Peluang Untuk Bahagia 27

Romance Completed 31772

PINTU bilik ditutup dengan kuat sekali seiring dengan rasa panas dan sakit hatinya sekarang. Bersama langkah geram, Lara mendekati katil dan terus membaling beg tangannya ke tilam sehingga terpelanting jatuh ke lantai. Dia bercekak pinggang seraya menguak rambutnya ke belakang.

"Lain yang aku harap, lain yang jadi! Ini semua sebab kau Kayla!"

Penumbuk dikepal kuat. Dia bermundar mandir di dalam bilik. Otak ligat memikirkan cara apa yang perlu dia lakukan untuk singkirkan Kayla daripada Adam.

"I nak you bagitahu I macam mana Kayla boleh kahwin dengan you. And when kau orang berdua kahwin?" Lara bersoal sedikit keras. Dia buat begitu kerana Adam kelihatan agak susah untuk memberitahu dia tentang itu.

Adam menggelengkan kepalanya.

"Kenapa you nak tahu?"

"Sayang. You tanya I kenapa I nak tahu? Of course I nak tahu sebab you tunang I tapi you kahwin dengan orang lain. Nonsense! Tak masuk akal langsung."

Adam mendiamkan diri. Langsung tiada tanda-tanda yang dia akan membuka mulut menjawab pertanyaan dari Lara. Baginya, mudah saja. Lara hanya perlu fikir macam mana cara dia selesaikan hari perkahwinan mereka dulu. Tetapi nampaknya Lara langsung tidak pernah terlintas akan perkara itu.

"Adam. I tanya kan? Tolong jawab. I nak tahu."

Geram saja Lara melihat lagak biasa dari Adam itu. Boleh pula lelaki itu buat tidak tahu dengan pertanyaannya. Sejak bila Adam berubah jadi lelaki seperti itu?

Sebelum bersuara, sempat Adam mengeluarkan keluhan paling kuat.

"Macam ni la senang. Try you fikir sendiri macam mana I settle our problem masa hari perkahwinan kita. Kalau betul you care about me and still love me, you akan terfikir tentang perkahwinan kita yang tak jadi dulu. You akan fikir macam mana perkahwinan tu berlangsung even tanpa you."

Kata-kata Adam mengelukan Lara dari terus menjawab. Dia terfikir sejenak dengan apa yang dimaksudkan lelaki itu. Beberapa saat dia mula terfikirkan sesuatu yang tidak masuk akal baginya.

Adam dipandang dengan pandangan tidak percaya.

"Don't say yang you gantikan tempat I dengan Kayla? I am right?"

Tekaan Lara hanya dijawab dengan jongketan bahu dari Adam. Biarlah gadis itu berteka sendiri.

Lara tidak senang duduk.

"Sayang please say something. Betul ke apa yang I teka ni?"

Sekali lagi Adam menjongket bahu.

"Kalau itu yang you fikir...betul lah."

Pada tika itu api kemarahan dan kebencian kepada Kayla semakin membuak-buak. Tidak tahukah Adam betapa dia bencikan Kayla? Kenapa pula Kayla yang mesti menggantikan tempatnya sebagai pengantin perempuan pada hari perkahwinannya?

Gigi diketap kuat.

"Kurang ajar kau Kayla. Kau ambil kesempatan! Betul lah yang selama ni kau sukakan Adam." Cadar yang terhampar elok di atas katil ditarik sekuat hati sehingga habis berselerakkan. Nafas naik turun dengan laju sekali.

"Aku kena buat sesuatu. Aku tak akan biarkan Adam terus dengan Kayla! Perempuan tu menyusahkan aku! Aku kena cari jalan pisahkan dia orang!"

?????

LAJU Kayla berlari ke arah pintu utama setelah mendengar ketukan yang bertalu-talu. Pintu utama segera dibuka dan terpancul wajah Hanan yang sedang tersengih memandangnya.

"Wohoho! Dah sampai dah kawan aku ni. Laju."

"Gila tak laju. Kau cakap kau masak sedap hari ni, kan? Aku kalua bab makan memang laju. Buat macam tak kenal aku pula."

Tergelak besar Kayla dengan jawapan dari Hanan. Tidak dinafikan bahawa Hanan memang tidak boleh kalua sebut tentang makan. Nampak saja kurus dan tinggi begini, tetapi bila makan memang kalah orang yang buat mukbang. Entah saka apa yang ada pada Hanan.

"Ha iyala. Kau kan bela saka."

"Eh, kau mulut. Elok-elok sikit. Aku tak membelakangkan agama."

Nauzubillah! Sekali pun dia tidak akan lakukan perbuatan syirik itu. Berdosa besar boleh bawa sampai mati!

Bahu Hanan ditampar kuat.

"Aku gurau saja la. Dah jom masuk."

"Adam tak ada ke?" Hanan menyoal sebaik saja mereka berdua masuk ke dalam rumah.

Pintu rumah ditutup oleh Kayla.

"Tak ada. Lately ni dia balik lambat selalu. Aku pun tak tahu dia ke mana." Bermalasan sahaja Kayla membalas. Entah la. Dia malas mahu masuk campur dalam urusan lelaki itu. Bila dia bertanya tentu dia juga yang akan diperli dan dilemparkan kata-kata sinis.

Langkah diatur ke dapur.

"Kau dengan dia masih tak okey macam sebelum kahwin ke?" Bukan menyibuk. Tetapi Hanan lebih kepada prihatin. Tidak sanggup juga melihat wajah muram Kayla setiap kali bercakap tentang Adam. Nampak jelas Kayla tidak bahagia sejak bergelar isteri kepada Adam.

Kayla mengeluh.

"Okey tak okey pun macam tu juga. Aku dah malas nak fikir dah. Even aku dengan dia baru kahwin tiga bulan, Adam dah banyak sangat berubah. Nak-nak pula sejak beberapa minggu ni. Aku rasa macam dia ada sorokkan sesuatu daripada aku tapi aku tak tahu apa."

Sambil mendengar, Hanan menarik kerusi untuk duduk. Diperhati saja Kayla yang sedang menyusun lauk-lauk yang terhidang.

"Kau tak cuba slow talk dengan dia?"

Kayla berhenti dari terus menghidang lauk. Kerusi berhadapan dengan Hanan ditarik dan diduduk.

"Nak slow talk macam mana kalau setiap kali aku bercakap dengan dia, dia macam nak cari gaduh dengan aku. Ada saja ayat dia yang menyakitkan hati aku." Sedar dia telah hampir membuka aib suami sendiri. Tetapi sekarang dia betul-betul mahu luahkan apa yang terbuku.

"Aku tak sangka betul Adam macam tu. Seiingat aku masa kita zaman uni, Adam tak ada la macam tu. Dia jadi macam tu lepas je dia couple dengan Lara. Kan?"

"Aku lagi tak sangka. Hanan." Kayla menggelengkan kepala. "Sebelum dia jumpa dengan Lara, aku rasa dia adalah lelaki yang paling baik dan aku beruntung sebab ada kawan baik macam dia. Dia selalu protect aku. Tak pernah buat aku down. Tapi, lepas dia jumpa Lara-" Tidak dapat meneruskan, Kayla tertunduk sayu.

Sikap Adam jauh berbeza antara sebelum dan selepas bercinta dengan Lara. Tipu jika dia kata dia tidak perasan. Dari kecil dia dan Adam dibesarkan bersama, dia sedar dan perhati setiap perubahan pada lelaki itu.

"Sabar, Kayla. Aku hanya dapat bagi kau nasihat je. Aku tak mampu nak tolong apa-apa bila melibatkan masalah rumah tangga ni."

Kayla mendongakkan kepala sedikit agar tidak tertumpah air mata. Setiap kali bercakap tentang Adam tentu dia berasa hiba dan sayu.

"Oh ya. Minggu lepas aku ada terjumpa Haris."

Berita yang disampaikan mengakukan Kayla ditempatnya. Mata tepat memandang Hanan. Mencari kebenaran pada wajah rakannya itu.

Hanan terjumpa Haris?

"Ka-kau jumpa dia?" Soal dia lagi mahukan kepastian yang dia tidak salah dengar sebentar tadi.

Laju Hanan mengangguk.

"Betul. Aku tak tipu."

Tidak tahu mahu rasa apa sekarang. Tetapi Kayla sungguh gembira bila dapat berita seperti ini. Hampir 3 bulan Haris menghilangkan diri dan dia tidak mendengar khabar lelaki itu. Akhirnya!

"Dia macam mana? Dia sihat tak?"

