" anak kesayangan awak masuh hidup.. " tempelak Puan Fauziah.
" saya tahu.. " jawab Encik Zahari tenang. Dibelek sayur yang dijual dipasar. Puan Fauziah masih tidak berpuas hati dengan reaksi suaminya.
" dia ada call awak ke" Encik Zahari hanya mengangguk.
" dia... " kata katanya terhenti kerana suaminya beredar tatkala dia mahu mulakan bicara. Puan Fauziah mengejar suaminya. Setibanya di kawasan tempat letak kenderaan, Encik Zahari yang menyarung topi keledarnya dihampiri isterinya
" sini pasar Yah.. jangan nak malu kan diri awak. " ujar Encik Zahari sebelum beredar.
" setan punya laki " rengusnya.
Sumayyah memeriksa pokok pokoknya. Terasa sedikit tenang apabila tanamannya membuahkan hasil. Kembang mekar dan berbuah lebat.
" hidup subur ya.. gembirakan dan tenangkan hari hari aku ya" dia berbicara dengan pokok pokok itu. Tiba tiba berhenti sebuah kereta dihadapan rumahnya. Sumayyah segera masuk ke dalam dan belum sempat pintunya di tutup pintu itu ditolak kuat dan dia terdorong ke lantai. Sumayyah mengigil.
" Zaim ada apa awak datang sini" soal Sumayyah gugup. Pintu rumah itu ditutup rapat. Sumayyah mencapai telefonnya. Dia menelefon sesiapa saja yang namanya berada didalam senarai namun telefon itu ditepis Zaim.
" aku datang nak tuntut bayaran balik la" ujar Zaim lalu menarik kaki gadis itu kearahnya.
" zaim tolong jangan..tolong Zaim" rayunya
" aku dah beli kau.. kau jangan lupa tu.. aku tuan kau.. kau kena ingat tu" ujar Zaim. Tiding yang disarung Sumayyah direntap kuat.
" aku dah lama nak belai kau" dipeluk gadis itu kasar. Dicium rambut gadis itu.
" arghhh.. wanginya.. kau memang bersedia" ujar pemuda itu
" Zaim tolong jangan apa apakan saya.. saya janji saya akan bayar balik duit awak.. tolong Zaim.. saya rayu dekat awak" tangannya digosok memohon dikasihani.
" shhhh... kenapa ni jangan takut..aku takkan berkasar.. " ujar Zaim lalu di ratah leher gadis itu. Sumayyah meronta mohon dilepaskan.
" Aishh siapa pula" rungut Zaim apabila telefonnya berdering.
" hello bro.. apa hal" soal Zaim
"aku baru nak buang air kau dah call.. apa hal kau call ni.. " soal Zaim lagi. Pergelangan tangan gadis itu digenggam kemas.
" kalau aku tak join boleh tak.. aku tak tahan ni.. nak buang air.. baru nak redeem bayaran" selorohnya. Sumayyah hanya mampu berdoa pada Tuham agar membantunya.
" hurmmmm... ok aku gerak sekarang" tangan gadis itu dilepaskan. Dia bangun dari duduknya.
" aku blah dulu.. aku ada hal.. aku akan datang semula untuk redeem luck point aku" ujar pemuda itu lalu beredar. Sumayyah memegang dadanya yang terasa sesak. Di capai telefonnya. Matanya terbuntang apabila melihat Damian di talian.
" Hello.. " jawabnya
" ada apa awak call saya" soalnya
" bila aku call kau.. kau yang call aku.. kau dah kenapa call aku tengah kau beromen.. agak agak lah kalau sangap sekali pun..dah dapat simpan la tak perlu hebohkan" marah pemuda itu.
" maaf.. saya tak sengaja tertekan nombor awak" ujar Sumayyah sambil teresak esak. Talian dimatikan Damian. Sumayyah masih menangis.
" kau ni.. aku baru nak on.. kacau betul la" rungut Zaim apabila berjumpa dengan kelibat manusia yang mengganggu hasratnya
" alah lek la.. dia kan kau punya...bukannya dia boleh lari.. kau nak makan.. bila bila pun boleh" ujar Damian. Pen ditangannya diletakkan diatas mejanya. Dia berpeluk tubuh.
" hah ada apa kau nak jumpa aku ni" soal Zaim lalu duduk dibucu meja kerja pemuda itu. Damian membersihkan kesan minyak kereta yang melekat di tangannya.
" tangan aku terasa gatal..dah lama tak tumbuk orang.. samurai aku pun dah lama tak makan darah.. malam ni.. kau on? " soal Damian
" siapa.. kes apa" soal Zaim
" langgar border la.." ujarnya.
" ok.. pukul berapa.. " soal Zaim
" lapan...aku amik kau" ujar Damian. Zaim mengangguk.
Sumayyah melipat sejadahnya dan ke dapur untuk makan tengaharinya yang ada sudah petang. Sedang dia menghidang telefonnya berdering. Damian. Dia sedang berfikiran mahu menjawab atau tidak. Deringan panggilan bertukar kepada detak mesej
AKU DEKAT LUAR RUMAH KAU
Sumayyah mundar mandir. Dia mahu keluar atau terus berdiam. Telefonnya berdetak lagi.
AKU TAHU KAU ADA DEKAT DALAM. KELUAR ATAU AKU PECAHKAN PINTU
Sumayyah gugup. Dia menyarungkan tudungnya lalu membuka pintu. Pemuda itu berdiri tepat dihadapan pintunya.
" awak nak apa" soal Sumayyah yang hanye menjengolkan kepalanya ke pintu.
" bagi aku masuk.. " ujar pemuda itu
" hah.. mana boleh.. nanti jiran kata apa pula.. tak elok berdua duaan dalam rumah" ujarnya
" aku tolak pintu ni nanti pecah" nada pemuda itu tinggi seoktaf.
" awak jangan macam ni.. tolong" rayu Sumayyah. Damian menolak pintu itu kuat. Kepala Sumayyah terantuk lalu mengenai bucu kabinet kasutnya. Dahinya terluka walaupun kecil tapi menyebabkan darah meleleh. Damian cuak. Sumayyah menekup dahinya lalu mencapai beberapa keping tisu dan menampakkan bekasan merah dipergelangan tangannya akibat dicengkam Zaim. Damian semakin tidak senang hatinya. Terasa membara dalam pada masa yang sama bersimpati dengan nasib gadis itu. Pintu rumah itu dibuka seluas luasnya. Ditarik tangan gadis itu lalu didorong ke sofa.
" ni tangan kau kenapa" soalnya.
" terjatuh tadi" dalihnya
" cakap la betul betul kenapa" marahnya
" saya terjatuh tadi" Sumayyah menarik lengan bajunya agar menutupi kesan itu.
" ada first aid" soal Damian lembut. Sumayyah mengambil peti kecemasan yang berada didalam kabinet tv lalu diletakkan diletakkan diatas meja. Damian membuka peti itu lalu mengambil ubat dan disapu ke dahi gadis itu.
" ku duduk diam boleh" suruhnya apabila gadis itu cuba mengelak. Sumayyah statik. Dibiarkan dahinya diubati pemuda itu.
" tangan kau tu kerja Zaimkan" soalnya lembut
" saya jatuh" tipu Sumayyah lagi. Dahinya ditekan kuat.
" sakit lah" rengus gadis itu
" sebab kau tipu aku.. " ujar pemuda itu.
" bila saya tipu awak.. saya cakap betul la.. saya jatuh" ujarnya
" kau call aku minta tolong kan.. aku dengar tadi.. dia apa apakan kau tak" soal pemuda itu lagi.. tapi kali ini nadanya lebih lembut. Sumayyah menggeleng.
" dia dah bayar untuk kau.. aku dah tak boleh buat apa apa.. dia punya hak keatas kau" ujar Damian. Sumayyah melutut dihadapan pemuda itu. Damian tersentak
" tolong saya.. tolong lepaskan saya dari genggaman Zaim.. tolong" rayunya
" kenapa aku.. kenapa aku nak kena lepaskan kau dari dia" soal pemuda itu. Dirasakan ada sesuatu yang terjadi antara gadis itu dengan rakannya.
" hanya awak je yang saya percaya.. tolong saya" rayu Sumayyah lagi
" mana kau tahu aku ni kau boleh percaya" soal Damian.
" sebab awak dah tolong saya hari tu" ujar Sumayyah.
" itu kau hutang aku.. " jelas Damian
" bukan dalam labour room.. awak dah bantu saya..awak beri saya semangat dan kekuatan untuk bersalin.. " ujar Sumayyah. Damian terdiam
Ya, perbuatan pemuda itu ketika itu terlalu bernilai buatnya. Tatkala diperlukan sokongan untuk melahirkan bantuan dari pemuda itu banyak membantunya walaupun hanya sekadar pautan.
" awak sanggup berjaga malam hanya nak bagi saya rehat. " ujar Sumayyah lagi
" itu mummy yang suruh" kali ini giliran pemuda itu pula gugup.
" awak.. tolong saya.. kali ni.. tolong saya bebas dari cengkaman Zaim" rayunya lagi
" apa aku dapat kalau aku tolong kau" Soal Damian
" awak jadi tuan saya.. dan saya akan bayar balik duit awak secara ansuran" ujar gadis itu. Damian terdiam. Dia berfikir.
" kalau aku jadi tuan kau aku boleh suruh kau buat apa saja" soal Damian
" ya.. apa je selagi tak langgar hukum agama" ujar Sumayyah.
" mana aku tahu undang undang agama kau" tempelak pemuda itu.
" takpe saya bagitahu awak nanti" Sumayyah cuba meyakinkan pemuda itu.
" ok tapi sekarang aku lapar.. kau masak kan untuk aku. " Sumayyah tersenyum. Walaupun pemuda itu belum bersetuju namun dia punya harapan walaupun sebesar zarah. Damian terpegun melihat wajah gadis itu.. tersenyum manis.
" saya baru nak makan tengahari.. awak nak makan sekali" pelawa Sumayyah lalu bangun menuju ke meja makan. Damian mengikut gadis itu
" baru nak makan.. dah petang dah pun" leternya. Sumayyah diam. Di cedok nasi ke dalam pinggan pemuda itu. Damianenjamah juadah yang telah disediakan gadis itu tanpa bicara.
Damian duduk di sofa setelah kekenyangan. Sumayyah mengemas mejanya. Tiba tiba
PRANNNGGGG
beberapa pinggan jatuh ke lantai. Damian bergegas mendapatkan gadis itu. Kaki gadis itu berdarah akibat terkena kaca.
" kau buat kerja macam mana" Marah Damian.
"terjatuh.. tangan saya sakit" Sumayyah menyapu kaca yang pecah tadi terkial kial. Damian tidak semena mena mencempumg gadis itu lalu di letakkan di sofa. Sumayyah tergamam dengan reaksi spontan pemuda itu. Disapu ubat dikaki gadis itu lalu dibalut kerana lukanya agak besar.
" kita pergi klinik" ajak pemuda itu.
" eh tak payah.. saya ok" tolaknya baik. Dahinya ditekan kuat
"ok ok.. kita pergi" Sumayyah mengalah. Damian membalut pergelangan tangan gadis itu selepas disapu ubat. Dia bangun lalu menuju ke dapur bagi membersihkan kaca yang pecah dan mendapatkan semula gadis itu.
" wallet kau mana.. " soal Damian
" dalam bilik" ujar Sumayyah. Damian masuk ke bilik gadis itu. Bilik yamg kemas itu menarik perhatiannya. Ditatap gambar diatas meja solek. Gambar gadis itu bersama anaknya dan sekeping lagi foto bersama seorang lelaki. Damian berasa tidak selesa melihat akan foto itu.
" awak" Sumayyah berdiri di depan pintu biliknya.
" huh.. mana wallet kau ni" dia tidak tentu arah apabila melihat gadis itu dihadapan pintu.
" tu" ujar Sumayyah. Dompet yang berada di atas meja solek itu dicapainya dan berjalan ke pintu
" itu arwah suami saya." langkah Damian terhenti. Lama mereka terdiam.
"ehem.. " Damian berdehem apabila melihat mata gadis itu mula bergenang. Di cempung gadis itu lalu dimasukkan ke dalam keretanya. Dikunci pintu rumah gadis itu lalu memandu ke klinik berdekatan.
Share this novel