Peluang untuk bahagia 1

Romance Completed 31764

1996,

HALAMAN rumah banglo milik Amir bergema dengan gelak ketawa kanak-kanak yang asyik bermain sesama sendiri. Sudah tidak dihirau dengan mulut-mulut orang tua yang melarang agar jangan bermain lari-lari. Risau kalau-kalau mereka semua terjatuh nanti.

"Adam. Baba cakap jangan kejar Kayla laju sangat. Tak dengar ke, nak?" Larang Amir dengan nada kuat sedikit. Anak sulungnya itu kalau dilarang perlahan-lahan tak akan pernah nak dengar. Kena juga suara miliknya atau isterinya naik senoktaf.

"Tak apa la Rul. Budak-budak biasa la." Tersenyum senang Khairul melihat Kayla, anaknya dapat bermain bersama Adam. Sememangnya anaknya itu rapat dengan Adam.

Dia dan Amir merupakan sahabat yang sudah lama berkawan. Oleh sebab itulah Adam dan Kayla juga turut saling rapat. Setiap kali hujung minggu, sama ada dia mengunjung ke rumah Amir atau Amir yang mengunjung ke rumahnya. Itu sudah menjadi rutin hari minggu mereka selain dari bercuti bersama.

"Aku suka tengok anak aku happy macam tu, Mir."

Khairul turut tersenyum melihat gelagat Adam dan Kayla yang saling bergurau senda. Adam menggeletek perut Kayla sehingga terbaring dibuatnya anaknya itu diatas rumput yang bersih. Ceria sekali bunyi suara kedua-dua kanak berusia 4 tahun itu.

"Aku harap aku dapat tengok dia tersenyum macam tu sepanjang hidup dia." Penuh harapan sekali Khairul berkata begitu. Matanya tidak lepas dari memandang Kayla dengan penuh kasih.

"Insha Allah, Rul. Kita sama-sama doakan anak-anak kita boleh tersenyum macam sekarang ini. Aku pun tak sabar nak tengok dia orang membesar sama-sama. Tak sabar nak tengok persahabatan dia orang nanti macam mana. Harap kekal macam kita la, kan?" Amir turut berharap perkara yang sama.

Walaupun kata-kata Khairul sedikit terasa aneh padanya, dia tetap membalas. Dia mula rasa ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi diendahkan saja. Mungkin perasaannya saja.

"Sayang, jangan berlari. Nanti jatuh." Syafia sempat menegur anaknya, Kayla yang asyik berlari sehingga hampir terlanggar dia yang sedang menatang dulang untuk dibawa ke meja di mana Amir dan Khairul duduk. Tergeleng sekejap kepalanya melihat kedegilan Kayla.

"Ala Ibu. Kayla nak lari je pun." Mulut comel Kayla menjawab bersama wajah masam. Terasa bila dia hendak berlari pun salah.

"Ibu takut Kayla jatuh, sayang."

Adam datang mendekati. "Tak apa Aunty, Adam tak akan bagi Kayla jatuh. Kan?" Bahu kanak-kanak perempuan itu diraih rapat dengan riak. Yakin bahawa yang dia akan menjaga Kayla. Padahal jaga diri sendiri pun tidak betul.

Syafia tergelak dengan jawapan Adam itu. Tidak padan dengan kecil, lagaknya seperti orang dewasa sudah.

"Iya la, nak. Jaga anak Aunty elok-elok ya?" Dilayan saja la anak-anak itu.

"Baik, bos!" Adam mengangkat tangan kanan dan diletakkan di tepi dahinya. Lagak seperti seorang askar tabit selepas mendengar arahan komander. Sejurus itu, Adam kembali mengajak Kayla bermain. Kali ini tidak berlari.

"Apa yang digelakkan tu Fia?" Muncul Zarina dari arah belakang bersama dua pinggan yang berisi kuih-muih. Gelak tawa Syafia boleh kedengaran hingga ke dalam rumah.

"Itu lah Rina. Anak kau tu."

"Adam? Kenapa?"

"Tak. Aku tegur Kayla jangan berlari nanti jatuh, lepas tu Adam datang cakap yang dia akan pastikan Kayla tak jatuh. Lepas aku pesan suruh jaga elok-elok tu, dia boleh tabit hormat dekat aku pula. Itu yang aku gelak. Macam-macam la anak kau. Mesti ikut kau, kan?" Syafia kembali ketawa sambil melangkah.

"Mana ada. Ikut Si Amir kawan baik suami kau tu la."

"Si Amir yang kau sebut tu suami kau, kan? Sedap rasa saja kau ni. Dah, cepat sikit jalan. Suami kita berdua tu dah dahaga dari tadi lagi sebab melarang Adam dengan Kayla tak henti-henti."

Mereka tiba dihadapan Khairul dan Amir. Dulang yang diletakkan beberapa gelas dan jag air diletak Syafia, kemudian dia mengambil tempat disebelah Khairul. Begitu juga dengan Zarina. Seusai diletaknya pinggan kuih-muih itu, dia melabuhkan duduk disebelah Amir.

"Rul. Kau tak rasa nak besarkan kita punya business ke?" Soal Amir bila tiba-tiba suasan jadi senyap dan sepi. Gelas yang sudah dituang air sirap dicapai sebelum air diteguk.

"Maksud kau?"

"Bina syarikat kita sendiri. Sampai bila kita nak jual kereta dekat kedai macam tu saja? Lagipun kita bukan tak ada modal. Okey tak cadangan aku?"

Khairul terdiam. Dia berfikir sejenak. Belakang lehernya digosok lembut. Kadang-kadang dia juga ada terfikir semua itu. Tetapi, usia perniagaan mereka masih lagi baru. Masih banyak lagi yang perlu dia dan Amir belajar. Dan, jika mereka berdua bina syarikat pasti mereka perlu akan hadapi banyak risiko lagi. Sekarang sudah banyak perniaga kereta yang menubuhkan syarikat sendiri. Banyak persaingan.

"Ha'ah la, Abang. Dah empat tahu Abang dengan Amir uruskan perniagaan kereta tu. Bukannya tak laku. Setiap bulan banyak saja dapat dan berapa kereta dan terjual. Lebih baik Abang dengan Amir tubuhkan syarikat sendiri. Bila dah ada syarikat lagi senang perniagaan tu nak maju. Kan, Rina?" Sedikit sebanyak Syafia tahu akan perkara melibatkan perniagaan. Dia dan Zarina la yang banyak membantu kedua-dua lelaki itu untuk terus bangun membuat perniagaan sendiri.

Zarina mengangguk. Setuju dengan apa yang dikatakan Syafia.

"Lagipun, kita kan dah ada rumah dan kereta sendiri. So, bagi aku dah tak ada masalah kalau kita nak besarkan perniagaan kita, Rul. Aku dah lama fikirkan tapi tunggu nak discuss dengan kau then tunggu kata putus dari kau. Aku okey saja."

Khairul tersenyum.

"Bagus cadangan kau. Aku pun ada terfikir benda yang sama. Cuma bagi aku masa sikit. Lepas tu kita buat apa yang kita rancang. Boleh?"

Tersenyum lega ketiga-tiga mereka yang mendengar. Sekurang-kurangnya mereka sudah hala tuju untuk memajukan lagi perniagaan mereka.

-------------------

ZARINA melangkah masuk ke dalam bilik tidur selepas memastikan Adam benar-benar sudah tidur di bilik anak lelakinya itu. Jika tidak dipaksa, memang tak la anaknya itu akan tidur dengan sendiri melainkan kalau Adam betul-betul mengantuk.

Dia melangkah ke arah katil dan memanjat. Comforter sehingga paras paha sebelum dia menyandarkan badan pada kepala katil seperti mana Amir sedang duduk sekarang. Diperhati suaminya yang asyik mengelamun. Sejak Khairul dan Syafia pulang petang tadi, suaminya itu diam saja. Banyak termenung.

"Awak." Tangan lelaki itu dipegang. Tindakkannya membuat Amir sedikit terkejut.

"Ya?" Zarina dipandang.

"Awak kenapa? Lepas Rul dengan Fia balik dari rumah kita, awak banyak termenung. Ada yang tak kena ke?" Hendak kata lelaki itu bergaduh dengan Khairul, mustahil. Kerana tadi elok saja berbual tentang business.

Amir berpeluh tubuh dan mengeluh. Matanya dihala ke hadapan.

"Entah la. Saya rasa macam ada yang tak kena dengan Rul tu."

Zarina mengerutkan dahi tidak memahami apa yang dikata suaminya itu. Pada pandangan dia petang tadi, Khairul baik-baik sahaja. Tiada pula nampak yang pelik pada lelaki itu. Malah lelaki itu banyak ketawa.

"Saya rasa dia biasa saja."

"Dia biasa bila awak dengan Fia muncul. Sebelum kau orang muncul, dia ada bercakap perkara yang boleh buat saya tak sedap hati and start fikir yang bukan-bukan." Memang Khairul menunjukkan wajah ceria. Tetapi kata-kata Khairul yang buat dia risau.

Zarina mengangguk perlahan. "Cuba awak cakap dekat saya apa yang awak rasa ada tak kena dengan dia."

"Mir, aku nak minta tolong dari kau, boleh?" Soal Khairul selepas Adam dan Kayla hilang dari pandangan mereka berdua.

Amir menjongket keningnya sebelah. "Apa? Muka tu jangan la serious sangat. Kau ni buat aku cemas betul." Tidak suka dia melihat wajah serius Khairul. Berbeza dari tadi yang ceria.

Buat seketika Khairul ketawa sebelum dia kembali serius. Wajah sahabatnya itu direnung. Matanya memandang dengan penuh harapan.

"Rul, cakap saja la. Jangan pandang aku macam tu. Tengok aku macam tak jumpa setahun." Tergeleng Amir dengan sikap aneh Khairul. Sebelum ini tak adanya nak pandang wajah dia sampai begitu.

Senyuman kecil terbaris dibibir Khairul. "Tak ada la. Saja aku nak pandang sahabat baik aku ni. Takut lepas ni dah tak ada peluang dah tengok kau."

Wajah Amir berubah tegang. Kata-kata Khairul menyentakkan dirinya. Hati mula tidak selesa dengan bicara itu.

"Kau cakap apa ni? Jangan nak melalut boleh tak? Heish dia ni! Cakap la apa yang nak aku tolong tu. Tak payah nak buat sad scene dekat sini. Tak ada camera nak tolong rakam." Dia cuba bergurau walaupun hati sudah meronta ingin tahu kenapa Khairul berbicara begitu.

Gurauan dari Amir mampu membuat Khairul ketawa perlahan.

"Kau ni sempat lagi buat lawak."

"Aku cakap benda betul. Cepat la cakap, kalau aku boleh tolong aku tolong. Aku kan sahabat kau. Tak ada sebab aku tak akan tolong kau. Cepat."

Sekali lagi Khairul merenung wajah Amir. Dia menunduk dan mengangkat wajah semula memandang awan sebelum Amir dipandang kembali.

"Aku nak amanahkan anak aku kepada kau." Dengan sekali nafas dia melepaskan hajatnya yang dipendam sedari tadi. Tidak tahu kenapa, dia rasa dia mahu mengatakan perkara itu. Selagi tidak disampaikan kepada Amir, selagi itu hatinya tidak senang dan tenang.

Amir terjeda. Matanya berkelip memandang Khairul. Kali ini hatinya tidak mampu menolak dan menepis lagi perangai aneh sahabatnya itu. Aneh!

"Rul, kau nak pergi mana? Kau jangan buat hal tinggalkan anak kau. Kau cakap kau nak tengok dia senyum sepanjang hidup dia. Yang nak tinggalkan dia kenapa?" Bertalu-talu dia menyoal dengan tidak sedap hati. Lain benar bicara Khairul kali ini.

Khairul mengeluh perlahan.

"Tak tahu la, Mir. Hati aku tak tenang selagi tak amanahkan kau tentang ni. Setiap malam aku terfikir tentang ni. Aku terfikir macam mana nasib Kayla nanti kalau ditakdirkan aku dengan Syafia tak ada. Sebab itu aku amanahkan kau untuk jaga anak aku bila aku dengan Fia tak ada nanti. Aku harap kau tidak akan tolak amanah yang aku sampaikan tadi, Mir. Hanya kau tempat aku bergantung. Kau tahu kan yang aku dengan Fia ni dibesarkan dirumah anak yatim? Kita orang tak ada tempat nak berharap selain daripada kau dengan keluarga kau." Sayu sekali Khairul berbicara. Suaranya juga mengendur.

Amir bungkam. Lidahnya menjadi kelu. Tidak terbalas apa yang dikatakan Khairul itu. Jantungnya juga mula berdegup tidak stabil. Dia mulai risau akan Khairul itu.

"Mir? Boleh tak?"

"Bo-boleh, Rul. Untuk kau, aku sanggup buat apa saja. Aku janji aku akan jaga anak kau macam mana kau jaga anak aku. Anak kau dah aku anggap macam anak aku. Aku tak akan abaikan dia. Tapi-" anak mata Khairul ditatap. "Kau cakap dekat aku, kau nak pergi mana sampai kau kena tinggalkan Kayla dekat aku?"

Soalan Amir menghadirkan senyuman Khairul. Kepalanya digelengkan.

"Tak ada ke mana, Mir. Cuma aku buat persediaan awal takut-takut aku dijemput awal."

Mahu membalas bicara Khairul, tetapi terdengar suara Syafia dan Zarina yang menghampiri Amir batalkan saja niatnya. Hatinya mula tidak sedap. Sangat risau dengan Khairul. Khairul bikin dia panasaran!

Zarina terdiam mendengar cerita dari Amir. Dia juga terfikir dengan bicara Khairul. Jauh dia mengelamun. Dia ada terlintas akan sesuatu, tetapi cepat-cepat dia hapuskan dari mindanya.

"Nauzubillah."

Mendengar ucapan itu dari bibir isterinya, Amir berpaling memandang Zarina.

"Kenapa?" Dia bertanya hairan.

Tidak mahu Amir turut berfikir perkara sama dan menjadi risau, Zarina hanya menggeleng. Dia tidak mahu Amir tertekan memikirkan perkara ini kerana dia tahu betapa sayangnya suaminya terhadap Khairul. Berkawan sejak zaman sekolah menengah dan berjaya bersama-sama. Banyak kenangan antara dua lelaki itu. Dia tidak mahu buat suaminya kecewa dengan apa yang terlintas difikirannya sebentar lagi.

Bahu Amir digosok perlahan. Menenangkan suaminya yang nampak keresahan sangat.

"Dah la. Maybe Rul saja cakap macam tu sebab dia nak awak jaga anak dia bila dia tak ada dekat sini. Tak ada apa la. Jangan risau sangat. Kan, Rul kalau dia nak pergi mana dia always cakap dekat awak. Mana tahu lepas ni dia nak pergi bercuti dengan Fia, dia suruh la kita jagakan Kayla. Mungkin itu maksud dia. Awak jangan fikir yang bukan-bukan pula. Tak baik." Bersungguh-sungguh dia memberi kata-kata yang menyenangkan Amir. Walaupun dia sendiri tengah risau sekarang.

Amir mengeluh. Haraplah apa yang dikatakan isterinya itu benar belaka. Dan apa yang dia rasa itu tidak benar. Dia sayangkan Khairul. Sudah dianggap Khairul itu seperti adik beradiknya sendiri. Keluarganya juga sudah menganggap lelaki itu separuh dari keluarganya. Semua sayangkan Khairul. Dan dia tidak mahu Khairul tinggalkan dia dengan persahabatan mereka begitu saja. Dia belum puas berjaya dan bahagia dengan sahabatnya itu.

---------------

ANAK tangga dijejak turun satu persatu dengan perlahan dan penuh berhati-hati. Kaki kecil montel itu terus berlari laju apabila sudah sampai di tingkat bawah. Sang Ayah yang asyik melayani rancangan pada dada skrin TV itu dihampiri bersama senyuman comel dibibir.

"Ayah!" Perut si Ayah diterkam kuat sehingga terjerit Khairul. Perut yang terasa senak dipegang. Sekecil mana pun anak itu, bila diterkam dengan kuat begitu agak sakit juga.

Kepala Kayla diusap sayang.

"Kayla, kenapa buat Ayah macam ni? Sakit la, sayang. Kayla tak sayang Ayah ke? Hrmm?" Kayla di ambil dan didudukkan ke atas ribaannya. Pipi comel itu dikucup sayang.

"Soey (sorry), Ayah. Kayla aje je buat." Pipi Khairul dielus lembut oleh Kayla. Pipi itu dicium tanda dia meminta maaf.

Khairul tersenyum lebar. Itulah sikap anaknya setiap kali bila buat salah. Tentu pipi yang menjadi sasaran tanda anak itu meminta maaf. Senang hatinya melihat Kayla yang membesar dengan pintar sekali. Cukup sekali anak itu diajar, Kayla sudah mampu ingat sendiri.

"Ibu mana?"

"Kat atas. Tengah solat. Ayah."

"Ya, sayang. Nak apa?" Mengerti la Khairul dengan suara manja anak daranya yang seorang itu. Pasti ada saja yang hendak diminta.

"Kayla nak engok cite artun, boleh?" Bersinar-sinar matanya memandang Khairul dengan penuh berharap.

"Boleh la Ayah." Baju hadapan Khairul mula ditarik-tarik bila ayahnya itu hanya buat tidak tahu permintaan darinya.

"Ayah!" Dia mula menjerit geram. Khairul sengaja buat tidak dengar.

Khairul tergelak. Tahu kesabaran anak kecil itu mula berkurang.

"Ayah nak tengok cerita Ayah la, Kayla. Esok saja la tengok kartun, ya?"

"Tak nak! Nak sekarang ugak! Tak nak kawan dengan Ayah." Segera Kayla memeluk tubuh diri sendiri. Dia berpaling ke arah sendiri.

Jika tadi wajah Khairul ceria dan gembira saja, sekarang wajahnya mula berubah sayu. Wajah Kayla dipandang puas-puas bagaikan dapat membuat dia lepaskan rindu untuk selamanya pada anak tunggal anaknya itu. Dia tersenyum hiba.

"Kayla jangan manja sangat tau, nak? Nanti Ayah tak ada nak layan manja anak Ayah ni." Suara sebak cuba dikawal. Entah kenapa dia berasa sayu saja bila merenung wajah Kayla. Hati ini terasa berat sangat.

Kayla yang tidak mengerti terus mengerutkan dahi kecilnya. "Nape Ayah cakap macam tu?"

Air mata yang hampir menitis kerana mendengar suara comel dan polos itu diseka sebelum menitis laju di pipinya. Tidak mahu Kayla dapat mengesan kesedihannya yang tidak tahu puncanya apa. Nanti jenuh dan lenguh mulutnya ingin menjawab setiap persoalan anak dara itu. Mulut seperti bertih jagung.

Rambut yang menutup separuh mata Kayla ditepis sedikit. Ciuman dilabuhkan pada dahi Kayla.

"Tak ada apa, sayang. Saja Ayah cakap macam tu. Tadi kata nak tengok cerita kartun kan? Meh Ayah bukakan." Remote control dicapai dan channel Astro Ceria dibuka. Kayla diletakkan ditepinya. Dia bangun dan menuju ke dapur kerana dia tahu Syafia berada didapur sebaik saja turun ke bawah sebentar tadi. Dia nampak kelibat wanita kesayangannya itu.

Pinggang Syafia dirangkul. Bahu Syafia sedikit terhinjut kerana terkejut memandang wanita itu membelakangi dirinya. Epal yang dihiris isterinya dipandang sekilas.

"Fia. Abang rasa tak sedap hati la lately ni." Mahu berkongsi rasa memberat di dalam hatinya bersama Syafia. Hanya Syafia yang dapat menenangkan dirinya daripada terus gelisah begini. Bahu wanita itu dikucup.

"Tak sedap hati macam mana tu, Abang? Cuba cakap." Syafia membalas. Kerja menghiris epal tetap dia teruskan. Tiba-tiba pula rasa nak makan buah.

Khairul mengeluh. Sukar sekali dia mahu bercerita kerana dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu meluahkan apa yang dia rasa. Dia rasa akan ada sesuatu yang berlaku kepada dirinya. Bahkan, kepada isterinya juga. Dia dapat rasa sesuatu itu adalah melibatkan mereka suami isteri. Oleh kerana itu dia amanahkan Amir untuk menjaga anaknya.

Syafia mnegerutkan dahinya.

"Abang?"

"Hati Abang ni rasa berat sangat, sayang. Rasa macam ada sesuatu yang akan berlaku dekat kita berdua. Bila terfikir tentang itu Abang jadi risau dengan keadaan anak kita. Abang risau kalau kita berdua akan tinggalkan dia keseorangan." Air mata yang ditahan ketika bersama Kayla tadi sudah pun mengalir keluar dengan laju sekali. Pelukan pada isterinya dikemaskan. Cuba menyalurkan kekuatan kepada diri sendiri.

Hirisan epal terhenti. Syafia terkaku. Bibirnya terkatup rapat dan lidah terkelu. Dia jadi begitu kerana bukan suaminya saja yang berasa begitu. Dia juga sedang melalui perkara yang sama. Dia rasa apa yang Khairul rasa. Rasa hati yang memberat bila terkenangkan anak mereka. Rasa resah dan risau bila memikirkan nasib Kayla. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini dia hanya terbayang bagaimana jika ditakdirkan dia dan suaminya tinggalkan Kayla. Bagaimana nasib anaknya nanti?

Tangan yang merangkul pinggangnya dari belakang dipegang dengan terketar-ketar. Bila mendengar apa yang suaminya lalui, tiba-tiba dia jadi takut. Dia cuba untuk menenangkan suaminya walaupun dia merasai perkara yang sama.

"Abang, kenapa cakap macam tu? Ki-kita tak akan tinggalkan Kayla, Abang. Dia satu-satunya anak kita dan kita saja yang dia ada dalam hidup dia, Abang. Kita tak akan tinggalkan anak kita." Kepala ditoleh ke kanan bagi memudahkan dia memandang wajah Khairul yang berada di bahunya. Pipi lelaki itu dipegang. Dia turut menangis melihat Khairul yang sudah mengalirkan air mata.

"Abang tak sedap hati, Fia. Hati ni sentiasa rasa resah dan gelisah bila Abang fikirkan anak kita."

"Ya, Fia tahu. Fia faham. Abang perbanyakkan doa dan baca Quran, ya? Mungkin hati Abang akan lebih tenang lepas ni. Buat solat tahajud setiap malam. Buat solat hajat agar hati Abang tenang dan fikiran Abang jauh dari fikir perkara yang buruk. Ya, Abang?" Syafia berpusing menghadap Khairul. Wajah yang sudah dibasahi air mata itu diseka. Dia yang menyeka air mata, dia juga yang menangis. Dahi suaminya dikucup.

"Abang jangan macam ni, ya? Hati Fia tak tenang tengok Abang macam ni. Kita sama-sama berdoa agar Allah bagi kita peluang untuk tengok anak kita membesar dengan bahagia. Ya, Abang?" Khairul yang semakin teresak memaksa dia untuk menarik lelaki itu ke dalam pelukannya. Keadaan suaminya menghadirkan rasa sayu dihatinya. Tidak pernah dia melihat lelaki itu menangis sehingga sebegini rupa.

Ya Allah, panjangkanlah umur kami suami isteri. Bagilah peluang kepada kami berdua untuk melihat satu-satunya anak kami membesar di depan mata kami. Berilah peluang kepada kami untuk menjaga amanah yang telah Engkau berikan kepada kami berdua. Sesungguhnya aku dan suamiku tidak sanggup meninggalkan dia seoorang diri di atas muka bumi-Mu ini buat masa sekarang, Ya Allah. Dia hanya ada aku dan suamiku disisinya, Ya Allah. Panjangkanlah umur kami.

Syafiq berdoa di dalam hati dan menangis semakin kuat. Khairul dipeluknya erat. Rasa sebak yang bertandang di hati sudah tidak dapat dibendung lagi. Apatah lagi melihat lelaki yang dia sayangi menangis begini membuatkan dia turut berasa lemah.

"Abang sayangkan Fia dan Kayla, sayang. Abang tak sanggup nak berpisah dengan kau orang berdua." Ucap Khairul dalam tangisan yang sudah mula teresak-esak. Tepi kepala isterinya dicium lama. Ini adalah peluang untuk dia menangis sepuas-puasnya. Tidak mahu dia mengalirkan air mata dihadapan Kayla.

Hanya satu dia minta, semoga dia dan Syafia sempat menjaga dan mendidik Kayla sehingga besar dan menjadi manusia yang Berjaya di dunia dan akhirat. Tetapi kalau sebaliknya, dia cuma berharap kehidupan Kayla sudah diatur dengan baik. Sebolehnya dia tidak mahu Kayla menerima nasib seperti dia dan Syafia yang ditinggalkan di rumah anak yatim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience