"OKEY. Puan boleh bangun." Usai membuat pemeriksaan, Kayla terus bangun dan terus duduk dikerusi bersebelahan dengan suaminya.
Doktor yang memeriksa kandungnya sebentar tadi tersenyum sambil melihat beberapa helaian kertas. Kemudian, Adam dan Kayla dipandang.
"Alhamdulillah dan tahniah Encik Adam dan Puan Kayla. Kandungan Puan Kayla dah masuk lima minggu."
Kayla ternganga.
"Lim- lima minggu?" Kenapa cepat dangat masa berlalu?
"Iya. Puan tak ada rasa apa-apa ke?"
Adam sudah sembunyi ketawa. Lucu melihat reaksi Kayla yang terkejut begitu.
"Tak. Tak ada."
"Puan tak akan tak perasan yang Puan dah lama tak datang bulan?" Hati Doktor itu dijentik lucu. Tapi biasalah bagi orang yang baru pertama kali mengandung.
"Oh, ada. Saya ingatkan tu tak ada apa-apa sebab saya datang bulan memang tak menentu." Kayla termalu sendiri.
Dia buat urine test pagi kelmarin pun kerana dia sangat teruja ingin tahu sama ada dia mengandung atau tidak. Tapi tak sangka pula dua garis muncul di pregnancy test tersebut. Masih ingat lagi dimana dia bersorak seorang diri di dalam tandas kerana terlalu gembira dan teruja.
"Oh, okey. Itu perkara biasa. Biasalah, first pregnancy kan? Dekat sini saya nak tegaskan dekat Encik dan Puan supaya jaga kandungan tu baik-baik. Usia kandungan tu baru sebulan lebih dan sangatlah lemah. Kebanyakan kes-kes keguguran adalan seawal usia ni. So, please take care Puan Kayla. Anak sulung kan? Lepas ni Puan akan rasa penat yang sangat luar biasa." Sambil nasihat, diselitkan juga kata usikan.
"So, untuk si suami pula. Kalau boleh, tolong tengok-tengokkan isteri ni. Orang perempuan, biasalah tak boleh duduk diam. Nak buat itu, nak buat ini. And, kalau boleh jangan bagi Puan Kayla ni buat kerja berat. Nak buat kerja rumah boleh, tapi yang ringan-ringan je. Saya ingatkan sebab ramai husband yang ambil ringan. So, take care of your child okey?"
Mendengarkan itu, Adam terus saja menoleh memandang isterinya dengan senyuman yang sangat lebar. Balik rumah nanti, dia akan bersorak habis-habisan. Ditahan saja hati ini.
"Terima kasih, Doktor. Insha Allah saya akan jaga my wife ni elok-elok even sometimes degil dia tu tak boleh bawa bincang."
Pap!
Cepat saja tapak tangan Kayla mendarat dibahunya. Dia tergelak kecil.
"Insha Allah. Baguslah macam tu. Setakat ni saya rasa Puan Kayla tak akan ada apa-apa alahan maybe untuk beberapa bulan lagi. But, kalau isteri yang tak alami morning sickness so si suami lah yang akan alami. Get ready ya, Encik Adam?"
Kali ini Kayla pula pandang Adam mengejek. Bibir dicebik-cebikkan dihadapan lelaki itu dan lidah dijelir sedikit. Selesai menyakitkan hati lelaki itu, doktor kembali diberi perhatian.
"Siap Hunny." Adam gumam perlahan walaupun bibir sedang tersenyum memandang doktor.
Sampai saja di rumah, Adam terus merangkul erat Kayla dari arah belakang bila perasan isterinya itu seperti cuba untuk mengelak.
"Oh. Sedap ya buat mimik muka dekat Hubby dekat klinik tadi? Dekat situ Hunny boleh la buat. Sekarang Hubby nak kerjakan Hunny habis-habisan."
Wajah Kayla dicium bertalu-talu. Terkial-kial tangan wanita itu menahan bibirnya dari terus merayap. Sambil menolak sambil ketawa tidak henti.
"Hubby! Stop, please. Geli la."
Tidak cukup dengan ciuman, tangan pula menggeletek pinggang Kayla tanpa henti. Hilang suara wanita itu kerana banyak ketawa.
Makin lama pergerakan mereka makin ke ruang TV. Dan belakang lutut Kayla tersandung penghadap sofa. Tidak sempat imbang diri, dia memegang baju Adam dan menyebabkan lelaki itu turut jatuh ke sofa.
Adam menampung badan dengan menahan tangan dipermukaan sofa. Sebelah tangan lagi lincah menggeletek sekitar perut Kayla.
