Suamayyah ditolak masuk ke bilik bersalin.
" Encik boleh masuk untuk membantu isteri encik bersalin" ujar jururawat itu.
" hah saya.. " lengan pemuda itu digenggam Sumayyah erat. Dia merayu agar pemuda itu menemaninya didalam pertarungannya untuk melahirkan
" pergi teman dia.. mummy tunggu sini" ujar wanita itu. Pemuda itu masuk bersamanya kedalam bilik bersalin itu. Sumayyah tidak senang duduk. Sesekali ditahan tangannya yang digenggam kemas gadis itu menahan kesakitan. Di lap peluh yang mengalir di dahi dan pipi gadis itu. Sesekali kedengaran gadis itu berzikir dan berselawat. Pemuda itu hanya mampu memerhati tanpa berbicara.
" Allahuakhbar.. Allah.." kedengaran suara gadis itu perlahan dan penuh getaran. Sesekali dia mengiring sesekali dia berbaring adakalanya dia duduk. Pemuda itu mengurut di belakangnya agar hilang sedikit rasa kesakitan itu. Air mata sakit mengalir di wajah gadis itu. Pemuda itu mengelap airmata itu
" kau kena kuat.. baby dah nak keluar" ujar pemuda itu. Sumayyah memandang pemuda itu lalu tersenyum walauoun sakit
" terima kasih... Allhurabbi.. Sakitnya Ya Allah" ujarnya
" boleh lagi dia senyum" bisik hati pemuda itu.
" ok puan dah ready untuk bersalin ni.. bukaan dah cukup untuk teran.. " ujar doktor wanita itu. Tangannya yang di masukkan kedalam laluan bayi di keluarkan dan ditunjuk besar bukaan. Sumayyah mengangguk.
" encik boleh berdiri di kepala isteri.. memudahkan dia untuk berpaut kuat untuk teran supaya luka tidak terkoyak besar" ujar Doktor itu. Pemuda itu mengikuti arahan doktor itu. Dia berdiri di belakang Sumayyah bagi memudahkan gadis itu untuk bersandar. Tangan pemuda itu dipaut Sumayyah kemas. Diteran kuat agar bayinya dapat melihat dunia. Kepala Sumayyah diusap lembut agar gadis itu kuat dalam pertarungan. Akhirnya bayi lelaki itu menjengah keluar melihat dunia. Ubun ubun Sumayyah terasa hangat kerana pemuda itu tiba tiba mengucup kepalanya. Terasa titik titik hangat mengenai tangannya yang masih berpaut pada lengan pemuda itu. Sumayyah menoleh. Pemuda itu mengesat airmatanya.
" terima kasih" ucap Sumayyah pada pemuda tersebut sebelum pandangannya gelap.
Sumayyah terjaga dari lenanya. Dia menoleh. Bayinya tiada didalam katilnya. Sumayyah bangun dari baringnya.
" eh you sudah bangun" soal wanita tua itu
" aunty.. " ujar Sumayyah
" masih ingat aunty. " ujar wanita tua itu.
" ya.. aunty buat apa dekat sini.. anak saya mana" soalnya
" baby nurse ambil untuk cucuk.. you lupa ke.. aunty yang tolong you semalam" ujar wanita itu. Sumayyah mengangguk. Dia cuba mengingati kejadian semalam. Dia kaget apabila teringat akan pemuda yang bersamanya
" lelaki tu... " ujar Sumayyah
" oh Damian.. dia balik sekejap mandi.. maaf kalau semalam dalam bilik bersalin dia masuk.. aunty suruh dia masuk untuk teman you.. aunty dah tua.. dah tak kuat nak bagi you paut" ujar wanita itu. Tiba tiba wajahnya merah terasa hangat. Dia malu dengan tiba tiba. Dia tahu reaksinya tindak balas dari sakit bersalin itu menyakitkan pemuda itu.
" you jangan malu lah.. dia ok punya.. semua orang akan buat macam you.. biarlah dia sakit sikit.. baru dia tahu betapa susahnya aunty nak melahirkan dia" gurau wanita itu. Sumayyah malu.
" family you dah tahu you bersalin" soal wanita itu
" belum..sebab saya bersalin lebih awal dari jangkaan.. " ujarnya.
" oh.. oh ni.. barang baby.. aunty beli tadi sebab semalam you tak bawa apa apa pun.. so aunty beli la sikit. " bungkusan itu diletakkan diatas meja.
" terima kasih aunty.. " ujarnya. Pemuda yang dibualkan tadi tiba. Lengannya kelihatan lebam lebam dan ada kesan calar akibat cengkaman kukunya yang kuat
" saya minta maaf" ujar Sumayyah.
" kau tahu tak sakit" ujar pemuda itu keras. Sumayyah terdiam.
" kenapa cakap macam tu.. mummy nak bersalinkan you pun macam tu la.. daddy sampau demam sebab sakit mummy terkam dia.. ini baru sikit kalau nak dibandingkan dengan daddy you kena" ujar wanita itu.
" itu mummy.. daddy tu husbang mummy.. tapi ni.. " Damian memandang Sumayyah yang menunduk kerana rasa bersalah
" ish.. apa cakap macan tu" tegur wanita itu.
" ni telefon kau.. dari tadi tak berhenti berbunyi.. " telefon Sumayyah dikeluarkan dari poket seluarnya. Sumayyah mengambil telefonnya lalu diperiksa.Panggilan dari kak mas dan sufian.
" aku jawab call dari sufian.. aku beritahu dia kau dah bersalin.. aku ingat dia suami kau.. tapi..."
" dia adik saya.. suami saya dah meninggal" balas sumayyah. Wanita tua itu mencubit lengan anak terunanya. Pemuda itu merengek sakit.
" adik kau kata kejap lagi dia datang" ujar pemuda itu.
" terima kasih" balas Sumayyah.
" mummy jom.. I nak ke bengkel pula" ujar pemuda itu.
" you pergi lah dulu mummy nak teman Sumayyah.. " ujar wanita itu
" mummy.. jom la.. I hantar you balik.. " ajak pemuda itu
" aunty terima kasih sebab bantu Su.. takpe Su boleh jaga diri sendiri.. anak aunty dah tunggu tu.. aunty jangan risau ya" ujar Sumayyah
" see.. dia kata dia ok kan...yang you nak duduk sini buat apa" ujar pemuda itu. Tidak semena mena kepalanya diketuk wanita itu
" dia baru lepas bersalin.. family dia pun belum sampai lagi.. you tak ada rasa simpati ke.. you pergu bengkel dulu.. kalau mummy nak balik nanti mummy call" ujar wanita tua itu
" mummy..I ada banyak kereta nak siapkan hari ni.. jom la mummy" rungut pemuda itu.
" haiyo haiyooo" diketuk kepala pemuda itu berkali kali begitu juga bahu pemuda itu ditamar berkali kali.
" you tak datang ambil mummy.. mummy boleh naik teksi maa.. dah you pergi.. syooohhh. jangan bising sini" didorong badan pemuda itu. Pemuda itu beredar.Sumayyah tersenyum melihat gelagat dua beranak itu
" dia sorang je anak aunty... lepas kakak dan abang dia meninggal akibat kemalangan dia saja yang tinggal. Teman bergaduh. " seloroh wanita itu. Sumayyah mengangguk.
" Maaf kalau aunty bertanya..suami you dah meninggalkan habis lepas ni macam mana you nak survive" soal wanita tua itu
" saya guru tadika.. insyaAllah saya boleh handle..lagipun saya boleh bawa baby ke tadika sebab kami taska untuk infant" ujarnya. Wanita tua itu mengangguk.
" Puan..ini bayi puan.. dia lapar nak susu.. puan tahu macam mana nak bagi dia breast feeding" Soal jururawat itu.
" takpe nurse.. aunty ajarkan dia ya" pelawa wanita itu.
" aunty dulu nurse.. sekarang sudah pencen.. sudah 60 maa" seloroh wanita itu. Sumayyah tertawa. Dia mengikut arahan wanita tua itu agar dia dapat memberi susu kepada anaknya dengan betul
Share this novel