37

Drama Completed 119253

Damian berbaring dibilik. Sumayyah dan Sufian menanti doktor yang merawat pemuda itu keluar dari bilik itu.
" Siapa tu angah" soal Sufian.
" ingat tak aunty yang tolong angah waktu angah warded hari tu.. " Sufian mengangguk
" ni anak dia lah.. mamat yang jawab call ucu tu" ujar Sumayyah.
" ooo.. habis kenapa tak hantar ke hospital" soal Sufian
" dia tak nak" jelas Sumayyah
" mak dia tahu" soal Sufian
" dia tak nak mak dia risau.. " ujar sumayyah.
"habis takkan angah nak tidur dengan dia malam ni" soal Sufian lagi
" ish.. ucu ni.. ingat angah ni apa.. ucu tidur sini lah malam ni.. teman angah ya" pujuknya. Lama Sufian berfikiran akhirnya dia bersetuju.
" doktor dia macam mana" soal Sumayyah risau
" dia tak ada apa yang parah.. luka saya dah cuci.. ni untuk tukar balutan.. andaikata dalam 24 jam ni dia muntah muntah atau pitam atau sakit teramat tolong bawa dia ke hospital untuk rawatan susulan" pesan doktor tersebut. Sumayyah mengangguk faham.
" ucu tolong salin baju dia" sepasang pijama di berikan kepada pemuda itu.
" pula.. haishh" rungutnya. Sumayyah duduk disofa.

Sumayyah masuk ke bilik itu apabila Sufian siap menyalin pakaian pemuda itu. Damian berbaring dikatil. Matanya terkebil kebil melihat gadis itu. masuk kebilik itu.
" awak nak apa apa tak" soal Sumayyah. Damian menggeleng. Sumayyah membaiki selimut untuk pemuda itu. Dia mahu beredar
" Terima kasih" ujar pemuda itu
" takpe.. perkara kecil je" ujar Sumayyah.
" kenapa kau layan aku baik sedangkan aku kasar dengan kau" soal Damian
" sebab saya terhutang budi dengan awak.. sekarang saya nak balas budi awak" balas Sumayyah lembut. Damian menggamit tangannya agar gadis itu merapatinya. Sumayyah merapati katil itu. Ditepuk ruang ditepi katil itu. Sumayyah duduk disitu. Damian menatap wajah gadis berkulit sawo matang itu. Terasa mahu didakap gadis itu tapi dia tahu batas.
" kenapa awak pandang saya macam tu.. ada apa apa yang tertulis dekat muka saya" soal Sumayyah. Damian menggelengkan kepalanya. Sumayyah hairan melihat perilaku pemuda itu
" awak ada sakit dekat mana mana ke.. atau otak awak shaking.. pening" soal Sumayyah lagi. Damian menggeleng lagi. Sumayyah memeriksa luka di wajah dan lengan pemuda itu.
" isshhh... sapa la punya kerja ni.. batak sungguh" dia mengomel sendiri. Damian seakan tidak jemu memandang wajah kecil itu.
" angah.." panggil Sufian
" saya keluar dulu.. awak tidur ya" suruhnya. Tangannya disambar pemuda itu.
" thanks" ujar Damian lembut. Sumayyah tersenyum lalu meninggalkan pemuda itu sendiri.

Sumayyah dan Sufian bersiap untuk menuju ke haluan masing masing. Sumayyah menjenguk Damian didalam bilik itu. Pemuda itu masih tidur. Ditinggalkan nota diatas meja sudut ditepi katil itu berserta semangkuk bubur dan ubat yang harus diambil pemuda itu. Sumayyah keluar lalu menutup pintu bilim itu perlahan. Dia ke tadika dihantar adiknya. Kerjanya tidak setenang biasa. Risaunya pada pemuda yang terbaring dirumahnya.
"dah bangun ke dia.. tidur lagi ke.. macam mana kalau dia tak sedar sedar.. tapi tadi ada nafas dekat hidung dia" bisik hatinya.
" su kenapa ni.. risau semacam je" soal Dian
" Dian.. kalau kata orang cedera teruk.. tapi dia sebelum tu dia sedar cuma tak bermaya.. ada berkemungkinan tak kalau kata dia tak sedar dari tidur dia" soal Sumayyah
" kalai dia sedar walaupun tak bermaya dia akan bangun juga.. mungkin lambat la sebab sakitkan.. dia ada demam ke...sakit kepala ke" soal Dian
" sakit kepala semalam tak adalah.. demam.. tak tahu la pula" Sumayyah menepuk dahinya. Dia tahu dia tidak memeriksa suhu badan pemuda itu.
" siapa sakit" soal Dian.
" kawan su.. dia cedera.. " balas Sumayyah. Dian mengangguk. Dicapai telefonnya lalu menelefon pemuda itu. Tiada jawapan. Dia risau. Dia menelefon lagi kali ini dia membuat panggilan video.
" ha.. ada apa kau call aku" pemuda itu menjawab panggilannya kali ini.
" awak macam mana hari ni.. ok.. ada pening ke.. demam ke.. sakit? " soal Sumayyah. Damian mengesat lehernya
" aku demam" jawabnya lemah.
" awak dah makan bubur.. dah makan ubat" soal Sumayyah.
" aku takde selera.. arghhh.. " pemuda itu mengerang kesakitan.
" awak...awak ok ke tak tu.. nak saya balik ke" soal Sumayyah risau.
" tak pe.. aku ok.. cuma panas sikit.. kepalani sakit.. " kelihatan pemuda itu menahan sakit yang teramat.
" awak.. makan ubat tu.. awak sabar kejap ya.. hari ni saya balik pukul 12.45..saya tak buat transit.. " ujar gadis itu.
" teacher..siapa tu" soal anak kecil itu.
" kawan teacher.. dia sakit" jelas Sumayyah.
" abang.. cepat sembuh ya.. kalau tak teacher tak boleh mengajar" ujar anak kecil itu
" ish Iskandar ni.. awak jangan peduli cakap dia.. budak budakkan" Sumayyah malu.
" tapi aku percaya apa budak tu cakap" balas Damian.
" mana ada.. " Sumayyah menahan malu.
" teacher" panggil anak kecil itu lagi. Sumayyah menoleh.
" berani kau peluk cium Sumayyah.. tak padan dengan kecik.. dah pandai sexsual harassment." ditumbuk tilam itu berkali kali dan akhirnya dia mengerang kesakitan. Dia memberontak diperbaringan.
" ish kenapa dengan aku ni.. " soalnya sendiri.

Sumayyah bersiap untuk pulang. Dia kalut kalut.
" apahal dengan kau hari ni Su" soal Eja
" su nak tengok kawan su sakit" ujarnya lalu keluar dari kelasnya. Ah yen sedang menanti gadis itu seperti disuruh Damian.
" Sorry Ah Yen.. susah susahkan Ah yen je ambil Su" ujar Sumayyah lalu masuk ke dalam kereta itu.
" tak apa.. Damian punya hal...aku ok je" seloroh pemuda itu. Tiba dirumah Sumayyah bergegas ke bilik pemuda itu. Dilihat pemuda itu sedang tidur. Sumayyah meletakkan telapak tangannya ke dahi pemuda itu.
" alhamdulillah.." Sumayyah lega apabila suhu pemuda itu normal. Dia melihat ubat sudah terluak dan bubur juga.. walaupun hanya sedikit.
" kau dah balik" Damian terjaga dari tidurnya.
" ha ah.. awak nak apa apa tak.. saya buat kan" soal Sumayyah. Dia menggeleng.
" kalau macam tu awak rehat ya.. saya nak mandi lepastu nak masak" ujar Sumayyah. Damian diam.
" kenapa ni" Sumayyah melihat pembalut di tangan pemuda itu berdarah. Sumayyah menyalin pembalut tersebut. Damian tersenyum
" yess" sorak hatinya.
" kenapa tangan ni" Damian kembali lesu.
" tadi terhantuk meja masa nak ambil air" tipunya walhal tangannya ditumbuk kedinding agar berdarah. Dia mahukan perhatian gadis itu. Cemburunya apabila gadis itu dipeluk dan dicium anak kecil tadi.
" lain kali hati hati" pesan Sumayyah. Damian hanya memerhati wajah lembut itu.
" ok dah siap.. awak rehat ya" ujar Sumayyah lalu beredar dari bilik itu. Pembalut itu dikucup lembut. Damian tersenyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience