36

Drama Completed 119253

Sumayyah memerhati anak muridnya sedang menjamu selera. Anak anak kecil itu makan dengan tertib.
" Amar nak tambah lagi" soal Sumayyah apabila melihat nasi didalam pinggan kanak kanak itu hampir habis.
" teacher nak lagi.. " pinta anak kecil itu. Sumayyah menambah nasi ke dalam pinggan anak kecil itu.
" Su.. jangan la bergerak sangat. kaki tu tak baik lagi.. biar Eja dengan Dian buatkan. " Tegur gadis itu.
" tak apa.. Su boleh buat" ujarnya. Sumayyah tersenyum. Sumayyah mengemas ruang makan anak anak kecil itu. Kakinya yang masih belum pulih membuatkan jalannya terhincut hincut.
" teacher nak Piya tolong" soal anak kecil itu
" tak pe teacher boleh buat sendiri.. " anak kecil itu mengambil kerusi lalu berdiri disebelahnya.
" piya tolong teacher ya" pinta anak kecil itu. Dia menyusun pinggan yang dibasuh gadis itu kedalam bakul yang disediakan. Mereka bergurau. Duka Sumayyah kerana merindui anaknya terubat dengan kehadiran anak anak kecil itu.
" Fateh.. dimana kamu nak.. umi rindu"rintih hatinya.

"Bye teacher.. " lambaian anak anak itu menyebar senyuman dibibir gadis itu. Sumayyah berkemas kemas untuk pulang.
" Su nak tumpang Eja ke.. " pelawa gadis itu.
" tak apa.. Su balik naik bas saja" balasnya. Beg galasnya disandang ke bahu. Dia dan dua lagi rakannya memeriksa pintu dan tingkap sebelum keluar dari kawasan tadika.
" Eja.. hesmesnya" Eja memandamg kearah pemuda yang dikatakan Dian. Pemuda yang berada didalam kereta itu menarik minat dua gadis itu.
" sebelah dia pun.. aummm" gedik dua gadis itu.
" ish la...korang ni.. apa yang korang tengok tu. " soal Sumayyah.
" tu.. sapa punya la.. kalau aku dapat.. pegang kemas wei" Sumayyah memandang ke arah yang di katakan gadis itu. Sumayyah kaku
" Su..jom kami hantar balik" tempik Zaim yang menjengoi kepalanya ke tingkap kereta. Damian yang duduk di tempat pemandu diam seribu bahasa. Kepulan asap rokok keluar dari hidungnya.
" kawan kau ke Su" soal Dian
" ha ah.. kawan Su" Sumayyah tidak tahu alasan apa yang harus diberikan. Dia tidak mahu berurusan dengan pemuda itu. Zaim memanggilnya. Sumayyah membisu.
" Su dorang panggil.." ujar Eja.
" Eja.. Su tumpang Eja boleh" ujar Sumayyah.
" boleh..habis tu...hesmes tu" Eja memuncungkan bibirnya ke arah dua pemuda itu.
" Su balik dengan kawan.. " ujar Sumayyah. Dia berjalan menuju ke kereta Eja. Zaim mahu keluar mendapatkan gadis itu tetapi Damian lebih cepat bertindak. Pintu kereta gadis itu diketuk. Sumayyah membuka tingkap
" jom.. kami hantar balik" Sumayyah menggeleng.
" jangan bantah boleh tak.. " ujar Damian lembut.
" Su macam mana kau nak ikut kami atau nak balik dengan mamat tu" Soal Dian.
" balik dengan korang" Damian merengus marah.
" Cepat la..panas ni" rungut Damian.
" Su balik dengan dorang. " balas Sumayyah lembut. Damian hilang sabar. Zaim menghampiri mereka.
" Cepat sebelum Zaim heret kau" ujar Damian
" Su balik dengan dorang..." rengek Sumayyah. Damian membuka kunci pintu kereta itu lalu menarik gadis itu keluar. Dicapai beg gadis itu
" Awak sakit awak.. kaki saya awak" ujarnya. Zaim berhenti dipertengahan jalan hanya memandang kelakuan mereka. Eja dan Dian saling berpandangan.
" aku cakap kau bantah.. ni makan dia" didorong gadis itu kedalam kereta. Sumayyah menahan sakit kakinya.
" Zaim cepat.. kau nak kena tinggal ke" tempik Damian. Sumayyah membisu. Airmatanya diseka perlahan. Damian memerhati melalui cermin sisi. Hatinya gusar.
" Sakit ke dia" bisik hatinya
" kau memandaikan nak lari dari aku.. kau kena ingat Su...kau hak aku" ujar Zaim. Sumayyah diam.

Mereka ke mall untuk menonton wayang. Sumayyah hanya mengikut dari belakang. Zaim asyik dengan gadis gadis yang menyertai mereka. Damian perasab bahawa gadis itu ketinggalan dibelakang. Damian berhenti dipertengahan jalan untuk menjawab panggilan. Sesampai sahaja gadis itu disebelahnya dia bergandingan dengan gadis itu. Pembalut gadis itu kelihatan kotor.
" Duduk situ.. " suruhnya.
" nak buat apa" soal Sumayyah.
" tu kaki kau.. " ditunjuk pembalut yang sudah kotor. Damian mencuci luka gadis itu lalu menukar pembalut. Dibantu gadis itu untuk bangun.
" jom" ujar pemuda itu
" awak jalanlah dulu.. " suruhnya. Dihulur tali vape yang tergantung dilehernya. Sumayyah memegang tali itu dan mereka bergandingan menuju ke panggung wayang. Suasana gelap panggung menyukarkan pergerakannya. Tangannya dicapai seseorang. Sumayyah hampir menjerit.
"Duduk sini" Damian membuka kerusi untuknya.
" terima kasih" ujarnya. Sumayyah tidak memahami jalan cerita kerana dia tidur tidur ayam. Letihnya kerana mengajar anak anak keci itu belum lagi reda kini ditambah pula menonton wayang. Damian meletakkan kepala gadis itu dibahunya agar gadis itu selesa.
" Damian, awek baru ke"soal seorang pemuda.
"dia aku punya..jangan berani usik" ujarnya. Sumayyah mendengar kata kata itu berasa galau. Risau takut diapa apakan dalam masa yang sama terasa lega kerana bebas dari cengkaman Zaim. Damian menggenggam jari gadis itu erat..Sumayyah mendi kaku.

Hari sudah senja. Sumayyah dihantar pulang oleh dua pemuda itu. Sumayyah segera mandi dan menunaikan tuntutan Ilahi sebelum kehabisan waktu. Usai solat dia ke dapur untuk mencari bahan untuk dimasak tetapi tiada apa yang boleh dimakan kerana dia belum ke pasar untuk membeli bahan basah. Yang ada hanya lah mi segera.
" angah jom keluar makan.. ucu pergi amik" ijar pemuda itu ditalian. Sumayyah bersiap untuk keluar dengan adiknya. Sufian menanti kakaknya. Cermin sisi motor itu dilap menggunakan hujung lengan bajunya.
" angah kenapa kaki" soal Sufian apabila melihat kaki kakaknya berbalut.
" terkena kaca.. " balas Sumayyah lalu naik keatas motor yang ditunggang pemuda itu.
" angah kan buat kerja kalut.. " ujar Sufian. Sumayyah meluku kepala adiknya. Mereka singgah digerai ditepi jalan. Dunia hanya mereka berdua. Terasa bahagia.
" angah.. macam mana dengan Fateh.. angah dah dapat cari" soal Sufian
" belum.. ibu tak bagi kerjasama.. dia tak nak bagitahu alamat rumah pasangan tu" balas Sumayyah. Raut wajahnya berduka.
" along pun try juga tanya ibu.. tapi tu lah.. harap harap Fateh sihat sihat saja" ujar Sufian. Sumayyah menyedut minuman yang terhidang dihadapannya.

Damian ke bar. Dia meraikan hari lahir rakannya. Dia berlibur tanpa sedar bahawa dia sudah mabuk. Langkahnya longlai. Kata katanya juga sudah tidak waras. Dia masuk ke kereta. Tiba tiba dia rebah akibat dipukul sekumpulan pemuda. Damian berlumuran darah tidak sedarkan diri.

Sufian dan Sumayyah berjalan sekitar ibu kota menghirup udara malam. Segala beban yang digalas hari ini hilang bagaikan angin malam.
" tu mesti kes gaduh tu" ujar Sufian apabila melihat seorang pemuda papah berlumuran darah. Sumayyah berpaling melihat kearah yang dikatakan adiknya.
" ucu berenti ucu" pinta Sumayyah
" kenapa angah.. tengah jalan ni.. " ujar Sufian.
" berenti angah kata " nadanya tinggi seoktaf. Pemuda yang dipapah itu amat dikenalinya. Kereta itu juga dikenalinya.
" pergi sana" dia menyuruh adiknya membawanya ke arah pemuda itu.
" Damian... kenapa ni" soal Sumayyah.. " dia menepuk wajah pemuda itu namun pemuda itu tidak sedarkan diri.
" Ah yen.. kenapa dengan Damian" dia bertanya kepada rakan pemuda itu
" kena pukul.. " ujar pemuda itu
" siapa pukul" soal Sumayyah lagi
" entah.. kami keluar tengok dia dah terbaring" balas pemuda cina itu.
" bawa dia ke klinik.. " Sumayyah risau melihat keadaan pemuda itu. Tiba tiba tangannya dipegang.
" jangan ke klinik.. nanti mummy tahu dia risau.. call doktor saya" Di berikan telefonnya. Sumayyah mencari nombor telefon yang diminta.
" ok doktor..saya akan hantar lokasi.. terima ksih ya" ujar Sumayyah.
" Ah Yen.. ikut motor tu " pintanya.
" ucu jom balik rumah" pinta Sumayyah tergesa gesa. Sufian hanya akur. Sumayyah masuk ke dalam perut kereta dan duduk disebelah pemuda itu. Ada seorang gadis yang mengikuti mereka menoleh melihat keadaan Damian.
" you awek dia ke" soal gadis itu
" eh tak...kami kawan.." jawab Sumayyah. Dia menggenggam jari pemuda itu kemas.
" tak pernah nampak pun" soal gadis itu lagi
" hah urmmm ermmm" Sumayyah mati kata
" friends in special relation" ujar Ah Yen. Gadis itu kehairanan. Dia tidak faham maksud pemuda itu.
" awak sabar ya.. tahan ya.. dah nak sampai rumah.. awak jangan tidur awak.. " pinta Sumayyah. Damian menggerakkan matanya agar dia tidak tidur. Dia berbaring diribaan gadis itu. Sumayyah mengusap rambut pemuda itu lembut
" apa yang awak buat sampai awak dipukul samai macam ni" tangisnya berderai. Damian perasan akan tangisan itu dalam kesamaran matanya. Digenggam tangan gadis itu erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience