41

Drama Completed 119253

Sumayyah teringat akan hal dibengkel tadi. Dia memegang dahinya. Jantungnya berdegup laju.
" Jangan berangan la Su.. kau hanya cagaran atas hutang kau dengan dia.. sedar Su sedar" ditepuk kedua pipinya. Telefonnya berdering. Sufian bersuara gugup.
" Ucu kenapa ni" soal Sumayyah.
" along..angah..along... " Sufian dalam tangisan
" kenapa dengan along" soal Sumayyah
" along accident.. dorang accindent angah" Sumayyah tersentak.Telefonnya jatuh ke lantai. Dia sepatutnya bertemu dengan abangnya sekeluarga hari itu. Sumayyah menangis dibucu katilnya. Dia cuba menenangkan diri dan berfikiran positif. Dia menelefon Sufian semula.
" ucu ada dekat mana.. along dekat mana" soal Sumayyah.
" ucu dekat asrama.. along dekat hospital ipoh.. angah...along.." tangis pemuda itu memecah duka.
" ucu siap siap.. angah amik ucu" ujar Sumayyah
" angah nak datang dengan siapa" soal Sufian
" siap je.. angah pergi amik" suruh Sumayyah. Talian dimatikan.
" kau emergancy.. InsyaAllah dia tolong.. Bismillah" Sumayyah memberanikan diri menelefon Singa Jantan itu.
" Yang kau sibuk sibuk nak tahi aku dekat mana ni pasal apa" soal Damian. Vape yang disedutnya berhambur keluar dari hidungnya.
" saya nak minta tolong awak" pintanya gugup
" aku tak senang" ujar Damian. Dia yang berada di restoran sedang menyaksikan perlawanan bola sepak bersama pekerja dan rakannya.
" saya nak ke hospital Ipoh.. tapi kalau awak tak boleh hantar saya tak pe lah.. saya naik grab" ujar Sumayyah lalu talian dimatikan. Damian bangun dari duduknya lalu mencapai kunci kereta yang berada diatas meja meluru ke keretanya.
" siap sekarang aku pergi amik kau" suruhnya dan memandu ke rumah gadis itu. Sumayyah mengambil sepasang baju dan dokumen dirinya lalu dimasukkan ke dalam beg galasnya. Disarung tudung lalu diselempangkan ke bahu. Dia menanti pemuda itu di pagar.
" Along..angah dengan ucu sampai kejap lagi.. along..." airmatanya menitis. Kereta yang dipandu Damian tiba. Sumayyah masuk ke dalam kereta dengan kalut.
" kita ke kolej matriks kejap ambil ucu" pintanya
" hah ok.. tapi siapa masuk hospital" soal Damian
" cepat nanti saya cerita" suruhnya. Sepanjang perjalanan Sumayyah hanya menangis. Doanya untuk abangnya sekeluarga tidak putus putus dipintanya.

Tiba di hospital, Sumayyah tiba tiba rebah apabila mendapat perkhabaran bahawa abangnya telah pulang kerahmatullah. Sumayyah menangis semahunya. Sufian juga. Damian masij tidak memahami situasi tapi apa yang dia tahu ada seaorang telah meninggal. Dia memeluk Sumayyah erat lalu ditenangkan gadis itu.
" along... kenapa tak tunggu angah sampai. " ujarnya. Sufian menelefon ayah dan ibunya. Sufian seakn berang. Sumayyah yang berada didalam dakapan Damian mendapatkan adiknya yang sedang melepaskan geram
" kenapa ucu" soal Sumayyah
" ayah dekat terminal tengah cari tiket.. " ujar Sufian
"ibu.. ibu.. dapat call tak" soal Sumayyah
" ibu taknak datang.. dia kata itulah akibat anak derhaka" Sumayyah tersentak. Dia memeluk adiknya erat.
" dah.. kita uruskan along dulu ya.. call ayah tanya dapat tak tiket.. kalau tak dapat suruh ayah tunggu dekat kampung.. angah akan uruskan along dikebumikan dikampung" ujar Sumayyah. Sufian menelefon ayahnya. Sumayyah hilang entah ke mana. Damian menanti diruang menunggu bersama Sufian yang masih berlinang airmata.
" maaf kalau aku tanya.. siapa yang meninggal" soal Damian lembut
" along.. abang kami..yang abang jumpa dekat hospital hari tu.. dia kemalangan tadi" cerita Sufian
" sepatutnya dia jumpa kami hari ni.. katanya dia dah tahu dekat mana anak angah" cerita Sufian lagi. Damian diam. Satu satunya harapan Sumayyah untuk mendapat tahu dimana anaknya sudah tiada. Damian meraup wajahnya kesal. Dia lupa akan derita gadis itu dan dia juga berjanji untuk mencari anak gadis itu semula.

Sufian menaiki van yang membawa jenazah abangnya untuk pulang ke kampung.
" saya naik van sajalah.. awak balik dulu ya.. " ujar Sumayyah lesu.
" aku hantar kau balik kampung" pelawa Damian
" aku balik sendiri" tolak Sumayyah
" dalam keadaan macam ni jangan degil boleh tak" marah Damian. Sumayyah memandang Damian dengan linangan airmata. Damian menyeka airmata gadis itu lalu membuka pintu kereta untuk gadis itu. Damian memandu keretanya perlahan agar dapat diikuti van jenazah. Sumayyah masih dalam esakan dan tangisan yang berbaki. Mahu saja dia memeluk gadis itu ketika itu tapi dibatalkan niatnya. Sumayyah memegang telapak tangan pemuda itu lalu menoleh kearah pemuda itu. Damian terkejut.
" terima kasih awak.. terima kasih sebab bantu saya" ujar Sumayyah. Damian hanya tersenyum. Digenggam tangan kecil itu erat lalu diberi tumpuan pada pemanduannya. Sumayyah terlena. Damian menurunkan tempat duduk gadis itu agar gadis itu selesa.

Orang ramai berkumpul dirumah Puan Fauziah. Suasana hiba menyambut kepulangan Safwan yang kaku dibaluti kain putih. Sufian dan Sumayyah mendapatkan ayahnya yang berdiri sendirian dilaman. Kelibat Puan Fauziah tidak kelihatan.
" ayah" panggil Sumayyah lalu memeluk lelaki tua itu. Tangisan bergema. Damian bersalaman dengan orang kampung. Dia duduk dikerusi dihujung tangga. Dia melihat Sumayyah sedang membaca yassin bersama hadirin lain. Sesekali diseka airmatanya. Damian merasakan sesuatu. Keadaan itu membuatkan hatinya tidak senang.. sedih..duka hiba bercampur.. tetapi dalam masa yang sama terasa tenang apabila mendengar bacaan yassin.
" kamu nak salin pakaian tak.. maaf pakcik tegur.. pakaian kamu tidak sesuai dipakai sekarang. " tegur lelaki tua itu apabila melihat pemuda itu memakai pakaian bergambar kurang sopan dan seluarnya yang terkoyak dibeberapa bahagian dilutut dan pahanya.
" tapi saya takde baju salin pakcik" ujar Damian.
" mari ikut pakcik" Damian mengikut lelaki tua itu. Dia dibawa ke sebuah bilik dan diberikan sepasang baju melayu.
" kamu salin dulu ya.. pakcik turun dulu" ujar lelaki tua itu lalu meninggalkan pemuda itu sendiri. Damian menyalin pakaiannya. Selesai sahaja dia menyalin pakaian dia keluar dan bertembung dengan Sumayyah yang mahu kedapur.
" mana awak dapat baju ni" soal Sumayyah.
" pakcik bagi" balas Damian. Di tarik pemuda itu masuk ke dalam bilik semula.
" duduk" suruhnya. Damian duduk dikatil. Sumayyah masuk kembali dengan seutas benang dan jarum.
" kau nak buat apa" soal Damian risau.
" diam lah.. awak duduk diam diam" dia menghampiri pemuda itu lalu menjahit baju yang terkoyak dibahagian bahu. Damian menelan airliur kesat. Terasa hembusan nafas gadis itu dilehernya.
"hoi apa yang korang buat dalam bilik ni" jerkah Puan Fauziah yang tiba tiba muncul dimuka pintu. Sumayyah yang bahari saja mengerat benang menggunakan giginya tercengang. Damian juga. Benang dan jarum ditangannya ditunjukkan kepada wanita tua itu.
" angah jahit baju ni.. terkoyak" jelas Sumayyah.
" menipu je kan kau.. aku nampak dengan mata aku sendiri korang bercium tadi. kau tak malu ke.. abang kau belum masuk kubur lagi kau dah buat maksiat dalam bilik dia" marah Puan Fauziah.
"tak ibu.. angah memang jahit baju tadi.. ayah.. ucu.. angah tak buat macam tu" Sumayyah menjelaskan keadaan kepada ayah dan adiknya yang muncul dipintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience