Azhar pulang bersama Fasha meninggal dirinya sendiri. Sumayyah terus ke bilik air dan berwuduk. Dilakukannya solat sunat agar hatinya tenang. Dibaca al quran agar dirinya tidak terlalu bersedih. Tapi apakan daya hatinya tidak sekuat disangka. Dia menangisi semahunya diatas sejadah. Telekungnya basah dek airmatanya yang membasahi pipinya.
"Ya Allah aku tak kuat Ya Allah.. "rayunya. Sumayyah terlena di atas sejadahnya.
Persekolahan bermula. Sumayyah menjadi ralat kerana paginya kini hanya dirumah bukan lagi di tadika. Azhar sudah seminggu tidak pulang ke rumahnya. Sumayya tahu dia bersama madunya. Kehidupannya kini berubah sepenuhnya. Azhar tidak lagi membawa lori tapi bekerja bersama madunya dibutik. Sumayyah cuba mencari pekerjaan baru namun gagal. Berita akan dia diberhentikan kerja tidak diberitahunya lagi pada suaminya kerana belum berkesempatan. Telefonnya berdetak. Mesej dari Azhar khabarnya akan pulang.Hati Sumayyah berbunga bunga. Dia bersiap untuk menyambut kepulangan suaminya. Dimasak lauk kegemaran suaminya. Kedengaran seseorang memberi salam. Sumayyah bergegas ke ruang tamu. Seorang wanita yang berusia separuh abad berdiri dihadapan pintu rumahnya. Sumayyah membenarkan wanita itu masuk.
" ada apa aunty datang rumah Su.. " soal Sumayyah.
" Su tahu Su dan Fasha bermadu" soal wanita itu
" Su tahu aunty.. " balas Sumayyah lembut
" aunty harap Su tak menghalang" balas wanita itu
" Su takkan halang.. Su terima dan Su redha dengan ketentuan Tuhan..Su tahu abang Har akan berlaku adil dengan kami" ujar Sumayyah.
" Su tahu yang Fasha mengandung?" Sumayyah tersentak.
" Fasha mengandung.. Alhamdulillah..Fasha tak bagitahu pun.. dah berapa bulan aunty" Sumayyah seakan teruja.
" tiga minggu.. jadi aunty harap Su faham kenapa Har jarang pulang.. Fasha lebih perlukan Har sekarang"ujar wanita itu. Sumayyah terdiam.
"Tahniah abang.. abang dah nak jadi ayah." ucap Sumayyah. Dia mengukir senyuman semanis manisnya. Azhar memandang Sumayyah sayu. "Ikhlaskah dia..kuatkah dia" bisik pemuda itu.
" su tahu abang akan jadi ayah dan suami yang baik "ujar Sumayyah. Azhar yang sedang menikmati hidangan yang dimasak isterinya berhenti menyuap. Dia memberi perhatian sepenuhnya pada isterinya
" cuma satu yang Su minta dari abang.. andai kata tiba satu hari nanti abang tak dapat jaga kami berdua.. yelah Fasha dah nak bersalin nanti komitmen abang lagi tinggi.. Su harap abang lepaskan Su..sebab Su ni beban buat abang.. Su tak nak abang hidup macam dulu lagi dah.. Su nak abang macam abang sekarang.. dah bergaya.. dah ada kereta.. itu semua rezeki abang..bertuah abang kawin dengan Fasha.. Su.. apa ada.. jadi bila tiba waktu tu.. su rela undur diri.. su nak abang bahagia" ujar Sumayyah. Airmatanya yang memenuhi benteng alisnya kini pecah. Manik manik kecil bertaburan satu persatu. Azhar tergamam dengan kata kata isterinya.
" kenapa Su cakap macam tu.. abang takkan tinggalkan Su.. kitakan dah janji susah senang kita bersama. " ujar Azhar
" itu dulu.. waktu hanya kita berdua.. sekarang kita dah bertiga dan mungkin berempat.. janji tu dah tak boleh pakai.. su nampak susah abang bila abang dengan su.. tapi abang senang dan bahagia bila abang dengan Fasha.. dia pilihan terbaik buat abang.. bukan su" ujar gadis itu. Azhar membersihkan tangannya dengan air yang telah diisikan didalam mangkuk. Dipeluk gadis itu erat.
" maafkan abang.. abang dah lukakan hati Su" ujar Azhar.
" Su redha..Su ikhlas bermadu.. abang berhak bahagia walaupun bukan dengan Su.." Azhar memeluk erat gadis itu. Diseka airmatanya. Dikucup dahi gadis itu lama.
Sumayyah bangun dari lenanya apabila kedengaran azan berkumandang. Disarung bajunya yang bertaburan dilantai. Ditatap wajah Azhar yang masih dalam lenanya. Dia berjalan perlahan lahan agar tidak mengganggu tidur lelaki itu. Dia bersiap siap untuk solat subuh tapi alangkah terkejutnya dia apabila melihat Azhar yang duduk ditepi katil didalam gelap.
" abanggg.. terkejut su" rungutnya.
" kenapa tak kejut.. kita jemaah sekali.. " ujar Azhar.
" hah ye lah.. yelah.. cepat mandi.. su tunggu.. jangan lupa mandi hadas pula" usiknya.
" amboii" ditarik hidung isterinya lalu berlari masuk ke bilik air.
" abang.. batal dah wuduk su.. " tempik gadis itu. Azhar tertawa kecil.
Azhar menjamah bihun yang digoreng isterinya.Dihirup teh panas perlahan lahan.
" su tak ke tadika ke hari ni" soal Azhar
" su diberhentikan abang.. ada cikgu baru anak sedara ketua guru masuk mengajar" jelasnya
" la ye ke.. habis tu.. Su tak bosan ke duduk rumah sorang sorang" soal Azhar
" su tengah cari kerja.. su nak minta izin abang su nak kerja dekat warung Pak Jali.. boleh abang" pintanya
" kalau Su rasa ok kerja dekat situ abang ok je.. tak pun su kerja dekat butik nak.. biar abang cakap dengan Fasha" cadang pemuda itu
" tak payah lah abang.. su tak nak campur urusan dia.. su taknak nanti dikatakan ambil kesempatan pula.. Su kerja dengan pak Jali je" ujarnya. Dikutip pinggan dan cawan yang digunakan suaminya lalu di masukkan ke sinki. Dia mengiringi suaminya ke pintu.
" abang balik sini malam ni.. " ujar Azhar
" eh..bukan giliran Sha ke malam ni" soal Sumayyah. Dia tidak mahu suaminya berat sebelah.
" dia takde.. pergi melaka ada reunion kolej.. lusa baru balik.. sempat la abang manja dengan Su lagi" ujar Azhar. Sumayyah tersipu malu dek usikan pemuda itu. Kereta yang dipandu Azhar meluncur keluar dari perkarangan rumahnya. Sehaya itu kelihatan kelibat Puan Fauziah menghampiri rumahnya. Sumayyah menjemput wanita itu masuk.
" pakai kereta dah sekarang.. patut la tak nampak batang hidung dah sekarang.. dah senang" perli wanita itu.
" bukan kereta kami..kereta company.. dia bagi abang Har pakai" tipunya. Dia tidak mahu menceritakan hal sebenar. takut nanti ditempelak teruk ibunya.
" kereta company... kamu kenapa lama tak datang rumah.. marah dekat aku lagi ke" soal wanita itu.
" tak lah.. Su tak sihat sikit.. asyik demam demam je.. " ujarnya
" kau mengandung ke" soal wanita itu.
" mengandung apanya baru habis uzur minggu lepas.. entah la ibu.. badan kerap rasa panas.. rasa seram sejuk.. " cerita Sumayyah.
" cuaca sama..dah lah aku nak balik.. aku singgah kedai jali tadi katanya kamu nak kerja dengan dia ya angah" soal wanita itu
" ha ah.. su dah minta izin abang Har dia izinkan.. tengok lah tak esok lusa angah mula lah kerja" jelasnya lagi.
"su siap siap abang nak ajak Su keluar" pelawa Azhar.
" nak kemana" soalnya lagi
" kita makan dekat luar.. lama dah kita tak dating.. " pujuk Azhar.
" ok.. " Sumayyah melihat jam di dinding.Dia punya waktu setengah jam untuk bersiap. Dia berhias seminimal mungkin. Tak sabar rasanya untuk keluar bersama kekasih hatinya. Hatinya yang terluka tidak dapat dinafikan namun dia cuba untuk mengubati laranya dengan mengumpul sebanyak mungkin kenangan indah bersama.
Share this novel