Kesungguhan Kayla bila bercakap tentang Haris menghadirkan rasa lega dihati Hanan. Nampak sangat wajah gembira rakannya itu. Berlainan dari bercakap tentang Adam. Asyik muram dan sedih saja.

"Err tapi kau jangan salah faham. Aku sedar aku isteri orang. Aku tanya dia tu sebagai seorang kawan je. Aku dah lama tak jumpa dia. Rindu la juga." Cepat-cepat Kayla memberi penjelasan, tidak mahu Hanan fikir dia ini jenis perempuan yang tidak baik. Sudah ada suami tetapi masih lagi terkinja-kinja bertanyakan tentang lelaki lain.

Penjelasan Kayla membuatkan Hanan ketawa besar. Wajah Kayla cuak saat berkata begitu.

"Tak ada apa la. Aku faham."

"Then kenapa kau pandang aku macam tu?"

"Aku pandang kau macam tu sebab muka kau tu berbeza dari kita bercakap pasal Adam. Bila saja aku sebut nama Haris, muka kau tu terus berubah ceria. Happy sangat bila dapat tahu scandal kau tu dah muncul semula."

"Woi!"

Laju Kayla mengetuk kepala Hanan. Sesuka hati saja cakap begitu. Kalau Adam ada dan terdengar, tidak ke timbul pergaduhan yang tersedia ada?

"Aku cili mulut kau tu kang."

"Betul. Aku tak tipu. Muka kau berseri-seri lepas dapat tahu aku terjumpa Haris. Dia sihat walafiat, kau jangan risau. Makin handsome." Sempat lagi memuji.

Senyuman Kayla mula terukir. Gembira sangat bila dapat tahu perkara ini. Dia berharap Haris baik-baik selepas apa yang dia lakukan kepada lelaki itu. Dia tahu, Haris sangat kecewa dengan apa yang terjadi. Tetapi dia sendiri tidak mampu mengawal nasib hidupnya.

"Dia ada bagitahu kau ke mana dia menghilang sebelum ni?"

"Ada. Dia cakap lepas majlis kau dengan Adam, dia pergi bercuti dekat Langkawi. Aku rasa aku tak perlu explain sebab apa dia bercuti. Kau faham-faham sendiri la ya?"

Senyuman mengendur. Tahu apa maksud Hanan. Haris pergi bercuti mungkin kerana lelaki itu kecewa dengan dia. Tentu Haris kecewa sehingga tidak tahu apa yang patut dibuat. Bukan Haris saja yang kecewa pada tika itu. Dirinya juga turut kecewa. Kecewa dengan diri sendiri yang tidak mampu pertahankan kebahagiaan sendiri. Sanggup mendengar kata orang lain. Sanggup biarkan orang lain mengatur kehidupannya. Dan sekarang, dia juga yang kerap sekali memakan hati dengan sikap Adam yang acuh tak acuh dengannya.

"Dia kecewa sangat dengan aku, Hanan. Aku tahu." Sayu Kayla bersuara. Rasa bersalah kembali bersarang di dalam hati.

"Kayla. Kau nak tahu kenapa dia lama menghilangkan diri?"

"Kenapa?"

"Dia pergi Langkawi tu seminggu je untuk rawat hati dia. Yang selebihnya dia memang sengaja tak munculkan diri depan kau atau contact dengan sesiapa yang ada kaitan dengan kau. Dia buat macam tu sebab tak nak kau terus rasa bersalah dengan dia bila kau dengan dia masih rapat. And- dia tak nak nanti dia menaruh harapan pula pada kau padahal kau dah jadi isteri Adam."

Kayla raup wajahnya. Terharu dengan sikap Haris yang masih tidak berubah biarpun dia sudah mengecewakan lelaki itu. Haris terlalu baik dengannya.

"Erm- Kayla. Aku nak tanya sikit tapi kau jangan marah ya?"

Kayla sekadar mengangguk.

"Okey macam ni." Hanan duduk tegak. Harap Kayla tidak melenting dengan soalan dia.

"Oho! Serius sangat ni."

"Memang pun."

Kayla ketawa kecil. Ada-ada saja la. Bila mereka boleh makan ni?

"First, aku nak bagi kau one situation."

"Okey."

"Katakanlah, okey katakanlah. Katakanlah kau dengan Adam ermm kejap je, kan. Kau-"

"Kejap-kejap. Ermm? Ermm apa ermm? Ermm kejap apa?" Berkerut dahi Kayla tidak mengerti.

Hanan mendengus. Susah betul. Kan nanti kalau dia straight to the point risau pula Kayla terasa hati.

"Okey lah. Disebabkan kau tak faham, aku sebut je la ya?"

Kayla mengangguk.

"Macam ni. Katakanlah jodoh kau dengan Adam tu pendek je." Dalam bercakap, Hanan tetap memerhati wajah Kayla. Risau kalau-kalau berubah muram dan marah.

Walaupun sedikit terkejut, Kayla berlagak biasa. Itu adalah hanya satu andaian. Kadang-kadang dia juga terfikir.

Hanan lega. Kayla tiada reaksi.

"Based on that situation, adakah kau akan terima Haris semula?"

Kali ini wajah Kayla berubah. Dia melopong.

"Soalan apa ni?"

"Tak-tak. Aku tanya saja. Mana tahu kan 'kalau'."

Kayla berjeda memikirkan soalan Hanan. Soalan luar kotak. Memang dia pernah terlintas andai kata jodoh dia dan Adam tidak panjang. Tetapi tentang Haris tak ada pula dia terfikir.

Kepala digelengkan.

"Ak-aku tak tahu. Tak boleh nak jawab."

"Kau masih sayangkan Haris?"

Kayla kembali diam.

Sayang?

Mungkin sekadar kawan. Kalau dulu dia sayang Haris kerana lelaki itu adalah kekasihnya. Tapi sekarang dia tahu apa hukum jika seorang isteri menyayangi lelaki lain yang bukan mahram dalam diam. Berdosa besar!

"Okey tak apa aku faham." Hanan tidak mahu membebankan Kayla dengan soalan cepumas itu.

"Berbalik pada soalan aku tadi. Kau kena jawab juga."

"Kenapa kau nak tahu?"

"Sebab, kalau situasi yang aku bagi tadi tu terjadi, aku akan paksa kau terima Haris semula." Selamba saja Hanan membalas tanpa rasa bersalah. Sudahlah begitu, sengihan ditayang.

Membuntang mata Kayla dengan jawapan itu.

"Hanan! Suka hati je."

"Betul la. Haris tu baik. He's a great man, Kayla. You should accept him."

"Woi! Aku isteri orang, kau lupa ke? Kenapa cakap pasal lelaki lain? Allahuakbar, Hanan! Kau jangan buat aku berdosa." Takut makin melarat, lebih baik Kayla mencegah dan menghalang. Nanti timbul dosa kepada dirinya.

"Astaghfirullah! Sorry weh aku lupa kau isteri orang." Hanan bantai gelak habis-habisan. Sumpah! Dia memang terlupa.

HAHA!

"Kau ni kan! Aku ketuk dengan kuali baru kau tahu. Dah, sekarang kau bangun cedokkan nasi. Kasi aku rehat sebab aku dah masak tadi." Kayla mengarah dengan senang hati.

"Baiklah tuan puteri. Patik mengiku perintah."

Kayla tergelak kecil sebelum dia kembali serius. Terfikir dengan soalan Hanan. Kenapa Hanan boleh fikir sehingga ke situ?

Ya Allah, jika benar jodoh aku dengan Adam hanya sekejap, Engkau berilah aku masa dan peluang untuk jadi isteri yang baik kepadanya sepanjang perkahwinan singkat kami. Dan jika memang jodohku dengan Adam sehingga akhir hayat, jauhilah hatiku ini dari ingin berpaling kepada lelaki lain.

Dia tidak meminta perpisahan atau penceraian. Tetapi kalau itu yang tersurat, dia terima. Kerana jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan dari-Nya. Jika jodohnya bersama Adam panjang, satu saja yang dia minta. Minta perkahwinannya sentiasa dirahmati dan dia berharap Adam akan sedar dengan kewujudan dirinya sebagai seorang isteri.

?????

2 bulan kemudian,

BADAN dihempas kuat ke tilam. Fikiran sarat dengan masalah yang menyerabutkan dirinya kini. Tangan diletakkan diatas dahi. Penat memikirkan masalah lama, kini muncul pula masalah yang baru. Kepala terasa berdenyut-denyut itu dipicit perlahan. Perkara yang baru sampai ke pengetahuannya hari ini memang buat dia kecewa dan terkilan. Tidak disangka betul!

Keluhan berat dilepaskan. Dia kembali bangun dari baringan dan duduk dihujung katil. Tangan menompang kepala.

Betulkan apa yang baru saja dia dengar sebentar? Benarkah apa yang Lara ceritakan kepada dia? Benarkah Lara melarikan diri daripada hari perkahwinannya gara-gara Kayla? Kayla yang mengugut Lara supaya berbuat demikian?

Benarkah?!

Untuk percaya sepenuhnya, dia sedikit ragu-ragu. Tidak mahu percaya, wajah Lara sangat menyakinkan dia yang Kayla adalah punca semua ni terjadi.

"Argh!" Rambut diserabutkan.

"What?" Terkejut sekali Adam dengan apa yang dikatakan Lara. Gadis itu dipandang dengan tidak percaya sekali.

"You merepek apa ni? Kayla adalah punca kenapa you nak batalkan perkahwinan kita? Apa you mengarut ni?" Sedikit bengang dengan dakwaan Lara.

Tak mungkin Kayla buat semua itu. Kayla bukan begitu.

Lara tayang muka sedih.

"Betul, sayang. Dia punca semua ni. Trust me." Tangan Adam diraih mengharap lelaki itu percaya.

Lakonan kena mantap!

Laju Adam menggeleng. Tak! Dia tak percaya. Kayla tak akan buat semua itu!

"Tak. I kenal Kayla. Dia bukan macam tu. You jangan nak tuduh dia bukan-bukan."

Walaupun hubungan dia bersama Kayla masih lagi sama seperti sebelum ini, dia tetap akan pertahankan Kayla. Dia kenal Kayla dari kecil. Tak mungkin isterinya sanggup lakukan itu semua.

Lara mula rasa panas di dalam hatinya.

"Sayang. You cakap tak sayang dia. And why you back up dia pula?"

"I back up sebab she's my best friend and i know her well. Dia tak akan buat macam tu."

Jawapan Adam membuatkan Lara tercebik.

"You selalu cakap macam tu. People can change, sayang. Remember."

Adam terdiam. Separuh hatinya menidakkan semua itu. Tetapi bila Lara berkata begitu, separuh hatinya mahu percaya. Tapi, tak mungkin!

"For your information, dia ugut I supaya I batalkan perkahwinan kita." Tidak mahu Adam nafikan kata-katanya, Lara semakin mahu menyalakan api.

Lara dipandang tajam.

"Ugut?"

"Yes. Dia ugut I, kalau I tak batalkan perkahwinan kita, dia nak fitnah I yang I ni dah rosak. I takut tahu tak? That's why I batalkan perkahwinan kita terburu-buru. I menghilangkan diri selama dua bulan pun disebabkan Kayla juga. Dia yang suruh I bawa diri jauh-jauh dari you supaya dia dapat raih you dari I. Kayla tu jahat, sayang. Dia memang jahat."

Lara tersenyum dalam diam bila melihat wajah Adam berubah bengang. Nampaknya dia hampir berjaya!

Yakinkan Adam lagi! Yakinkan lagi! Biar Kayla hancur!

Adam pandang depan. Serta merta telinganya memerah kerana menahan amarah. Semakin Lara menjelaskan, semakin kuat dia mahu percaya. Kata-kata Lara sama seperti situasi yang terjadi.

"Aku tak sangka kau macam tu, Kayla. Dalam baik kau, rupanya kau manusia jahat! Aku layan kau dengan baik dari kita kecil, ini kau balas! Kau hancurkan kebahagiaan aku! Tak guna punya perempuan!"

Dia kepal penumbuk. Betapa sakit hatinya tika ini. Terkilan dan kecewa dengan apa yang Kayla sudah lakukan kepada dia dan Lara. Sanggup Kayla buat begitu!

Bersama api kemarahan, dia bangun berdiri dan dibawa langkah keluar daripada biliknya. Bilik Kayla dituju. Dia mahu mendengar penjelasan dari Kayla pula. Sekarang juga dia mahu! Jika Kayla enggan, dia akan paksa!

"Kayla!" Pintu bilik diketuk kuat.

"Kayla! Buka pintu ni!"

"Kejap!"

Kayla di dalam bilik tergopoh-gapah cuba bangun dari sejadah dengan cepat. Bersama telekung lagi menyukarkan dia bergerak. Pintu dibuka dengan cepat bila Adam masuk mengetuk.

"Ya?" Dia sedikit terkejut bila terpandang wajah Adam yang seakan sedang menahan amarah.

Adam mencebik. Benci melihat keadaan Kayla yang bertelekung! Bajet alim padahal hati busuk! Tak boleh tengok orang senang dan bahagia! Dengki!

"Apa kau dah buat dekat Lara?!"

Kayla mengerutkan dahi.

"Lara? Apa saya dah buat?" Dia tidak faham. Tiba-tiba Adam bertanya begitu. Berjumpa dengan Lara pun tidak. Apa yang dia boleh buat?

"Dah la Kayla! Kau jangan berlakon lagi. Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau dah ugut dia macam-macam supaya dia batalkan perkahwinan aku dengan dia! Aku tak sangka kau macam tu. Perempuan kejam!"

Hemburan Adam membungkamkan Kayla. Kayla terkelu tidak tahu apa yang harus dijawab kerana dia tidak tahu apa yang berlaku. Tetapi mendengar ayat terakhir Adam, hatinya berdarah.

Perempuan kejam?

Adam memanggilnya perempuan kejam?

Ya Allah, apa yang dia dah buat sehingga Adam berkata begitu?

Air mata bertakung ditubir mata. Adam dipandang dengan tanda tanya.

"Ap-apa awak cakap Adam? Saya langsung tak faham." Suara semakin perlahan. Sumpah! Tuduhan Adam terlampau sakit. Darimana lelaki itu dapat tahu semua itu? Semua itu tak betul!

Adam berdecit.

"Tak faham atau buat-buat tak faham? Oh! Patutlah kau setuju bila aku ajak kau kahwin gantikan tempat Lara. Rupanya memang kau dah rancang. Bijak! Isteri aku seorang yang bijak tapi dalam masa yang sama bodoh!"

"Adam! Jangan tuduh bukan-bukan. Saya memang tak tahu apa yang awak cakap. Bila masa saya ugut Lara? Saya tak pernah. Bercakap dengan dia pun tak. Kenapa ni Adam? Dari mana awak tahu? Siapa yang bagitahu? Ya Allah! Saya tak gila nak buat semua tu." Air mata mula mengalir laju.

Kayla memegang dadanya. Sakit amat! Memang sakit! Sakit bila dituduh melulu begitu oleh suami sendiri. Lagi sakit bila buat pertama kali Adam memanggil bodoh! Allah!

"Tak payah menangis atas kepuraan kau! Aku tahu semuanya! Kau dengar sini baik-baik. Start from today kau bukan lagi kawan baik aku yang aku kenal sejak kecil! Ingat tu! Aku tak ada kawan baik pengkhianat macam kau! Jauh lagi nak anggap isteri macam kau! Aku benci kau Kayla! Aku benci! Terima kasih sebab dah runtuhkan kebahagiaan aku yang sepatutnya terbina bersama Lara! Aku tak akan anggap kau isteri aku lagi. Kau tak layak!" Seusai itu, Adam berlalu pergi turun ke tingkat bawah. Lebih baik dia keluar tenangkan diri sebelum benda lain terjadi.

Sebaik saja hilang kelibat Adam, Kayla jatuh terduduk diatas lantai. Makin kuat dia menangis.

"Ap-apa semua ni? Ya Allah! Aku tak buat semua tu? Kenapa tiba-tiba?"

Dada dicengkam kuat. Terasa berdenyut disitu. Bahagian hadapan telekungnya sudah basah kerana air matanya. Dia menangis semahu-mahunya disitu. Masih terkejut dengan apa yang berlaku. Semua ini berlaku dengan sangat pantas dan bagaikan hanya sekelip mata. Adam mengetuk pintu biliknya dan dia membuka. Kemudian Adam terus menghemburnya dengan perkara yang dia sendiri tidak tahu.

"Aku benci kau Kayla!"

"Aku tak akan anggap kau isteri aku lagi! Kau tak layak!"

Semakin banyak air mata merembes keluar. Hatinya bagaikan berdarah saat Adam melemparkan kata-kata itu. Terlalu sakit untuk dia dengar dan hadapi.

Perlahan-lahan dia bangun untuk masuk dalam bilik semula. Dirinya digagahkan. Lebih baik dia tenangkan diri dengan solat dulu. Hatinya sangat sakit sekarang ini!

Sungguh! Dia tidak tahu apa yang berlaku.

Ya Allah! Kuatkanlah aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience