" maaf Su dah hantar surat berhenti..kak Mas tak tahu dia dekat mana" ujar wanita itu. Damian merengus geram. Sumayyah hilang tanpa jejak.
"Sial... aku dapat kau aku siat siat kau" dia mengomel sendiri. Keretanya dipandu ke rumah gadis itu. Masih kosong dan tiada tanda tanda gadis itu pulang.
" kau pergi mana perempuan.. kau tunggu aku kerjakan kau" Geramnya. Dia menelefon seseorang.
" apa cerita..ada jumpa dia" soalnya. Talian dimatikan apabila jawapan yang diterima hampa.
" mana kau pergi perempuan..sialllll" tempiknya di dalam kereta.
Sumayyah di ibu kota. Dia ke alamat yang di beri oleh abangnya. Rumah teres setingkat itu di jengahnya. Direbahkan badannya ke atas sofa.
" ahh..letihnya" dia terasa lapang yang teramat. Dia seakan merdeka setelah berperang dimedan tempur dan bertarung bermati matian untuk meneruskan hidup.
" hello Along.. cantiknya rumah along.. sayang nya kalau along bagi sewa... " ujarnya.
" dah sampai ke..alhamdulillah..lega along.. esok jangan lupa pergi tadika tu.. kawan kak lia yang tolong dapatkan.. " ujar Safwan.
" macam mana dekat sana along.. ibu ayah macam mana" soal Sumayyah.
" tak payah risau lah angah.. kami kat sini ok" ujar Safwan.
" along.. terima kasih tau.. cakap dekat kak lia dengan ucu angah ucap terima kasih sangat sangat sebab tolong angah" airmatanya menitis.
" dah dah.. kami buat macam ni sebab kami sayang angah.. kami nak angah gembira.. angah urus dulu dekat sana.. kami uruskan hal fateh.. ada apa apa nanti kami update ya.. jaga diri tau" Sumayyah bersyukur dikurniakan adik beradik yang begitu memahami dan menyayanginya.
"ayah korang tu jantan tak guna.. hidup dia semua ibu tanggung" leter Puan Fauziah.
" ibu..buruk buruk ayah.. dia suami ibu..
ayah kami" jawab Safwan
" kalau aku tahu nak hidup macam ni tak hingin aku menikah dengan dia" leteran Puan Fauziah semakin menjadi. Safwan dan Sufian malas untuk mencelah dan memanjangkan cerita.
" korang ni nak ke mana pula" soal Puan Fauziah
" kami nak jenguk ayah.. " balas Sufian lalu meninggalkan ibunya yang tengah marah
" bagitahu dia jangan balik sini dah.. aku tak izinkan aku dah tak nak muka dia" tempik wanita itu namun tidak diendahkan anak anak dan menantunya.
" angah kamu tunggu angah.. ibu dapat kamu ibu renyuk renyuk kamu macam kain buruk" marahnya. Ditumbuk meja kayu itu berkali kali.
Encik Zahari membuka bekal yang di bawa anaknya. Dia rindu masakan isterinya namun hatinya sudah hancur tatkala maruahnya diinjak injak isterinya.
"ayah ok ke tinggal sini" soal Safwan. Bilik sewa yang kecil hanya memuatkan sebiji katil dan sebuah almari beserta sebuah bilik air itu teramat sempit baginya.
" ayah ok..selesa juga.. " balas encik Zahari
" tak sempit ke" soal Sufian
" ayah sorang je cukup lah.. habuan untuk tidur... lagioun dekat dengan masjid.. yang paling penting tak dengar dah leteran ibu kamu" tawanya berderai.
" ayah..kenapa ayah tak cerai je ibu tu.. ibu tu dah melampau sangat" soal Safwan.
" apa along cakap macam tu.. dia ibu kamu.. " tegur lelaki itu
" iya tapi perangai ibu tu dengan apa yang dia buat dekat ayah dengan angah tu..tak masuk dek akal" soal Safwan
" ibu kamu tu dia trauma..dia takut anak gadis dia jauh dari dia.. lepas apa yang jadi pada arwah makcik kamu.. dia jadi trauma.. makcik kamu berkahwin dengan pilihan dia sendiri last last kena dera dengan suami sampai koma akhirnya meninggal.. makcik kamu tak dibenarkan balik ke rumah nenek dan nenek pula kecil hati ingatkan makcik kamu dah benci dia.. " cerita Encik Zahari
" tapi situasi sekarang ni lain.. angah pula yang jadi mangsa.. berkorban perasaan hanya untuk ibu.." jelas Safwan
" ibu kamu hanya ada sorang je anak perempuan.. dia taknak apa yang jadi dekat makcik terjadi dekat angah.. " balas Encik Zahari lembut
" habis kami tak pula dia risau" Sufian bersuara
" korang lelaki.. dia tahu bila korang kawin.. isteri korang yang akan ikut cakap korang...lagipun angah perempuan.. banyak kelemahan" balas Encik Zahari
" ayah boleh tahan dengan leteran ibu.. kalau along.. " sinis Safwan
" ayah sayang ibu kamu.. dia lah satu satunya yang berjaya isi hati ayah.. ayah pun macam angah dengan Har.. atok korang tak setuju perkahwinan kami.. tapi atok kamu takde lah sampau nak pisah kan kami.. cuma dia layan kami macam orang asing tapi akhirnya ibu kamu berjaya tambat hati atok kamu last last dia menantu kesayangan..lagipun ayah dah berjanji dengan makdan ayah dia untuk jaga mak kamu dengan baik" terukir senyuman dibibir lelaki itu apabila mengingatkan kisah silam.
Sudah sebulan Sumayyah memulakan pekerjaannya di tempat baru. Tadika yang dihadiri pelajar berbilang kaum itu sesuatu baginya dan amat mencabar.
" teacher... tengok Irene ni" rengek seorang anak kecil. Sumayyah mendapatkan anak kecil itu lalu meleraika. pergaduhan mereka. Lelah Sumayyah terubat dengan pelukan hangat anak anak kecil itu apabila hati mereka girang. Sumayyah tersenyum.
" Su.. dah siap.. rehat.. dorang dah boleh beratur" ujar seorang guru
" Ok.. Eja turun dulu.. Su nak atur budak budak" ujarnya. Diminta anak anak kecil itu beratur untuk turun ke kantin kerana waktu tengahari telah tiba. Riuh suara anak anak kecil tatkala melihat hidangan yang akan masuk ke perut mereka.
"Su dah kawin? " soal rakan sekerjanya
" saya janda.. arwah suami saya meninggal tahun lepas" ceritanya.
"oo.. anak? dah berapa orang"soal gadis itu lagi
" ada sorang... lelaki... ada dekat kampung.. nenek dia jaga" dalihnya.
" oh.. berapa tahun" soalnya lagi.
" empat bulan" balasnya dengan senyuman terukir dibibir.
" baru habis pantang lah ni" soal gadis itu
" ish kau ni Dian.. macam polis pula.. Dian ni memang macam ni Su.. suka menyibuk" balas Eja.
" eh tak pe.. Su tak kisah pun.. kalau tak kenal maka tak cinta betul tak" tawa mereka berderai.
Sumayyah berjalan ke perhentian bas berhampiran tadikanya untuk pulang. Dia melihat jam ditangannya
" masih sempat kalau nak ke pasar.. " omelnya sendiri. Bas yang di tunggu telah tiba. Dia masuk ke dalam perut bas. Dia asyik melihat aliran lalu lintas yang agak sesak. Dia cuak apabila melihat kelibat Fasha yang sedang memandu berhenti dilampu isyarat bersebelahn dengan bas yang dinaikinya. Dia cuba berselindung agar tidak dilihat gadis itu. Kereta yang dipandu gadis itu meluncur laju apabila lampu sudah hijau.
" fuhhhh" keluhnya. Dia turun ke perhentian seterusnya dan berjalan ke pasar. Dia mencari bahan untuk memasak malamnya. Sedang dia mencari cari bahan matanya tertangkap tempoyak. Hatinya tiba tiba sebak. Dia teringat akan asam pedas tempoyak kesukaan Azhar. Diambil sebungkus lalu dimasukkan ke dalam beg plastik yang dicebeknya. Usai membeli dia pulang ke rumah. Pintu rumah dibuka dan dia merebahkan badannya ke atas sofa bagi melepaskan lelah. Dia terlena.
Share this novel