Peluang Untuk Bahagia 24

Romance Completed 31764

WAKTU kerja sudah berlalu sejam yang lalu namun satu kerja sedikit pun dia tidak dapat beri perhatian sepenuhnya. Dibiarkan saja fail bertimbun di atas meja. Sejam berlalu dan sejam juga dia asyik mengelamun jauh. Selepas sahaja berlaku pertengkaran kecil dan perbalahan mulut di antara dia dan Kayla, dia seakan hilang semangat untuk melakukan kerja. Sudah tiga hari dia begini. Datang saja ke pejabat tentu dia akan mengelamun apabila teringat kembali kata-kata terakhir Kayla kepada dirinya.

"Aku ha-harap, lepas ni kau tak akan menyesal apa yang akan berlaku. Aku nak kau fikirkan sesuatu keputusan tu berulang kali sebelum buat kata putus biar kau tak menyesal di kemudian hari macam sekarang. Jangan ulang perkara yang sama. Aku nak kau ingat satu je. Apa yang kita sayang tak semestinya baik untuk kita. Aku tahu kau cintakan Lara. Tapi aku harap lepas ni kau fikir betul-betul kalau nak terima dia. Siasat dulu sebab apa dia tinggalkan kau. Aku tak nak kau menyesal macam sekarang."

Adam bangun dari kerusi dan berjalan menghampiri tingkap bilik pejabatnya. Tangan diseluk ke dalam kocek seluar. Pandangan dibuang ke luar. Setiap kali bait-bait perkataan itu menerjah masuk ke dalam ingatan, setiap kali itu juga dia terfikir apa yang cuba Kayla sampaikan kepada dia. Sudah puas dia fikir tetapi sedikit pun dia tidak dapat menangkap maksud sebalik kata-kata itu.

"Siasat sebab apa Lara tinggalkan aku? Takut aku menyesal? Apa maksud dia?"

Dahi berkerut memikirkan perkara tersebut. Hatinya semakin tidak tenang.

Keluhan dilepaskan.

"Lara. Tak mungkin dia sanggup khianat aku. Dia cintakan aku. Tak mungkin. Mungkin ada sebab kenapa dia tinggalkan ak..." Dia terdiam.

"Siasat sebab apa dia tinggalkan kau."

Adam terkaku beberapa saat sebelum kepala digelengkan.

"Tak. Buat apa nak kena ikut kata Kayla? Lara bukan jenis perangai buruk nak buat perkara tak senonoh belakang aku."

Mata dipejam rapat. Cuba menyakinkan dirinya bahawa apa yang dikatakan Kayla itu tidak benar. Tetapi, lain pula yang terlintas. Wajah Kayla yang sayu tiba-tiba muncul.

Lekas saja Adam membuka semula matanya.

Bukan dia tidak perasan. Dia terlebih perasan akan wajah suram dan sedih Kayla. Tetapi disebabkan ego dia buat tidak endah semua itu. Perasaannya lagi penting. Bila difikir banyak kali, dia menyesal kerana telah melibatkan Kayla di dalam masalahnya. Tidak semena pula Kayla menjadi isterinya. Sekarang sudah menjadi masalah besar baginya.

Menyesal.

Bersalah.

Keliru dengan perasaan sendiri.

Hendak diputarkan masa sudah tentu itu mustahil. Nasi sudah pun menjadi bubur dan masa tidak dapat diundur semula.

Wajah diraup kasar. Serabut!

Dia langsung tidak nampak ke mana hala tuju perkahwinan dia bersama Kayla. Langsung tidak nampak. Semua ini berlaku dalam sekelip mata saja.

"Adam! Kau bodoh sebab buat keputusan terburu-buru. Tengok, kau juga yang susah!"

Ketukan pintu menghentikan perbualannya pada diri sendiri. Segera dia berpaling ke arah situ.

"Masuk."

Tidak sampai sesaat terus saja pintu itu terbuka dari luar.

"Encik Adam, maaf menganggu."

Adam melangkah ke kerusi dan diduduknya. Personal Assistantnya yang bernama Rina dipandang dengan penuh tanda tanya. Dia sudahlah lagi tiada semangat mahu bekerja.

"It's okey. Kenapa, Rina?"

"Ada orang nak jumpa Encik Adam. Dia orang tunggu dekat luar."

"Dia orang? Berapa orang?"

"Dua orang. Lelaki."

Adam terjeda. Dahinya berkerut memikirkan orang yang dimaksudkan pembantunya itu.

"Saya ada appointment ke hari ni?"

Rina menggeleng. "Tak ada. Tapi dua orang lelaki itu cakap dia orang nak jumpa dengan Encik Adam atas sebab ada masalah yang perlu diselesaikan. Saya juga tak pernah nampak dia orang."

Jawapan dari Rina mendiamkan Adam. Dia berfikir sejenak. Masalah?

"Siapa nama dia orang?"

Rina tersengih.

"So-sorry, Encik Adam. Saya lupa nak tanya."

Adam menggelengkan kepalanya. Sudah terbiasa dengan sikap Rina yang begitu. Mudah saja lupa perkara yang remeh temeh. Nasib baik cekap bila menjadi Personal Assistant.

"Okey. Kejap lagi saya keluar."

Rina menunduk sedikit. "Baiklah. Dia orang tunggu Encik Adam dekat lobi."

Seusai saja Rina menutup pintu, Adam menyandarkan badan malas. Waktu begini juga ada orang yang mahu berjumpa dengannya. Dia tiada semangat sekarang ini.

Beberapa minit, Adam melangkah keluar menuju ke ruangan dobi. Bayangan dua orang lelaki yang dimaksudkan Rina dicari. Terlihat dua kelibat yang sedang duduk berbual di atas sofa membelakanginya. Dahi berkerut. Dari arah belakang, dia seakan dapat mengenali siapa dua gerangan itu. Tetapi tidak pasti siapa.

"Assalamualaikum." Sapa Adam ketika sampai di ruangan sofa.

Kedua-dua lelaki tersebut berpaling. Mereka berdua tersenyum lebar melainkan Adam yang melopong.

"Weh! Is! Zaki! Ya Allah!" Teruja Adam. Segera dua lelaki yang dipeluk erat setelah Iskandar dan Zaki sama-sama berdiri.

Iskandar dan Zaki membalas pelukan dari Adam. Sudah lama mereka bertiga tidak bertemu. Kali terakhir adalah ketika zaman sekolah menengah. Selepas sahaja SPM, Iskandar dan Zaki sama-sama membawa diri jauh dari Adam untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Iskandar dan Zaki merupakan sepupu yang paling rapat. Kerana itu ke mana saja mereka pergi, mereka berdua tetap bersama. Tidak hairanlah Adam bila dia ditinggalkan.

Puas berpelukan, Adam meleraikan pelukan. Bibirnya lebar tersenyum. Hampir 10 tahun Iskandar dan Zaki tidak muncul. Walaupun mereka bertiga sering berhubung melalui telefon, itu tidak sama dengan apa yang di luar.

"Bila balik? Tak bagitahu aku pun."

Iskandar ketawa.

"Saja la kita orang nak buat surprise."

"Entah kau ni. Kalau kita orang bagitahu, tak jadilah surprise. Macam mana? Cuak tak tadi bila kau punya P.A cakap yang ada orang nak jumpa sebab ada masalah dengan kau?" Zaki mengejek sambil ketawa sedikit besar.

Adam buat muka.

"Kau berpakat dengan P.A aku?"

"Kalau tak berpakat memang tak jadi. Kau mesti cuak, kan?"

"Buat apa nak cuak? Hairan tu ada lah. Sebab company Baba aku ni mana ada masalah."

Iskandar dan Zaki saling mencebik. Tak guma mereka buat kejutan, Adam seperti manusia tiada perasaan. Sejak zaman sekolah memang begitu.

"Eh." Bahu Adam ditepuk kuat oleh Zaki. "Jom la lepak. Hampir 10 tahun tak jumpa ni."

"Ya la weh. Jom la. Aku nak juga tahu perkembangan terbaru kau lepas kahwin dengan kawan baik sendiri ni. Sejak dah kahwin terus hilang dari radar. Tak contact dengan kita orang. Macam mana kita orang nak bagitahu yang kita orang nak balik? Kau la puncanya. Apa? Bahagia sangat ke?" Iskandar menjongket-jongket keningnya tanda mengejek.

Adam memandang jam tangannya. Baru jam 10 pagi. Nak lepak apa waktu-waktu begini?

"Waktu kerja ni, bro. Agak-agak la ajak lepak."

"Hek eleh kau ni. Aku dengan Zaki dah sampai sini tapi tak hargai pula. Jom la Ki, kita balik saja la." Ujar Iskandar berpura-pura makan hati walaupun hakikatnya memang salah dia dan Zaki datang bukan waktu yang sesuai.

"Eh, eh. Sejak bila kau cepat makan hati ni? Hampir 10 tahun kau stay dekat Turki tu makan hati saja ke sampai terbawa-bawa balik Malaysia?" Adam mula memerli.

Zaki menggaru kepala.

"Eh tak. Sekarang ni nak lepak ke tak? Kau orang berdua ni boleh tak bincang tu kasi jadi? Dari dulu memang macam ni. Asyik aku jadi orang tengah tengok kau orang macam laki bini. Yang seorang tu merajuk, yang seorang lagi memujuk. Ha elok la."

Tepat-tepat anak mata Adam dan Iskandar memandang Zaki dengan tajam.

"Kau ingat aku gay ke?" Geram Adam menyoal.

"Kalau kau tak, sebab kau dah kahwin. Tapi kalau Is ni aku was-was sebab dia belum kahwin and still single." Laju Zaki menjawab dengan riak wajah sengaja dibuat-buat keliru. Iskandar dipandang atas bawah.

"Wohoho! Ki, kau cakap baik-baik sikit. Aku ni sepupu kau. Even aku ni single and available, but aku still ada perasaan bila tengok perempuan. Aku normal."

Adam dan Zaki sama-sama bergelak ketawa.

"Eh, serious la Is kau single? Tak akan tak ada girlfriend yang sangkut dengan kau?" Adam bertanya hairan.

Lihat dari gaya Iskandar, mustahil sahabatnya itu tiada kekasih hati. Iskandar boleh tahan segak dan tampan juga.

Iskandar mencebik.

"Still single la sebab aku ingat bila balik sini terus nak masuk meminang seorang awek ni. Eh, tapi awek tu dah jadi isteri orang dah."

Adam mengerutkan dahinya.

"Siapa?"

Zaki yang menyiku sikunya dipandang.

"Siapa lagi. Kayla la. Tak akan kau tak tahu yang Is ni syok dengan Kayla masa kita zaman sekolah dulu."

Senyuman Adam mengendur. Jawapan dari Zaki menyentakkan hatinya. Hatinya sedikit terusik bila mendengarkan itu.

"Kau..."

Iskandar gelak kecil.

"Tak ada apa la, Adam. Ala, zaman sekolah biasa la tu. Aku gurau je la. Sekarang ni Kayla dah jadi isteri kau. Jangan risau la, aku tak akan rembat isteri kau tu. Macam aku tak tahu, kau sayang gila dengan Kayla tu." Cepat saja Iskandar membetulkan keadaan.

Sengaja dia membuka cerita panas sedikit. Tetapi bila melihat perubahan pada wajah Adam, terus dia jadi tidak senang. Tidak mahu perbualan kali ini dapat mencetuskan suasana dingin pula. Lagipun, mereka bertiga baru saja bertemu selepas hampir 10 tahun berpisah.

??????

CEPAT saja kaki Kayla melangkah menghampiri pintu rumah selepas mendengar bunyi dari kereta milik Adam memasuki kawasan rumah. Senyuman melebar. Tanpa membuang masa, terus pintu rumah dibuka. Adam yang baru keluar dari perut kereta diperhati. Lelaki itu berjalan menghampiri pintu.

"Adam."

Kayla dipandang tanpa riak oleh Adam. Senyuman Kayla tidak dibalas. Adam hairan. Macam mana Kayla tetap tersenyum bila berdepan dengan dia selepas apa yang berlaku 3 hari lepas. Sudah lupakah Kayla pada kejadian itu? Kayla seakan-akan tidak terkesan sedikit pun dengan kejadian malam itu.

Tanpa menghiraukan Kayla, Adam melepasi Kayla dengan melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menyapa mahu menegur isterinya itu.

Kayla terdiam. Terasa? Ya, dia terasa. Setidak-tidaknya, balaslah sedikit senyuman kepada dia walaupun tidak menyahut panggilannya.

Walaupun begitu, senyuman tetap Kayla ukir biarpun pahit. Teruskan tersenyum. Hanya itu yang dapat mengelakkan dirinya dari terus memakan hati dengan tingkah lelaki bergelar suaminya.

Pintu rumah ditutup dan langkah Adam dibuntutinya. Adam berhenti dan dia juga berhenti. Belakang Adam diperhati Kayla bersama tanda tanya.

"Kau kenapa?"

"Ha?" Tidak faham dengan soalan Adam.

"Kau kenapa ikut aku? Tak ada kerja ke?"

Wajah Kayla kembali muram. Suara Adam kedengaran dingin sekali. Bersama rasa hiba, dia bergerak selangkah menjauhi lelaki itu.

"Tak. Kayla nak tanya, Adam dah makan ke belum? Kalau belum, Kayla dah..."

"Aku makan atau tak makan itu bukan masalah kau. Aku tak ada suruh pun kau sediakan makan minum aku. Kau lupa ke apa yang aku pesan haritu?" Tanpa berpaling, Adam memintas bicara Kayla.

Kayla tergamam. Tersentak dengan kata-kata Adam yang begitu menyakitkan hatinya. Lelaki itu berbicara seolah-olah dirinya ini bukan sesiapa buat Adam. Salahkah dia lakukan semua itu? Dia isteri kepada Adam dan itu adalah salah satu dari tanggungjawabnya.

"Ka-Kayla tak lupa. Tap-tapi itu kan tang-tanggungjawab..."

"Tak payah cakap tentang tanggungjawab. Kau bertanggungjawab jadi seorang isteri macam mana sekali pun tidak dapat ubah hubungan kita ni. Tak dapat ubah nasib rumah tangga kita. Aku dah cakap, perkahwinan ni tak ada hala tuju. Kau buat macam mana sekali pun kita akan tetap macam ni."

Kayla ketap bibir menahan sebak.

Allah!

Sakit! Sakit sangat!

Adam memang bercakap tiada batas! Lelaki itu bercakap main ikut sedap mulut! Lelaki itu bercakap melalui ego! Langsung tidak fikir perasaannya kini! Disebabkan dia mengajak lelaki itu makan, Adam sehingga menyebut-nyebut perkara itu.

Dada yang sakit dipegang.

Stay strong, Kayla. He's your husband.

"Tahu. Saya tahu."

"Saya?" Adam ketawa sinis. "Sejak bila kau ubah panggilan? Dengan panggilan tu dapat ubah perkahwinan kita ni ke?"

Sekali lagi Kayla ketap bibir. Ketap bibir kerana geram sakit hati dan kerana kecewa. Panggilan pun lelaki itu mahu dijadikan satu isu ke?!

"Panggilan je pun. Saya membahasakan macam tu sebab i'm your wife and you're my husband. Rasa macam kurang ajar kalau tetap membahasakan diri dengan kau aku. Biar je la panggilan apa pun yang saya nak guna. At least, saya tak akan berdosa sebab bercakap kasar dengan suami. And you tak akan tanggung dosa saya."

Adam senyum sinis. Kepala digelengkan.

"Suka hati kau lah. Selagi kau ingat kata-kata aku yang perkahwinan ni tak ke mana, selagi itu aku tak kesah. Tapi, kalau aku tahu kau berharap dengan perkahwinan ni, aku tak akan teragak-agak untuk...."

"Lepaskan saya?"

"Baguslah kalau kau dah tahu."

Sekuat mana pun Kayla menahan air mata dari jatuh, akhirnya mengalir jua dipipi mulusnya. Sakit sekali hatinya saat ini. Kenapa Adam terlalu kejam? Mana Adam yang dulu? Mana Adam yang sentiasa buat dia gembira?

"Kayla. Aku dah fikir masak-masak."

Kayla tertunduk. Mata dipejam rapat. Tidak sanggup mendengar ayat seterusnya yang keluar dari mulut Adam. Kerana dia tahu, tentu sekali ayat itu akan makin menyakitkan hatinya.

"Aku..." Adam terjeda sekejap. Nafas ditarik dalam. Entah kenapa sukar pula dia mahu keluarkan kata-kata ini. Padahal dia sudah buat keputusan.

Kayla masih menunggu.

"Aku akan lepaskan kau bila dah tiba masanya nanti. Tapi bukan sekarang."

Serentak, Kayla terus mengangkat wajahnya dari terus menunduk. Belakang Adam dipandang sayu. Air mata sudah berderai berlinang di pipi.

Lepaskan dia?

Bukankah...

"Aku harap, aku ataupun kau nanti akan terima dengan apa saja yang akan berlaku antara kita berdua. Aku nak kau tahu yang- aku tak janji kita akan jadi seperti suami isteri macam orang lain. Dan, aku juga tak janji yang aku akan lepaskan kau. Aku sendiri confuse, Kayla."

Bukankah Adam sudah mengatakan yang lelaki tidak akan lepaskan dia? Tetapi sekarang apa? Tidak sampai seminggu lelaki itu sudah mengubah fikiran.

Adam penipu!

Adam jahat!

Adam buat dia terlibat dalam masalah ini dan sekarang Adam mahu lepaskan dia pula?!

"Tap-tapi awak cakap..."

"Aku cakap aku tak janji yang aku akan lepaskan kau, kan?" Seperti dapat menangkap apa soalan Kayla, Adam terus menyampuk.

"Tapi sekarang, aku dah ubah fikiran dan aku dah buat keputusan. Aku akan lepaskan kau. Ini adalah terbaik untuk kita berdua. Untuk masa depan kita. Buat apa aku dengan kau terus ada dalam perkahwinan ni kalau antara kita berdua tiada perasaan cinta? Aku tak nak kita berdua terseksa dengan ikatan ni. Aku cintakan Lara. Kau tahu itu kan? Tiada apa yang dapat ubah. Sejauh mana dia menghilang aku tetap cintakan dia. Dan, disebabkan itu aku tak nak kau kecewa. Aku tahu, lambat atau cepat tentu kau akan berharap pada perkahwinan ni. Itu sebab aku putuskan yang aku akan lepaskan kau but not now."

Terasa lemah lutut Kayla saat ini. Kalau dia tidak kuatkan diri sudah tentu dia rebah ke lantai sekarang. Tangan memegang sofa yang berada disebelahnya. Cuba menampung diri dari terjelepok ke lantai.

Antara kita berdua tiada perasaan cinta?

Kau tahu tak Adam? Aku sanggup ketepikan rasa cinta aku yang baru nak berputik pada Haris semata-mata untuk kembalikan rasa cinta aku pada kau! Tapi apa kau buat?! Kau langsung tak nampak! Asyik Lara, Lara, Lara dan Lara!

Hanya terluah di dalam hati. Buat masa sekarang, Kayla tidak mahu luahkan semua itu secara terangan. Biarlah tetap terbuku di dalam hati. Ada satu masa, dia akan lepaskan segalanya.

"Ken-kenapa awak berubah sampai macam ni, Adam?" Suara sebak ditahan.

"Berubah apa?"

Kayla menggelengkan kepala.

"Dah lupa atau buat-buat lupa? Sebelum perkahwinan ni terjadi, bukan main lagi awak merayu pada saya. Merayu supaya saya sanggup menggantikan tempat Lara sebagai pengantin perempuan dengan alasan tak nak Umi dengan Baba malu. And now what? Buat keputusan untuk lepaskan saya dengan alasan itu adalah terbaik untuk masa depan kita? Dulu, kenapa awak tak fikir semua tu? Kenapa tak fikir apa yang akan terjadi pada masa depan saya bila berkahwin dengan awak? Kenapa baru sekarang nak fikir semua tu? Ingat Adam. Saya hanya manusia biasa yang ada perasaan dan bukan mainan yang boleh digunakan dan dimainkan bila perlu."

Nafas Kayla naik turun menahan sebak di dada. Bila-bila masa suaranya boleh bertukar menjadi getar kerana menahan tangisan yang kuat. Ikutkan hatinya mahu lagi dia menghamburkan rasa di hati kepada Adam, tetapi dibiarkan dulu. Perkahwinan baru berginjak hampir 2 bulan, tetapi mereka suami isteri sudah bergaduh besar. Kalau boleh, dia mahu pertahankan.

Adam terdiam. Sedikit terkejut bila Kayla bercakap menggunakan intonasi suara yang agak sedikit tinggi berbanding sebelum ini. Selepas saja Kayla bergelar isterinya, gadis itu sedikit pun tidak meninggikan suara kepada dia melainkan hari ini dan pada masa ini.

Sedikit sebanyak dia terkesan dengan kata-kata Kayla. Tapi apa boleh buat bila dia fikir dengan cara lepaskan Kayla saja dapat memulihkan segalanya.

"Adam, listen here. Saya akan tetap pertahankan perkahwinan ni. No matter what saya akan tetap pertahankan. Alasan? Kalau awak boleh gunakan Baba dan Umi sebagai alasan untuk saya setuju ganti tikar masa hari perkahwinan awak, saya juga boleh gunakan Baba dan Umi untuk saya pertahankan perkahwinan ni. Kalau awak tak nak sanggup tengok Baba dan Umi kecewa sebab terpaksa menanggung malu majlis perkahwinan awak yang tak jadi, saya juga tak sanggup nak tengok Baba dan Umi kecewa bila dapat tahu yang akan kita berpisah suatu hari nanti. Deal, alasan kita sama. Yang berbeza adalah situasi."

Tercengang Adam dibuatnya dengan kata-kata dari Kayla. Sudahlah begitu, suara Kayla juga sudah berubah seakan-akan bersemangat. Dia mendongakkan kepala sekejap sebelum berpaling ke belakang memandang Kayla.

Dan, dia bungkam bila terpandang wajah gadis itu. Wajah Kayla sudah dibasahi dengan air mata. Tetapi bagaimana suara isterinya itu masih kedengaran biasa.

Tangan dikepal kuat bagi mengelakkan mahu ikut kata hati yang menyuruh menyeka air mata Kayla. Jika dia merendahkan ego, tentu sekali dia akan menarik Kayla ke dalam dakapannya. Tetapi sekarang ego lagi penting.

"Kau yakin?"

Laju Kayla mengangguk. Air mata dibiarkan.

"Walaupun kau tahu perkahwinan ni sia-sia? Walaupun kau tahu yang aku tak cintakan kau? Hmm?"

Soalan Adam mengelukan lidah Kayla yang laju bertutur sebentar tadi. Bagaimana dia hendak jawab semua itu sedangkan dia sendiri tidak tahu jawapan itu.

"Macam mana kalau Lara balik ke sini semula dan aku masih nak kan dia? Kau sedia nak hadapi semua tu? Kau sedia nak hadap semua situasi tu? Kau dah bersedia nak kena abaikan dengan aku?"

Kayla mencengkam tempat dimana dia memegang sofa bagi simbol kekuatannya. Mata menatap anak mata Adam.

"Saya dah lama bersedia sebab sepanjang perkahwinan kita 2 bulan ni saya memang selalu diabaikan. Semua tu tak ada beza kalau Lara balik ke sini sekali pun."

Adam mencebik kecil.

"You're different. Aku tak tahu pula perkahwinan ni dapat mengubah sikap kau."

Ini baru sikit aku berubah, Adam. Tapi ini adalah perubahan ke arah kebaikan. Aku janji pada diri aku sendiri, jika dalam beberapa bulan selepas ini masih tak dapat ubah apa-apa pun hubungan kita, aku sendiri yang akan bawa diri jauh dari kau. Masa tu kau tak perlu lepaskan aku sebab aku sendiri akan lepaksan diri aku dari kau. And, kalau kau merayu nak aku kembali dekat kau sekali pun aku tak akan berpaling kepada kau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience