MAKANAN ikan ditangan dilempar ke dalam kolam ikan sedikit demi sedikit. Walaupun begitu, fikiran menerawang dan melayang ke arah lain. Sekali sekala keluhan dihela lembut. Selepas majlis annual dinner KM Sdn. Bhd., dia tidak lagi mendengar khabar tentang Kayla. Menantunya itu juga tiada menelefonnya. Sudah 2 hari berlalu. Itu yang membuatkan hati tuanya resah. Sudahlah begitu, Kayla pulang dari annual dinner tanpa pengetahunnya. Kayla sedikit tidak memberitahu kepadanya yang mengatakan menantunya itu mahu terus pulang ke rumah Adam.
Puan Zarina berasa tidak sedap hati. Ketika annual dinner, hanya sekali dia bersemuka dengan Kayla. Itu pun ketika awal kedatangan Kayla ke hotel tersebut. Dia baru saja ingat mahu menjamu selera bersama Kayla dan juga Adam. Kecil hatinya bila dapat tahu Kayla dan Adam sudah pulang.
"Assalamualaikum."
Suara Encik Amir menyedarkan dia.
"Waalaikumussalam. Saya dekat kolam ikan ni."
Tidak berapa lama, kelibat suaminya mula kelihatan. Encik Amir menghampiri Puan Zarina.
"Awal abang balik."
"Hari ni tak ada apa yang penting pun. Itu yang balik awal."
"Oh. Dah makan ke? Saya ada masak sikit tu. Malas la nak masak banyak-banyak. Abang pun jarang makan. Adib tak payah cakaplah. Balik dari kampus terus membongkang. Nanti malam baru makan itu pun sikit je." Kadang-kadang dia malas hendak memasak. Membazir saja bila difikir semula.
Bebelan Puan Zarina dibalas ketawa kecil dari Encik Amir. Dia bukan tak nak makan. Tapi bila usia semakin lanjut, selera makan tu berkurangan sedikit. Tak ada selera sangat.
"Oh Na. Hari ni Adam dengan Kayla tak masuk kerja. Awak tahu kenapa?" Baru dia teringat.
Pagi tadi P.A Adam mula kelam kabut mencarinya kerana ada meeting yang perlu dihadiri oleh Adam. Tetapi dalam jam 9, anak lelakinya tetap tidak masuk ke pejabat. Terpaksalah dia menggantikan Adam di dalam meeting tersebut.
Mendengarkan itu, dahi Puan Zarina bertukar menjadi kerutan.
"Adam dengan Kayla?"
Encik Amir mengangguk perlahan.
"Dah dua hari mereka berdua tu tak masuk pejabat. Kalau semalam tu saya tak pelik. Tapi hari ni dah masuk hari kedua. Nak kata dia orang pergi holiday, tak ada pula cakap apa-apa, kan?"
Hati Puan Zarina kembali diserang risau. Baru saja tadi dia terfikirkan Adam dan Kayla. Bila dapat tahu tentang ini, lagi buat dia risau.
Hairan Encik Amir melihat isterinya yang diam membisu itu. Isterinya seperti sedang fikirkan sesuatu. Mula lah tu fikir yang bukan-bukan.
"Na?"
"Ha, ya?"
"Fikirkan apa? Tak payah lah fikir yang mengarut. Ni yang malas nak bagitahu. Awak mulalah fikir yang bukan-bukan."
"Tak. Saya tak fikir yang bukan-bukan."
"Habis tu? Yang diam tu kenapa?"
"Saya cuma terfikir. Abang ingat tak malam annual dinner tu?"
Jawapan dibalas dengan anggukan dari Encik Amir.
"Abang tahu kan yang Kayla dengan Adam balik tanpa bagitahu kita dulu?"
"Yes."
"Abang tak rasa pelik ke? Lepastu budak berdua tu tak masuk kerja serentak. Pelik la. Saya rasa ada yang tak kena ni. Entah-entah dia orang ada masalah. Saya risau la. Iya la, mana pernah budak berdua tu buat hal macam malam haritu. Terus balik tak tunggu kita. At least inform dekat kita kata nak balik tu pun tak apa. Ini tidak, terus balik macam tu. Jumpa apa pun tidak. Pelik."
Encik Amir terdiam. Cuba untuk fikir secara logik dengan apa yang dikatakan isterinya. Sememangnya dia sendiri juga hairan bila dimaklumkan yang Kayla dan Adam sudah pulang dari annual dinner tanpa memberitahu kepada dia terlebih dahulu. Tetapi tidak pula dia berfikir yang bukan-bukan.
"Tak ada apa kut. Insha allah. Budak-budak biasa lah. Kalau betul mereka berdua ada masalah, kita sebagai orang tua jangan masuk campur." Risau bila dimasuk campur nanti, benda lain pula yang jadi.
"Betul. Tapi saya tak sedap hati bila teringat dekat Kayla tu. Dia langsung tak ada call or Whatsapp saya. Biasanya kalau tak call, tentu dia akan Whatsapp saya. Lepas tu, awak kenal kan Kayla tu macam mana? Dia cepat sangat rasa bersalah. Mesti lah dia akan call kita lepas dia terus balik macam tu je malam tu. Ini tak ada pula. Itu yang saya pelik. Risau hati ni bila fikir. Nak-nak pula awak cakap dia orang tak masuk kerja. Makin risau." Ujar Puan Zarina sambil menepuk-nepuk dadanya. Sungguh dia rasa tak sedap hati. Seperti ada yang terbeban saja.
Encik Amir mengeluh. Susah bila ada isteri yang tersangatlah prihatin sikapnya. Tapi, tidak boleh disalahkan isterinya juga. Isterinya terlampau sayangkan Kayla. Kalau boleh setiap saat isterinya mahu tahu perkembang Kayla dari masa ke masa.
Bahu isterinya dipaut lembut. Cuba memujuk. Bimbang kerisauan isterinya berlanjutan.
"Tak ada apa la. Saja perasaan awak je tu. Doa-doakan, Insha Allah semua akan baik. Jangan risau. Nanti saya try call Adam, tanya macam mana dan kenapa dia dengan Kayla tak masuk pejabat."
"Saya bukan apa. Risaulah sebab hari tu kan Adam ada cakap tentang perangai buruk Kayla yang Lara cakapkan tu. Saya risaulah kalau masalah tu makin besar. Kayla tu keseorangan. Nanti macam mana dia nak hadap? Adam tu bukan boleh percaya. Lara dah buat macam-macam pun masih terima lagi perempuan tu." Itulah sebenarnya yang dia risau sangat. Risau kalau tuduhan sebegitu mampu membuat Kayla dan Adam bergaduh besar.
"Insha Allah tak ada apa la. Kita doakan."
?????
HARIS mengetap gerahamnya kuat seiring dengan kepalan pada tangan kirinya. Betapa sakit dan menyirap darahnya bila berita yang disampaikan begitu mengejutkan dan membangkitkan kemarahannya. Dengan serta merta dia menjadi bengang.
"Kau tak tipu kan?" Soalnya kepada Hanan.
Beberapa jam yang lepas, Hanan menghubunginya. Hanan mengatakan mahu berjumpa dengannya kerana ada perkara yang sangat penting untuk disampaikan kepada dia. Dia fikirkan hanya perkara yang biasa-biasa saja. Tetapi bila dah jumpa dan Hanan membuka mulut menceritakan segala, perkara itu bukan biasa-biasa. Baginya perkara itu adalah masalah besar baginya!
Hanan mengangguk.
"Betul. Sekarang ni Kayla ada dekat rumah aku. Aku memang terkejut bila terjumpa dia dekat tepi jalan sambil bawa beg pakaian. Aku tak syak benda lain, memang dia kena halau dengan Adam. And then when she tell and explain the truth semalam, tekaan aku tepat. Adam halau dia daripada rumah."
Urat pada kepala Haris bergerak-gerak menandakan dia sangat marah sekarang. Tergamak Adam buat begitu kepada Kayla! Sudah dia kata, dia tidak akan berdiam diri kalau Adam buat apa-apa pada Kayla. Dia sedia untuk Kayla. Dan sekarang itu semua benar-benar terjadi.
"Kenapa Adam halau Kayla sampai macam tu sekali?" Suara amarah cuba ditahan.
Siapa yang tidak marah bila orang yang disayangi dilayan begitu?!
Hanan mula menceritakan segalanya tentang apa yang berlaku dan macam mana Adam boleh menghalau Kayla sehingga menyebabkan Kayla tinggal bersamanya sekarang.
"Lara?" Haris berdecit. "Aku dah agak dah. Perempuan tu memang gila. Dia dari sampai sekarang tak puas hati dengan Kayla. Aku ingatkan terus hilang lepas dia batalkan perkahwinan, rupanya hidup lagi."
"Entah la, Haris. Aku tak tahu nak cakap apa dah. Kesian tengok Kayla asyik menangis. Even dia tak menangis depan aku, mata dia yang sembab tu dah cukup menunjukkan memang dia menangis je kerjanya." Bukan mengadu, tetapi Hanan rasa Haris patut tahu apa yang Kayla sedang lalui sekarang.
Haris menggelengkan kepalanya.
"Aku tak sangka Adam macam tu. Tergamak dia buat Kayla macam tu. Dia tu dah hilang akal ke apa?" Jika tidak mengenangkan Adam yang tinggal jauh darinya, sudah lama dia pergi kepada sepupunya itu dan bagi "hadiah" percuma.
"Menyesal aku lepaskan Kayla pada dia dulu."
Kesal?
Ya! Dia kesal! Kayla layak bahagia dan bukan menderita!
Melihat kemarahan Haris yang seakan memuncak, Hanan bertukar risau. Risau kalau Haris mula bertindak luar kawal pergi menyerang Adam. Lelaki kan, bukan boleh kawal perasaan marah. Hendak pula bila melibatkan orang yang disayangi.
"Err- Ris. Aku bagitahu kau ni bukan sebab nak suruh kau pergi ajar Adam tu. Tapi, aku cuma nak kau tahu keadaan Kayla sekarang. Sebab aku rasa kau patut tahu. Kau kan sayangkan Kayla. So, i think you should know that and at same time i hope you can protect her starting today. Aku tak nak dia kena apa-apakan lagi dengan Lara atau pun Adam tu. Aku nampak sangat dia kecewa."
"Aku pun tak pergi serang Adam tu. Tapi bila fikirkan apa yang dia dah buat pada Kayla, aku rasa sekarang juga aku pergi ajar dia cukup-cukup."
"Eh eh." Hanan melambaikan tangannya laju. "Jangan. Kau jangan buat hal. He's your cousin."
"Sepupu tak sepupu, hati aku lagi penting. Hati aku ni sakit bila dia layan dan buat orang yang sayang macam tu. Dia sepatutnya hargai Kayla. Dah lupa ke apa yang Kayla dah korbankan demi dia? Kalau aku tahu dia layan Kayla macam tu, dah lama aku bawa Kayla tu lari jauh dari Adam. Huh!"
"Jangan Haris, jangan. Jangan fikir semua tu. Now, aku just nak kau fikirkan Kayla. Aku nak kau protect dia." Hanya Haris saja yang Hanan percayakan dari dulu dan sekarang.
"Aku selalu protect dia even aku jauh dari dia. For your information, aku selalu je perhatikan pergerakan Kayla setiap kali dia pergi kerja." Kata Haris jujur. Satu kerja gila yang dia pernah buat.
Walaupun dia cuba untuk lupakan Kayla, alih-alih dia pergi cuba perhatikan Kayla ketika Kayla pergi kerja ke pejabat. Tapi hanya disitu saja. Tidak lah sampai mengikut Kayla sehingga ke rumah. Dia hanya mahu memastikan Kayla selama dan sihat.
Hanan terlopong tidak percaya.
Wow!
Haris memang lelaki yang perfect!
Kayla! You should choose him as your husband! Oemji!
?????
KEPALA disandar pada dinding hospital. Pintu wad yang ditempatkan Lara dipandang dia. Hatinya sungguh gusar dan risau melihat keadaan kekasih hati. Tidak henti-henti dia berdoa agar Lara sedar dari pengsan. Apabila wajah Kayla mula terbayang, Adam mendengus geram. Sakit hati dia bila mengenangkan apa yang telah isterinya itu lakukan.
Sungguh tidak sangka begitu busuk sekali hati Kayla yang selama ini orang tuanya memuji bagai nak mati. Kayla yang sopan santun, Kayla yang baik. Kayla yang pandai ambil hati tua. Semua itu tidak menggambar diri Kayla yang sebenar. Hanya dia saja yang tahu apa terjadi.
Sudah dua hari berlalu, Lara langsung tidak sedarkan diri. Dirinya amat kesal kerana membiarkan Lara bersama dengan Kayla. Ketika majlis family dinner syarikat ayahnya dilancarkan disebuah hotel, Lara ada memberitahu dia yang gadis itu mahu bercakap sedikit dengan Kayla. Dan dia hanya membiarkan kerana tahu dan yakin tidak ada apa yang akan berlaku. Namun...
"Kau yakin ke Kayla buat semua tu?" Sekali lagi Iskandar bertanya tidak puas hati. Iskandar bertanya begitu kerana dia kenal siapa Lara. Lara akan lakukan apa sahaja untuk kepentingan diri sendiri. Cuma, Adam saja yang tidak sedar akan perkara itu. Sudah dia cari tahu siapa Lara, tetapi belum sepenuhnya.
Adam mendengus.
"Boleh tak kalau kau jangan sebut nama perempuan tu? Kau tengok la apa yang dia dah buat dekat Lara. Perempuan hati busuk macam tu la."
Mengucap panjang Iskandar mendengar kata-kata itu dari seorang suami kepada seorans isteri. Dia mula rasa kasihan pada Kayla. Dia tahu, sepanjang perkahwinan pasangan itu, Kayla lebih banyak makan hati dengan Adam. Kadang-kadang, Adam suka sangat memarahi Kayla dihadapannya.
"Aku tak rasa kata-kata macam tu kau patut tuju pada Kayla. She's your wife, Adam."
"Yes, she's my wife. But, soon she will be my ex wife." Penuh keyakinan dan kebencian Adam mengujar. Rasa benci pada Kayla sudah tidak dapat dibendung lagi.
Iskandar menggelengkan kepala. "Kau sedar tak apa yang kau cakap ni?"
"Sedar. Malah terlebih sedar. Buat apa aku simpan dia sebagai isteri kalau hati aku dah tak dapat nak terima dia? Aku jadikan dia isteri pun sebab kasihan dia yang sebatang kara tu."
Iskandar mahu membuka mulut untuk membalas kata-kata Adam, tetapi suara yang memanggil nama Adam mematikan niatnya. Lelaki yang berlari ke arah mereka berdua menghadirkan rasa aneh.
Zaki berhenti dihadapan Adam dan Iskandar dengan nafas dengan wajah yang serius. Ada sesuatu yang sangat penting yang perlu dia sampaikan kepada Adam.
"Kau, kenapa?" Soal Adam hairan. Wajah sahabatnya itu seperti sedang menahan marah saja.
"Aku ada something nak tunjuk." Telefon di dalam kocek dikeluarkan dan satu video dipaparkan kepada Adam.
Lama Adam menonton video itu. Video yang menunjukkan Lara sedang bercakap dengan Kayla.
"Apa ni?" Sudah lama dia menonton tetapi tidak apa yang berlaku.
"Kau tengok dulu. Dan kau akan menyesal dengan apa yang kau dah buat dengan isteri kau. Itu pun kau ada rasa menyesal la. Terserah." Kata-kata pedas Zaki lemparkan. Dia sendiri sakit hati dengan apa yang Adam lakukan kepada Kayla.
Kayla langsung tidak bersalah!
Beberapa minit, mata Adam semakin membulat melihat video itu. Jantungnya berdegup dengan kuat sekali. Seluruh tubuhnya terasa sejuk dengan apa yang dia lihat. Tidak semena-mena matanya mula berair. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Rasa bersalah menyerbu ke dalam hatinya.
Iskandar dan Zaki tersenyum mengejek. Biar sedar sedikit! Adam sudah melampau. Dituduh Kayla tanpa bukti. Untung saja mereka berdua nekad untuk siasat perkara ini. Mereka berdua sudah tidak senang hati melihat rumah tangga Adam dan Kayla yang semakin teruk. Mereka berdua nekad untuk menyuruh guard CCTV memeriksa CCTV di kawasan kolam. Nasib mereka baik bila pihak hotel juga menyediakan CCTV di kawasan kolam.
Adam memejamkan matanya. Telefon milik Zaki digenggam kuat seiring dengan rasa sakit hatinya bila mengenangkan apa yang dia lakukan kepada Kayla.
"So, kau masih yakin isteri kau adalah penyebab Lara jatuh?" Soal Zaki mengejek. Tidak sabar rasanya dia mahu melihat Adam mengamuk kepada Lara nanti.
Adam hanya terdiam. Dia percaya dengan video itu. Tetapi separuh hatinya masih yakin Kayla adalah penyebab!
"Mesti ada sebab kenapa Lara cekik Kayla." Dia cuba pertahankan Lara lagi.
"Itu bukan masalah. Masalah sekarang, kau sendiri nampak dalam video tu yang Lara bawa isteri kau tepi kolam dan Lara sendiri yang terjun dalam kolam. Kau buta ke apa?!" Iskandar sudah tidak dapat menahan dirinya dari terus bersabar. Cara apa lagi untuk dia sedarkan Adam bahawa Lara itu gila!
Adam menggeleng.
"Bagi aku masa."
Zaki sudah mati akal memikirkan Adam jenis yang bagaimana. Macam mana nak buktikan lagi yanh Kayla tidak bersalah? Lara yang salah! Tolong faham!
"Bagi masa apa? Untuk kau percayakan semua ni? Eh, Adam. Untuk kau percayakan semua ni tak perlukan masa. Bukti dah terpapar depan mata, Adam. Apa tak kena dengan kau ni?!" Zaki mula hilang sabar dengan Adam. Adam benar-benar hilang akal!
"Memamg bukti dah ada. Tapi hati aku kuat percayakan Lara lagi berbanding bukti tu."
"Astaghfirullah." Zaki merintih kerana sakit hati.
"Huh! Suka hati kau lah Adam. Aku dengan Is ni cuba untuk bantu kau. Bantu untuk pandai bezakan yang mana baik dan buruk. Tapi, kalau dah ada bukti kau masih menidakkan and still salahkan Kayla, aku tak tahu nak cakap apa. Tapi apa yang aku boleh cakap, kau akan menyesal nanti Adam. Kau akan menyesal buat isteri kau macam tu. Percayalah cakap aku." Kalau tidak terkesan lagi tak tahu la. Memang hati Adam keras melebihi batu. Keras macam apa pun tak tahu.
Kata-kata Zaki menyentakkan Adam. Tetapi cepat-cepat Adam mengawal dirinya.
"Untuk apa menyesal dengan perempuan macam Kayla tu? Buat rugi masa."
Iskandar mengetap bibir. Jika tidak difikirkan Adam adalah sahabatnya, sekarang juga dia tumbuk Adam dengan puas hati. Kenapa Adam berubah menjadi hati kerasa seperti ini?
Zaki menggelengkan kepalanya. Angkuh sekali bicara Adam saat ini. Percayalah, Adam akan menyesal dengan apa yang dikatakan pada saat ini. Memang, ketika orang itu masih ada depan mata, cakap apa pun memang tidak menyesal. Tengok saja lepas Kayal pergi jauh dari Adam lepas ni. Dia yakin Adam akan menyesal menyesalnya.
"Lantak kau la! Teruskanlah dengan ego, bongkak dan bodoh sombong kau tu. Tugas aku dengan Is sebagai penasihat kau dah selesai. Sekarang, semuanya berbalik pada kau sama ada nak terima atau tak. Ini semua adalah demi kebaikan kau sebab aku tengok kau semakin tersasar jauh. Tapi kau sendiri pun tak nak terima, kita orang nak buat macam mana. But trust me, one day bila Kayla tak nak lagi pandang kau, masa tu kau akan menyesal. Masa tu dah tak guna, Adam. Dah tak guna. Kau jangan ingat selemah-lemah Kayla dia akan tunduk dengan kau. Kau merayu macam mana sekali pun, aku yakin Kayla tak akan terima kau dalam hidup dia lagi."
Iskandar bangun berdiri. Adam dipandang. Dia mahu menyambung apa yang dikatakan Zaki.
"Dan, untuk pengetahuan kau, Kayla tu cintakan kau dari zaman sekolah lagi. Tapi kau je yang buta. Dengan apa yang berlaku sekarang, mungkin Kayla dah tak ada rasa tu pada kau. Mungkin juga hati dia dah tawar dengan kau. Ingatlah kata-kata Zaki tadi, Dam. Kau akan menyesal."
Seusai itu, Iskandar dan Zaki terus beredar meninggalkan Adam terpinga-pinga setelah diberi pelbagai kata-kata. Biarlah lelaki itu fikir sendiri. Tugas mereka sudah selesai.
Share this novel