Kayla sudah kehabisan tenaga untuk gelak. Perut terasa senak kerana kuat ketawa. Terus tangan kasar Adam ditangkap kemas.
"Hubby stop, okey? Hunny minta maaf. Saja je tadi." Nafas naik turun dengan laju kerana kepenatan.
"Tahu takut? Buat lagi muka macam tadi. Memang habis kena cium dengan Hubby. Nak-nak pula bibir ni. Bibir ni- geram tahu tak." Bibir Kayla dicubit-cubit geram.
"Okey, okey. Hunny surrender. Huh! Penatlah gelak. Hubby la ni. Kesian anak kita terganggu." Perlahan-lahan tangan mengusap perut yang masih rata itu.
Perasaan ingin menjadi ibu semakin menggebu dalam diri bila sebaik saja dapat tahu usia kandungannya. Tidak disangka-sangka sudah sebulan lebiu usia kandungnya.
Sambil tersenyum, Adam pandang dalam wajah Kayla yang ralit mengusap perut itu. Kebahagiaan yang tak pernah dia impikan. Kebahagiaan bersama Kayla sebagai isteri dan bakal ibu kepada cahaya matanya.
"Kayla."
Kayla kerut dahi. Lama tidak dengar namanya meniti dilelaki itu.
"Dah lama Hubby tak panggil nama tu."
"Kayla Raihana. Thanks sebab sudi jadi peneman hidup Adam Firdaus." Redup memandang ke dalam anak mata isterinya. Pipi mulus diusap.
"Hubby tak sangka akan bahagia dengan kawan baik Hubby sendiri. Kawan yang selalu ada bersama Hubby. Bergurau kasar, cakap kasar. Tub-tub dah jadi wife and bakal anak Hubby nanti. Semua ni macam mimpi, sayang. Hubby tak sangka yang Hubby boleh cintakan Kayla Raihana. Gadis yang pantang dipegang dan disentuh dulu akhirnya dengan Hubby juga dia tunduk." Ucap Adam ketawa kecil dengan tangan mencuit pucuk hidung mancung isterinya.
Kayla tersenyum tidak lekang mendengar luahan itu. Leher Adam dipaut agar lelaki itu rapat dengannya.
"Hunny lagi tak sangka, lelaki yang Hunny cinta dalam diam Hunny dah boleh peluk macam ni. Lawak, kan?"
"Ini jodoh, sayang. Sayang Hubby pada Hunny dulu hanya sekadar kawan baik. Now-"
"Now?" Pintas Kayla menyoal tidak sabar.
Dahi isterinya dicium lama.
"Now you're my soul, queen of my heart and mom of my child. Sayang Hubby pada Hunny melebihi segalanya. Sayang, Hubby tak janji yang Hubby boleh jadi suami yang terbaik. But i'm promise, i'll try my best to be a good husband and father. I'll give all my affection and love. I'll protect you every seconds of mylife. Hold you tight in my hug and say-" Wajah dirapatkan lagi. "
"I love you Hunny." Pipi itu dicium pula lama.
Kayla ketawa kegelian kerana tiba-tiba Adam meniup perlahan telinganya disebalik tudung yang masih tersarung.
"I love you too."
"In your single day and every seconds?"
"Yes. I will my dear husband. Hunny doakan Hubby boleh jadi husband yang terbaik. Protect our family especially our child. Hubby percaya tak yang kita tak lama lagi akan ada anak?"
"I feel like in dream, sayang. Iyalah, kita kawan baik tiba-tiba boleh pula kahwin and dah nak ada anak." Adam tergelak dengan lawak sendiri.
"Kan? Hubby la ni. Gatal!"
"Eh? Bukan Hunny dulu ke yang mulakan? Hubby ni memang dari dulu tak boleh tahan tengok Hunny."
"Dari dulu?" Hairan bila Adam berkata begitu. "Apa maksud Hubby?"
Soalan Kayla dibalas ketawa kecil dari Adam. Bibir Kayla disentuh lembut.
"Kalau Hunny nak tahu, dan kalau Hunny masih ingat masa Hubby tolak Hunny masuk dalam bilik lepas Hubby tahu Hunny keluar dengan Haris tu. Ingat tak?"
Kayla mengangguk polos.
"Hubby sandar Hunny dekat dinding, kan? Sebenarnya, Hubby hampir out of my control. Hati Hubby terjentik nak cium bibir ni. Bibir yang banyak bercakap dan menjawab setiap patah yang Hubby katakan. Dalam bilik tu ada kita dua je. Nasib baik Umi sempat ketuk bilik tu. Kalau tak, mesti sampai sekarang sayang benci Hubby."
Terkedu.
Jadi? Adam pernah nak ambil kesempatan terhadap dia?
"But now, setiap saat pun Hubby boleh kiss this my admire lips."
Ya. Dia mengaku dia pernah hilang kawalan bila berduaan dengan Kayla di dalam bilik isterinya itu. Tidak tahu datang dari mana. Mungkin disebabkan rasa amarah dan cemburu kerana Kayla keluar bersama Haris.
"Ad- admire?"
"Yes. Sayang tak sedar ke? Tak sedar bila setiap kali kita bercakap Hubby pandang dekat mana?"
Kayla mula ternganga. Laju tangan memukul dada bidang itu.
"Eii! Pervert betul! Nak cakap dekat Umi yang Hubby memang nak ambil kesempatan!"
"Eleh. Cakap saja la. Umi pun tak kesah sebab benda tu dah lepas. Sekarang ni menantu a.k.a anak angkat dia pun dah pregnant. Tapi, Hubby pelik."
"Why?"
"Ni tentang Lara. Hubby memang couple dengan dia every hours dengan dia. But tak ada la rasa macam tu. Bila dengan Hunny terus bibir ni yang Hubby pandang. Hunny guna apa eh? Bibir ni ada tarikan pula. Meh nak rasa sikit."
Belum sempat selamat mendarat di bibir Kayla, kuat isterinya menolak badan hingga jatuh ke lantai.
"Pervert lagi! Dah la. Nak pergi masak."
Adam bantai gelak sambil memegang dadanya. Laju berdetak setiap kali bersama Kayla. Kayla memang dijodohkan untuknya.
?????
"ALHAMDULILLAH. Kandungan Kayla sihat je, Umi. Umi janganlah risau." Kayla ketawa kecil mendengar bebelan dari Puan Zarina melalui panggilan.
Sudah hampir satu jam berbual bersama Puan Zarina. Uminya itu tidak henti-henti memberi nasihat dan peringatan agar kandungan dijaga dengan baik. Sambil berbual, perut yang sedikit membuncit diusap sayang.
"Ingat pesan Umi, Kayla. Jaga kesihatan, jaga diri dan yang penting jaga kandungan. Biar Adam je yang buat kerja yang berat-berat."
Sekali lagi Kayla ketawa.
"Umi ni risau sangat."
"Dah tentu Umi risau. Cucu pertama Umi tu."
"Kayla tahu. Tapi nanti Umi kena sama adil tau? Sayang anak Kayla dengan Adam jangan sampai abaikan kita orang pula." Usik Kayla sekadar bergurau.
"Eh, mana boleh. Cucu kena sayang lebih."
"Nak merajuk la macam ni."
"Tak apa. Nanti Adam pujuk la tu. Adam je pandai tundukkan menantu Umi ni. Kan?" Penuh dengan maksud tersirat, Puan Zarina mengujar.
"Okeylah. Umi letak dulu la. Adam tak balik lagi?"
"Belum. Kayla teringin nak makan aikskrim dekat tepi pantai tu. Maybe lama sebab pergi situ."
"Ya Allah. Rumah awak tu jauh dari pantai, Kayla. Bahaya tinggal seorang diri. Kayla tu pregnant."
"Tak apa Umi. Kejap je tu. Kayla boleh jaga diri sendiri la."
"Hmm suka hati la. Nanti apa-apa call Umi. Jaga diri. Umi letak dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Kepala digelengkan. Uminya itu risau terlebih. Padahal dia elok saja disini sendiri. Dia bangun dari birai katil hendak masuk ke tandas. Namun, bunyi sesuatu dari tingkat bawah mematikan niatnya.
"Hubby? Tapi tak ada dengar kereta masuk pun."
Tanpa syak apa-apa, dia berjalan keluar dari bilik dan secara berhati-hati setiap anak tangga dituruni.
"Hubby? Hubby dah balik ke?" Sampai ditingkat bawah. Kelibat suaminya dicari.
Dia mula berasa aneh. Aneh kerana pintu utama masih lagi tutup rapat dan berkunci. Baru dia ingat dia kunci pintu itu dari dalam. Dan jika Adam pulang, sudah tentu lelaki itu tidak boleh masuk.
"Hub- Hubby?" Walaupun yakin suaminya tiada dia tetap memanggil. Dia mula ketakutan.
Dia pusing ke belakang ingin naik dan masuk ke dalam bilik semula. Lebih baik dia menyorok dia dalam bilik sehingga Adam pulang.
Dia menoleh dan terus terpaku. Bibir terkunci rapat dengan mata membuntang memandang figuran di depannya. Tangan dan tubuh mula menggigil kuat.
"Hai, my princess."
Share this novel