Gosip bahawa dia akan berkahwin tersebar diseluruh tadika. Penangan kanak kanak sukar diduga. Sumayyah tidak larat menepis soalan. Dia seakan mahu lari dari berjumpa sesiapa.
" Teacher betul ke teacher nak kawin" soal Iskandar.
"tak.. mana ada.. " jawab Sumayyah lalu diraba anak kecil itu.
" kawan kawan semua kata teacher nak kawin" anak kecil itu kelihatan sedih.
" kawan kawan gurau je tu.. kenapa Iskandar tak suka teacher kawin ke" soal Sumayyah. Anak kecil itu mengangguk
" kenapa" soalnya lagi.
" sebab nanti bila teacher kawin teacher dapat baby.. lepas tu teacher dah tak sayang Iskandar dah" rajuk anak kecil itu.
" Iskandar dengar teacher nak cakap ni.. kalau teacher kawin sekali pun...ada baby sekali pun teacher tetap sayang Iskandar dan kawan kawan" pujuk Sumayyah.
" Teacher janji" pinta anak kecil itu
" janji.. teacher akan sayang semua anak anak teacher ni" dipeluk anak kecil itu. Telefonnya berdering.
" video call.. mimpi apa apek ni" Sumayyah menjawab panggilan itu.
" ye ada apa" Soal gadis itu tanpa melihat wajah pemanggilnya kerana di asyik melayan karenah Iskandar. Anak kecil itu bermain dengan wajah gadis itu. Dikepit pipi gadis itu..ditarik hidung gadis itu..mereka asyik dengan dunia mereka. Damian geram. Wajahnya berkerut. Dia cemburu akan kemesraan mereka.
" Hello... hah.. pergi mana pula apek ni" Sumayyah mematikan talian apabila video call itu tiada pemanggilnya.
" su...... ish...berani dia end call" geram Damian. Mejanya ditepuk bagi melepaskan geram.
" Iskandar... Iskandar.. teacher.. teacher.. eeeiiii" Dia menggenggam jarinya kemas.
" Assalamualaikum.. kak Yah.. kak Yah.. " Cik Milah singgah ke rumah bekas isteri suaminya apabila mendapat berita yang wanita itu tidak sihat. Pintu rumah terbuka tapi tiada penghuni. Cik Milah menjengah ke belakang.
" Yah.. Ya Allah Yah.. kenapa ni " wanita itu terkejut melihat Puan Fauziah termangu lemah ditangga bersandar ditiang.
" Yah..kenapa ni Yah" soal Cik Milah lagi.
" anak aku dah lari tinggalkan aku.. laki aku ceraikan aku..apa yang aku ada sekarang." Adunya pada wanita itu.
" kak.. Milah minta maaf.. " pinta Cik Milah. Puan Fauziah memandang wanita itu tajam
" kau.. kau lah penyebab laki aku tinggalkan aku.. kau perampas.. kau memang tak guna" Puan Fauziah tidak semena mena mengamuk. Cik Milah sudah terperosok didinding. Mujur ada jiran yang lalu lalang dijalan belakang rumah itu datang membantu.
" apa nak jadi dengan kamu ni Yah.. sudah sudah lah dengan perangai perengus kamu tu.. tak aman hidup kamu asyik aniaya orang" tegur seorang lelaki yang membantu
" memang tak selamat dah pun.. semua semuanya dah berambus dari hidup aku.. puas hati korang hah.. puas hati.. kalau korang tak sibuk sibuk nak jaja hal keluarga aku.. keluarga aku masih aman lagi tau tak" tengkingnya
" gila lah kamu ni Yah" ujar seorang wanita dan mereka beredar dari situ dan membawa Cik Milah pergi.
"aunty.. masuk la.. " jemput Sumayyah. Siew masuk ke rumah gadis itu disusuli Damian. Dia memandang gadis itu sekilas. Sumayyah tidak mengendahkan pemuda itu.
" lama tak jumpa Su.. aunty rindu" dipeluk gadis itu erat.
" Su juga.. aunty sihat" soal Sumayyah. Dia duduk disebelah wanita itu setelah menghidangkan minuman dan cekodok yang baru digoreng.
" aunty macam ni lah...kadang kadang je sakit kepala dengan kerbau seekor ni" Damian memandang mummynya tertanya tanya. Sumayyah tertawa. Tanpa dipelawa Damian menyuap sebiji cekodok ke dalam mulutnya.
" aunty nak ke beijing minggu depan.. nak lawat abang aunty sakit.. Su ada nak pesan apa apa tak" soal wanita itu.
" Su cuma nak aunty selamat pergi dan selamat balik.. jaga diri aunty.. "pesan gadis itu.
" aunty pergi sorang je ke.. Damian tak ikut? " soalnya.
" kenapa kau takut kau rindu aku? " soal Damian.
" saya rindu awak.. lambattt lagi..dari rindu awak baik saya rindu buah hati saya" seloroh Sumayyah. Air yang diminum Damian terhambur keluar. Sumayyah tertawa kecil
" kejap Su ambil kain" Sumayyah ke dapur untuk mengambil kain pengelap tetapi tubuhnya disambar seseorang. Sumayyah menjerit kecil akibat terkejut. Dia seakan tidak dapat bernafas kerana jaraknya dengan pemuda itu hanya beberapa inci. Pinggangnya dirangkul kemas.
" awak buat apa ni.. " soal Sumayyah gugup
" kenapa kau takut" soal Damian galak.
" awak.. ke tepi saya nak lap air" pinta Sumayyah. Suaranya tersekat sekat. Damian makin galak mengusik dihatinya bercampur baur.
" buah hati...siapa buah hati kau" soal Damian.
" hah... erk.. ermmm" Sumayyah memikirkan satu nama.
"siapa buah hati kau" soal Damian garang.
" razi..." Ujarnya.. Siapa Razi.. Entah siapa dipetik saja namanya
" Razi...dia kerja apa.. bila kau kenal dia" soal Damian lagi
" yang awak sibuk nak tahu ni kenapa. hal peribadi saya tak perlu campur kot" Sumayyah memberanikan diri untuk berbicara walaupun rait wajah pemuda itu seakan singa kelaparan.
" kau lupa.. aku tuan kau.. aku berhak ke atas diri kau malah tubuh kau" bisiknya ditelinga gadis itu. Jantung Sumayyah seakan terhenti. Selama ini dia lupa akan perkara itu. Dia dan Damian tidak akan pernah bersahabat kerana pemuda itu pemiutangnya.
" Jadi setiap apa yang kau nak buat.. kau kena bagi tahu aku faham" bisik pemuda itu lagi. Pinggang gadis itu digenggam erat. Sumayyah mengerang kecil menahan kesakitan.
" maaf saya lupa yang hubungan kita atas dasar hutang.. " balas Sumayyah tersekat sekat. Damian tersenyum sinis. Dapat dirasakan badan kecil itu menggigil. Didekat kan lagi badannya ke arah gadis itu hingga hidung mereka bertemu.
" awak..tolong.. jangan macam ni" rayu Sumayyah.
" kenapa kau takut.. jadi lepas ni tolong jaga kelakuan kau" tegas pemuda itu. Tiba tiba kepala pemuda itu diluku.
" apa lu buat.. " marah Siew lalu menarik tangan Sumayyah.
" heh gurau je mummy" ujar Damian lalu disapu kepalanya yang sakit.
" gurau sampai buat Su menangis" marah Siew. Damian tersenyum kelat.
Damian masih mencari tahu siapa Razi. Di mana tempat tinggal lelaki itu.. apa pekerjaannya. Apa istimewanya pemuda itu sehinggakan Sumayyah boleh jatuh hati. Baringnya tidak tetap. Sekejap ke kiri.. sekejap ke kanan.
" haisshhh... Sumayyah... " diterkup mukanya dengan bantal lalu menggelupur dia sendirian.
"Sumayyahhhhh" tempiknya. Pintu biliknya dibuka.
" Damian.. you kenapa" soal Siew cemas apabila mendengar teriakan anak terunanya.
" takde apa apa.. Kenapa mummy.. " Damian membuat muka tidak bersalah. Siew menggeleng hairan dengan kelakuan anaknya
Share this novel