Puan Fauziah cuba mencari suaminya ditempat yang ditemuinya tempoh hari namun tidak berjumpa. Dia mencari disekitarnya masih juga tidak diketemui. Malunya jika bertanya kepada orang kampung. Dia terus mencari sehinggalah ke masjid di hujung jalan. Puan Fauziah tiba tiba meradang apabila melihat suaminya berbual mesra dengan seorang balu kematian suami di perkarangan masjid itu.
" Yah" panggil Encik Zahari
" oh patut tak hairan nak balik rupanya dok bercinta dengan janda ni" marahnya
" apa yang awak mengarut ni Yah" soal Encik Zahari.
" apa tak betul aku cakap.. kau tak heran nak balik rumah sebab janda ni kan.. hei janda.. kau tahu kan dia laki aku.. kenapa kau nak masuk daun juga.. dah tak ada ke duda dekat kampung ni kau nak menggatal.. laki aku juga kau nak menggatal" marah Puan Fauziah.
" apa awak merepek ni Yah.. abang dengan Milah ni tengah tunggu orang kampung sebab hari ni ada ceramah.. jadi masjid nak buat jamuan" jelas Encik Zahari
" tak payah nak membohong la abang.. dah takde tempat lain ke korang nak bermaksiat sampai dekat masjid korang nak bermaksiat.. tua kutuk tak sedar diri.. kau milah.. kau tu mati laki..
ingat kubur laki kau tu panas dengan tindakan kau lat muka bumi ni" ceramahnya. Encik zahari bangun dari duduknya
" Yah awak pergi balik dari nak tabur fitnah macam ni" marah Encik Zahari
" apa tak betul saya cakap.
berdua duaan macam ni tak maksiat ke namanya" tengking wanita itu.
" Zahari.. milah.. yah apa kecoh kecoh ni" tok Imam yang baru keluar dari tandas datang mendapatkan mereka.
" yah.. kenapa ni" soal tok imam
" imam.. ni dorang ni" nada Puan Fauziah mula kendur dan sedikit ketar
" owh.. masjid nak buat ceramah.. jadi aku ajak kariah gotong royong memasak.. kami tengah tunggu yang lain tak datang lagi. kamu kalau tak de buat apa apa marilah join kami" pelawa lelaki itu
" Yah uzur, " dalih Puan Fauziah lalu beredar meninggalkan perkarangan masjid. Dia malu dengan diri sendiri.
Sumayyah mengemas untuk pulang dan meninggalkan tadika lalu ke perhentian bas. Dia menanti dengan penuh sabar. Mimpi semalam bermain dimindanya.
" abang..andainya abang muncul dalam mimpi Su semalam sebab abang tak tenang di sana.. abang Su redha dengan apa yang jadi.. Su ikhlaskan abang pergi" bisik hatinya. Keluhan berat dilepaskan. Sedang dia menunggu ketibaan bas, tiba tiba hidungnya diterkup dengan kain. Sumayyah meronta minta dilepaskan akhirnya dia lemah dan terbaring longlai. Dia dibawa masuk ke dalam kereta lalu dipandu laju.
Sufian mula risau kerana kakaknya tidak dapat dijejaki. Dia ke rumah gadis itu namun tiada berpenghuni.
" along.. angah ada call along" Soal Sufian ditalian
" takde kenapa" soal Safwan
" angah ajak ucu tengok wayang malam ni.. dia suruh angah datang pick up awal nak pergi windo shoppin katanya tapi dia takde kat rumah.. dekat tempat kerja pun takde.. call fon dia off" risau pemuda itu
" dia dalam bas kot" Safwan cuba berfikiran positif
" takkan tak sampai lagi.. dah pukul tujuh.. dia balik pukul lima" Sufian mati kutu. Risau akan kakaknya didalam bahaya.
" ucu tunggu dulu dekat rumah dia kalau angah tak balik juga call along.. " pesan Safwan sebelum ditamatkan talian. Sufian termangu dihadapan rumah gadis itu. Mentari melabuh tirainya, malam menjengah namun jejak gadis itu masih belum di lihatnya
" along... angah tak balik lagi.. fon dia off" ujar Sufian.
" mana lah ibu tahu.. along ingat ibu ni takde kerja nak culik anak sendiri.. nak pula dia dah malukan ibu satu kampung. " ujar Puan Fauziah apabila diterima panggilan dari Safwan.
" ibu..along tak tuduh ibu.. along cuma tanya mana tahu kot kot ibu minta sesiapa cari angah.. " balas Safwan lembut
" takde hari ibu nak perabis duit untuk anak tak guna tu.. lantak la dia nak hilang ke.. nak kena culik ke.. itu padahnya bantah cakap ibu" Puan Fauziah semakin tidak berhati perut.
" masyaAllah ibu ni... ibu langsung tak risau angah hilang. " Safwan seakan berputus asa dengan wanita itu
" nak risau nak buat apa.. dia yang tolak tuah dia yang cari bala.. sesuai lah dengan dia" ujar wanita itu. Safwan mematikan talian. Dia benar benar kecewa dengan ibunya. Dia menelefon ayahnya untuk berkongsi berita
" Ya Allah.. bila tu" Soal Encik Zahari cuak
" petang tadi...ucu kata tak balik lagi sampai sekarang" balas Safwan
" dah tanya ibu.. mana tahu kot kot dia tahu" soal Encik Zahari
" dah ayah..tapi ibu.. jawapan dia tu menyakitkan hati.. ibu tak tahu angah dekat mana" ujar Safwan
" tak mungkin dia tak tahu.. ini mesti kerja dia.. siapa lagi yang nak culik angah selain ibu.. dia memang nekad nak nikahkan angah dengan Mizi tu.. tak pe kejap lagi ayah pergi rumah ibu tanya dia" ujar Encik Zahari.
Encik Zahari ke rumah isterinya. Wanita itu sedang menontin tv bangun dari pembaringannya lalu berdiri dimuka pintu
" ada apa datang ni... aku dah kata jangan jejak kaki kat rumah ni lagi" ujar Puan Fauziah dengan egonya
" saya nak tanya awak.. awak ada upah orang cari angah?" soal Encik Zahari
"apasal hari ni semua orang cari dia.. biarlah dia nak hilang ke apa ke.. saya tak nak tahu dan tak ada kena mengena dengan saya" ujar wanita itu lagi
" awak memang manusia tak berhati perut Yah.. Anak hilang awak buat tak endah.. ibu jenis apa awak ni Yah" marah Encik Zahari
" habis awak nak aku buat apa... menangis.. meratap.. dia dah besar la.. awak sendiri kata bagi dia urus hidup dia sendiri.. saya biarkan dia uruskan diri dia sendiri lah ni.. saya nak tengok sejauh mana dia boleh pergi " balas Puan Fauziah
" awak lah manusia yang paling tak layak jadi seoran ibu awak tahu tak" ujar Encik Zahari
" habis siapa yang layak jadi ibu.. mila si janda tu.. " tengking Puan Fauziah
" bagus la kalau awak rasa begitu" ujar lelaki itu.
" kalau begitu kau kawin je lah dengan si janda tu.. kau tak payah balik sini dah.. kau hidup je dengan si janda tu. jangan balik dah sini" tengking puan Fauziah
" kita sekarang cakap pasal angah yang hilang.. yang awak melalut tu kenapa" marah Encik Zahari
" aku cakap benda betul...kau dengan anak kau sama je menyusahkan hidup aku" herdik wanita itu
" Yah awak dengar sini baik baik.. kalau jadi apa apa dekat angah.. awak jatuh talak satu.. ingat tu" ujar Encik Zahari..
" pegi mampos la.. bagi satu buat apa.. orang bagi la tiga terus kalau betul anak jantan" Puan Fauziah memprovok suaminya tapi tidak dihiraukan lelaki itu yang berlalu pergi
Share this novel