KAYLA berdiri statik ditempatnya saat mata terpanar melihat gerangan yang sedang berdiri selamba disisi keretanya. Sudahlah begitu, suka hati saja bersandar disitu. Kepala digelengkan ketika dia dapat mengecam siapakah gerangan itu. Terselit rasa hairan dalam dirinya bila memikirkan apa tujuan gerangan itu datang ke sini semula.
Perlahan dia melangkah ke arah tempat keretanya.
"Haris?"
Haris yang asyik memandang telefon itu terus mengangkat wajah. Sesaat, terus dia menghadiahkan senyuman manis kepada Kayla. Dia berdiri tegak sambil menyimpan telefon di dalam kocek seluarnya. Wajahnya sungguh ceria dan gembira bila terpandang Kayla.
"Hai." Sapanya penuh mesra.
Dahi Kayla berkerut. Walaubagaimana pun dia tetap membalas sapaan itu dan tersenyum.
"Hai. Awak buat apa dekat sini?" Dalam diam, Kayla bimbang jika Haris sengaja mengikutinya ke sini.
Tetapi bila difikirkan semula, tidak mungkin Haris mengikutinya sampai ke tempat kerja. Lagipun, lelaki itu juga lengkap berpakaian seperti seorang peguam.
"Oh. Tak ada la. Saja nak intip awak."
Terus berubah air muka Kayla apabila Haris memberi jawapan seperti itu. Tiba-tiba saja rasa tidak senang. Dengan wajah Haris seakan-akan sedikit miang itu semakin menambahkan ketidak senangan hatinya.
Melihat Kayla yang sedikit gelisah itu mencetuskan gelak tawa Haris. Tertarik betul dia melihat wajah itu.
Heih! Cuak pun comel.
"Kayla, tak perlu buat muka cuak macam tu. Saya gurau saja la. Saya ada kes yang kena settle dekat sini. Tadi, kebetulan saya nak pergi dekat kereta saya nampak pula kereta awak dekat sini. Saya datang dekat sebab nak pastikan betul ke tak kereta awak. Bila dah pasti, saya tunggu la dekat sini. Dah lama kan tak jumpa. So, nak tanya khabar awak macam mana. Nak tengok awak sihat ke tak."
Penjelasan Haris melegakan hati Kayla sedikit. Walaupun begitu dia tetap rasa tidak senang hati. Bimbang ada mata yang memandang dia dan Haris disini walaupun dikawasan terbuka. Ditambah pula dengan rasa hairan bila Haris mengatakan mereka sudah lama tidak berjumpa. Lelaki itu hilang ingatan agaknya. Baru saja dua minggu lepas mereka berjumpa sewaktu Haris menghantar berpindah di Terengganu ini.
"Macam yakin je ni kereta saya, kan?"
"Mesti. Semua tentang awak saya tahu termasuk dengan kereta awak ni. Plat number memang kukuh dalam ingatan saya ni ha."
Kayla tersenyum hambar. Sungguh, dia kurang selesa sekarang bila berduaan bersama Haris.
"Baru habis kerja ke?"
"Ha'ah. Awak selalu ke selesaikan kes dekat sini sebelum-sebelum ni?"
"Hmm, nope."
"Then? Ni first time ke?"
Haris mengangguk.
"First time sebab kes yang saya kena settle actually dekat KL. Tapi tiba-tiba dia kena pindah ke sini pula. So, I'm here."
Kayla sekadar mengangguk faham. Kurang sikit rasa curiganya bila Haris memberi penjelasan begitu. Dia hampir saja fikir yang lelaki itu sengaja mengikutinya sehingg ke sini kerana mahu tahu di mana tempat dia bekerja. Tergelak sendiri dia bila difikirkan semula sikap terburu-buru menuduh orang sesuka hati.
"Kenapa pula awak gelak?" Soal Haris hairan bila secara tiba-tiba Kayla tergelak sendiri.
"Ha? Tak. Tak ada apa-apa. Saya cuma- cuma terfikir ingatkan awak sengaja ikut saya sampai sini."
Haris menunjukkan wajha terkejutnya sebelum dia sama-sama tergelak.
"Seriously, sampai ke situ awak fikir? Awak ingat saya ikut awak sampai sini?"
Soalan dibalas dengan anggukkan dari Kayla.
"Kayla, Kayla. Saya pun tak tahu yang awak kerja dekat sini. Saya pun baru saja sampai pukul sepuluh pagi tadi dekat sini. Boleh pula terfikir sampai ke situ." Kepala digelengkan sambil ketawa tidak dihentikan. Ada-ada saja Kayla ini.
"Dah makan?"
Ketawa Kayla terhenti. Dia terfikir hendak menjawab soalan itu secara jujur ataupun tidak. Kalau ditola terus-terusan, risau Haris makan hati dengannya.
Kepala digelengkan seraya tersenyum.
"Okey cun! Jom, saya belanja awak makan keropok lekor."
Serba salah Kayla dibuatnya. Dia bukan tidak mahu, tetapi dia tidak berani.
"Haris. Sa-saya bukan tak nak. Tapi, awak faham kan kenapa?"
Wajah ceria Haris sebentar tadi berubah menjadi muram serta merta. Dia mengeluh. Tahu apa maksud Kayla. Mesti disebabkan gelaran status isteri yang masih ada pada Kayla yang membuatkan Kayal tidak mahu keluar makan bersamanya.
"Sampai bila awak nak teruskan hidup macam ni?"
"Maksud awak?"
"Iya la. Nak buat itu, nak buat ini semua tak boleh."
"Haris. Saya kan masih isteri orang."
"Ya, saya tahu dan saya faham. Tapi tak perlu la sampai awak nak keluar dengan saya pun tak boleh. Kita nak pergi makan saja pun. Lagipun, kita cuma berkawan. Tak akan tak boleh."
Kayla terdiam. Bukan tidak boleh. Tetapi dia kurang selesa. Hanya seorang isteri saja yang tahu perasaan itu. Berjauhan dari Adam bukan bermakna dia boleh buat ikut suka hatinya. Kalau ada orang lain selain daripada Haris, dia tidak kesah. Ini masalahnya hanya dia dan Haris saja yang keluar bersama. Nanti kalau terserempak dengan orang yang dia kenal, bukankah itu akan menimbulkan fitnah?
"Bukan tak boleh. Saya tak selesa."
"Kalau macam tu cepat-cepat suruh Adam tu ceraikan awak. Senang saya nak bawa awak ke mana pun."
Tercengang.
Terkejut bila itu yang keluar dari mulut Haris. Tidak disangka langsung Haris akan terfikirkan sehingga ke situ. Dia sendiri masih belum fikir soal itu.
"Ha-Haris, apa awak cakap ni? Awak sedar tak awak cakap apa ni?"
Haris meraup wajahnya. Tahu dia sudah melebihi. Tetapi dia geram dan sakit hati bila Kayla asyik terfikir tentang gelaran itu sahaja.
"I'm sorry. Saya tak-"
"Awak tahu tak? Saya sendiri tak pernah lagi terfikir soal tu. Awak siapa nak cakap macam tu? Apa hak awak nak suruh saya cakap dekat Adam supaya cepat-cepat ceraikan saya?" Kemarahan Kayla tiba-tiba bangkit. Sampai hati lelaki itu sanggup berkata seperti demikian.
"Kayla, dengar dulu-"
"Dah." Kayla angkat tangan kanannya. "Saya tak nak dengar apa-apa lagi. Awak macam tak tahu tujuan apa saya berpindah ke sini, kan? Awak macam nak buat saya makin stress. Dah la dengan apa yang saya sedang hadap sekarang ni. Saya nak tenangkan diri. Saya lari sejauh ni dari Adam bukan nak dia lepaskan saya, Haris. Tolong faham."
Haris kepal tangan sendiri. Rasa bersalah pula buat Kayla begitu.
"Saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak cakap macam tu. Tapi-"
"Dah la Haris. Awak boleh pergi sekarang. Saya penat, nak balik. Tepi."
Melihat wajah suram Kayla, timbul rasa semakin bersalah Haris. Dia ketepi sedikit untuk memberi laluan kepada Kayla masuk ke dalam kereta. Menyesal. Semua yang dia katakan tadi sedikit pun dia tidak bermaksud apa-apa. Dia hanya mengikut rasa geram dan sakit hatinya saja.
Tanpa ucapan selamat tinggal, Kayla terus memboloskan diri ke dalam kereta dan terus meluncur meninggalkan Haris.
Haris mendengus kuat.
?????
"BABA ada bagitahu Umi yang esok Adam pergi Terengganu. Betul ke?" Puan Zarina menyoal Adam sambil memerhati anak lelakinya itu yang asyik menjamu selera yang dia hidangkan. Ikan keli berlada memang sengaja dia jadikan menu ini khas untuk Adam. Sudah lama rasanya dia tidak memasak makanan kegemaran Adam.
Soalan Puan Zarina hanya dibalas dengan anggukan dari Adam. Tidak sempat mahu menjawab menggunakan mulut bila mulut sudah dipenuhi dengan nasi saja.
Tergeleng kepala Puan Zarina. Tersenyum melihat Adam makan dengan berselera. Baru dia perasan yang anak sulungnya itu makin kurus sejak-sejak akhir ini.
"Umi nampak Adam makin kurus. Adam tak sihat ke? Atau sengaja jaga badan?"
Terus tersedak Adam dibuatnya. Air suam disebelah terus diteguk rakus. Mana pernah dia jaga badan. Dia makan banyak mana sekalipun, badannya tetap maintain bila senaman yang sering dia lakukan. Tak adalah istilah diet dalam kamus hidupnya.
"Mana ada, Umi. Entah la, lately ni busy sikit, Tak sempat nak makan."
"Busy tu busy juga. Tapi kesihatan kena jaga, Adam. Tak elok biar perut kita kelaparan. Kamu ni."
"Adam tak lapar pun, Umi. Sebab tu Adam tak ada rasa nak makan. Kadang-kadang tu balik dari kerja lepas mandi solat apa semua, terus Adam lelapkan mata. Penat."
Puan Zarina sembunyi senyum. Tiba-tiba pula dia dapat tangkap sesuatu sebab apa anaknya itu makin kurus.
"Iya ke ada tak sempat nak makan sebab busy? Atau- Adam rindu Kayla? Sebab itu makin kurus, kan? Tak ada selera nak makan sebab isteri tak ada." Dia tergelak kecil.
Untung saja tidak tersembur nasi yang baru saja dimasukkan ke dalam mulut itu. Gelabah teruk Adam bila Puan Zarina memandai saja menyoal dia begitu.
Dia berdehem.
"Tak ada la. Umi ni merepek je."
"Merepek apa? Tak salah pun kalau Adam nak rindu isteri sendiri."
"Umi-"
"Adam tak payah nak selindung lagi. Walaupun Adam nak sorok rasa rindu tu dari diri Adam sendiri, tapi Umi tahu yang Adam rindukan Kayla. Mustahil Adam tak rindukan dia. Even bukan rindu dia sebagai isteri Adam, mungkin Adam rindu dia sebab dia adalah kawan baik Adam. Kan?"
Tekaan Puan Zarina menggariskan senyuman hambar dari Adam. Hilang seleranya bila bercakap tentang Kayla. Tekaan Uminya tadi tepat. Memang dia tiada selera hendak makan kerana Kayla.
Rindu? Ada sedikit rasa itu. Rindu mahu menatap wajah Kayla. Tak pernah dia berpisah lama begini dengan Kayla.
"Kenapa diam? Betul kan rindu Kayla?" Puan Zarina mula tersenyum. Reaksi wajah anak sulungnya itu tidak dapat diselindung lagi.
"Kalau rindu, carilah."
"Nak cari dekat mana Umi. Dah satu KL Adam cari."
"Umi dah cakap yang Kayla tak ada dekat KL. Cari tempat lain. Ha, Adam nak pergi Terengganu kan? Apa kata ambil masa cari dia dekat sana. Siapa tahu dia ada dekat sana." Ujar Puan Zarina memberi cadangan.
Ada betul juga apa yang suaminya katakan. Dia sebagai ibu harus mendorong Adam untuk terus kekal berubah agar ada semangat dalam diri Adam untuk berhadapan dengan situasi kini.
Keluhan berat dilepaskan. Adam bangun dan terus menuju ke sinki bersama pinggan ditangan untuk dibasuh. Kemudian, dia kembali mengambil tempat tadi semula.
"Kalau Adam jumpa dia sekali pun, nak ke dia maafkan Adam?" Sayu dia bertanya. Jauh disudut hatinya dapat rasakan peluang untuk dia dapat kemaafan dari Kayla amat tipis.
Tak mungkin Kayla akan mudah memaafkan selepas dia melayan Kayla dengan teruk. Terutama sekali semasa dia menghalau Kayla dari rumah. Sehingga ke hari ini dia masih lagi terbayang pujuk rayu Kayla untuk dia tidak berlaku begitu. Tetapi disebabkan ikut kata yang sedang panas, dia tidak heran semua itu.
Hilang senyuman Puan Zarina bila Adam mula membuka soalan serius. Amat sukar juga untuk dia memberi jawapan. Dia juga masih ingat kata-kata Kayla sebelum Kayla berangkat pergi dari rumah ini.
"Adam menyesal, Umi. Sebab cinta Adam sanggup buat Kayla macam tu." Sambung Adam lagi.
"Sabar, Adam. Ini ujian buat Adam."
"Umi rasa, Kayla akan maafkan Adam tak?" Sekali lagi soalan itu ditanya Adam. Dia mahukan jawapan dari Puan Zarina.
Puan Zarina menarik nafas panjang. Terpaksalah dijawab.
"Umi- Umi tak tahu nak jawab macam mana. Tapi apa yang Umi boleh cakap- kalau Adam betul-betul nak Kayla maafkan Adam, Adam kena usaha lebih. Itu je yang mampu Umi jawab buat masa sekarang."
Adam senyum tipis.
"Adam dah tahu itu yang Umi bakal jawab. Adam pun tahu Kayla tak mungkin maafkan Adam."
"Jangan cakap macam tu. Setiap manusia berhak mendapat kemaafan. Lagipun Adam kenal Kayla tu macam mana. Dia bukan jenis yag penendam. Cuma, dia kecewa dengan Adam. Sebab tu dia lari jauh dari kita semua. Andai kata dia tak dapat maafkan Adam, Umi harap Adam faham. Dan, Adam kena beri dia masa untuk rawat hati sendiri. Ya, nak?"
Jatuh kasihan pula pada Adam. Wajah Adam tidak seceria selalu. Biasanya, hari-hari tentu ceria saja. Sejak tahu kebenaran yang Lara itu jahat, Adam kerap termenung sendiri dan tidak tersenyum seperti dulu. Adam juga sedikit berubah menjadi seorang yang serius.
Adam angguk perlahan.
Ya. Dia kena beri Kayla masa. Tak mudah memaafkan orang yang kejam seperti dia. Dan, jika Kayla tidak maafkan dia juga dia redha. Itu memang sepatutnya dirinya dapat.
"Adam."
"Ya, Umi?"
"Tak silap Umi hari tu Adam ada cakap yang Adam tak akan lepaskan Kayla. Boleh Umi tahu kenapa?"
Adam bungkam.
Tiada jawapan untuk soalan itu. Yang hanya dia tahu adalah dia tak akan lepaskan Kayla. Itu saja.
"Kalau- kalau Adam cakap tak tahu?"
Puan Zarina mula mengerutkan dahi. Tidak faham dengan jawapan itu. Dia tanyakan soalan kerana mahukan jawapan yang sebenar. Bukan mahukan jawapan yang juga berbentuk soalan.
"Umi tak faham. Maksud Adam, Adam tak tahu sebab apa Adam tak akan lepaskan Kayla? Macam tu?"
Perlahan soalannya dijawab dengan anggukkan dari Adam.
Dia mengeluh kuat. Adam dipandang lama. Penat betul ada anak yang ego tinggi melangit macam Adam ni. Dah tak nak lepaskan tu, cakap je la sebab sayang. Ini tak ada sebab dan tak tahu sebab apa.
"Adam tak lepaskan Kayla bukan sebab Adam sayangkan Kayla?" Dia menduga.
Adam diam.
"A-Adam sayangkan dia sebagai kawan baik Adam."
"Hmm-" mata dikecilkan memandang Adam. "Are you sure yang Adam dia sebagai kawan baik saja?"
"Ya."
"But I'm not sure. Dalam hati Adam paling jauh dan bawah tu mengatakan yang Adam sayangkan Kayla sebab dia isteri Adam. Maybe cinta juga. Tapi Adam je tak sedar."
Laju Adam geleng kepala seraya ketawa kecil. Bukan Uminya kalau tidak pandai mengusik dan cuba untuk korek rahsia.
"Umi ni ada-ada saja la."
"Tak salah pun sayang dan cinta pada isteri, Adam."
"Adam tak rasa semua tu."
"Sekarang tak. Nanti-nanti rasa la tu. Cuba cari Kayla dulu. Masa tu baru Adam sedar tentang perasaan Adam pada Kayla yang sebenar. Percaya cakap Umi."
Lama Adam pandang wajah Puan Zarina. Nampak kesungguhan Uminya itu cuba menyakinkan dia bahawa dia sayang dan cintakan Kayla. Dia tak tahu apa perasaan dia sekarang. Yang ada sekarang adalah...
Rindu.
?????
LEBIHAN shawl yang dipakai sengaja dibiarkan di atas bahu kanannya itu dipegang kemas bila tiupan angin pantai yang kuat cuba mengibarkan lebihan shawl itu ke arah belakang. Cuaca pada hari ini sunggu indah dan nyaman sekali. Tambahan pula hari ini adalah hari cuti.
Tenang saja rasanya.
Mata ditutup sekejap mengambil nikmat yang diberikan. Angin bertiup menyapa wajahnya makin mendamaikan dan menenangkan jiwanya yang sedang kacau.
Mata dibuka semula. Kasut yang dipakai ditanggalkan sebelum dia berjalan digigi pantai. Sesekali dia tersenyum sendiri bila ombak datang membasahi kakinya. Dia tidak salah tempat untuk menenangkan fikirannya. Apa yang dirancang menjadi. Setiap minggi dia akan datang ke pantai untuk menangkan fikirkan. Dan sekarang itu yang sedang dia lakukan.
"Hai."
Senyuman mati dan langkah juga mati saat ada seseorang menghalangnya dari berjalan. Seorang lelaki dihadapanya dipandang bersama senyuman dibuat-buat. Pantas dia mengundur ke belakang sedikit. Baru dia perasan yang sebenarnya dia sudah jauh dari orang ramai.
"Seorang je ke?"
Kayla tidak menjawab. Dada berdebar kerana ketakutan. Tambahan pula ada seorang lagi lelaki yang mendekati. Kedua-duanya dia tidak kenal.
"Hai." Sapa seorang lagi lelaki baru muncul tu.
Kayla kemam bibir. Hendak lari tetapi tiba-tiba lelaki baru muncul itu berdiri di kirinya. Sekarang, kiri dan kanannya ada dua orang lelaki. Dia bergerak ke depan, dua lelaki itu turut berbuat perkara yang sama.
"Eh, nak pergi mana? Tenang and rilex je. Nama saya Adib. Ha ni kawan saya, Ikram. Datang tegur sebab nak kenal je. Bukan nak buat apa-apa pun. Jangan takut." Ujar lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Adib itu.
"Betul tu. Jangan risau la, kita orang tak akan buat apa-apa pun. Nak kenal je. Nama apa? Awak nak cantik, sebab tu kita orang datang tegur. Duduk seorang diri pula tu. Mana tahu perluan bantuan apa-apa. Yeke idok, Adib?."
Kayla mula tidak selesa. Hendak pula dua lelaki itu semakin dekat seperti mahu menghimpitnya. Dia nekad mahu lari dari sini. Salahnya juga berjalan sehingga tidak sedar sudah sejauh ini. Walaupun kawasan pantai, tidak semestinya semua tempat dipenuhi orang.
"Sa- saya minta diri dulu."
Dia mula membuka langkah untuk melarikan diri.
"Eh nak pergi mana pula ni?" Lelaki bernama Ikram tadi sempat menyambar lengannya.
Luas mata Kayla bila lelaki itu berani memegangnnya.
"Apa ni? Lepaslah! Saya jerit nanti!" Dia meronta berserta tangan digoyang-goyangkan agar terlepas pegangan lelaki itu. Tetapi pegangan itu sungguh kuat.
"Laa boleh bercakap rupanya." Adib mula mengejek sambil tersengih-sengih.
Seriau satu tubuh Kayla melihat wajah miang kedua-duanya.
"Lepaslah woi! Aku cakap lepas kan? Aku jerit baru padan muka." Kayla mula mengganas.
Bila difikir, rugi betul buka kasut. Kalau tidak boleh dipijak kaki lelaki-lelaki ini. Dia terus meronta. Makin kuat pula. Dia semakin terkejut bila terasa tangannya ditarik memaksa dia untuk berjalan jauh lagi dari tempat asal.
"Lepas!"
"Uii! Garang. Dib, aku suka la yang garang-garang macam ni." Usik Ikram dalam menggunakan bahasa baku.
"Aku pun suka. Awak cantik manis jom ikut kami ya. Mesti baru lagi dekat sini, kan? Jom." Tangan kanan Kayla dipegang pula.
Kayla menepis kuat. Dia menampar Adib kemudian dia berpaling ke arah Ikram dan mula menendang perut Ikram. Terlepas saja, terus dia memecut lari. Dia lari sekuat hati agar jauh dari dua lelaki gila itu. Kecut perut bila Adib dan Ikram mula mengejar. Dada bagai hendak pecah.
Sambil berlari sambil sekali sekala berpaling ke belakang. Tanpa dia sedar, dia sudah hampir berlari ke arah seseorang dan tanpa sengaja dia terlanggar. Disebabkan dia memecut, sekali dengan orang itu tergolek sama jatuh ke atas pasir.
"Woi!" Sergah orang itu. Lelaki itu terus bangun dan menyapu pakaian yang melekat pasir.
"Apahal ni? Tak nampak orang ke?"
Kayla tidak mengangkat wajah. Sebaliknya dia bangun dan berlari ke belakang lelaki itu. Lantak la sesiapa pun. Janji dia selamat dari Adib dan Ikmal itu.
"Eh! Apa ni?" Marah lelaki itu bila Kayla memegang bajunya dibahagian belakang.
"Encik. Encik kena tolong selamatkan saya dari dua orang lelaki tu." Dalam nafas yang masih tidak teratur Kayla bercakap.
"Mana?"
Masih di belakang lelaki itu, Kayla meluruskan jari menunjukkan ke arah dua lelaki yang sedang menuju ke arahnya.
"Mereka siapa? Kenal ke?"
"Disebabkan saya tak kenal la saya lari, Encik. Apa punya soalan ni? Selamatkan saya cepat."
"Nak selamatkan macam mana? Nak suruh saya bawa awak terbang dari sini ke? Sabar."
Kayla mencebik. Main loya buruk pula lelaki ini. Tetapi, macam kenal saja suara itu. Tak kesah la!
"Woi! Lepaskan perempuan tu dekat aku. Hak aku tu." Adib mula menyerang. "Kalu dok aku, mung makang numbuk aku. Bak kata orang Terengganu." Sempat lagi diselitkan.
"Kau siapa nak tumbuk aku? Eh! Yang kau cakap hak kau ni isteri aku! Baik kau blah sebelum kau yang makang penumbuk aku!"
Kayla angkat wajah. Belakang lelaki itu dipandang.
"Oit! Bila masa saya jadi isteri Encik?" Suka hati betul! Macam tak ada cara lain nak jadikan alasan.
"Diam!"
Wajah Adib dan Ikram bertukar cuak. Sama-sama memandang sama sendiri sebelum mula meminta maaf dan beredar dengan laju dari situ.
Kayla keluh lega. Baju lelaki itu dilepaskan.
"Thank you sebab selamatkan saya, Encik."
"Lain kali hati-hati."
Lelaki itu mula berpaling. Kayla juga mula mengangkat wajah. Sesaat, dua-dua terkaku dan terpanar. Saling memandang tanpa berkelip.
"A-Adam?"
"Kayla?"
Share this novel