60

Drama Completed 119253

Damian memancing disungai bersama Sufian. Itu pengalaman pertamanya memancing disungai.
" tadi angah ada call..dia balik hari ni.
insyaAllah petang kejap lagi sampai lah" ujar Sufian. Ada senyuman terukir dibibir pemuda itu.
" tak sabar la tu" usik Sufian.
" eh tak de lah.. abang cuma risau reaksi dia bila tengok abang dekat sini" ujar pemuda itu.
" dia tahu la abang ada dekat sini" ujar Sufian
" sufian bagitahu abang ada dekat sini ke" soal Damian terkejut dengan kenyataan pemuda itu. Diharap kehadirannya menjadi rahsia kerana dia tidak mahu mengeruhkan keadaan selepas lamarannya ditolak gadis itu.
" ha ah.. saya bgitahu abang ada dekat sini.. kenapa.. " soal Sufian semula. Dia cuak apabila melihat reaksi pemuda itu. Damian menggeleng. Mereka menjadi teruja apabila joran Sufian ditarik menandakan ikan sudah makan umpan. Mereka bersorak apabila mendapat ikan haruan yang agak besar.

Sumayyah berdebar. Dia akan bertemu dengan Damian sebentar lagi. Rasa bersalah pada pemuda itu masih ada.
" Su kenapa ni.. ada yang tak kena ke" Soal Mas.
" tak de pape lah kah kak mas.. Su ok.. cuma risau ibu" dalihnya. Dia sedang ligat berfikir bagaimana mahu bersemuka dengan pemuda itu.
" Gib.. hantar Ayong dulu baru hantar Su.. Abang dah tunggu dekat Tadika. " ujar Mas pada adiknya.
" Su ok kan kalau Gib hantar sorang" Soal Mas ingin tahu seandainya gadis itu tidak selesa bersya bersama adiknya.
" Su ok je.. asalkan Gib tak pecut. " seloroh Sumayyah.
" Gib.. kau jangna nak laju pula.. kau jangan nak menggatal dengan kawan ayong pula. ayong tahu siap kau ayong kerjakan" amaran gadis itu disambut dengan mimik muka geram. Tawa mereka berderai. Sumayyah diam sepanakng perjalanannya dengan pemuda itu setelah sahabatnya turun di Tadika.
" Su.. ok ke.. ke nak Gib perlahankan lagi kereta" soal pemuda itu.
" ok dah macam ni.. kalau perlahan lagi.. bila nak sampai" ujar Sumayyah. Mereka kembali diam. Kedengaran hanya lagu bermain dicorong radio. Jantung Sumayyah berdegup lebih kencang apabila bumbung rumahnya semakin jelas kelihatan.
" Gib masuk kanan... hah depan lagi... lagi depan" Sumayyah memandu arah. Jantungnya yang berdegup kencang membuatkan dia sukar untuk berkata kata. Gugupnya ketara.
" ok dah sampai" kereta itu berhenti di hadapan rumah yang diberitahu gadis itu.
" Gib jom naik dulu" pelawa gadis itu. Pemuda itu mematikan enjin dan mengekori gadis itu naik ke rumah.
" Ayah.. ibu mana" soal Sumayyah apaba kelibat ibunya tidak kelihatan.
" ibu kamu tidur.. Cik Milah dah mandikan dia tadi" jelas Encik Zahari.
" ni Gibran adik kak mas.. Angah tumpang dorang balik..kak mas turun dulu sebab suami dia tunggu dekat tadika" jelas Sumayyah. Matanya melilau mencari seseorang.
" owh.. " angguk lelaki tua itu. Matanya memerhati keletah anak gadisnya.
" dia takde..dia ikut ucu mengail dekat sungai" sampuk Encik Zahari lagi. Difaham benar isi hati anaknya itu.
" Siapa" Sumayyah cuba meneka walhal dia sudah tahu siapakah gerangannya.
" Damian la." Sumayyah tersedak apabila nama itu disebut ayahnya. Gibran hanya memerhati.
" mancing?? dekat mana" soal Sumayyah lagi.
" muara sana tu.. dorang pergi dari pagi tadi.. kejap lagi balik la tu" ujar Encik Zahari lagi. Sumayyah diam.

"cantik kampung Su.. " puji pemuda itu
" kampung Gib.. biasa je.. " Balas Sumayyah. Mereka berbual bual dilaman sambil menikmati keindahan alam.
" Su nak tengok rumah arwah suami Su.. Gib nak ikut" Ajaknya. Dia risau akan pemuda itu keseorangan.
" boleh juga.. " pelawa itu membuka pintu keretanya
" kita jalan kaki je.. bukan jauh pun.. lagipun kat kampung kena banyak berjalan.. baru rasa nikmat " seloroh gadis itu. Gibran tersenyum. Mereka beriringan berdua berjalan di denai menuju ke rumah kenangannya.
" angah" sapa Sufian yang bertembung dengan mereka dijalan. Sumayyah mendapatkan adiknya dan melihat baldi yang dibawanya
" banyaknya.. bakar sedap ni" seloroh Sumayyah membuang kelat didada tatkala melihat Damian. Damian berwajah tegang apabila melihat gadis kesayangannya bergandingan dengan seorang lelaki.
" angah nak pergi mana" soal Sufian
" nak pergi rumah abang Har.. dah lama tak tengok.. dah berhabuk agaknya" ujar gadis itu. Tidak berani ditatap wajah Damian. Malu dan segan masih terasa.
" oh ni.. Gibran.. adik kak mas...angah tumpang dia balik" Sumayyah membuang gundah dihati. Dirasakan panahan mata pemuda cina itu. Jantungnya berdegup laju.
" angah tunggu kejap.. ucu hantar ikan dulu.. " pinta pemuda itu
" ucu nak ikut sekali ke" soal Sumayyah.
" ye lah.. takkan angah nak pergi berdua je.. nanti apa orang kampung kata.. lagipun ada hati yang perlu dijaga" usik Sufian. Sumayyah mengerutkan dahinya tanda tidak faham.
" tak payah nak buat muka seposen.. kejap ucu hantar ikan" diambil joran dari Damian dan dia beredar meninggalkan tiga manusia itu. Mereka membisu. Sumayyah mengalihkan pandangannya kerana tidak dapat menahan renungan tajam dari pemuda cina itu
" cantik pemandangan dekat sini" bicara Gibran membuang ralat.
" kan.. tenang je.. Salah satu tempat paling su suka.. dekat sini.. nak pergi pantai jauh sangat.. sungai ramai sangat belangkas.. tak tenang dah nak lepak.. sini.. tak ramai.. hanya tahu je tahu" tawa gadis itu. Damian yang kurang senang dengan kemesraan mereka menghampiri gadis itu secara diam. Dia berdiri dibelakang gadis itu..rapat. Sumayyah leka bersembang hinggakan tidak menyedari pemuda itu dibelakangnya. Damian tidak mencelah. Dia hanya mendengar perbualan mereka. Hilai tawa kedengaran. Damian makin resah.
" dia tak perasan aku ke atau buat buat tak nampak" rungut hatinya.
" Jom" tempik Sufian. Sumayyah yang berpaling ke belakang tersadung dada pemuda itu. Damian tersentak. Sumayyah malu dengan tindakannya.
" awak yang berdiri belakang saya dah kenapa" bisik Sumayyah. Wajahnya terasa hangat.
" kau tu yang tak hati hati" marah Damian sambil menggosok dadanya.
" Su.. jom" Gibran beriringan dengan gadis itu dan melirik ke arah Damian. Damian membalas kbali renungan pemuda itu geram.
" dorang kawan je tu" ujar Sufian seakan mengerti.
" tapi tak macam kawan pun" Damian risau. Keakraban mereka membuatkan Damian tidak senang duduk. Damian hanya mengekori dari belakang.

Sumayyah membuka jendela. Udara segar memenuhi ruang rumah.
" kenapa dibiarkan kosong" Soal Gibran
" Su balik juga dekat sini sesekali.. bila rindu tuan dia Su balik la" Senyum Sumayyah kelat. Damian perasan akan senyum itu. Ditatapnya sekilas lalu dialihkan Pandangannya keluar jendela.
" jadikan dia homestay sebab kalau nak bagi sewa sayang kan.. takut rosak.. buat homestay kira ok dah.. duit dapat kenangan pun terjaga" cadang pemuda itu
" Su pun fikir macam tu cuma tak tahu macam mana nak buat dan nak mula macam mana" ujar Sumayyah.
" owh... Gib boleh tolong Su" pelawa pemuda itu. Sumayyah seakan tertarik lalu berbual dengan pemuda itu dan hilang entah ke mana. Damian gelisah.
" sabar la abang.. balik kejap lagi boleh la sembang" usik Sufian.
" abang rasa mamat tu ada hati dekat angah lah" rajuk pemuda itu. Sufian tertawa
" alamak tak macho la merajuk" tawa Sufian lagi. Sumayyah dan Gibran meninjau kawasan rumah
Banyak perkara yang dibincangkan. Damian yang duduk didalam rumah mula tidak senang hati. Dia menjelajah ruang dalam rumah.
GEDEBUKKK.
Sumayyah bingkas masuk melihat apa yang terjadi. Damian terduduk dilantai dan dahinya berdarah.
" la awak ni dah kenapa" soal Sumayyah dingin. Damian diam. Hatinya merajuk. Sudah lah jatuh, dahinya luka..masakan dipujuk tapi dimarahi. Dia kecewa.
" awak nak buat apa sampai jatuh macam ni" soal Sumayyah lagi. Sufian yang berdiri dipintu dapur hanya tertawa. Gibran hanya menyaksikan drama dua hati itu.
" bangun..saya letak minyak" suruh gadis itu.
" takpe.. saya boleh bangun sendiri" tangan Sumayyah ditepis.
" Sini saya sapukan minyak" pinta gadis itu.
" tak perlu.. " tolaknya
" awak ni dah kenapa.. dahi tu luka kot" marah Sumayyah.
" aku kata tak payah tak payah lah" balas Damian tegang.
" luka tu.. berdarah tu.. nanti ayah cakap apa pula tengok dahi awak macam tu" marah Sumayyah lagi.
" yang luka aku.. yang sakit aku.. bukan kau.. apa kau sibuk sibuk sangat" tengking Damian
" yang awak nak marah marah saya ni kenapa.. saya nak balut luka awak je.. " tengking Sumayyah lagi
" aku kata tak nak aku tak nak lah...kau tak faham bahasa ke" marah Damian lagi.
" heiii.. kasar sangat tu bro" tegur Gibran
" kau sibuk pehal.. ni hal aku dengan dia" marah Damian.
" memang tapi cara kau cakap tu kasar wei... dia nak tolong je kau pesal nak marah dia" Gibran berpihak pada Sumayyah. Sumayyah merenung Damian tajam
" lantak aku la.. kau sibuk pe hal dho.. " marah Damian.
" kau jangan biadap dengan perempuan" marah Gibran. Mereka saling bertegang urat.
" korang kalau nak bergaduh pergi balik" marah Sumayyah.
" jom.. ikut aku balik" Damian menarik tangan gadis itu lalu beredar. Sumayyah meronta minta dilepaskan namun tidak diendahkannya. Lengannya direntap kasar. Damian menoleh. Membara hatinya melihat pemuda itu memegang tangan gadis kesayangannya.
" kau pekak ke.. dia suruh kau lepaskan tangan diakan" ujar Gibran.
" kau memang nak kena" pipi Gibran ditumbuk kuat Damian. Mereka bergelut

Share this novel

husmafiq enterprise
2023-01-12 12:41:21 

chap..60 ni

husmafiq enterprise
2023-01-12 12:40:24 

dalam chapter ni ..Su jadi gatai la pulak


NovelPlus Premium

The best ads free experience