Peluang Untuk Bahagia 22

Romance Completed 31764

"RYAN! Buka pintu ni! You jangan nak mengelak daripada I! Buka!" Pintu rumah diketuk-ketuk dengan kuat. Tidak hirau dengan jiran-jiran yang lain. Sekarang dia mahu lelaki bernama Ryan yang berada di dalam rumah itu keluar dengan lekas saja. Ada perkara yang sangat penting untuk dia bincang dengan lelaki itu.

"Ryan!" Tepiknya lagi. Nafas sudah turun naik menahan amarah yang memuncak.

"Ry-"

"Apahal datang memek- Lara?" Muncul seorang lelaki disebalik pintu sebaik saja daun pintu dibuka dari dalam. Wajah lelaki itu berkerut seribu memandang Lara dihadapannya.

"Lara, what are you doing here and how you dapat tahu I tinggal dekat sini?"

"Tepi!" Tanpa mengendahkan soalan Ryan, Lara terus menolak kasar daun pintu dan merempuh badan Ryan untuk dia masuk ke dalam rumah. Keadaan rumah diperhati bersama senyuman sinis.

"Sejak bila you pindah sini? And why you pindah? Nak lari dari I? Takut I cari you sebab nak tuntut janji you tu?" Sinis sekali dia menyoal. Dipandang saja Ryan yang terpinga-pinga dihadapan pintu. Baru 3 bulan dia balik Malaysia, lelaki itu sudah berpindah rumah.

Ryan menutup pintu dan menapak mendekati Lara yang berpeluk tubuh. Tangan diseluk ke dalam kocek seluarnya.

"Apartment dulu ada penyewa baru. I terpaksa pindah."

"Penyewa? Bukan ke you cakap tu apartment you? You tipu I?" Semakin mara kemarahan Lara bila dapat tahu dibohong Ryan. Mati-mati lelaki itu mengatakan Appartement Palais Royal II itu adalah milik lelaki itu dibeli sebaik saja lelaki itu menetap di Paris.

Ryan mendengus. Dengan malas dia membawa dirinya ke sofa dan selamba dia duduk disitu. Dibiarkan Lara berdiri memandang dia.

"Itu memang apartment I la. Salah ke I nak sewakan? You ni, bila sampai? Bukan ke sepatutnya sekarang you dah kahwin dengan Adam tu? Kekasih kesayangan you." Sebatang rokok yang tersedia diatas meja dicapai dan diletakkan dibibirnya.

Lara masih berpeuk tubuh. Dia mengeluh kuat.

"I- I tak jadi kahwin dengan dia."

"Why?"

Ryan didekati dan duduk disebelah lelaki itu. Lelaki itu tidak rasa apa-apa ke? Biasa saja.

"Ryan. I- I ada something nak bagitahu you. Very important." Ujar dia dalam keadaan resah dan gelisah. Dia mula bermain dengan jarinya sendiri. Rasa gugup dalam diri semakin kuat. Bimbang jika Ryan bakal menghalau bila dapat tahu perkara penting ini.

Lelaki itu bersandar senang sambil menghembus asap rokok ke udara tanpa riak.

"Cakap je la. Yang you Nampak macam resah semacam kenapa?"

Lara semakin mendekati dirinya kepada Ryan. "Ryan, you tak rasa apa-apa ke kenapa I datang semula ke sini? You tak rasa pelik kenapa I datang Paris?"

Ryan berfikir sejenak.

"Rasa apa? Tak ada lah."

Lara mula buat muka mengongoi. Kepalanya digaru. Ryan seakan mendera hatinya sekarang! Dia resah, gelisah, gugup dan semua dia sedang rasa sekarang. Ryan buat seperti tiada apa yang berlaku diantara mereka berdua.

Tangan Ryan dicapai. Dan lelaki itu hanya membiarkan.

"Ryan, you ingat lagi janji you pada I sebelum I balik Malaysia hari tu?"

"Ingat."

Dia lega. Ingatkan lelaki itu sudah lupa.

"You- you akan bertanggungjawab kan?"

Sejurus dengan itu Ryan memandang Lara disebelah dengan hairan. Wajahnya jelas terkejut dengan soalan itu. Cepat saja tangan ditarik dari pegangan Lara dan mula berganjak sedikit dari Lara.

"Bertanggungjawab? Bertanggungjawab apa maksud you?"

"Ryan-" Lara cuba meraih kembali tangan Ryan, tetapi lelaki lebih cepat berdiri menjauh darinya.

"Tak. Sekarang apa maksud you? Bertanggungjawab apa ni?"

Lara mendiri. Dia menggenggam tangan sendiri cuba mencari kekuatan. Harap Ryan terima apa saja yang bakal dia katakan.

"Ryan, I- I- I pregnant."

"What?! What the hell are you talking about right now?! You tipu kan? You bergurau dengan I. Kan?" Panas telinga Ryan serta merta. Dia mula tidak senang duduk. Ke hulur ke hilir dia bergerak. Berita apa ni? Tak. Bala apakah ini?!

Melihat reaksi dari Ryan jadikan Lara semakin gelisah dan takut. Inilah yang dia risau dan bimbang selepas dia memberitahu Ryan perkara sebenar. Tujuan dia balik semula ke Paris juga disebabkan ini. Dia terpaksa meninggalkan Adam dengan cara yang tidak jelas. Terpaksa batalkan perkahwinan dia dan Adam kerana perkara ini. Dia sendiri juga terkejut selepas dapat tahu yang dia sedang mengandung sudah hampir 3 minggu!

Dua hari sebelum dia mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan dan membawa diri ke Paris, dia telah membuat pemeriksaan air kencing. Punca dia berbuat demikian kerana sudah 3 minggu periodnya tidak datang. Disitu dia mulai bimbang dan fikir yang bukan-bukan. Dan bila dia buat pregnancy test, keputusannya adalah positif!

Tidak lain tidak bukan anak yang dikandung hanyalah anak Ryan! Kerana lelaki itu yang menyentuhnya sebelum dia pulang ke Malaysia. Dia terus datang ke sini dan terpaksa batalkan perkahwinan dia dan Adam! Dia mahu menuntut janji dengan Ryan!

"I tak tipu, Ryan. Betul. I swear!"

"No! Kalau betul you mengandung, itu bukan anak I."

"Ryan! You jangan mengarut! Ini anak you. Sejak I datang sini, you yang pernah tidur dengan I. Dan, dekat Malaysia pun I tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki termasuk Adam! Ini anak you!" Lara meninggikan suara kerana geram. Sanggup lelaki itu tidak mengaku!

Ryan menyerabutkan rambutnya. Kemudian dia menggelengkan kepala laju. Tak! Tak mungkin.

"Macam mana you boleh pregnant? Bukan ke you ambil pil?Lara, bukan sekali kita tidur sama-sama, banyak kali. Banyak kali. Tapi you tak pernah mengandung pun. Kenapa bila last kita bersama, you pregnant? Atau- you skip?! You skip, kan? Cakap!"

Lidah Lara terkelu. Bibirnya terketar-ketar. Takut melihat Ryan seperti mengamuk itu.

Bahu Lara mula dicengkam kuat memaksa gadis itu menjawab soalannya. Dia mengetap gigi.

"Cakap Lara!"

"Ya! I skip! Puas hati?!

Pang!

Terduduk Lara di atas sofa selepas dapat tamparan yang hebat dari Ryan. Lelaki itu dipandang dengan mata memerah kerana mahu menangis. Tidak pernah dia ditampar sesiapa pun!

"Kau degil kenapa? Aku dah cakap terus makan lepas aku sentuh kau! Inilah padahnya!"

Lara mula menangis teresak-esak. Pipi yang berpijar kerana ditampar dia pegang sambil mata memandang Ryan. Lelaki itu telah berubah setelah dia menjauh. Dulu Ryan tidak berkasar dengannya kerana itu dia mudah terpedaya sehingga sanggup menyerahkan tubuhnya sedangkan dia adalah tunangan Adam. Dia merelahkan segala yang dilakukan oleh Ryan kepada dirinya tanpa fikir tentang Adam. Tetapi, ini yang Ryan balas. Ryan tampar pipinya hanya kerana dia mengandung!

"I lupa. I lupa!"

"Aku nak kau gugurkan!"

Terus Lara tercengang. Dia mula berdiri semula berdepan dengan Ryan.

"You janji you nak bertanggungjawab kalua I pregnant!"

"Kau tu yang bodoh percaya cakap aku. Eh! Aku ni lelaki. Dah sah-sah la aku akan cakap macam tu sebab nak dapatkan kau. Kau tu yang goda aku sangat. Jadi, salah siapa sekarang?"

Lara ketap bibir. Tangannya menggigil mengumpul kemarahan. Dengan segala kekuatan, dada Ryan dipukul kuat. Sekuat hatinya.

"Penipu! Penipu! Kau tahu tak aku sanggup batalkan perkahwinan aku dengan Adam sebab kandungan ni? Aku percaya yang kau akan bertanggungjawab! Pengecut!" Berkali-kali dada itu dipukul mengikut kemarahannya. Tidak endah dengan rasa sakit pada Ryan kerana lelaki itu mula mengaduh.

"Weh! Gila ke?! Sakit tahu tak?!" Tepik Ryan kuat. Pukulan Lara sangat kuat sehingga sengal rasa dadanya.

"Kau yang buat aku gila! Aku mengandung kau tahu tak?! Mengandung sebab kau!" Lara mula mengamuk tidak ingat dunia. Dia seperti dirasuk hantu. Matanya merah kerana geram dengan Ryan.

Tidak semena-mena Ryan ketawa besar. Tangan Lara yang tidak henti memukul segera dipegang kemas dan dia mendekatkan wajah pada Lara.

"Kau tu yang tak ada akal, Lara. Cuba kau fikir balik. Patut ke kau izinkan aku tidur dengan kau sedangkan kau tu tunang orang? Kau sepatutnya jaga diri kau sebagai tunang orang. Ini tidak, kau makin goda aku ada lah, kan?" Dia tersenyum sinis. "Sekarang-"

Tangan Lara dilepas kasar, Wajah bertukar bengis.

"Aku nak kau gugurkan!"

"Tak nak!"

"Aku cakap gugurkan! Kau jangan degil. Aku tak nak ada anak dengan perempuan macam kau! Curang!"

Jika tadi Ryan menampar Lara, kini sebaliknya. Lara pula yang menampar Ryan kuat sekali sehingga terteleng kepala lelaki itu ke kiri.

"Kau dah rosakkan aku. Sekarang kau nak aku gugurkan? Aku nak kau bertanggungjawab!"

"Macam mana? Kahwin dengan kau? Dalam mimpi! Aku nak kau gugurkan!"

"Kau pekak ke?! Aku cakap tak nak, tak nak!"

Ryan terangguk-angguk. "Baik! Kau tak nak kan? Mari aku paksa kau." Tubuh Lara diangkat tanpa amaran.

Wajah Lara berubah pucat dengan tindakan drastik Ryan. Hatinya mula tidak sedap dengan tindakan itu. Jangan Ryan apa-apa kan dia! Dia mula menggoyangkan kaki agar dapat melepaskan diri.

"Lepaskan aku! Turunkan aku!"

"Cara ni dapat buat kau gugur." Laju langakah diatur menapak ke dalam bilik dan badan Lara dihempas ke tilam. Dia merangkak naik.

"R-Ryan! Kau nak buat apa?!" Cuak. Lara cuak!

"Shh! Diam, sayang. I'll help you to send our child into paradise."

"Ryan, no!"

--------------

KAYLA membuka matanya perlahan-lahan kerana tidur terganggu dengan suara mengigau yang masuk ke dalam mimpinya. Bila dia dengar betul-betul, suara itu bukan datang dari mimpi tetapi realiti. Suara itu berada di sebelahnya. Tubuh dipusing ke sebelah kiri, serta merta dia berubah cemas bila melihat orang sebelah meracau manakala mata masih terpejam. Sah, mengigau. Kayla bangun dari baringan dan dia merapati Adam.

"Adam. Adam. Bangun. Kenapa ni?" Tidak berani menyentuh, hanya nama yang dipanggil. Namun tidak berkesan.

"Adam!" Kali ini ditinggikan sedikit suaranya.

Kepala Adam bergerak ke kiri dan ke kanan. Matanya terpejam rapat serta peluh merinik keluar dari wajah. Lelaki itu seakan bermimpi benda mengarut.

Perlahan dan teragak-agak tangan bergerak menyentuh bahu Adam. Bahu itu digoncang perlahan. Risau hatinya melihat Adam begitu.

"Adam, bangun."

Makin kuat Adam meracau.

"Lara! Lara!"

Bagai hendak gugur jantung Kayla saat nama Lara meniti dibibir Adam. Perasaan risau yang baru menjengah terus hilang bila sedar sebab apa lelaki itu meracau. Sampai begitu rupa perasaan sayang dan cinta Adam terhadap Lara. Dalam tidur pun masih menyebut nama gadis itu. Rasa sedih makin menusuk kalbu. Dulu, dia tidak terlalu mengambil hati kerana dia bukan siapa-siapa dalam hidup Adam. Namun sekarang secara langsung dia termakan hati kerana dia adalah isteri kepada Adam walau banyak mana sekali pun dia menolak rasa sedih itu.

Perkahwinan yang dibina atas sebab dia terpaksa menggantikan Lara sudah pun seminggu berlalu. Usia perkahwinan dia dan Adam baru saja seminggu. Tetapi, dia sudah dapat melihat perubahan Adam. Lelaki itu seakan mula dingin dengannya. Bercakap pun sudah jarang. Kadang-kadang Adam pulang lewat dari tempat kerja dan dia tahu Adam sengaja buat demikian kerana tidak mahu berjumpa dengannya.

Sedih?

Tentu sekali.

Tahu, mereka berkahwin sebab keadaan yang memaksa. Tapi Adam tidak patut layan dia dengan dingin. Biarpun dia perasan Adam cuba untuk bersikap biasa dengan dia, tetapi kedinginan dari lelaki itu dapat dia rasa. Cara percakapan Adam juga sudah berbeza. Jarang bergurau dan mengusik. Wajah Adam tak usah dicakap. Serius memanjang. Sakit matanya melihat.

Geram kerana Adam masih belum sedar, dia terpaksa buat cara lain. Nafas ditarik dalam.

"Muhamad Adam Firdaus bangun!!!!!"

Dengan sekali jeritan, terus badan Adam tegak terduduk di atas katil. Matanya terbuka luas. Nafasnya terhenti sekejap kerana terkejut bila terbangun dari tidur begitu. Jeritan yang sangat nyaring sehingga tersedar dia dari mimpi.

"Alhamdulillah! Bangun pun."

Kayla sebelah dipandang.

"Kau kenapa terjerit-jerit malam buta macam ni?"

"Hah?! Kau tanya aku? Eh! Kau tu, terjerit-jerit nama Lara malam-malam macam ni tak apa pula?" Bengang Kayla bila dia hendak tolong lelaki itu, dia pula yang dimarahi semula.

Adam terkedu.

"Aku sebut nama Lara?"

"Kau- me-ngi-gau. Sampai aku nak tidur tak boleh. Kau tu nasib baik aku nak kejutkan. Ikut hati aku ni nak biar je kau terjerit macam orang kena rasuk. Bingit tahu tak?"

Lelaki itu dijeling. Orang tengah sedih boleh pula ditambah dengan sakit hati kerana dimarahi begitu. Dia kejut lelaki itu pun sebab telinga dan hati tidak dapat tahan bila bibir Adam asyik menyebut nama Lara saja. Sakit hati! Sedih! Kecewa! Semua ada la!

Malas bergaduh mulut, Kayla merebahkan dirinya semula dengan membelakangi Adam. Berdosa? Dia tahu. Tetapi malas menghadap muka lelaki itu. Buat sakit hati saja.

Adam membisu saja. Dia berkhayal selepas Kayla mengatakan dia mengigau sebut nama Lara. Baru dia ingat, memang dia sedang bermimpikan Lara. Dia bermimpi Lara sedang berada di dalam bahaya dan menyebut-nyebut namanya.

Dada berdebar dipegang.

"Apa yang berlaku pada Lara?"

Walaupun dia berbicara sendiri dan menggumam, Kayla yang masih belum terlelap dapat mendengar. Perlahan-lahan air mata jatuh mengalir dipipi. Sakitnya bila diduakan begini. Lagi sakit bila tahu Adam masih lagi sayangkan Lara biarpun gadis itu telah meninggalkan Adam pada hari perkahwinan.

Kau sayang sangat dekat dia sampai kau tak kesah apa dia buat pada kau, Adam.

Tidak mahu terus layan perasaan, dipejam mata serapat-rapatnya agar dia terlelap dengan segera. Tidak mahu dengar Adam bercakap sendiri lagi tentang Lara. Cukuplah hatinya terhiris diwaktu malam begini.

----------

KERUSI ditarik keluar dari bawah meja, Hanan segera melabuhkan duduknya disitu diikuti Kayla yang mengambil tempat berhadapan dengan dia. Hanan mempelawa Kayla untuk makan tengah hari bersama memandangkan sudah lebih seminggu mereka berdua tidak bertemu semenjak Kayla tinggal di rumah Adam. Hanya masa-masa begini saja mereka dapat lepak dan keluar bersama.

Sebaik saja mereka duduk, pelayan segera datang mengambil pesanan dan berlalu selepas Hanan dan Kayla siap membuat pesanan untuk makan tengah hari.

"So, how's your life after being in someone's wife? Happy tak?" Sengaja Hanan soal begitu. Kening diangkat-angkat tanda mengusik.

Hilang mood Kayla bila soalan itu menjengah kotak fikirkannya. Gembira? Gembira sangat bila Adam makin buat dia seperti tidak wujud dalam hidup lelaki itu! Gembira sangat bila dilayan seperti musuh! Gembira sangat bila dilayan dingin! Gembira sangat lah!

"Biasa je."

"Heih! Dengar macam tak happy je. Kenapa? Adam buat apa dekat kau? Dia buli kau? Dera kau? Kau bagitahu je aku, senang aku nak sound mamat tu. Berani dia buat kau macam tu lepas paksa kau kahwin dengan dia semata-mata nak gantikan Lara. Tak ada otak punya manusia. Huh!"

Terus berubah angin ingin mengusik. Hanan diserbu rasa marah bila wajah Kayla cukup menjelaskan segalanya. Dia tahu Kayla tidak gembira dengan perkahwinan yang dijalani. Dia juga tahu bukan itu kemahuan Kayla walapun Kayla cintakan Adam.

"Ish kau ni. Tak ada la sampai buli atau dera aku. Cuma, kau tahu kan Adam tu cinta sangat dengan Lara tu. Even Lara buat dia macam tu, dia still cintakan Lara. Setiap malam meracau sebut nama Lara. Aku ni- hmm. Jujur aku cakap yang- aku kecewa, Hanan."

Kayla menghela nafas berat sebelum menyambung.

"Aku tahu sebab apa dia kahwin dengan aku. Tapi- aku tak tahu la nak cakap macam mana. Dia macam buat aku bukan sesiapa kau tahu tak."

"Maksud kau?"

"Okey. First, aku nak cakap aku bukan buka aib suami sendiri. Tetapi sekadar mengadu. Aku tak tahan rasa sakit ni."

Bimbang kalau Hanan menuduh dia dalam diam dengan mengatakan dia sesuka hati saja buka aib suami atau rumah tangga sendiri. Tetapi dia memang tiada tempat mengadu. Dia sudah tidak tahan jika menangis seorang diri lagi. Dia tak kuat.

"Tak apa, Kayla. Aku faham. Teruskan. Luah je. Kalau kau nak menangis, teruskan. Aku setia beri pinjam bahu aku."

"Thanks. You're really my bestfriend ever."

"Pleasure. Now, teruskan."

Kayla tarik nafas. Sedia meluahkan segalanya.

"Dia layan aku dingin sangat. Setiap kali aku cuba nak bercakap dengan dia, mesti dia mengelak daripada aku. Aku terkilan. Dia buat aku macam tunggul. Aku tahu dia tak ada perasaan dekat aku. But, at least layan aku biasa-biasa boleh kan? Hati aku ni, hati aku menangis setiap kali dia sebut nama Lara even dalam tidur dia. Kau tengoklah betapa dia cintakan Lara." Suara mula bertukar sebak. Air mata bergenang.

Tangan Kayla dicapai. Hanan senyum nipis.

"It's okey. Lepas semuanya. Aku faham kau sakit."

"Aku rasa, dalam hati dia langsung tak ada ruang untuk aku isteri dia. Aku tak minta banyak. Cuma jangan layan aku macam aku ni teruk sangat. Aku- aku nak ikut cakap dia suruh kahwin dengan dia even i know aku akan semakin terluka. Lebih seminggu aku kahwin dengan dia, sikit pun dia tak pernah layan aku macam mana seorang isteri. Ya, aku faham dia masih cintakan Lara tapi tak perlu layan aku dingin sangat. Dia buat macam tu macam aku ni penyebab Lara batalkan perkahwinan dia orang." Air mata merembes keluar dengan laju. Semakin diseka semakin banyak keluar.

Hatinya cepat sangat robel bila bercerita tentang Adam. Terlalu sakit.

Hanan masih setia menunggu kalau-kalau Kayla mahu menyambung. Jatuh kasihan dia melihat keadaan Kayla menangis sebegitu. Terbukti bahawa Kayla menanggung derita di hati selepas menjadi isteri Adam. Ketika Kayla menjadi kawan baik kepada Adam pun banyak makan hati dengan Adam, inikan pula jadi isteri. Tentu lagi sakit.

"Kayla. Kalau kau tak dapat teruskan dengan semua benda mengarut ni, aku cadangkan kau buat keputusan berpisah dari Adam. Aku bukan apa. Aku tak sanggup tengok kau dera perasaan kau sendiri bila tengok Adam yang cintakan sangat Lara tu. Aku tak nak tengok kau sakit hati, Kayla." Ya. Cara itu lebih baik.

Kayla menggeleng. Terlalu awak untuk dia lakukan perkara itu. Perkahwinan tidak sampai sebulan sudah mahu berpisah. Tidak elok. Selagi dia mampu, dia bertahan. Berkat sabar tentu ada ganjarannya. Biarpun sakit, dia akan bertahan. Tapi, andai suatu hari nanti keadaan masih sama. Dia nekad ingin mengubah hati berpaling dari semua ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience