar pada Kayla. Perlahan langkah diatur ke ruangan dapur. Sampai sahaja didapur, kelihatan Puan Zarina sedang memasak membelakanginya.
Kayla tersenyum lagi. Lama rasanya dia tidak bertemu dengan Umi angkatnya itu. Rindu tak usah dibilang. Kerana kekangan masa dia tidak sempat datang menjenguk.
Beg kertas diletakkan di atas meja makan sebelum perlahan dia menghampiri Puan Zarina yang masih tidak sedar kehadirannya. Senyuman bertukar menjadi sengihan kerana dia sendiri geli hati mahu mengejutkan wanita itu. Tentu sekali selepas dia berbuat begitu dia bakal dibebel panjang oleh Puan Zarina.
Satu
Dua
Tiga
"Umi!"
Kayla menyergah sambil memeluk erat Puan Zarina dari arah belakang. Tanpa serba salah dia makin mengetatkan pelukan dengan senyuman lebar walaupun dia tahu Puan Zarina terperanjat dengan tingkahnya.
"Allahuakbar! Astaghfirullah!" Terperanjat bagai nak rak Puan Zarina dengan sergahan itu. Mana tidaknya, dia asyik memasak sehingga tidak sedar siapa yang ada di dapur dan tiba-tiba disergah sambil dipeluk erat.
Kayla tergelak besar selepas pelukan dileraikan.
Puan Zarina segera berpaling ke belakang. Kembang kempis hidungnya memandang Kayla yang sedang bergelak sakan. Dia bercekak pinggang.
"Kayla Raihana! Terkejut Umi tahu tak? Bertuah punya anak, buat Umi terkejut. Kalau Umi ada heart attack macam mana?" Marah Puan Zarina sedikit geram dengan tindakan Kayla. Bertuah betul!
Suara Puan Zarina meredakan ketawa Kayla. Hanya tinggal ketawa kecil saja. Berair matanya melihat reaksi terkejut dari Puan Zarina.
"Sorry, Umi. Umi tu yang asyik sangat memasak sampai tak sedar Kayla dekat belakang. Kayla pun apa lagi."
Puan Zarina menggelengkan kepalanya. Ada-ada sajalah anak perempuannya itu. Tidak sah kalau tak buat dia rasa nak marah namun cepat juga Kayla meredakan kemarahannya. Terkejut juga dia sekejap tadi. Untung saja jantungnya elok lagi setakat ini. Jika tidak sudah lama masuk wad disebabkan Kayla.
"Lain kali bagi salam, nak. Bukan buat Umi terkejut macam tu. Tak elok la."
Kayla memuncungkan mulutnya. "Kayla dah bagi salam la tadi dekat luar. Umi yang tak dengar. Umi masak apa ni?" Tidak mahu Puan Zarina meneruskan sesi ceramah, Kayla berpura-pura menyoal seraya menjenguk sedikit ke arah dapur.
Namun Puan Zarina dapat mengesan itu terus mencebik.
"Eleh. Baru saja sampai dah tanya Umi masak apa. Bukan nak tanya Umi kamu ni sihat ke tidak, rindu Kayla ke tidak. Kayla tu dah lama tak balik sini."
Kayla tayang sengihannya. Lalu, sekali lagi tubuh wanita kesayangannya itu dipeluk dari tepi dengan erat sekali. Sesekali pipi wanita itu dicium.
"Kayla tak tanya Umi sihat ke tak sebab Kayla tahu Umi sihat. Dan, Kayla tahu of course you miss me."
Bicara Kayla mengundang ketawa besar Puan Zarina. Tangan Kayla yang sedang memeluknya ditepuk-tepuk perlahan. Rindu sungguh dia terhadap Kayla. Selepas mendirikan rumah tangga bersama Adam, hanya baru sekali Kayla pulang ke rumahnya.
"Ya, Umi rindukan anak perempuan Umi ni. Susah sangat nak balik sini sekarang."
"Sorry, Umi. Kayla sibuk kebelakangan ni. Rasa nak balik tapi tak sempat."
Mendengar jawapan dari Kayla mengerutkan dahi Puan Zarina. Ada satu perkara yang dia tertanya-tanya.
"Adam balik sini setiap minggu. Kenapa tak ikut dia balik? Weekend pun sibuk ke?" Dia sejenis tidak tahu tugas seorang peguam sibuknya bagaimana. Jadi, dia tidak tahu semua itu.
Kayla bungkam.
Macam mana nak ikut kalau sepatah haram pun Adam tidak memberitahu dia ke mana lelaki itu mahu pergi. Bila ditanya mula la dirinya dituduh penyibuk! Lebih baik dia buat tidak tahu saja.
"Kayla?"
"Ya?"
"Mengelamun pula dia. Dah lepas. Umi nak sambung masak ni. Dah makan ke?" Tidak mahu terus menyoal, Puan Zarina mengalih topik. Ada la tu masalah antara suami isteri itu. Biar saja la. Dia tidak mahu masuk campur.
Kayla menjarakkan dirinya dari Puan Zarina, namun tetap berdiri disebelah wanita tua itu.
"Belum. Kayla ada bawa barang dapur sikit, ingat nak makan dekat sini. Tapi tengok Umi dah masak ni tak jadi la nak berperang dekat dapur ni."
"Budak bertuah sungguh. Ha ni, Adam tak ikut sekali ke?" Tak faham betul. Suka sangat Adam dan Kayla datang berlainan hari dan masa. Tidak bolehkah kalau datang sekali? Kahwin dengan tak kahwin macam tiada beza saja bagi Puan Zarina.
Senyuman Kayla mengendur. Setiap kali nama itu didengari olehnya, terus saja mood berubah. Sedang dia gembira juga boleh muram bila nama itu menyapa pendengarannya.
"Tak. Dia pergi jumpa Zaki dengan Is."
"Zaki dengan Is? Kawan baik Adam masa sekolah dulu? Dah balik dah dia orang?"
"Ha'ah. Tak silap Kayla dia orang balik minggu lepas lagi. Itu pun Adam yang cakap."
Puan Zarina hanya mengangguk. Api dapur dimatikan dan dia mula menarik tangan Kayla untuk mengikutnya duduk di atas kerusi yang tersedia di ruangan dapur.
"Duduk, Umi nak tanya sesuatu."
Kayla menurut.
"Apa dia?"
Kayla dipandang bersama senyuman manis.
"Umi nak Kayla jujur dengan Umi, boleh?"
Dahi anak muda itu berkerut sebelum mengangguk perlahan.
"Insha Allah. Tentang apa tu, Umi?"
"Adam layan Kayla baik saja, kan?" Soal Puan Zarina selepas dia lama mendiamkan diri.
Sudah lama dia mahu bertanya tetapi ditahan dulu. Sekarang, hatinya tidak tenang selagi tidak tahu kejujuran yang sebenar. Risau jika Adam mula berubah.
Baik?
Adam memang baik. Tetapi juga kejam! Walaupun Adam tidak pernah mendera dia secara fizikal, tetapi Adam mendera dia secara mental! Dilemparkan kata-kata yang mampu merentap jantungnya. Kata-kata yang mampu menghentikan denyutan nadinya dan juga mampu membelah hatinya sehingga berdarah!
Perlahan kepala diangguk. Tak akan hendak cerita yang sebenar? Tak mungkin. Adam adalah anak Puan Zarina. Dan dia tidak akan sesekali mengapi-apikan dua beranak itu.
"Adam layan Kayla baik. Umi jangan risau." Tangan Puan Zarina dipegang. Dia mahu yakinkan wanita itu.
"Alhamdulillah. Syukurlah kalau macam tu. Umi bukan apa, Umi risau kalau Adam berubah jadi agresif dengan apa yang berlaku. Iyalah, siapa tahu dia nak lepaskan geram dan marah dia dengan Lara dekat Kayla. Umi risaukan tu je."
Adam marah Lara? Tak ada maknanya. Makin sayang dan cinta adalah! Benarlah cinta itu buta! Dan cinta juga mampu membinasakan!
"Tak. Adam bukan macam tu." Walaupun sakit untuk dijawab, Kayla akan cuba pertahankan sisi buruk suaminya, Adam.
Seperti yang dia katakan. Dia akan pertahankan perkahwinan ni selagi mana dia mampu bertahan.
Pipi Kayla disentuh Puan Zarina. Mata menatap sayang wajah anak perempuan kesayangannya itu. Kasih dan sayang tidak pernah kurang buat Kayla. Tetap sama seperti dulu.
"Kayla sayangkan Adam?"
Soalan Puan Zarina membuat Kayla terkedu. Terkelip-kelip memandang wanita tua itu sedikit terperanjat. Sampai ke situ Puan Zarina mahu dia jawab jujur?
"Err- hehe. Ke-kenapa Umi tanya Kayla soalan macam tu?" Kayla mula tidak selesa.
Sayang?
Dari dulu sampai sekarang. Tak pernah berubah walaupun dia cuba tukarkan rasa sayang itu sepenuhnya pada Haris. Namun, baru saja hatinya mahu berpaling kepada Haris, perkara ini pula yang terjadi.
Haris?
Ke mana agaknya lelaki itu menghilang?
Dua bulan dia bergelar isteri kepada Adam, dua bulan juga dia dan Haris tidak berhubung. Mungkin lelaki itu tidak mahu mengganggunya kerana dia sekarang adalah isteri orang. Adam pula tu. Sepupu Haris sendiri. Orang terdekat.
"Saja. Umi nak kan kepastian."
"Kepastian?"
"Ya."
"Ke-kepastian apa, Umi?" Kayla mula gelabah.
Kini Puan Zarina pandang Kayla lain macam. Kepala Kayla masih dibaluti tudung diusap.
"Umi tahu, dari dulu lagi Kayla sayangkan Adam. Bukan sekadar kawan baik mahupun adik-beradik. Tapi Umi tahu Kayla sayangkan Adam lebih daripada itu. Umi tahu, nak. Umi tahu."
Kayla terlopong. Hampir luruh jantungnya mendengar semua itu. Puan Zarina tahu? Apa?!
"Um-Umi..."
"Shhh. Umi tak akan bocorkan rahsia yang Kayla dah lama simpan. Jangan risau. Cuma sekarang, Umi nak kan kepastian sama ada Kayla masih sayangkan Adam atau tidak. Itu saja." Sebab senang nanti kalau Adam buat hal, Umi boleh tolong Kayla bukakan mata Adam luas-luas. Umi kenal anak Umi macam mana. Dia tak akan mudah berpaling dari Lara. Ujar Puan Zarina sambung di dalam hatinya.
Dia tahu apa yang sedang terjadi antara Adam dan Kayla. Lihat wajah dan reaksi Kayla saja sudah cukup untuk dia mengesan sesuatu yang terjadi. Begitu juga dengan riak wajah Adam. Setiap kali anak lelakinya datang ke sini, tentu dia akan bertanya tentang hubungan bersama Kayla. Dan riak wajah Adam berubah sekali. Itu tidak dapat dibendung dan disorok lagi.
"Masih sayangkan Adam?" Soalnya lagi bila Kayla hanya mendiamkan diri dengan menunduk.
Wajah Kayla sudah terasa membahang. Apa ni? Disoal siasat oleh ibu angkat merangkap mak mertua sendiri!
Tidak mahu Puan Zarina mengambil hati, perlahan-lahan kepala diangguk acuh tak acuh. Malu!
Dia masih sayangkan Adam. Tapi itulah, sikit pun Adam tak nampak. Tak guna punya laki!
Puan Zarina senyum sumbing.
"Tak apa, nak. Jujur saja. Insha Allah Umi akan tolong apa yang patut if anything happen one day between you and him. Umi janji."
Dalam keadaan menunduk, Kayla mengerutkan dahi. Apa maksud Puan Zarina?
Share this novel