7

Drama Completed 119253

Fasha menghampiri Azhar yang sedang lena di katil. Diletakkan tangannya di dahi pemuda itu. Azhar terjaga dari lenanya. Dia terkejut melihat gadis itu berdiri disebelahnya
" Apa Fasha buat dekat sini.." soal Azhar cuak.Dia memerhati sekeliling
" Su takde.Di turun bawah sekejap beli makan..Sha bertembung dengan dia tadi..Bie macam mana..dah ok sikit ke" soal Fasha.
" ha ah..dah ok sikit..kan Har kata jangan jumpa Har kalau Har dengan Su.." balas Azhar.Debar didadanya semakin kuat
" takkan nak jumpa suami sendiri pun tak boleh..lagi pun Bie tak sihatkan..."ujar Fasha..Dia membetulkan selimut pemuda itu.
"Fasha..tolong ok..Har belum bersedia untuk beritahu tentang kita.." rayu Azhar
" Ish Bie ni..jangan la risau..Sha tahu la nak cover line" ujar Fasha. Pintu bilik itu ditolak Sumayyah. Azhar cuak. Fasha menjarakkan sedikit dirinya dari katil.
" abang dah bangun.." dia mendapatkan suaminya.
" su pergi mana tadi..risau abang" ujar Azhar lalu dirangkul pinggang isterinya erat.
" su beli sarapan..abang nak makan" soal gadis itu lembut. Dia melabuhkan punggungnya ke kerusi ditepi katil.
" yang kau ni terpacak je dah kenapa..hospital ni bukannya nak reban..aku belikan kau nasi lemak..makan lah" ujar Sumayyah. Fasha menyelongkar plastik putih itu dan mengambil bungkusan nasi lemak yang dikatakan oleh gadis itu lalu dia duduk disofa. Matanya tidak berganjak walau sesaat dari menatap aksi mesra pasangan itu. Cemburunya makin meluap.
" sepatutnya aku yang buat semua tu..." bisik hatinya.

"kau tak ke butik ke Fasha.." soal Sumayyah.Dia hairan apabila sahabatnya itu seharian berada diwad.
" tak...staff aku ada..aku malas nak masuk office.." seloroh gadis itu. Fasha membelek majalah dihadapannya.Sesskali mencuri pandang kemesraan pasangan itu.
" aku akan pastikan Har akan jadi milik aku sepenuhnya" cemburunya sudah tidak dapat dibendung.
" untung la orang ada butik sendiri..bertuah sapa kawin kau Fasha..semuanya ada..kira masuk lubuk emas la" seloroh Sumayyah. Air yang diminum Azhar terhambur. Azhar terkejut dengan kata kata isterinya.Seakan tamparan buatnya
" betul..beruntung siapa yang kawin dengan aku...kawin atas dulang emas..aku akan tatang bagai minyak yang penuh" matanya menatap wajah Azhar yang sudah tidak keruan.
"minyak apa..minyak kelapa..minyak jagung ke minyak hitam..atau petrol" seloroh Sumayyah sambil mengelap bibir dan baju suaminya yang basah dek kerana air yang terhambur tadi.
" kalau petrol...silap langkah aku bakar je laki aku" Fasha merenung tajam Azhar. Azhar menelan airliurnya kasar. Sumayyah tertawa mendengar canda sahabatnya.
" aku nak ambil pekerja lelaki la sorang..untuk kerja kerja stor..kesian pula aku tengok staf aku nak angkat stok berat berat.nak panjat sana..panjat sini..kau rasa ok tak" soal Fasha kepada sahabatnya
" ok juga..lagipun bahaya lah kalau semua perempuan yang kerja..jadi apa apa macam mana..kalau ada staf lelaki walaupun seorang pun ok dah.." balas Sumayyah.
" kan...aku setuju dengan kata kata kau...tapi ada ke yang nak kerja dekat butik aku.." Fasha cuba main tarik tali.
" mesti ada...sekarang semua orang cari kerja..cari duit oiii.." balas Sumayyah lagi. Fasha cuba mencuri perhatian suaminya namun pandangan suaminya hanya untuk madunya. Dia semakin geram.
"Har..har nak kerja dekat butik Fasha tak" soal Fasha..Azhar tersentak.
" Har kan kerja driver..kau ni..." sampuk Sumayyah.
" manalah tahu kot nak buat part time..boleh la duit lebih...takde lah nanti ibu kau labelkan suami kau pemalas.."ujar Fasha.Sumayyah terdiam. Ada benar kata sahabatnya.Ibunya selalu melabelkan suaminya pemalas dan hanya tahu meminta minta sedangkan apa yang berlaku tidak begitu.
" abang macam mana..Su ikut saja..kalau abang larat abang buat la..kalau tak..tak payah lah" Cadang Sumayyah.
" yess..akhirnya" jerit hati kecil Fasha.
" Har kerja hari off je..pagi sampai petang..susun barang stor..please..sementara nak dapat staf lelaki" rayunya.
" tengok la dulu macam mana" Azhar tidak keruan.Fasha tersenyum gembira. Nampak ada sedikit ruang untuknya memikat hati pemuda itu.

Azhar ke Johor bagi menghantar barang. Sumayyah yang sudah mula bercuti mula rasa bosan dan sunyi apabila sendirian dirumah. Dia pulang ke rumah ibunya bagi melawat kakak iparnya yang baru melahirkan. Bayi lelaki itu didukung Sumayyah
" asyik dukung anak orang..anak sendiri bila nak dukung...kamu tak teringin ke ada anak sendiri Angah.." perli Puan Fauziah
" ibu..rasanya dah berpuluh kali dah soal benda yang sama..belum rezeki kami ibu..nak buat macam mana" balas sumayyah lembut.
" itu je lah modal kau..belum rezeki belum rezeki..kau minta je lah cerai dengan Har tu..kau nikah dengan Zaim..senang..habis cerita" ujar Puan Fauziah
" ibu..ibu tak penat ke ambil kerja Malaikat..kerja ibu sendiri pun tak cukup tangan nak buat..ni nak ambil kerja malaikat pula..sudah sudah lah ibu..ibu tak letih ke.." balas Sumayyah geram
" angah kenapa cakap macam tu " kakak iparnya menegur perbuatannya
" kak Lin fikir tengok dari angah kawin sampai sekarang..ada je tak kena..mula pasal kerja Abang Har..lepas tu pasal keluarga abang Har..sekarang pasal anak pula..pendek kata semua benda tak kena..Kak Lin rasa angah tak sedih dan kecil hati ke" jelas Sumayyah
" dah benda yang aku tak..sampai mampos pun aku tak suka" ujar puan Fauziah
" ibu..." tempik Sumayyah..airmatanya mula berlinang. Hatinya seakan dirobek robek.
"sabar yang angah..kak lin nak cakap pun tak tahu..cuma kak lin harap sangat angah tak melampaui batas..ibu tu tetap ibu..satu satunya wanita yang melahirkan kita..hormat dia walau apapun dia buat" nasihat gadis itu di terima Sumayyah yang hanya mengangguk tanda faham.

" Bie..cantik tak" Fasha menunjukkan baju yang diambilnya dari rak display lalu diletakkan pada tubuhnya.
" ermm cantik..." jawab Azhar acuh tak acuh.
" Bie...cantik tak" rengek Fasha lagi.
" try la dulu baru tahu cantik ke tidak" suruh Azhar. Malas dia melayan karenah gadis itu.Di fikitannya hanya nama Sumayyah bertandang.
" Bie.." panggil Fasha. Azhar menghampiri gadis itu.
" cantik tak" soal Fasha
" cantik.." jawab Azhar. Fasha masuk semula ke dalam bilik persalinan.
" bie.." panggil Fasha lagi
" apa.." Azhar sudah tidak dapat menahan geramnya
" tolong..Zip tersangkut" pintanya. Azhar masuk ke dalam bilik persalinan itu lalu membuka zip baju yang dipakai gadis itu.Fasha tidak melepaskan peluang untuk menggoda pemuda itu. Baju yang terlepas hampir menampakkan dadanya ditayangkan kepada Azhar yang mengundur sedikit kebelakang. Diletakakkan tangan pemuda itu ke dadanya.
" Sha..kita dekat dalam fitting room ni" Azhar gugup apabila gadis itu merapatkan wajahnya ke arah mukanya
" biarlah..bukannya ada sapa sapa nampak pun..lagi pun kita kan suami isteri yang sah" bisik Fasha menggoda telinga dan nafsu pemuda itu. Bibir Azhar dioles gadis itu lembut. Pada awalnya Azhar menolak namun akhirnya Azhar kalah dengan permainan nafsunya.Mereka berkucupan asyik didalam bilik persalinan.

Sumayyah menelefon suaminya namun tidak berjawab. Dia rindu akan suaminya. Sejak suaminya berangkat ke Johor baru dua kali pemuda itu menelefonnya.Sepatutnya suaminya pulang pada tengahari itu namun kelibatnya belum kelihatan.Hari sudah larut malam. Sumayyah mula risau. Dia terlelap dalam penantian. Telefonnya berdering.Sumayyah menjawab kalut
" abang..abang ok ke..Su call abang tak dapat kenapa" soal Sumayyah.
" maaf su..lori rosak..telefon abang habis bateri..ini pun abang pinjam charger kawan..rasanya malam esok baru abang boleh bertolak balik..maaf abang buat Su risau" ujar Azhar.
" lori rosak..habis tu..abang tidur dekat mana..abang dah makan.." soal gadis itu lagi..risaunya semakin ketara
" abang tumpang rumah kawan..abang dah makan tadi..Su dah makan..esok Su ada apa apa aktiviti ke.." soal Azhar. Sumayyah sedikit lega
" Dah makan tadi..esok Su takde buat apa apa pun..kalau Su ada nak ke mana mana su mesej abang ya.." balas gadis itu
" ok sayang..abang rindu su.." ujar pemuda itu
"su pun..abang jaga diri ya.." talian dimatikan. Sumayyah tidak dapat melelapkan matanya.Di capai tafsir Al quran lalu dibaca dan difahami maksudnya.Hatinya kembali tenang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience