22

Drama Completed 119253

" angah... " Sufian termengah mengah menghampirinya. Sumayyah memeluk adiknya erat.
" tahniah.. mana anak sedara ucu" soal Sufian
" nurse ambil kejap.. dia berak.. ucu tolong azankan boleh" pintanya.
" apa pula tak boleh.. tak sabarnya nak tengok..macam muka ucu tak" soalnya.
" apasal muka ucu pula.. ucu bukannya helok pun" usik sumayyah
" apa pula.. ucu ni jejaka idaman kampus tau" ujarnya mendabik dada. Mereka tertawa.
" Ini... " soal wanita tua itu yang baru keluar dari tandas
" ini adik bongsu saya.. yang Damian cakap tadi" Sufian menunduk hormat
" oh ya.. tadi ada mamat mana ntah jawab call..sape tu.. " soal Sufian
" Damian.. anak aunty.. kami hantar Sumayyah ke sini.. dia pegang telefon Sumayyah sebab tertinggal dalam kereta. " cerita wanita itu. Sufian mengangguk. Jururawat menghampiri mereka dengan menolak katil bayi ke arah mereka. Sufian tersenyum kegembiraan. Mulutnya melopong melihat tubuh bayi yang gebu itu.
" anak sedara ucu ke ni.. bulatnya.. " didukung anak kecil itu lalu diazankan ditelinganya. Sumayyah menitiskan airmata. Sepatutnya azan itu dilakukan oleh Azhar namun apakan dayanya untuk melawan takdir. Anak kecil itu di didukung Sufian.
"ucu dah bagitahu ibu dengan along.. ibu kejap lagi naik bas kot.. along petang ni baru nak bertolak." ujar Sufian.
" ucu rasa apa reaksi ibu" soal Sumayyah. Mereka terdiam.
" aunty nak ke cafe nak lunch.. adik ada nak pesan apa apa tak" soal wanita itu.
" takde aunty.. terima kasih" balas Sufian
" Sumayyah tak boleh makan macam macam lagi tau.. makan dulu nasi hospital.. esok aunty masakan aunty bawa makan ya" ujar wanita itu. Sumayyah mengangguk. Wanita itu beredar meninggalkan mereka berdua.
" baik nya aunty tu.. angah dah lama kenal ke" Soal Sufian
" angah kenal dia time angah masuk wad hari tu.. " ujar Sumayyah
" habis tu.. macam mana dia boleh hantar angah dekat sini.." soal Sufian lagi
" semalam.. angah keluar beli makan.. balik dari beli makan tu.. angah jumpa Zaim.. dia panggil angah" cerita Sumayyah. Tubuhnya tiba tiba menggigil.
" Zaim.. apa setan tu nak.. berani lagi dia tunjuk muka dia" marah Sufian
" angah tak tahu.. angah lari.. sebab lari tu lah.. perut angah sakit.. angah tahan kereta tengah jalan minta tolong bawa datang hospital.. hari ni baru perasan aunty siew yang tolong angah" ceritanya lagi
" habis keparat tu.. dia dapat jumpa angah tak" soal Sufian lagi.
" nasib baik tak.. kalau tak tahu lah apa yang akan jadi"ujar Sumayyah. Sufian memeluk kakaknya erat bagi menghilangkan ketakutan yang dialami gadis itu.

Damian ke hospital bagi menjemput ibunya. Di lurut lengannya yang terasa sengal. Dia teringat akan saat gadis itu melahirkan. Dari raut wajah gadis itu tampak lembut tapi kuat semangatnya. Dia tersenyum sendiri apabila mengingati saat bayi yang baru keluar dari kepompong untuk melihat dunia. Senyuman paling cantik terukir dibibir gadis itu.
" hai.. gila lu" bisik hatinya. Kereta yang dipandu tiba di hospital. Dia segera ke wad gadis itu. Tidak sabar rasanya untuk melihat anak kecil yang dilihatnya dari awal proses bersalin. Terasa saat paling mengagumkan baginya. Langkahnya terhenti apabila melihat seorang pemuda sedang duduk disisi Sumayyah. Dia mahu berpatah semula tapi Sumayyah lebih awal menangkapnya
" Damian.. " pintu bilik yang mahu ditutupnya dibuka semula. Sumayyah melambai memanggilnya masuk. Damian hanya mengikut.
" Damian ini adik saya.. Sufian.. ucu ini anak aunty Siew..Damian" mereka berjabat tangan. Damian melihat anak kecil yang sedang tidur nyenyak itu. Dia menghampirinya perlahan lahan.
" hai baby.. " dikuis pipi bayi itu lembut.
" dah ada nama" soalnya.
" belum" balas Sumayyah. Damian ralit dengan bayi itu. Tiba tiba telinganya ditarik.
" Aduiii.. mummy sakit la" rungutnya
" you datang dari bengkel then terus pegang baby...you tahu tak tangan you boleh sebar kuman.. nanti sakit baby" marah wanita itu
" dah cuci maa" ditunjuk tangannya kepada ibunya.
" ya tapi you pegang macam macam.. sepatutnya you basuh tangan dulu then sanitized baru pegang dia.. kulit baby ni sensitif tau tak" leteran wanita itu mencuit hati dua beradik itu. Damian seakan merajuk menghempaskan badannya disofa lalu disilangkan tangannya.
" kesian cucu nenek.. uncle tu tak kesian sama you kan baby" ujar wanita itu.

Puan Fauziah dan Encik Zahari tiba dihospital. Encik Zahari teruja melihat penyambung legasinya.
" atok dan nenek datang ni.. bangun la" dikuis kuis hidung anak kecil yang sedang asyik dalam lenanya.
" macam ucu kan ayah.. handsome" Sufian memuji diri sendiri
" macam ayah la...macam atokkan.. kan " Ujar Encik Zahari.
" macam lah siapa pun.. asalkan bukam muka perogol tu.. " ujar Puan Fauziah
" ish awak ni.. berlapik sikit cakap tu" Marah Encik Zahari apabila melihat perubahan raut wajah anak gadisnya.
" betul apa.. sekurang kurangnya orang takkan mengata yang saya ada cucu anak perogol" sinis Puan Fauziah
" ibu.. angah dalam pantang.. kalau ibu nak cakap bukan bukan jom ucu temankan ibu balik hotel" ujar Sufian. Puan Fauziah diam. Dia hanya memandang cucunya dari jauh. Terasa jijik untuknya pegang. Sumayyah diam dan membisu. Kedengaran hanya suara dua beranak itu bercanda.

Sumayyah sendirian didalam bilik itu. Anak kecil itu di tatapnya.
" abang.. Su dah lahirkan anak kita.. muka dia.. hidung dia.. rambut dia macam abang.. " ujar Sumayyah. Dia menangis. Rindunya pada lelaki iru menjengah. Pintu biliknya dibuka. Terasa dirinya dipeluk seseorang. Dia membalas pelukan itu erat. Terasa hangat dan tenang.
" kau sakit ke" suara itu amat dikenalinya. Sumayyah menjarakkan tubuhnya dari pemuda itu lalu menyarung tudungnya.
" tak.. saya ok.. awak buat apa datang sini malam malam ni" dilihat jam di dinding yang menunjukkan hari sudah sembilan malam
" mummy call hospital..dorang kata kau sorang sorang dekat sini...dia suruh aku teman kau" jelas pemuda itu
" eh takpe..saya ok.. awak balik ya.. " suruhnya
" kau nak suruh aku kena leter dengan mummy.. " marah pemuda itu
" habis aunty duduk dengan siap dekat rumah.. jangan kata awak tinggal dia sorang sorang" soal Sumayyah.
" maid ada.. kau gila nak aku tinggalkan mummy sorang sorang.. ni.. mummy bagi.. disuruh kau minum.. " termos kecil itu dihulurnya
" apa ni" Sumayyah membuka termos itu. Bau herba merebak menusuk hidungnya
" air herba untuk kau.. mummy suruh minum panas panas sebelum tidur.. " Damian mengeluarkan sepasang sarung kaki lalu disarungkan ke kaki gadis itu. Sumayyah cuba mengelak.
" eh awak.. biar saya buat" ujar Sumayyah
" mummy kata kau tak boleh banyak gerak.." ujar pemuda itu. Sumayyah diam. Kakinya siap pakaikan sarung kaki. Dibaiki bantal tidurnya oleh pemuda itu.
" minun cepat.. kau tak boleh tidur lewat" arahnya. Sumayyah hanya mengikut. Termos itu kosong hingga tiada setitik pun air herba yang tinggal. Sumayyah berbaring dikatilnya. Dirapikn selimutnya oleh pemuda itu. Lampu di matikan dan pemuda itu berbaring disofa. Sumayyah lena lelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience