Peluang Untuk Bahagia 41

Romance Completed 31764

"ISH! Kurang ajar betul!" Iphone dibaling kuat ke atas katil sehingga terpelanting jatuh ke atas lantai. Duduknya dihempas pada hujung katil bersama naik turun nafas dengan laju. Kesabarannya sudah tiada had lagi.

Lara mencengkam cadar sebelum dia bangun dan menarik cadar yang elok terhampar itu. Rambut diserabutkan. Semua rancangnya mahu memilik Adam sia-sia saja! Adam tak lagi percayakan dia!

"Siap kau Kayla. Aku akan pastikan Adam akan bencikan kau sekali lagi!"

Iphone dikutip semula sebelum handbag bernama Channel dicapai dan dia berlalu keluar dari tempat beradunya. Dia mahu pergi ke pejabat Adam dan berjumpa dengan lelaki itu. Apa nak jadi, jadilah! Dia mesti buat Adam percayakannya semula.

Sampai saja dipejabat Adam, lekas dia turun kereta dan masuk ke dalam. Tanpa menghiraukan secretary Adam yang berada diluar, laju saja langkahnya menuju ke bilik lelaki itu. Tidak kesah apa yang akan jadi.

Rin terus bangun bila kelibat Lara melepasi mejanya dengan selamba saja.

"Heih perempuan ni! Tak habis-habis susahkan aku la!" Pantas dia mengejar Lara.

"Miss Lara, wait!"

Mendengar namanya dipanggil, Lara mendengus kuat. Pintu bilik Adam laju dibuka memandangkan dia sudahpun sampai dihadapan bilik itu. Senyuman manis yang diukir sebentar tadi mengendur semula digantikan pula dengan kerutan didahi. Kelibat Adam tidak kelihatan. Yang ada cuma meja, kerusi dan sofa yang terhias diruangan itu.

"Miss-"

"Mana Adam?" Rin dipandang tajam.

"Itu sebab sebelum serang masuk, Miss Lara kena berjumpa dengan saya dulu." Rin menjeling Lara geram. Degil, kepala keras macam batu!

"Mana dia? Jawab boleh tak? Nak membebel pula!"

"Encik Adam tak ada. Dia cuti."

"Cuti? Dia pergi mana?"

"Mana la saya tahu dia pergi mana. Yang saya tahu sekarang ni Miss Lara kalau tak ada apa-apa lagi, Miss boleh keluar. Jangan buat hal lagi."

"Eh!" Bahu Rin ditolak kasar. Lara mencerlung memandang gadis itu.

"Mulut kau tu jaga sikit. Aku datang nak jumpa dengan tunang aku. Better kau bagitahu aku dia pergi bercuti dekat mana."

Terbuntang mata Rin bila diperlakukan begitu. Main kasar!

"Miss Lara, saya cakap tak tahu maknanya saya tak tahu."

"Macam mana kau boleh tak tahu? Kau tu secretary dia and you should know semua tentang dia. Ke mana dia pergi dengan siapa dia pergi. Secretary jenis apa kau ni?! Bagitahu aku sekarang."

"Saya cakap tak tahu."

"Ka-"

"Rin."

Lara dan Rin sama-sama terdiam. Gerangan pemilik suara itu dipandang dengan pandangan gerun.

Lara menelan liurnya. Wajah Encik Amir menyapa matanya tika ini. Mungkin sudah lama orang tua itu memerhatikannya.

Encik Amir mendekati dua gadis itu.

"Apa yang kecoh-kecoh ni?" Rin dipandang. Dia berpura-pura tidak tahu biarpun hakikatnya dia telah mendengar pergaduhan sebentar tadi.

Rin menunduk sedikit.

"Maaf, Encik Amir. Miss Lara dia datang cari Encik Adam. Tapi Encik Adam tak ada. And bila saya cakap tak tahu Encik Adam pergi mana, Miss Lara tak percaya pula." Jawab Rin sambil mengadu. Kesempatan dalam kesempitan. Biar padan dengan muka Lara! Berlagak sangat. Bila dengar suara Encik Amir, tahu pula kecut perut.

Lara dipandang.

"Tak apa, Rin. Awak boleh balik ke tempat awak."

"Baiklah."

Lara sudah gelisah. Dari dulu hingga kini dia memang tidak berani bila berdepan dengan Baba kepada Adam ini. Aura lelaki tua itu lain macam. Wajah Encik Amir juga gerun hendak dipandang. Tambahan pula Encik Amir tidak pernah sekali pun tersenyum kepadanya. Dia juga jarang berjumpa dengan Encik Amir.

"Ha-hai, Un-uncle." Sapanya cuba mesra. Padahal bukan main cuak lagi sekarang ini.

"Ada hal apa nak jumpa dengan Adam?" Sapaan gadis itu tidak disahut.

"La-Lara dah lama tak jumpa dengan Adam. So, ingat nak buat surprise dekat dia la. Tak tahu pula yang dia tak ada."

"Oh. Nak jumpa Adam?"

Lara mengangguk perlahan.

"Tak silap Uncle, Adam ada cakap yang antara dia dengan Lara dah tak ada apa-apa kan? So, untuk apa lagi Lara nak berjumpa dengan dia?"

Lara tercengang.

Terkejut kerana orang tua Adam juga tahu tentang hal seperti ini. Nampaknya Adam memang serius mahu hubungan mereka berdua putus dan tiada kaitan lagi.

"Macam ni la, Lara." Encik Amir mengeluh perlahan.

"Benda ni dah lama Uncle nak bagitahu tapi sebab dulu Adam sayang sangat dengan Lara, Uncle biarkan. But now bila Adam sendiri dah mengaku yang dia dah tak ada apa-apa dengan Lara, i think i should be honest with you."

"What it is, uncle?"

"I'm begging to you, please stay away from Adam. After this, Uncle tak nak tengok Lara cari dia lagi. Semua yang Lara dah lakukan, Adam dah ceritakan pada Uncle. And, Uncle tak sangka Lara sekejam tu. Selama ini Uncle tetap terima Lara dalam hidup Adam walaupun Uncle sendiri tak bersetuju. Sebab apa? Sebab Uncle ingatkan Lara ni gadis yang baik-baik, lemah lembut dan sopan. Rupanya...tak sangka."

"But, Uncle. Semua yang Adam ceritakan tu tak betul. Lara tak sempat nak explain apa-apa pun dekat dia. Dia dah tuduh Lara macam-macam. Lara tak buat semua tu, Uncle. Tak mungkin Lara nak hancurkan persahabatan antara Adam dengan Kayla. Tak logik, kan?" Penuh dengan wajah kesian Lara berkata.

Tak ada anak, tak apa. Dia akan yakinkan Encik Amir yang dia tak buat semua. Walaupun tahu kesukaran untuk membuat Encik Amir percaya amat sukar. Tak cuba tak tahu, bukan? Jadi, dia akan cuba.

Bicara Lara membuatkan Encik Amir menggariskan senyuman tipis. Cakap la apa-apa pun, kalau gadis seperti Lara yang bercakap sememangnya dia tidak akan percaya.

"Habis tu, logik ke kalau Kayla yang ugut Lara untuk batalkan perkahwinan? I don't think so. Lara tahu kan yang Kayla juga anak Uncle? I know her well. Dia tak sekejam tu."

"Uncle, tak semestinya orang yang kita kenal lama tu kita kenal dia betul-betul. Sometimes, orang yang kita dah lama kenal itulah yang kejam dan jahat."

"But, orang yang kita baru kenal juga tak semuanya baik." Tenang Encik Amir membalas. Ini rupa ke nak jadi menantunya? Pandai menjawab. Walaupun nada Lara biasa dan rendah, dia tahu gadis itu sedang menahan gelodak kemarahan. Sengaja dia menguji.

"Me-memang tak semua. Tapi Lara bukan jahat."

"Okey, Lara. You don't need to say like that. Dari cara Lara menjawab pun Uncle dah tahu jawapannya. Uncle bukan nak memandang rendah, but kita kena cermin diri kita dulu and buat perbandingan sama ada kita ni baik atau jahat. Ada cermin dekat rumah, kan? Ha, Lara tengok diri Lara dalam cermin tu. And then you can make a compare between Lara dengan Kayla. Dari situ kita sendiri boleh nilai diri kita. Okeylah, Uncle pergi dulu. Jangan berdendam sangat dengan orang, nanti boleh makan diri."

Sempat lagi Encik Amir berpesan sebelum beredar jauh dari Lara yang terpinga-pinga. Untuk nasihat lebih-lebih dia risau. Risau nanti Lara berdendam pula. Darah muda bukan boleh dipercaya sangat. Semua benda nak berdendam. Hanya nasihat itu yang mampu dia berikan.

Lara hentak kakinya kuat. Panas betul bila sanggup Encik Amir menyuruh dia cermin diri sendiri.

"Dasar orang tua tak sedar diri! Dah tua ada hati nak nasihat aku! Kau tunggu, aku akan pastikan dua-dua anak kau tak akan bahagia!"

?????

"YA ALLAH! Dia tak balik lagi? Buat apa lagi tu depan rumah aku?" Dahi ditepuk sedikit kuat. Kayla keluh perlahan. Kereta diberhentikan jauh dari rumahnya sebaik saja ternampak Audi A5 milik Adam terletak elok dihadapan pagar rumahnya.

Kepala digelengkan.

"Adam. Apa lagi yang awak tak puas hati sebenarnya?"

Handbreak dijatuhkan dan perlahan kaki kanan menekan pedal minyak. Beberapa saat, dia mula tiba dihadapan rumah. Kereta diberhentikan bertentangan dengan kereta milik Adam.

Kayla melangkah keluar dari kereta. Langkah diatur ke sebelah pemandu kereta Adam. Tingkap yang agak gelap menyukarkan dia melihat keadaan di dalam. Mungkin Adam berada di dalam.

Teragak-agak, tangan dinaikkan dan mengetuk tingkap secara perlahan. Tiada respon, Kayla mula mendekatkan wajah pada tingkap agar dia dapat melihat adakah Adam berada di dalam.

"Cari aku ke?"

"Woi!"

Terperanjat Kayla sehingga tangannya tanpa sengaja dengan sendiri melayang terus melekap pada pipi kanan Adam. Kemudian, mulut yang ternganga kerana terkejut dengan tindakan refleks darinya ditutup dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Bibir bawah digigit.

Kepala Adam terteleng ke kiri. Perit, namun dia masih tersenyum tipis saat ini. Pertama kali ditampar oleh seorang perempuan selain dari Uminya. Pipi kanan yang masih rasa berpijar di pegang sebelum Kayla dipandang. Jelas, Kayla juga terkejut.

"A-Adam, ss-saya..." Mati kata. Tapi hanya seketika sebelum bibirnya menggariskan senyuman mengejek.

"Padan muka. Itu balasan untuk orang macam awak. Lain kali bagi salam, bukan sergah macam tu." Inilah masanya!

Tapi Kayla, dia tak pernah sikit pun naikkan tangan dekat kau. Kau kena minta maaf. Tak baik buat suami macam tu.

Bicara hatinya sendiri mematikan senyuman mengejek dari bibir. Tersentap sendiri. Tangan kiri yang menampar wajah Adam sebentar tadi dipandang bersalah. Tapi salah lelaki itu juga kerana buat dia terkejut.

"It's okey. Kau pun boleh ambil peluang untuk lepas geram dekat aku. Kan? Kalau kau rasa nak tampar lagi aku tak kesah. Janji, kau puas hati."

Kayla mencebik.

"Eleh. Tak kesah la sangat. Kejap lagi aku pula makan penampar dia." Dia menggumam sendiri. Kalau ya sekali dia mahu lepas geram, tak ada lah sampai nak tampar suami sendiri.

"Tapi-" Adam gosok pipinya. "Boleh tahan ganas juga kau ni. Sakit."

"Itu baru sikit tau. Kalau awak berani macam-macam dengan saya, habis patah riuk tulang awak tu."

"Oh ya? Sejak bila kau jadi garang semacam ni?"

Senyuman senget Kayla berikan pada Adam.

"Sejak saya tahu erti pertahankan diri dan maruah sendiri dari terus kena pijak dengan orang yang tak pandai hargai saya. Sejak dari tu saya nekad nak tukarkan hati saya yang lembut ni jadi keras. But, bukan keras untuk semua orang. Dengan orang yang macam awak je."

Kedengaran keluhan Adam yang perlahan. Kayla perasan wajah lelaki itu mulai muram. Bukan kali ini saja. Sejak pertemuan mereka yang kali pertama selepas lama terpisah lagi dia perasan wajah itu cepat saja muram bila dia mengeluarkan kata-kata yang sentap.

Adam terasa?

Dia tak kesah!

Kalau lelaki terasa, mungkin sekejap saja. Kerana di masih yakin Adam cari dia hingga ke sini kerana masih belum puas buat dia menderita.

"Kayla. Kau masih yakin yang aku cari kau semula sebab nak balas dendam?" Perlahan Adam bertanya.

"Yes."

"Kalau aku cakap aku dah tak bencikan kau, kau percaya?"

"Tak."

"Kenapa?"

"Sebab saya tak akan pernah lupa kata-kata terakhir awak sebelum saya dihalau dari rumah. Awak benci saya, Adam. Sampai bila-bila pun awak akan tetap bencikan saya. Sebab saya punca hancurnya kebahagiaan awak bersama Lara. Lupa ke?" Suara yang perlahan, namun Kayla bercakap dalam nada yang keras.

Walau apa pun dia tidak akan percayakan Adam. Mustahil sekali Adam sudah tidak membencinya. Manusia bila sudah bencikan seseorang, tak akan mudah rasa benci utu terhapus dalam waktu yang singkat.

"People can change, Kayla. Dan aku dah tak bencikan kau. Aku dah tahu semuanya. Aku dah tahu yang Lara saja reka-reka cerita yang mengatakan kau ugut dia supaya dia batalkan perkahwinan. Aku dah tahu, Kayla. Aku datang cari kau semula bukan sebab aku nak balas dendam. Aku nak minta maaf dengan kau. Aku dah buat salah besar dengan kau. Aku tuduh kau tanpa bukti. Tolong percayakan aku. Aku tak ada niat nak balas dendam dekat kau. Sikit pun tak ada."

Bersungguh Adam menjelaskan. Penuh harapan yang Kayla akan percaya kata-katanya. Dia sudah tidak sanggup menahan rasa hati yang sarat dengan rasa serba salah pada Kayla. Dia mahu mendapatkan kemaafan dari Kayla.

Sedikit sebanyak, hati Kayla hiba mendengar perkataan maaf yang meniti dibibir Adam. Namun, dia tetap gagah dan kuatkan hati agar tidak mudah terpedaya dengan Adam. Apa yang lelaki itu buat pada dia selama ini, tak akan mudah untuk dia maafkan.

"Baguslah kalau awak dah tahu kebenaran. And, awak percaya?"

"Of course aku percaya. Is dan Zaki dah tunjuk bukti siapa Lara tu sebenarnya. Dan kes dekat tepi kolam pada malam tu, Lara kan punca semuanya? Dia sendiri yang jatuhkan diri dia dalam kolam. Aku tahu."

"Adam. Awak ni terlalu mudah percayakan orang, kan? Dulu, masa Lara tuduh saya macam-macam pun awak mudah percaya. Dan sekarang, dengan mudah awak percaya Lara yang salah. Awak tak rasa ke lepas ni kalau Lara tuduh saya yang bukan-bukan dan hasut awak semula, awak juga akan percayakan dia semula?"

"Tapi-"

"Sorry. Saya tak percayakan awak. Macam mana awak tak percayakan saya dulu, macam tu juga saya tak percayakan awak. Awak merayu untuk saya maafkan, saya tetap tak akan maafkan awak. Awak tak lupakan apa yang dah buat pada saya? Kalau tak lupa, itulah yang saya akan buat. Saya merayu dekat awak supaya percayakan saya yang saya tak buat semua tu, tapi apa awak buat? Awak tetap tak percayakan saya sampai halau saya keluar. And now, awak cakap la yang awak dah menyesal or whatever saya tak akan percayakan awak. Tak akan. Sebab, Kayla yang sekarang bukan macam Kayla yang dulu. Yang boleh awak caci maki dan hina!"

Terpinga-pinga Adam mendengar suara Kayla yang sudah berubah tinggi. Tadi bukan main perlahan. Sekarang berubah dalam sekelip mata. Adam pandang tepat ke dalam anak mata Kayla. Mata gadis itu sudah mula berkaca. Dari mata itu, dia sedar yang Kayla sudah banyak memendam rasa sakit hati dengannya.

"I'm sorry. Aku tahu aku salah."

"No. Kata-kata maaf awak tu sia-sia, Adam. Saya tak akan terima maaf awak. Saya sakit, Adam. Sangat sakit. Telinga saya ni masih terngiang lagi apa yang awak dah cakap dekat saya. Awak hina saya, Adam. Awak cakap saya tak kenang jasa. Awak ungkit semula tentang keluarga kita and you said saya tak sedar diri! Awak ingat saya boleh tahan ke? Tak, Adam. Tak! Awak hina saya even awak tahu saya memang sebatang kara! Saya tak akan maafkan awak. Awak melutut sekali pun saya tak akan maafkan awak!"

Kasar tangan Kayla menyeka air mata yang sudah mengalir. Tidak mahu menangis dihadapan Adam nanti lelaki itu akan fikir dirinya lemah! Dia tidak akan sesekali biarkan dirinya nampak lemah! Dia harus tabah dan kuat.

Adam cuba memegang tangan Kayla, namun lekas ditepis gadis itu. Hatinya turut berasa sakit dan pedih bila melihat air mata itu. Mahu sekali dia menyeka, tetapi berat tangannya mahu bergerak ke pipi Kayla.

"Don't you ever to touch me! Kalau dulu awak bencikan saya, and now saya pula bencikan awak! Better awak pergi dari sini, Adam. Jangan ganggu saya lagi. Tolonglah! Lagi baik kalau awak lepaskan saya. Awak sendiri cakap dulu kalau dalam perkahwinan kita tak ada rasa cinta, tak ada guna diteruskan. Saya dah tak kuat nak pertahankan rumah tangga kita. Ceraikan saya."

Adam dipandang bersama mata yang berair. Mulut kata lain, hati kata lain. Dimulut mahukan penceraian namun dihati lain pula. Risau kalau dia terima Adam semula. Lelaki itu mudah sangat percayakan orang lain. Tak mungkin Lara akan berdiam diri selepas ditinggalkan Adam. Tentu Lara sudah rancang fitnah lain yang akan disebarkan. Dari terus terluka, lebih baik dia berpisah dari Adam.

"Tak! Aku cakap aku tak akan lepaskan kau. Aku tak akan ceraikan kau, Kayla." Tegas Adam mencantas kata-kata Kayla.

Dia tidak tahu apa kena dengan dirinya tetapi setiap kali Kayla menyebut perkataan cerai, hatinya bagaikan dicucuk-cucuk. Sakit hanya dia yang rasa. Dia tidak suka bila perkataan itu yang diulang oleh Kayla.

"Kenapa? Awak nak seksa saya lagi ke?"

"Aku tak akan lepaskan kau."

"Tanpa cinta, perkahwinan ni sia-sia. Awak sendiri yang cakap."

Mata dipejam rapat sebelum dibuka dan memandang Kayla dengan pandangan yang dalam.

"Cinta boleh dipupuk."

Kayla sedikit tergamam mendengar jawapan itu. Pandangan mata Adam padanya sangat lain. Tidak mahu bertatapan, Kayla mengalihkan pandangannya.

Jangan kalah, Kayla.

"Kau cakap kau cintakan aku. So, tak salah kalau-"

"Dulu. Sekarang cinta tu dah pupus. Yang tinggal hanya kebencian saya pada awak."

Adam terjeda seketika sebelum dia meletuskan ketawa halus seraya menggelengkan kepala.

"Tak mungkin semudah tu cinta kau pupus."

"Dan tak mungkin juga awak boleh pupuk perasaan cinta tu pada orang yang pernah hancurkan kebahagiaan awak. Cinta tak semudah apa yang awak katakan Adam. Cinta awak selama bertahun-tahun ini hanya untuk Lara. Tak mungkin semudah tu cinta awak akan beralih. Kan?"

Hilang kata-kata dari Adam. Lidahnya bagai dikeraskan. Akhirnya Adam hanya mampu mendiamkan diri sambil memandang Kayla yang melangkah masuk ke dalam pagar rumah. Mata layu memandang gadis itu.

"Kau memang dah berubah. Lagi keras dari sebelum ni."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience