1

Drama Completed 119253

" abang.. bangun.. dah pagi.. nanti lambat pergi kerja" Sumayyah mengejutkan suaminya yang sedang asyik dalam lenanya. Badan lelaki itu di gerak gerakkan perlahan.
"abang.. " kejutnya lagi. Azhar membuka mata dan mengesat ngesat anak matanya yang baru melihat dunia.Sumayyah melemparkan senyuman kepada suaminya. Ditarik lengan elaki itu. Azhar duduk di bucu katil. Dipeluk erat isterinya.
"dah..berhenti berdrama. nanti lambat.. " sumayyah melepaskan rangkulan tangan yang melingkari pinggangnya lalu beredar. Azhar mengeluh berat. Dicapai tualanya lalu menuju kebilik air. Sumayyah menyiapkan bekal untuk suaminya. Di siapkan pakaian untuk disarung lelaki itu. Dia tersenyum sendiri.
" Ish abang ni.. kalau su pengsan macam mana" rungutnya kerana terkejut akan diserga lelaki itu dari belakang.
" su pengsan abang buat la cpr" di muncungkan bibirnya lalu disuakan kepada gadis itu. Sumayyah beredar. Dia malu dengan tindakan suaminya. Nasi goreng di senduk nya dan secawan kopi panas siap terhidang.
" su tak makan ke" soal Azhar.
" su puasa hari ni.. " Azhar hanya mengangguk. Azhar menikmati airtangan isterinya dengan penuh selera
" abang.. tengahari nanti su nak keluar dengan Fasha boleh.. nak pergi beli barang untuk tadika" pintanya. Azhar mengangguk tanda setuju.
" tapi jangan melilau pula.. jangan tengok lelaki lain ya" seloroh Azhar.
" ish abang ni.." Jelingan manja s
Sumayyah membuatkan hati Azhar girang. Azhar tertawa kecil
" abang nak tambah nasi lagi" soal Sumayyah
" abang dah kenyang.. abang dah lambat ni.. abang pergi dulu ya.. " Huluran tangan Azhar disambut Sumayyah dan mengiringi suaminya hingga ke muka pintu. Motor kapcai yang ditunggang Azhar mula berbunyi dan beredar meninggalkan perkarangan rumah.Sumayyah menyambung kerjanya.

"Har.. hari ni ada lapan kedai.. kau periksa betul betul barang yang naik tu..jangan tersilap tanda pula.. " ujar seorang pemuda.
" ok...bagi aku list tu" pintanya. Azhar yang bekerja sebagai pemandu lori disebuah syarikat pembekal barangan runcit memeriksa senarai barang dan kedai untuk dihantarnya. Satu persatu barang diperiksanya dan di muatkan kedalam lori.
" chuan.. aku dah settle.. aku gerak dulu.. " ujarnya.Enjin lori dihidupkannya lalu beredar meninggalkan premis itu. Satu persatu kedai disinggahnya. Dia berhenti di sebuah pondok sementara untuk mengisi perutnya yang mula berkeroncong kerana sudah sampai waktu makan tengahari. Tangannya ligat mendail nombor cinta hatinya
" Su ada dekat mana" soalnya. Rindunya pada isterinya tidak pernah lekang. Ketika bekerja dia kerap menelefon isterinya kerana baginya suara gadis itu seakan ubat ketenangan jiwanya.
" su dengan Fasha.. dekat kedai buku tengah beli warna untuk budak budak.. ada apa abang call" soal Sumayyah semula
" saja lah.. abang rindu su.. " selorohnya
" ish abang ni.. abang dah makan" soal Sumayyah kembali
" tengah makan lah ni.. " juadah didalam bekalnya dijamah dengan penuh selera
" su janji dengan abang jangan main mata dengan lelaki lain.. abang cemburu" ujarnya
" Ya Allah abang ni kan...tak payah risau la.. siapa nak main mata dengan isteri abang ni.. " balas sumayyah
" isteri abang cantik apa.. " puji Azhar
" cantik apa muka penuh dengan lohong gunung berapi" seloroh Sumayyah pula
" tapi pada abang su tetap cantik" pujinya lagi.
" ada ada je abang ni.. abang.. su nak bayar dulu.. nanti kita jumpa dekat rumah ya.. " ujar gadis itu
" ok...I love you sayang" ujar Azhar lalu talian dimatikan. Azhar menyambung kembali perjalanannya.
" amboi dah tiga tahun kot.. sweet lagi korang..jeles pula aku" usik Fasha
" tak de anak lagi boleh la.. dah ada anak.. kau ingat ada masa nak mengada macam ni" balas Sumayyah bercanda
" untung la dapat kawin dengan crush.. aku.. keras la sampai ke tua" tawa mereka berderai.

Sumayyah mengemas barang yang dibelinya. Di letakkan barang barang itu untuk di bawa esoknya ke tadika. Sumayyah bingkas bangun apabila kedenganran deruan enjin motor suaminya masuk ke perkarangan rumah. Sumayyah menanti suaminya dimuka pintu. Huluran tangan lelaki itu disambut lalu dikucup tangan itu. Dahinya terasa hangat tatkala bibir lelaki tu menjengah ke dahinya. Mereka berpelukan mesra.
" banyak kedai ke hari ni" soal Sumyyah
" lapan kedai je" ujar Azhar lalu merebahkan tubuhnya ke sofa. Sumayyah membawa bekal suaminya ke dapur dan kembali keruang tamu dengam segelas air sejuk. Dia duduk disebelah lelaki itu.
" beli apa tadi" soal Azhar
" tu.. alat tulis budak budak..." Sumayyah seorang guru tadika berhampiran dirumah mereka. Diusia perkahwinan mereka menginjak tiga tahun masih belum dikurniakan cahaya mata,hanya anak anak didiknya yang menjadi tempat melepaskan kasih seorang ibu.
" tadi abang jumpa ibu.. " Sumayyah terdiam. Rasa serba salah terhadap suaminya mula bercambah. Dia tahu akan reaksi ibunya yang tidak sebulu dengan suaminya. Dari awal hasrat mereka diutarakan untuk bersatu dibantah ibunya sehingga usia perkahwinan mereka menginjak tiga tahun. Apatah lagi mereka belum dikurniakan zuriat. Abangnya yang baru sahaja bernikah sudah dikurniakan cahaya mata menjadi cabaran padanya. Raut wajah Azhar berubah tatkala bercerita tentang mertuanya.
" Su minta maaf abang.. nanti Su cakap dengan ibu" ujarnya.
" nak minta maaf buat apa.. bukan salah Su.. tapi Allah belum mengizinkan. Kita dah usaha.. kita tak putus putus berdoa.. Tapi belum masanya lagi Allah nak beri.. Allah nak bagi kita honeymoon dulu" Azhar cuba mengubah suasana. Sumayyah tersenyum.

"cikgu Su.. nak kencing" anak kecil iti terkepit kepit menahan kencing. Sumayyah tersedar dari lamunan. Dia mendapatkan anak kecil itu lalu membawanya ke tandas.
" dah siap.. jom masuk kelas.. " ajaknya. Anak kecil itu memaut tangannya lembut. Sumayyah menoleh
" cikgu Su kenapa sedih" soal anak kecil itu
" cikgu tak sedih pun.. " balas Sumayyah lembut
" habis tu cikgu termenung je dari tadi" soal anak kecil itu lagi
" oh.. kitakan dah nak habis tahun.. nanti Haris akan pindah sekolah..mesti cikgu rindu Haris dan kawan kawan"diusap pipi anak kecil itu lembut.
" cikgu.. "anak mata anak kecil itu mula bergenang. Sumayyah memeluk erat anak kecil itu. Tanpa disedari airmatanya turut menitis.

Sumayyah berkemas. Kelas pada hari itu sudah sampai ke penghujungnya. Anak anak kecil sudah beratur untuk berada dilaman kelas bagi menanti kehadiran ibubapa mereka untuk pulang. Sumayyah dikerumuni anak didiknya. Sesekali kedengaran tawa tersebar kerana gurauan mereka. Sumayyah terhibur. Dia hanya mampu menumpang kasih dari anak didiknya.
"Jauh mengelamun Su" sapa ketua guru tadika itu
" kak Mas.. mana ada.. Su cuma terfikir tahun depan ragam macam mana pula kita nak hadap" tawanya pura pura menutup duka dihati.
" entahlah Su.. kak mas pasal budak kak mas tak kisah sangat tapi waris... itu yang merisaukan..waris sekarang lebih rumit dari yang sebelumnya" luah wanita separuh abad itu. Sumayyah terdiam. Ada benarnya kata kata wanita itu. Adakalanya ragam waris yang bukan bukan perlu dihadapi mereka. Kadang kadang perkara sebesar zarah boleh menjadi satu isu seolah sebesar gajah. Tapi kerana kasihnya pada dunia pendidikan kanak kanak tidak mematahkan semangatnya untuk mengajar. Apatah lagi keletah anak anak kecil itu seolah pengubat dukanya.

hai reader.. harap novel baru PB ada yang sudi menjengah ya. Santai santai saja

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience