"ENCIK ADAM, ini fail yang Encik Adam minta." Rin meletakkan dua fail yang diminta Adam sebentar tadi. Dahinya sedikit berkerut melihat keadaan majikannya yang seakan agak lemah sedikit. Wajah yang lesu dan pucat. Keadaan majikannya itu seperti sedang tidak sihat saja.
Adam mengangguk lemah.
"Thank you." Ucap dia seraya tangan kanan mengurut perlahan kepalanya. Sakit kepala menyerang serta merta. Padahal sebelum datang kerja baik-baik saja.
"Most welcome. Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu, ya?" Teragak-agak Rin hendak keluar selepas Adam mengangguk. Dengan keadaan Adam sekarang dia yakin yang majikannya itu sedang tidak sihat.
Rin kembali berpaling dan mendekati Adam semula.
"Err- Encik Adam okey tak? Nampak macam tak sihat je ni." Soal dia prihatin.
Adam yang sedang menunduk itu hanya mengangguk.
"Okey, okey."
"Oh. Kalau macam tu saya keluar dulu. Nanti kalau Encik Adam perlukan apa-apa just call me." Memastikan Adam tidak perlukan apa-apa, Rin pusing semula untuk terus keluar dari pejabat majikannya itu. Jarang sekali dia nampak majikannya itu tidak sihat.
Melihat Rin yang hendak keluar, Adam mengangkat wajahnya. Wajahnya berkerut kerana menahan denyutan dikepala yang mencengkam.
"Ermm, Rin."
"Ya?" Rin berpaling.
"Ada ubat sakit kepala tak?" Dia paling tidak suka makan ubat, tetapi bila keadaan memaksa tetaplah kena dimakan juga. Banyak lagi kerja yang perlu dia siapkan. Tiada masa untuk dia layan sakitnya ini.
"Ada. Encik Adam nak saya ambilkan?"
Melihat anggukan Adam, Rin segera keluar dari bilik Adam dan mengambil ubat sakit kepala berserta dengan air suam. Beberapa minit dia membawa keperluan itu untuk Adam dan diletakkan di atas meja kerja majikannya itu.
"Encik Adam. Saya dah bawakan ubat. Kalau Encik Adam rasa tak sihat, saya boleh uruskan fasal meeting hari ni. Atau, Encik Adam nak batalkan?"
"It's okey. Saya still boleh handle. Nanti kalau betul-betul tak larat baru saya inform balik."
Rin mengangguk hormat.
"Baiklah. Saya keluar dulu."
Seusai saja setiausahanya keluar dari bilik, Adam terus mencapai ubat yang diberikan dan perlahan-lahan menelan. Kepala disandar lemah pada kepala kerusi kerjanya. Mata dipejam rapat.
Knock! Knock!
Mata dibuka semula. Dia mendengus perlahan.
"Masuk."
Pintu dibuka dari luar. Kayla menjengukkan kepalanya ke dalam melihat keadaan Adam. Rin baru saja memberitahu kepada dia yang Adam tidak sihat. Sebenarnya jika ikutkan hati malas datang ke sini. Tetapi risau pula apa kata pekerja mereka itu. Tidak tentu fasal kecoh satu pejabat yang dia dan Adam bergaduh. Orang sekarang bukan boleh percaya. Ada saja nak dibawangkan.
"Intai-intai buat apa? Masuk la." Dingin Adam menegur sebelum kembali menutup matanya kembali.
Bersama rasa malas, Kayla melangkah jua masuk ke dalam dan menutup rapat pintu. Nanti takut ada yang terdengar bagaimana cara Adam bercakap dengannya. Buat malu saja. Tempat Adam dihampiri. Dia berdiri saja dihadapan meja kerja lelaki itu sambal memerhati.
Dia mencebik. Nampak sihat saja. Tapi bila melihat Adam tersandar lemah itu buat dia percaya yang suaminya itu tidak sihat.
"Nak apa?"
Terangkat sedikit bahu Kayla kerana disapa suara Adam yang tiba-tiba menyoal. Tadi keadaan sunyi saja.
"Rin cakap awak tak sihat."
"So? Kau buat apa datang sini? Acah-acah isteri mithali?"
Mendengarkan itu, Kayla menarik nafas dalam-dalam dan dihembus dengan perlahan. Bibir menggariskan senyuman geram.
Sabar, Kayla sabar. Orang tak sihat memang macam ni. Sampai ke bahagian otak pun tak sihat. Tapi Adam otak dia hari-hari tak sihat.
Astaghfirullah! Terkutuk suami sendiri pula!
"Saya bukan acah-acah. Tapi saya tak nak la suami saya ni dimalukan sebab sikap saya yang buat tak endah bila suami sendiri sakit. Nak-nak pula yang bagitahu tu P.A awak sendiri. Nanti tak tentu fasal saya juga yang awak salahkan."
Adam diam. Mahu membalas tetapi tidak larat.
Kebisuan Adam membuatkan Kayla tercebik. Nampak sangat suaminya itu tidak sihat. Bukan Adam kalau tidak bergaduh mulut dengan dia. Tentu ada saja ayat yang menyakitkan hatinya keluar dari Adam. Kali ini hanya kebisuan yang berbalas.
"Nak balik ke? Saya boleh hantarkan."
"Aku sihat."
"Hek eleh. Ego! Dah sakit tu buat la cara sakit."
Mendengar bebelan Kayla yang perlahan itu, terus Adam membuka mata dan mengangkat kepala. Isterinya dipandang tajam. Semakin hari Kayla semakin suka menjawab.
Perlahan-lahan dia bangun walaupun sakit kepala. Rasa geram terhadap Kayla lagi menyakitkan dia. Isterinya didekati bersama pandangan tajam sekali. Tangan berpegang pada meja. Berpusing juga kepalanya bila bangun.
Kayla terundur sedikit ke belakang.
Hah sudah! Ni kenapa ni?!
Dia semakin cuak bila Adam sengaja mendekatkan lagi jarak diantara mereka berdua. Baru saja dia mahu mengundur setapak lagi, terasa baju kemeja yang dipakainya itu ditarik sedikit. Terus saja dia kaku disitu dan terkelip-kelip memandang Adam dihadapan.
Dubdab! Dubdab! Dubdab!
Dekat sangat!
Adam menundukkan sedikit kepalanya agar kedudukkan wajah menyamai wajah Kayla.
"Kau, kalau aku sakit pun apa masalah kau? And ingat eh, aku tak suka kau mengomel sendiri. Jangan kutuk aku depan-depan. Aku ni suami kau."
Kayla seperti hilang kata-kata. Hanya mata yang berkelip memandang wajah hampir Adam dengan wajahnya. Tak pernah kedudukan mereka dekat sebegini. Adam buat dia sesak nafas. Sesak nafas dengan kedudukan dan sesaf nafas dengan panahan mata lelaki itu. Walaupun tajam dan menggerunkan, ada terselit pandangan yang buat dia tenang. Tidak tahu pandangan jenis yang bagaimana.
Beberapa saat dia tersedar.
"Eh!"
Terus dia memegang tangan Adam dan melepaskan pegangan pada baju kemejanya. Dia menjarakkan kedudukan mereka berdua.
"Awak tak payah pura-pura tanya la kalau awak sakit apa masalah saya. Eh, ni." Mukanya ditunjuk. "Muka ni juga akan jaga awak bila awak sakit nanti. Confirm! Tak payah berlagak."
Jawapan Kayla menghadirkan senyuman sinis dari Adam. Lelaki itu menggelengkan kepala.
"Kau terlampau yakin."
"Memang. Sebab siapa yang ada dalam rumah tu? Saya. Saya je. Tak akan la Lara awak yang nak duduk dalam rumah tu."
"Soon."
Tergamam. Terus terdiam Kayla bila Adam berkata begitu.
"Kenapa diam?"
"Huh? Ermm...ha! Hek eleh! Soon. Lambat lagi. Kita sekarang tengah bercakap tentang apa yang sedang berlaku sekarang. Bukan apa yang akan berlaku. Biar pandai beza ya? Tak akan la sekarang ni awak nak Lara tinggal dekat rumah tu sekali dengan awak, kan? Tapi kalau awak nak saya tak kesah. Saya boleh je tinggal dekat mana-mana. Yang tanggung dosa awak, bukan saya."
Hambik ko!
Tersentap! Adam rasa kata-kata Kayla begitu menyentap hatinya. Tajam betul!
Kayla tayang muka toya. Keningnya dijongket-jongket.
"How?"
Soalannya dibalas dengan jelingan dari Adam.
"Eh dah la! Kau buat kepala aku makin sakit tahu tak. Baik kau keluar pergi buat kerja kau lagi bagus, Tak payah acah-acah jadi isteri mithali." Adam berpaling dari Kayla sambil mendengus. Tak guna punya isteri, boleh pula bagi ayat sentap.
Kayla mencebik.
"Ego." Katanya tanpa mengeluarkan suara tetapi dituju khas kepada Adam.
"Okey. Saya pergi dulu. Jagalah diri sendiri. Bila saya keluar dari bilik ni memang saya tak akan patah balik. Awak nak sesak nafas ke nak pengsan ke memang ikut suka awak la. Bye!"
Kayla mula berpaling untuk menuju ke pintu. Orang dah tak sudi buat apa lagi. Blah je la!
Manakala Adam pula berhenti berjalan. Tangan menongkat di atas meja. Tangan kiri memegang kepala yang semakin berpusing dan berdenyut. Mata terpejam rapat cuba untuk mengawal diri sendiri dari terhumban jatuh.
"Ka-Kayla." Panggil dia lemah dan perlahan.
"Bla bla bla. Ya saya nak keluar la ni. Tak menyempat betul!" Tanpa mengetahui apa-apa, Kayla terus memegang tombol pintu untuk keluar. Baru saja dia membuka pintu, telinga menangkap satu bunyi dari arah belakang.
Segera dia berpaling. Matanya terbuntang luas kerana terkejut dengan apa yang terlantar di atas lantai.
"Ya Allah, Adam!"
?????
TUALA kecil yang direndam dengan air di dalam besen diambil dan diperah kuat. Kemudian, tuala kecil itu diletakkan perlahan-lahan di atas dahi Adam. Keadaan tuala pada dahi lelaki itu dibetulkan agar tidak terjatuh.
Kayla menggelengkan kepala. Adam memang buat dia kelam kabut dan resah saja. Terkejut dirinya bila ternampak sekujur tubuh milik Adam terlantar di atas lantai di dalam pejabat lelaki itu. Untung saja dia tidak keluar lagi dari situ. Kalau dia dah keluar biar saja lah Adam begitu. Bongkak sangat kan!
"Lain kali bercakap tu jangan ego sangat. Kan dah kena. Tengok dengan siapa sekarang awak susahkan. Dengan muka ni jugalah yang awak susahkan tahu tak?" Mahu saja dipukul badan lelaki itu sepuas-puasnya.
Bercakap ikut keluar mulut itulah padahnya.
Dari terus berada di dalam biliknya, lebih baik dia turun ke bawah sediakan makan Adam. Orang sakit kenalah layan dengan baik. Kayla bangun dari katil Adam.
"Lara."
Terkedu.
"Lara. I need you."
Kayla pejam mata. Serta merta hatinya dibelenggu kekecewaan.
Sakit!
Aku yang tengah jaga dia, boleh pula dia mengigau panggil nama perempuan lain.
Malas layan semua itu, dia kembali bergerak ke arah pintu untuk keluar. Sempat dia berpaling memandang Adam yang terlena sebelum keluar. Ketika didapur, walaupun sedang melakukan kerja, dia asyik termenung bila teringat Adam yang memanggil nama Lara sebentar tadi.
Betapa sayangnya Adam kepada Lara.
"Allah! Aduh sakitnya!"
Pisau ditangan kanan terus terlepas disebabkan dengan tidak perasan dia telah terhiris tangannya sendiri. Jari telunjuk yang telah berdarah kerana terhiris itu segera dibawa ke paip air untuk dicuci. Jari itu ditiup sedikit. Laci cabinet dapur terus dibuka dan satu plaster diambil. Jari yang luka itu segera dibalut.
Usai memasak, bubur nasi yang dimasak dibawa naik ke atas untuk diberikan kepada Adam. Dulang yang berisi mangkuk dan air untuk Adam diletakkan diatas meja lampu bersebelahan dengan lelaki itu.
"Adam."
Panggilnya perlahan. Kesian pula mahu kejutkan bila Adam tidur dengan lena sekali.
"Adam. Bangun makan."
Lengan Adam digoncang lembut.
"Ish! Adam bangun la."
Kejut lembut memang tidak bangun la. Terus badan itu digoncang sedikit kuat.
"Ermm." sahut Adam separuh sedar. Perlahan kelopak matanya dibuka.
"Bangun makan nasi lepas tu makan ubat. Cepat."
"Tak nak la. Aku tak suka makan ubat. Tadi aku dah makan ubat sakit kepala dah."
Kayla menggelengkan kepala. Degil!
"Tadi tu ubat sakit kepala. Sekarang ni ubat kurangkan demam. Awak tu demam. Cuba jangan degil. Bangun sekarang." Terpaksa menggunakan kekerasan. Lengan Adam dicapai dan ditarik agar lelaki itu bangun.
"Kayla. Aku tak larat. Jangan paksa."
"Adam Firdaus. Awak tu demam. Ingat saya tak tahu bila awak demam tu macam mana? Bangun cepat."
Mengeluh Adam bila Kayla tidak habis-habis memaksanya. Dia bukan tidak mahu makan, tetapi tidak larat dia mahu bangun. Akhirnya dia terpaksa bangun perlahan-lahan dan bersandar pada kepala katil.
Kayla tersenyum puas.
"Kan senang macam tu." Mangkuk yang berisi bubur nasi diambil. "Nah."
Huluran Kayla dipandang sepi.
"Hmm? Ambil la. Awak kena makan sebelum makan ubat."
Isterinya dipandang.
"Aku tak larat."
"Lah. Tapi kena makan juga. Nanti macam mana nak makan ubat?"
Adam mendengus kecil.
"Aku cakap aku tak larat. Apa kata kalau kau yang suapkan. Lagipun kau yang nak aku makan, kan?"
"Hah?! Saya suap?"
Suara nyaring Kayla menyebabkan Adam segera menutup telinga kanannya. Bingit menusuk telinganya.
"Kau ni kan. Terkejut pun jangan la tepik dekat telinga aku. Bingit tahu tak? Ish!"
"Aku suruh kau suap aku makan saja pun. Bukan suruh kau mandikan aku sampai nak kena terkejut bagai nak roboh rumah ni."
Kayla termalu sendiri. Dia menundukkan sedikit kepalanya. Sebenarnya dia terkejut kerana tidak percaya yang Adam boleh selama saja suruh dia suapkan makan. Dia rasa Adam sudah hilang akal agaknya. Iya la, lelaki itu selalu saja berkasar dengan dia. Bercakap juga kasar, Alih-alih suruh dia suapkan makan pula.
Tibeh!
"Cepat la suap. Tadi beria sangat suruh aku makan."
Bibir digigit kecil. Hendak buat dan tidak hendak sama banyak. Tidak tahu yang mana satu dia nak buat. Bila difikirkan, ini adalah satu kesempatan dan peluang kepadanya untuk jalankan tanggungjawab isteri selain dari memasak. Tapi dalam masa yang sama risau pula Adam mengutuknya dalam diam mengatakan dirinya ini gatal dan melebih pula.
"Err...ta-tak apa la. Saya tinggal saja dekat sini. Nanti kalau awak nak makan ambil la. Saya tinggalkan sekali dengan ubat."
Mangkuk diletak ke atas dulang kembali. Kayla terus bangun dari duduk disisi Adam. Niat dihati mahu keluar dari bilik ini. Segan bila Adam menyuruhnya suapkan lelaki itu makan.
"Eh! Kau nak pergi mana?"
Pergerakan terhenti.
"Nak pergi-" Berfikir sejenak. "Pergi cuci baju. Banyak yang tak basuh." Alasan yang dirasakan munasabah.
Adam tergelak sinis seraya menggelengkan kepala. Macam la dia tidak tahu Kayla menipu.
"Baju tu bukan basuh guna tangan pun. Letak dalam washing machine je. Yang nak kena pakai tangan tu suap aku makan. Kau duduk semula, suap aku makan. Cepat."
Serba salah Kayla dibuatnya. "Tapi-"
"Cepat. Tadi bukan kau ke suruh aku cepat bangun lepas tu makan? Now aku pula suruh kau cepat. Cepat suapkan aku makan. Tak kesian ke dekat suami kau ni? Demam lepas tu lapar pula." Wajah kesian Adam tayang. Sengaja muka dibuat-buat lemah.
Kepala yang tidak gatal digaru. Mahu tak mahu, Kayla turutkan. Suami kan!
Mangkuk diambil semula.
"Nah." Sudu disua ke mulut Adam.
Tingkah Kayla menghiburkan hati Adam. Mana tidaknya, isterinya itu duduk jauh sangat. Nak suap pun terpaksa panjangkan tangan.
"Tak. Yang kau duduk jauh kenapa? Dekat la."
Sempat Kayla menjuling mata ke atas sebelum bergerak dekat kepada Adam dan segera menyuap lelaki itu makan. Tidak tahu mahu rasa apa. Bahagia atau tidak. Tetapi dia gembira sekurang-kurangnya hari ini Adam baik sedikit dengan dia.
Semasa Kayla menyua sudu ke mulutnya buat kali kedua, matanya tertangkap balutan pada jari telunjuk Kayla. Segera tangan itu dicapai selepas sudu ditangan Kayla dilepaskan oleh dia sendiri.
Jari itu diperhati.
"Kenapa ni?" Kayla dipandang dengan tanda tanya.
Kalau tadi dia rasa gembira, sekarang dia lagi gembira! Kayla rasa terharu bila Adam bertanyakan jarinya yang luka itu. Dalam diam lelaki itu prihatin.
"Ermm- terkena pisau."
"Kau ni cuai tahu tak? Lain kali be ware, jangan sampai terlukakan diri sendiri. Jangan buat orang lain risau." Keras Adam berpesan. Kayla dijeling.
Risau?
Adam risaukan dirinya kah?
"Dah, sambung suap aku."
Tanpa berlengah, Kayla menurut.
"Kau tahu tak, ini adalah masa yang kau kena gunakan. Sebab nanti takut kau tak akan dapat peluang suap aku makan."
Bicara Adam memuramkan Kayla. Sedikit sebanyak Kayla faham maksud disebalik kata-kata itu. Benarlah, Adam tidak sah kalau tidak menyakitkan hatinya. Contohnya macam sekarang. Dalam keadaan demam pun sempat lagi Adam buat dia sedih.
????
"SAYANG. Dah lama tunggu? Sorry lah. I ada shoot tadi, itu yang lambat. Tapi, you tak marahkan?" Tersengih-sengih Lara bertanya kepada Adam yang sedang memandangnya tidak berkelip. Dia tayang wajah bersalah.
"Sayang?"
Adam berpaling ke arah lain sebelum memandang Lara semula. Mengeluh. Hampir sejam dia menunggu Lara di restoran ini. Gadis itu cakap kejap saja shooting. Ini sampai sejam dia kena tunggu, penat juga.
Tahu Adam sedang marah kepadanya, Lara segera beralih tempat ke sebelah lelaki itu. Lengan Adam dipaut selamba sambil melentokkan kepalanya di bahu Adam. Tangan kanan Adam disatukan dengan tangannya.
"Sayang. I tahu you marah but i'm really sorry. I lambat kejap je."
"Kejap you kata? Sejam I tunggu you dekat sini you kata kejap?" Adam mendengus.
"Ala, tak sengaja."
"Lain kali call I cakap yang you tak jadi nak datang."
"You! I bukan tak jadi nak datang. I dah sampai kan? Lambat sikit je. You ni kenapa?" Bengang dengan Adam, tangan dengan lengan lelaki itu dilepas kasar. Dia berpeluk tubuh.
Pening Adam dengan sikap merajuk dari Lara. Tersalah cakap sikit tentu Lara mudah merajuk. Kekadang dia tidak kuasa mahu layan rajuk tidak berfaedah Lara itu. Ada juga dia buat tidak tahu sampai ke sudah dan Lara sendiri yang pujuk diri sendiri. Semakin hari semakin mengada-ngada. Untung saja dia sayang.
"Next week company Baba I ada buat annual dinner dengan company lain."
Tertoleh terus kepala Lara memandang kekasihnya. Agak tertarik dengan berita baru disampaikan.
"Nak join!" Teruja sekali dia menawarkan diri sendiri. Wajah berseri-seri.
"Eh? Tadi bukan merajuk ke?"
"Tadi tu lain. Sekarang lain. Boleh eh, I nak join? Boleh la sayang." Mata dikerdipkan beberapa kali dihadapan Adam.
Adam tergelak kecil melihat kerdipan mata dari Lara. Perlahan tangan bergerak mengusap kepala gadis itu.
"You tak perlu minta, I memang nak you join. You tak akan ketinggalan."
"Yes! Sayang you."
"I love you too."
"Oh ya. Perempuan tu ada juga ke nanti?" Teringat pula dekat Kayla. Sudah tentu perempuan itu akan ada. Di mana Adam ada, disitu Kayla ada.
Heish!
Senyuman Adam yang tadi terbit kendur semula. Entah kenapa dia tidak suka bila Lara memanggil Kayla dengan gelaran 'perempuan'. Sejak akhir-akhir ini perasaan sedikit berbeza bila Lara asyik mengutuk Kayla. Walaupun dia masih benci, tetapi lepas Kayla menjaganya ketika dia sakit, hatinya sedikit berbeza. Rasa tenang bila Kayla ada didepan matanya.
"Sayang?"
Adam tersedar.
"Ha? Yes. Dia ada. Mesti la ada sebab company tu dia yang punya juga. Bukan I seorang. Adik I lagi."
Jawapan Adam tidak memuaskan hati Lara. Dia mendengus geram. Sudah diagak dah.
"Benci! Macam mana ni sayang? Nanti kalau kita kahwin, dia tetap dalam family you ke?"
"Lara, sampai bila-bila dia tetap sebahagian dari family I."
"You ni kan. Sepatutnya selepas apa yang dia dah buat dekat I, buat dekat you, you kena singkirkan dia dari family you. Dia tu bahaya you tahu tak? Silap hari bulan, semua harta your family dia tapau. Kalau I jadi you, memang I buang dia. Tak pun jadikan dia mayat-"
"Lara!" Tegur Adam sedikit meninggi suaranya. "I tahu dia penyebab you larikan diri dulu. Tapi tak perlu la sampai you nak cakap dia macam tu." Baginya itu melampau.
Lara mencebik.
Tak apa. Tunggu kau Kayla.
?????
KAYLA mengerutkan dahi sesudah dia dan Puan Zarina sampai dihadapan sebuat butik. Ibu angkatnya itu dipandang aneh. Buat apa mereka ke sini?
"Umi."
"Ya?"
"Kita buat apa dekat sini?"
Tersenyum manis Puan Zarina bila ditanya begitu. Tujuan dia bawa Kayla datang ke sini adalah untuk membeli dress yang sesuai untuk annual dinner syarikat mereka satu keluarga. Bukan satu kebiasaan bagi KM Sdn. Bhd. dapat jemputan annual dinner bersama-sama syarikat lain. Termasuk dengan kali ini KM Sdn. Bhd. baru saja 2 kali dapat peluang jemputan annual dinner. Itu pun sejak syarikat itu berkembang besar dan makin maju.
"Kayla tak tahu ke?"
"Tahu apa, Umi?"
Hendak tergelak Puan Zarina melihat kerutan pada wajah menantunya itu. Nama saja pewaris dalam KM Sdn. Bhd, tapi tentang ini pun menantunya itu tidak tahu.
"Heih menantu Umi ni." Bukan biasa dia panggil Kayla dengan gelaran 'menantu'.
"Kayla. Kayla sepatutnya tahu apa yang berlaku dalam KM Sdn. Bhd. Umi tahu Kaula tak nak terlibat company tu. Tapi Kayla juga ada hak atas share company tu. Company tu arwah Ayah dengan Ibu Kayla juga, sayang."
Kayla ditatap sayang.
"Minggu depan KM Sdn. Bhd. dapat jemputan untuk bersama company lain ke annual dinner. Tak ingat ke dulu Kayla pernah pergi? Masa mula-mula annual dinner. Tak ingat la ni."
Mulut Kayla membulat memahami kata-kata Puan Zarina. Dia ingatkan apa la tadi sampai bawa dia datang ke butik. Ingat nak suruh bersanding lagi.
Eh(?)
Tibeh.
"Sorry, Umi. Kayla bukan tak nak tahu tapi- ermm Umi faham-faham sendiri la. Kayla ni nama saja kerja dalam syarikat tu, tapi sikit pun Kayla tak tahu apa-apa. Yang Kayla tahu selesaikan kes yang melibatkan undang-undang dalam syarikat." Sengihan ditayang.
Puan Zarina menggelengkan kepala.
"Dah. Lepas ni banyakkan ambil tahu ya? Jom, masuk. Kita pilih baju yang meletops gitew." Dia pula yang lebih teruja.
Share this novel