Peluang Untuk Bahagia 26

Romance Completed 31772

"TERIMA KASIH." Ucap Hanan dengan ramah selepas membuat bayaran di kaunter bayar Watson. Palstik yang berisi barangan skincare yang dibelinya dicapai sebelum beredar keluar dari situ. Tidak boleh lama-lama nanti terbang semua duitnya nanti. Orang perempuan dengan Watson memang tidak dapat dipisahkan bukan? Begitu juga dengan dia.

"Heih! Nasib kau la Hanan kena jalan seorang diri. Ada member pun dah jadi isteri orang. Kau je yang forever alone sekarang ni." Bebelnya pada diri sendiri sambil berjalan tidak tahu hala tuju ke mana.

Ketika bosan atau tidak tahu apa yang hendak dibuat di rumah, dia akan banyak menghabiskan masa bersiar-siar di dalam Aeon Mall Shah Alam walaupun berjalan seorang diri. Berjalan keluar tidak semestinya perlu keluar membeli belah. Cukup saja dapat tenangkan fikiran.

Kaki yang sedang melangkah terus berhenti apabila ternampak kelibat seseorang yang sangat dia kenali. Dahi berkerut dan mata dikecilkan bagi mengecam wajah seseorang itu. Perlahan kaki mula bergerak ke arah lelaki tersebut.

"Macam kenal je. Tak silap aku tu Haris tu."

Tidak mahu membuang masa, terus dia berlari anak mendekati figura yang dikatakan Haris itu. Kalau betul Haris, memang dia pukul kepala lelaki itu. Mana tidaknya, selepas saja Kayla sah menjadi isteri kepada Adam, Haris seakan menghilangkan diri dan membawa diri entah ke mana.

Semakin dekat semakin dia dapat mengecam wajah itu.

Sah!

Itu adalah lelaki yang bernama Haris!

Laju saja kaki melangkah hampir ke arah Haris yang asyik membeli buah-buahan itu.

"Haris."

Kuat dia memanggil.

Lelaki yang dipanggil itu berpaling dengan riak terperanjat. Siapa saja yang tak terperanjat bila dipanggil seakan-akan disergah begitu.

"Woi, Hanan. Lama tak jumpa."

"Memang la lama tak jumpa sebab kau tu yang hilang entah ke mana. Kau sihat? Lama tak dengar khabar kau."

Haris menjongket bahu seraya menunjukkan ke arah dirinya.

"Alhamdulillah, sihat macam kau tengok sekarang."

"Seorang saja ke?" Sambil menyoal sambil Hanan mengintai sekeliling Haris. Siapa tahu lelaki itu berjalan dengan seorang perempuan ke apa.

"Buat masa sekarang ni aku seorang saja la. Kau?"

"Aku pun seorang je. Kau kenapa lama menghilangkan diri? Lepas Kayla dengan Adam kahwin kau terus tak ada dengar khabar langsung." Biarpun Hanan tahu sebab dan kenapa Haris menghilangkan diri, sengaja lagi dia bertanya kerana mahu lihat apa reaksi dan jawapan lelaki itu.

Siapa saja yang tidak kecewa dan makan hati bila kekasih hati telah sah menjadi isteri kepada orang lain? Sepupu sendiri pula tu.

Soalan Hanan menghadirkan senyuman hampa dibibir Haris. Dia mengeluh perlahan. Tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan itu. Betul. Selepas sahaja Kayla dan Adam berkahwin, dia terus menghilangkan diri dari semua orang. Dia juga ada mengambil cuti selama seminggu semata-mata mahu menghilangkan rasa sedih dan kecewanya. Seminggu dia membawa diri ke Langkawi menenangkan diri di sana.

Seminggu dia berada di sana dia mengenal erti pasrah dan redha. Dengan berada di sana dia perlahan-lahan cuba untuk melupakan Kayla dan belajar menganggap Kayla itu hanya seorang sepupu. Tidak lebih daripada itu. Walaupun sukar, dia tetap mencuba. Dia beranggapan bahawa dia dan Kayla tiada jodoh.

Namun dia sedar, sesukar mana sekali pun dia cuba untuk lupakan rasa cinta dan sayang pada Kayla, rasa itu tetap ada di dasar hatinya. Untuk dia hilangkan rasa cinta pada Kayla bukan mudah. 4 tahun dia dan Kayla bersama sebagai pasangan kekasih dan akhir sekali dia dan Kayla dipisahkan disebabkan gadis kesayangan dia sudah dijodohkan bersama sepupunya sendiri.

Bila difikirkan semula, buat apa dia tetap pertahankan rasa sayang dan cinta pada seorang gadis yang telah pun menjadi isteri orang? Namun dia tidak mampu untuk lakukan semua itu.

Seminggu bercuti tidak mampu memulihkan rasa sedih dan kecewanya. Kerana itu dia buat keputusan untuk tidak berjumpa mahupun berhubung dengan sesiapa yang melibatkan Kayla. Jika dia berbuat demikian, semakin sukar untuk dia pulihkan hatinya sendiri.

"Haris. Cuba kau cerita dekat aku ke mana kau hilang."

Gesa Hanan sebaik saja seorang pelayan yang menghantar pesanan dia dan Haris beredar daripada tempat mereka berdua. Disebabkan lama tidak berjumpa, Hanan mempelawa Haris untuk membelanja lelaki itu minum. Dia mahu cungkil rahsia ke mana lelaki itu hilang selama ini. 2 bulan tidak nampak muka.

Sebelum menjawab, Haris menghirup sedikit air yang dipesan.

"Holiday." Ringkas dia menjawab.

"Holiday sampai dua bulan? Kau biar betul." Tidak percaya dengan jawapan Haris, Hanan pandang Haris tidak puas hati.

Haris ketawa kecil.

"Tak ada la. Lepas majlis Adam tu aku pergi holiday Langkawi kejap."

"Oh." Hanan mengangguk faham. "Kau bawa diri ke sana sebab...kecewa, kan?"

Mendengar saja soalan itu, Haris terus mengeluh. Dia tersenyum hampa.

"Tipu la kalau aku cakap aku tak kecewa, Nan. Rasa kecewa ni tak dapat nak diluahkan dengan kata-kata. Kau faham, kan?"

Masing-masing berdiam diri. Hanan setuju dengan apa yang dibuat oleh Haris. Membawa diri pergi bercuti mungkin dapat mengurangkan rasa sedih dan kecewa. Jika dia berada di tempat Haris, mungkin dia juga akan buat perkara yang sama.

"Aku faham. Tapi, kau sepatutnya contact dengan Kayla. Dia asyik tanya kau melalui aku saja sedangkan aku sendiri tidak tahu kau dekat mana."

Pemberitahuan Hanan membuatkan Haris tercengang. Tanpa sedar dia mula tersenyum nipis.

Kayla tanya tentang keberadaannya?

"Dia tanya aku?"

"Yes. Haris, kau tengok je Kayla tu macam tu. Even dia tu dah jadi isteri Adam, dia tetap caring pasal kau. Kau kan always ada dengan dia. Kau sentiasa bagi semangat dia kalau dia tengah down. Confirm lah dia tidak senang duduk bila tak dengar khabar berita kau. Kau tu yang cepat sangat menghilang."

"Macam mana aku tak cepat menghilang, Hanan. Rasa kecewa aku ni lebih mendorong aku untuk jauh dari Kayla. Aku tak nak berharap lagi pada yang tak pasti. Nak-nak pula dia dengan Adam sekarang. Suami isteri yang sah. Dia orang kahwin depan mata aku. Lagipula, aku tak nak Kayla rasa serba salah dengan aku. Aku kenal Kayla tu macam mana. Kalau aku still contact with her, aku risau dia akan terus salahkan diri dia sebab buat aku kecewa. So, better aku jauhkan diri dari dia dan buat dia lupakan aku. Barulah dia tak rasa bersalah."

Tersentuh Hanan mendengar bicara dari Haris. Baru dia percaya yang Haris adalah seorang lelaki yang sangat baik dan mulia. Dia tahu, Haris sangat sayangkan Kayla. Kerana itu Haris sanggup mengetepikan rasa hati dan perasaan sendiri demi Kayla. Kalau bukan disebabkan Adam, dia sendiri yang akan paksa Kayla berkahwin dengan Haris. Baginya Haris adalah lelaki yang terbaik buat Kayla. Bukan senang nak cari lelaki seperti Haris sekarang.

Kayla. Aku nak cakap, betapa ruginya kau lepaskan Haris. Tapi aku juga faham keadaan kau pada tika itu. Aku tak salahkan kau. Aku tak minta tapi andai kata kau dan Adam jodoh tidak panjang, aku harap jodoh kau untuk kali kedua adalah dengan lelaki di depan aku. Haris. He's the great man, babe. Trust me.

?????

"EXCUSE ME. Can I meet your boss?"

Pantas Rin berdiri setelah dia disapa seorang gadis tidak bertudung dan berambut sedikit keperang-perangan. Pakaian gadis itu diperhati atas dan bawah. Tidak pernah pula dia nampak gadis dihadapannya itu sebelum ini.

"Sorry, can I know who are you? Sebab untuk berjumpa dengan bos, Miss perlu buat appointment terlebih dahulu." Dengan penuh tatacara Rin bercakap. Nanti kena potong gaji jika bercakap kasar-kasar dengan pelanggan walaupun dia perasan gadis dihadapannya sekarang seperti tiada adab saja. Salam pun tidak diberi.

Gadis tersebut mengeluh sebelum mengibas rambut ke belakang dan menanggal cermin mata hitam yang dipakainya. Rin dipandang menyampah.

"I Lara. Tunang kepada Encik Adam a.k.a your boss. Tak akan la nak jumpa tunang sendiri pun I nak kena buat appointment bagai. Please la. Huh!"

Reaksi Lara membuatkan Rin tercebik kecil. Berlagak betul!

Kejap. Tunang? Bukan ke Encik Adam dah kahwin dengan Puan Kayla? Perempuan ni gila ke apa sebenarnya? Harap je cantik tapi psiko.

"Maaf ya Miss. Setahu saya Encik Adam dah ada isteri. Isteri dia nama Puan Kayla. Dan Miss ni yang tiba-tiba mengaku tunang Encik Adam kenapa, ya?" Kalau sekarang ini dia adalah Kayla, sudah lama dia tarik rambut perempuan itu! Ada hati mengaku tunang bos!

Wajah Lara berubah menjadi bengang.

"What?! Kayla?!" Kuat sekali suaranya. Serta merta nafas berubah naik turun dengan laju sekali.

Kenapa dia tidak tahu tentang ini? Semua tentang Adam dia siasat sebelum dating ke sini. Tetapi kenapa dia tidak tahu yang Adam dan Kayla dah berkahwin?!

"Yes, Miss. Puan Kayla adalah isteri bos saya, Encik Adam. Dan Miss jangan sesekali ambil risiko untuk bohong saya dengan menyamar jadi tunang Encik Adam. Kalau Miss tak ada apa-apa urusan, Miss boleh keluar dari sini sekarang melainkan kalau Miss nak beli kereta. Terima kasih." Kata Rin lemah lembuh sekali. Orang seperti perempuan dihadapannya memang perlu bercakap dengan lembut dan sinis.

"Hoi! Aku ni tunang bos kau sebelum bos kau kahwin dengan perempuan tu la! Bagi aku jumpa dengan dia sekarang! Kau siapa nak halang aku? Pekerja saja pun." Lara mula naik angin dengan layanan pekerja Adam itu.

Rin yang baru saja mahu melabuhkan duduk itu bangun berdiri semula. Senyuman paling manis dia berikan.

"Maaf, Miss Lara. Miss akan saya benarkan masuk jika ada perkara penting yang perlu berusan dengan Encik Adam saja. Selain dari itu, saya tak boleh benarkan. Harap Miss Lara faham bahasa, ya?"

Tanpa menghiraukan Rin, Lara mendengus dan mula berpaling untuk mencari bilik pejabat Adam. Dia perlu berjumpa dengan lelaki itu sekarang juga.

"Eh! Miss Lara!" Kelam kabut Rin keluar dari tempat duduknya dan berlari mengejar Lara yang sudah pun berjalan laju ke depan.

"Miss!"

"Kau diamlah! Tanpa kebenaran kau pun aku boleh masuk!"

Semua pekerja yang berada disitu mula memerhati Lara dan Rin yang berlari kecil itu. Ada juga yang membisik-bisik melihat aksi itu.

"Miss Lara!"

Lara tersenyum girang saat terlihat tanda nama Adam yang terpapar dipintu salah satu pintu bilik. Tanpa membuang masa terus saja dia berlari menerpa ke arah pintu itu dan terus dibuka.

"Miss!"

Tidak sempat dihalang. Lara selamat masuk ke dalam pejabat Adam.

Adam yang sedang membuat kerja itu terus terkejut dan terperanjat bila pintu pejabatnya dibuka kuat dari luar. Melihat gerangan yang membuka pintu itu, Adam tercengang dan tergamam. Matanya tidak berkelip memandang insan yang sudah lama dia menanti untuk muncul kembali dihadapannya.

"Lara." Seru dia perlahan.

"Maaf, Encik Adam. Saya dah halang dia dari masuk tapi dia tetap..."

"It's okey, Rin. Just leave me with her." Potong Adam tanpa mamandang Rin dan matanya hanya terpaku pada Lara sahaja. Bagaikan satu mimpi Lara muncul dihadapannya sekarang.

Mengikut arahan, Rin mengangguk perlahan dan terus keluar dan menutup pintu. Walaupun sedikit hairan, dia tidak ambil peduli semua itu.

Lara tersenyum kemenangan. Ya! Dia tahu Adam akan berpihak kepadanya!

"Sayang." Langkah diatur mendekati Adam yang masih belum memberi reaksi lain selain daripada terkejut melihat dirinya kini.

"Do you miss me?"

Walaupun dalam hati sekarang dia sedang teruja, tetapi tidak tahu kenapa Adam bagaikan dibatukan dikerusinya dari terus berdiri. Hanya mata saja tertumpu pada wajah Lara.

Rindu?

Tentu sekali dia rindu. Sudah hampir 3 bulan Lara menghilangkan diri selepas kejadian gadis itu melarikan diri sebelum hari perkahwinan mereka berdua.

Reaksi Adam mengundang ketawa manja dari Lara.

"Sayang. You look so shock. Why? Tak percaya yang I dah balik ke?" Dia berdiri disebelah Adam dengan gembira sekali.

"I- I..." Hilang kata-kata dari Adam. Sungguh dia tidak tahu mahu mengeluarkan kata-kata apa kerana dia sungguh terkejut melihat kemunculan orang yang sangat dia cintai. Tapi apa yang dapat dia katakana adalah dia sungguh gembira!

"Sayang." Tangan kanan Adam cuba dipegang oleh Lara. Tetapi Adam lebih pantas menepis dan bangun berdiri. Adam bergerak jauh dari Lara sambil berpeluk tubuh.

"You hilang ke mana selama ni? And why baru sekarang you datang semula?" Sengaja buat protes. Adam ingin Lara jelaskan pada hari ini juga.

Wajah girang Lara berubah. Belakang Adam diperhati. Otak ligat memikikan jawapan apa yang sesuai. Dia mengetap gigi. Ini semua salah Ryan! Kalau bukan disebabkan lelaki itu buat dia mengandung, mungkin sekarang dia sudah bahagia bersama Adam!

"Kenapa tak jawab I tanya?"

Lara semakin gelisah bila Adam seperti memaksa dia untuk memberi jawapan. Hati mula tidak tenang memikirkan jawapan yang dapat menyakinkan Adam. Dia tidak akan sesekali memberi penjelasan yang sebenarnya. Itu seperti menggali lubang kubur sendiri. Kalau dia jujur, habis segala impian dia bersama Adam nanti. Tidak! Dia tidak akan buat begitu.

"I...err sayang. I rasa sekarang ni bukan masanya lagi untuk I explain apa yang berlaku sebelum ni. Can we just ignore about that and focus with our new relationship?" Harap Adam tidak banyak soal dan hanya menurut apa yang dicadangkan. Dia masih belum membuat perancangan baru memandang baru saja sebentar tadi dia dapat tahu Adam berkahwin dengan Kayla.

Adam ketawa sinis.

"Mudahnya you cakap. Ignore about that and focus with our new relationship." Kepala digelengkan.

"You pernah tak fikir macam mana perasaan I bila you cakap you nak batalkan perkahwinan kita?" Dia bersoal marah.

Marah?

Dia memang marah. Tetapi rasa sayang dan cinta pada Lara tetap utuh.

"Yang itu satu hal. Yang lagi satu hal you boleh pula lepas tangan larikan diri dan biarkan I fikir cara nak selesaikan perkahwinan kita tu. I tertekan you tahu tak? You satu pun tak ada dengar khabar lepas you buat keputusan nak batalkan perkahwinan kita. And today, you datang jumpa I and then you said focus with our new relationship. You buat macam tak ada masalah."

"Say..."

"Let me finish first. Almost three month you go, leave me to think about our relay and now let me be honest and let go of everything I had to say after your departure on our wedding day." Ujar Adam dalam keadaan masih membelakangi Lara.

Tidak mahu melihat wajah gadis itu. Bimbang jika apa yang sudah rancang habis segalanya tidak menjadi. Biarkan saja dirinya melepaskan kemarahan kepada Lara dengan apa yang gadis itu telah lakukan. Pergi meninggalkan hari perkahwinan mereka berdua itu adalah bukan perkara kecil. Dia juga mahukan penjelasan yang sebenarnya.

"I nak you tahu yang I sangat kecewa dengan perbuatan you, Lara. At least you should tell me the truth before you leave me. Maybe if you tell me, I boleh pertimbangkan kalau you nak batalkan perkahwinan kita. Bukan dengan tinggalkan I terombang ambing selesaikan our problem sendiri. I sayangkan you. I dah cakap I akan lakukan apa saja untuk you asalkan you bahagia termasuk dengan mendengar segala your problem."

Sambil mendengar bebelan dari Adam, Lara perhati saja kukunya yang baru dikilat. Sekali sekala dia mengeluh perlahan dan menjulingkan mata ke atas. Bosan mendengar bebelan Adam seperti mak nenek itu. Ingatkan datang semula kepada Adam pada hari ini lelaki itu akan mempelawanya untuk makan di restoran mewah, belanja dia pakaian baru ke apa ke. Ini tidak, membebel sampai ke sudah.

Mendengar tiada lagi bebelan dari Adam, Lara mematikan tingkahnya dari melihat kukunya sendiri. Perlahan dia mendekati lelaki itu dan lengan Adam dipegang. Kepala dilentokkan ke bahu lelaki itu manja.

"Sayang. I'm really sorry. I buat semua sebab I terpaksa. I promise you yang I akan explain everything dekat you." Dia cuba memujuk. Adam pasti akan terpujuk. Dia tahu.

Adam pandang Lara yang menempel dibahunya. Mereka bertatapan.

"I nak you explain sekarang juga." Hatinya sudah tidak dapat bertahan lagi. Memberontak ingin tahu penjelasan Lara.

Eh, eh dia ni. Aku kata nanti aku jelaskan. Bengap punya Adam. Kalau lelaki lain ni dah lama aku tinggal.

Tangan memegang pipi Adam.

"Sure. But after you explain how can you and Kayla get married so easy."

Segera Adam mengalihkan pandangannya ke tingkap. Tidak sangka tentang itu pun Lara tahu. Siapa saja yang memberitahu gadis itu? Sebolehnya dia tidak mahu Lara tahu yang Kayla sudah pun menjadi isterinya. Sebab dia tahu betapa benci Lara terhadap isterinya itu.

?????

ADAM ralit menghadap handphone menarik perhatian Kayla. Dari awal dia dan Adam duduk diatas sofa berhadapan dengan TV, lelaki itu tidak sudah-sudah menghadap skrin handphone. Itu tidak jadi masalahnya baginya kerana memang situasi begini akan berlaku setiap kali dia dan Adam menghabiskan masa menonton cerita yang terlayar. Memang ini yang berlaku antara dia dan Adam. Langsung tidak bercakap. Kadang-kadang dia cuba bercakap dengan Adam namun lelaki itu buat tidak endah.

Sakit hati?

Sangat!

Dia tengah seronok bercerita tetapi sikit pun tiada respond dari Adam. Lelaki hanya membisu saja tanpa bercakap semula dengannya. Dirinya rasa seakan tinggal satu rumah dengan robot bernyawa saja. Sepatah ditanya, satu habuk patah perkataan pun tidak dibalas. Bila dia bercakap banyak, mulalah Adam naik angin.

Masalah baginya sekarang adalah bila Adam tersengih dan tersenyum sendiri sambil menghadap skrin handphone. Selama perkahwinan mereka, ini baru pertama kali dia melihat Adam seperti itu. Lagak Adam seperti mula-mula bercinta dengan Lara suatu tika dulu. Asyik tersenyum dan tersengih sendiri.

Lara?

Hati Kayla terusik saat terlintas akan perkara itu. Tingkah Adam sama sebijik seperti mula-mula bercinta dengan Lara. Hati Kayla terdetik sesuatu.

Adakah Lara sudah kembali semula pada Adam?

Kalau Adam ada perempuan lain itu adalah sangat mustahil kerana Adam amat mencintai Lara seorang saja. Adam tidak berpaling sedikit pun kepadanya inikan pula perempuan lain.

Adam perasan dirinya diperhati terus mengangkat wajah memandang Kayla.

"Kau kenapa tenung aku macam tu?"

Lamunan Kayla mati. Segera kepala digelengkan dan memandang TV semula. Dalam hati dia mengutuk diri sendiri kerana merenung Adam sehingga lelaki itu perasan.

Adam kembali memandang handphone miliknya.

"Err- Adam." Kayla menyeru perlahan dengan teragak-agak. Risau jika Adam akan memarahinya.

"Emmm."

Fuh!

Kayla lega bila Adam menyahut biasa saja.

"Boleh tak kalau saya nak awak bercakap lembut sikit dengan saya?" Kali ini dengan takut-takut pula dia menyoal. Kepala tertunduk takut.

Terhenti tangan Adam dari menaip sesuatu di dada skrin. Dia pandang ke hadapan sekejap sebelum kembali memandang Kayla yang sedang menunduk. Itulah Kayla. Sejak kebelakangan ini asyik menunduk saja bila bercakap dengan dia. Kekadang datang juga rasa serba salah kerana dia kerap sekali berkasar dengan isterinya itu. Mungkin itu adalah punca kenapa Kayla sentiasa bercakap dengannya sambil menunduk.

"Kenapa? Aku kasar sangat ke? Sepanjang kita hidup berdua dari kecil sampai sekarang elok saja aku cakap kasar dengan kau. Kenapa sejak jadi isteri aku kena cakap lembut pula?" Sinis sekali dia menyoal. Kedudukan dari melunjur di atas sofa dia duduk secara betul supaya dapat berhadapan dengan Kayla.

Kayla pejam mata. Rasa mahu ketuk saja kepala sendiri sebab pandai sangat bersoal begitu. Tengok, sekarang dia sendiri yang makan hati.

Bodohlah kau, Kayla!

Dia menggeleng.

"Tak apa la. Saja je." Mengalah lagi.

Tidak mengapa. Satu hari nanti pasti keadaan berpihak kepadanya. Sekarang dia harus rempuh dengan tabah dan sabar saja.

Adam tersenyum sinis.

"Kau lupa ke dengan siapa aku akan bercakap lembut?"

Kayla menggeleng. Dia tahu siapa. Tidak perlu Adam persoalkan. Dia tahu. Mohon Adam tidak buat dia sakit hati dan sedih. Berharap sangat. Setiap kali perbualan antara mereka, tentu Adam akan buat dia sebak kerana kecewa dan sakit hati sekali.

"Aku rasa kau lupa kut. Meh aku cakap. Aku akan bercakap lembut hanya dengan orang yang aku cinta. Lara. Kau ingat. Lara."

Bum!

Dada Kayla seakan pecah. Sudah dia bilang tentu Adam akan menyakitkan hatinya.

Kepala semakin menunduk kerana dia tahu air mata akan keluar. Menyesal tidak sudah kerana dia pandai memandai meminta Adam untuk bercakap lembut dengannya. Kesudahannya, dia juga yang sakit.

Ya Allah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience