Sumayyah tiba dikampung. Rumah ibunya sunyi.Dia dan Sufian masuk lalu membuka pintu dan tingkap agar membolehkan udara segar masuk ke rumah.
" ibu.. ibu..." panggil Sumayyah namun tiada sahutan.
" ibu pergi mana..ucu telefon ayah tengok ibu pergi mana" pinta Sumayyah. Sufian menelefon ayahnya.
" ayah kata kejap lagi ayah sampai" ujar Sufian.
" yelah tapi ibu mana" soal Sumayyah lagi.
" ayah kata tunggu ayah sampai kejap lagi dia cerita. " jelas Sufian. Sumayyah memegang dadanya yang terasa sesak. Dia risau keadaan ibunya.
" ucu rasa ibu pergi mana" soal Sumayyah.
" mana lah ucu tahu.. dia mana ada kawan selain dalam kampung ni.. kalau itu pun takkan tak balik lagi dah nak masuk tengahari dah ni.." ujar Sufian. Keadaan rumah bersepah dan berselerakan membuatkan Sumayyah bertambah risau. Setahunya ibunya seorang pembersih dan teliti tidak mungkin di biarkan rumahnya begini.
"ayah ibu mana" soal Sumayyah sebaik saja kelibat lelaki itu menjengah dimuka pintu rumah itu.
" ishh angah ni.. bagi lah ayah duduk dulu.. tak sempat sempat" tegur Sufian
" Allah... " Encik Zahari melabuhkan punggungnya ke afas sofa.
" macam mana chubby.. sihat ke.. akak kamu sihat" soal Encik Zahari
"sihat.. chubby makin tembam.. ni ayah tengok gambar dia" Sufian menunjukkan foto anak kecil itu didalam telefonnya.
" Alahai.. comelnya.. sebiji macam along kamu" ujar Encik Zahari. Di seka airmatanya. Rindunya pada anak sulungnya sangat memeritkan.. apatah lagi cucunya pula berjauhan dengannya. Sumayyah tidak senang duduk. Dia menanti jawapan dari soalannya. Gusarnya terhadap wanita yang melahirkannya membuatkan dia tidak keruan.
" ibu mana ayah" soal Sumayyah. Nadanya bergetar.
" kamu ada masa tak sekarang..ayah bawa kamu jumpa ibu" ajak Encik Zahari
" ibu pergi mana.. ibu kenapa.. " Sumayyah menahan tangisnya.
Damian bangun dari tidurnya. Terasa berat kepalanya. Di capai jam locengnya yang sudah menunjukkan pukul sembilan pagi. Dia bersiap untuk ke bengkel. Langkahnya lemah. Dibenaknya hanya dipenuhi dengan Sumayyah. Gadis bernilai dua puluh ribu itu membuatkannya seakan hilang arah.
" boss kita barang banyak kena order ni.. " ujar Jad yang muncul dihadapan pejabatnya.
" dah tu order la.. takkan nak kena aku pula.. kalau aku nak kena buat semua baik aku kerja sorang tak payah hired korang" tengkingnya. Pemuda itu terkejut. Damian tidak pernah berkelakuan sebegitu. Dia yang seorang yang tegas dalam bekerja dan dia juga umpama sahabat. Gurau senda itu perkara biasa di bengkel itu namun akhir akhir ini lesu. Damian ibarat singa lapar.
" habis la... kena sembur lagi" Luah Jad pada rakan sekerjanya
"sebab tu orang kata perempuan ni boleh buat lelaki hilang kewarasan" ujar rakannya.
" memang hilang kewarasan la kita hari ni" Jad menunjukkan gadis yang sedang melangkah masuk ke dalam bengkel.
" Sayang.. jom lunch" sapa Fasha.
" kau tak faham bahasa ke.. aku tak nak jumpa kau" tengking Damian.
" sayang sayang.. kenapa ni.. kenapa marah marah ni.. Sha datang nak ajak makan je.. bukannya nak ajak dating" Pujuk gadis itu
" aku sibuk aku tak senang.. kau ajak orang lain.. " dalihnya. Dia mahu mengelak dari berhubungan dengan gadis itu
" siapa yang boleh temankan Sha sekarang.. " soal gadis itu manja
" Zaim.. diakan bff kau.. ajak lah dia" cadang pemuda itu
" dia tengaj kerja sekarang.. lagipun dia outstation..please..sayang.. " rayu gadis itu.
" ah malas aku"tolak Damian.
" you boss kan sayang biarlah staff you buat kerja.. lagi pun Sha ada cerita nak kongsi" pujik gadis itu lagi
" aku boss sekali pun bukan boleh main keluar je.. nak kena tengok juga kerja staff aku.. lagi pun aku tak berminat dengan cerita kau" ujar Damian bengis
" what about Sumayyah.. " Damian menoleh.
" kenapa dengsn dia" dia mula risau
" kalau pasal Sumayyah.. you mesti minat nak dengarkan" pancing gadis itu mengena. Damian kelihatan gundah.
" ok.. nak makan dekat mana" soal Damian
" yess.. jom" dirangkul lengan pemuda itu kemas. Damian gagal merelaikan rangkulan itu berjalan dalam keadaan terpaksa.
" naik kereta Sha... kunci di baling ke arah pemuda itu. Dia hanya menurut.
"buat apa dekat sini" soal Damian apabila gadis itu minta berhenti dihadapan butiknya.
" butik Sha tutup hari ni.. tapi Sha ada barang nak ambil" ujar gadis itu lalu keluar dari keretanya. Damian menunggu didalam kereta mula hilang sabar.
" dah setengah jam...buat apa dekat dalam tu pun entah. " rungutnya. Dia keluar dari kereta lalu masuk ke butik milik gadis itu.
" Sha.. Fasha... " Panggilnya apabila butik itu kelihatan gelap. Dia masuk ke pejabat gadis itu. Gelap.
Damian terjaga dari lenanya. Terasa kepalanya berat.. dadanya terasa berat. Dilihat Fasha sedang berbaring diatas dadanya tanpa seurat benang begitu dengannya. Dicapai bajunya yang dicampak melata lalu ditolak tubuh gadis itu ketepi. Dilihat botol arak bergelimpangan di atas meja. Dihidu nafasnya. Berbau arak
" sial kau Sha" gumam hatinya.
" Sayang.. you dah bangun.. " suara manja gadis itu kedengaran. Dipeluk pemuda itu dari belakang. Terasa sentuhan kulit gadis itu itu bermakna dia masih belum berpakaian
" kau pakai baju boleh tak.. aku jijik" ujar Damian sinis. Gadis itu kini bergerak dan berdiri dihadapannya.
" jijik.. sekarang jijik.. sebelum ni you tak jijik pun.. tadi bukan main lagi macam kucing ratah ikan.. satu inci pun you tak tinggal.. sekarang jijik pula.. by the way sayang.. game you kali ni superb.. mungkin sebab you dah sunat" tawa gadis itu. Damian yang berpaling mencampakkan baju gadis itu yang dikutip dari lantai ke muka gadis itu.
" kau pakai kalau nak cakap dengan aku" Suruh Damian.Gadis itu menyarung bajunya.
" sha tahu sayang memang dah lama nak Sha belaikan..tapi jual mahal" ujarnya.
" kau jangan nak mengarut" Damian melangkah ke pintu.
" kenapa Sumayyah... kenapa bukan Sha.. " soal gadis itu.
" sebab dia adalah dia.. dan kau takkan jadi dia..dan takkan sama dengan dia.. " ujar Damian bengis
" apa lebih dia dan kurang Sha.. apa yang dia ada yang Sha takde" soal gadis itu lagi apabila jawapan yang diberi tak seperti yang diinginkan
" sebab dia punya hati yang suci.. bukan macam kau" marah pemuda itu apabila nama satu satunya gadis yang berjaya membuatnya tidak keruan disebut sebut.
" suci.. Sumayyah yang kau kenal bukan seperti yang kau sangka.. dia lebih hina dari pelacur" Damian menampar pipi gadis itu kuat.
" kau jangan hina dia.. dan nama dia tak layak keluar dari bibir kau" tengking Damian.
" kenapa kau takut realiti dia tak sama macam apa yang kau fikir.. come on la Damian.. dia tu tak layak berdamping dengan sesiapa pun" tengking Fasha. Damian sudah hilang sabar lalu mencengkam leher gadis itu kuat. Fasha yang sudah tidak dapat bernafas menunjukkan cctv yang sedang merakam perbalahan mereka. Damian melepaskan cengkamannya.
" kalau kau nak tahu dia betina yang rampas suami aku.. kami pernah bermadu" Damian ternganga. Dia tidak tahu bahawa gadis yang bermadu dengan Sumayyah seperti yang diceritakkan gadis itu adalah Fasha.
" kenapa dengan muka tu.. terkejut.. ya Sha pernah bermadu dengan Sumayyah.. dia dah rampas suami sha.. dan dialah punca suami aku mati.. dia dah rampas bahagia aku.. dia dah rampas semua hak aku" ujar Fasha lalu duduk di kerusi dan meminum baki arak yang masih tersisa.
" kau rasa dia suci.. dia pernah layan Zaim.. bukan sekali tapi dua kali.. sekarang ni kau tahu dia dekat mana.. " tawa gadis itu sini.
" dekat mana dia sekarang.. " soal Damian suara garau itu sedikit kendur.
" dekat melaka.. apa dia buat dekat melaka.. kalau tak servis Zaim.. mesti layan Mizi.. sebba dua ekor tu ada dekat melaka sekarang ni" ujar gadis itu. Damian meninggalkan gadis itu dengan amarah.
" Sumayyah....habis la kau" tawa gadis itu sendiri.
Share this novel