23

Drama Completed 119253

Suara bayi menangis memecah sunyi. Sumayyah terjaga. Disusukan bayinya. Lampu dinyalakan secara tiba tiba. Damian terpijat pijat.Tidurnya juga terganggu. Dia menunggu sehingga Sumayyah selesai menyusu.
" kau nak ke mana" soalnya
" saya nak ke toilet" Sumayyah turun dari katilnya. Damian memegang lengannya apabila Sumayyah hampir terjatuh.
" tak pe saya boleh pergi sendiri" dia cuba menarik tangannya namun digenggam kemas pemuda itu
" kau jalan jangan banyak cakap" ujar pemuda itu. Sumayyah melangkah perlahan lahan dengan bantuan pemuda itu. Selesai itu dia kembali ke katilnya. Damian kembali ke sofa setelah lampu dimatikan. Sumayyah terharu dengan layanan pemuda itu.

Sumayyah terjaga. Dia bangun untuk mendapatkan anaknya. Dia terkejut melihat pemuda itu tidur dikerusi disisinya. Sumayyah diam. Malas diganggu lena pemuda itu. Dia tahu pemuda itu kerap terjaga kerana terganggu dengan tangisan anaknya. Pemuda itu juga membantunya menukar lampin anaknya kerana mahukan dia rehat.
" ermmmm" kendengaran suara pemuda itu terjaga dari tidurnya. Dia mengeliat meregangkan badannya.
" morning" ucap Sumayyah. Pemuda itu hanya mengangkat tangan. Dia menguap melepaskan mengantuknya
" maaf awak.. baby asyik nangis je.. "ujar Sumayyah.
" takpe.. kira ok dengar dia nangis dari dengar mummy berleter.. kau nak mandi.. " soal pemuda itu. Sumayyah mengangguk. Dipapah gadis itu ke bilik air. Sumayyah kembali ke katilnya setelah selesai mandi
" aku nak balik ambil mummy.. kau ok kan.. " soal pemuda itu.
" saya ok" jawab Sumayyah
" apa apa kau call aku" pesan pemuda itu
" hah.. " Sumayyah hairan
" oh yan kau takde nombor aku kan" Damian mengambil telefon gadis itu lalu menaip nombor telefonnya.
" ni nombor aku.. apa apa hal call aku ok" suruh pemuda itu sebelum beredar meninggalkan bilik itu.

"angah... tadi tu bukan apek semalam tu ke" soal Sufian yang datang bersama ibu dan ayahnya serta abangnya.
" ha ah.. " balas Sumayyah pendek
" hai awal dia datang" soal Sufian lagi
" dia tidur sini teman angah" balas Sumayyah
" apa.. jantan teman kau tidur sini.. kau dah buang tebiat ke angah" tempik Puan Fauziah.
" ibu.. dia datang pun atas arahan mak dia.. mak dia minta dia temankan su.. " jelasnya
" kau pun sama gedik.. dalam pantang dah menggatal" sinis Puan Fauziah
" ibu.. bukan angah yang minta mak dia yang suruh dia.. lagipun nak harapkan ibu..memang tak la.. ibu lebih rela tinggal anak sorang sorang dekat hospital dari tidur atas sofa tu teman anak.. sekurang kurangnya dia ada hati perut berbanding ibu sendiri" entah apa yang merasuk gadis itu hingga sanggup meninggikan suara terhadap ibunya
" angah kamu tu sedar sikit.. aku ni ibu kamu.. jangan nak main cakap.. aku kalau ikutkan aku taknak datang tapi sebab kamu anak aku aku datang.. bukan sebab budak tu.. aku jijik dengan dia.. entah siapa bapa dia pun aku tak tahu" Pipi Puan Fauziah ditampar kuat. Mereka terkejut melihat tindakan Encik Zahari.
" awak jangan melampau Yah.. siapa pun dia...dia cucu kita.. darah daging kita.. " tengking Encik zahari
" dia bukan cucu saya.. saya takde keturunan yang entah siapa bapa dia.. kalau dia anak Azhar sekalipun dia tetap bukan cucu saya sebab dia bukan dari pilihan saya" ujar Puan Fauziah
" ibu.. angah ingat dengan apa yang jadi ibu dah insaf rupanya masih bertahtakan ego.. ibu kata lah apapun dia tetap zuriat angah.. darah daging angah.. sampai mati pun dia tetap anak angah.. ibu ingat tu" tegas Sumayyah.
" hah elok la tu.. sekarang dah pandai bermadu asmara dengan cina pula.. nanti keluar pula anak cina.. apa lah malangnya nasib aku ada anak betina macam kau ni angah" ujar Puan Fauziah. Hati Sumayyah seakan dirobek. Tangisnya memecah sepi.
" ucu kamu bawa ibu kamu balik sebelum ayah naik hantu. " pinta Encik Zahari
" ibu jom balik.. buat malu orang je kecoh kecoh" ajak Sufian.
" kau habis pantang kau bersiap untuk nikah dengan Mizi.. muktamad.. kali ni aku yang tentukan jodoh kau" ujar Puan Fauziah yang masih belum habis geramnya.
" dah la ibu.. kita dekat hospital ni... " tegur Safwan. Puan Fauziah beredar ditemani Sufian.
" angah..dah jangan nangis.. " Safwan memeluk erat adiknya.
" ayah minta maaf angah.. ayah terlalu berlembut dengan ibu kamu sebab tu dia naik lemak" ucap Encik Zahari

"mummy cepat la.. nanti lambat ke hospital" rungut Damian
" you kalut apahal..." Ujar Siew sambil menyiapkan bekal untuk dibawa ke hospital
" yelah I nak buka bengkel.. kalau lambat ke hospital..lambat lagi la nak boleh buka bengkel" balas pemuda itu. Dia lihat hidangan yang disediakan mummynya
" untuk I takds ke" soalnya
" ah sibuk la lu.. you bukannya sakit.. " seloroh wanita itu
" tapi I anak you" usik pemuda itu. Tangannya diketuk apabila mahu mengambil ayam bakar yang telah disusun didalam bekas
" kalau mau dapat layanan istimewa kawin cepat la.. bagi mummy cucu.. " usik Siew
" takpe lah mummy.. I lebih rela berlapar dari ikut cadangan you" ujar Damian. Mereka bersiap untuk ke hospital.

Jalan yang tenang melancarkan perjalanan mereka. Siew menolak daun pintu wad Sumayyah. Gadis itu sedang menyusukan anaknya
" Hai Su.. ala cucu nenek.. minum susu kenyang kenyang ya.. biar cepat besar. " ujar wanita itu. Damian yang menyusul dari belakang meletakkan bekal yang bawanya keataa meja.
" ini ayah Sumayyah ke" soal Siew apabila perasan akan Encik Zahari yang duduk disofa.
" ya saya... " balas Encik Zahari
" saya Siew... ini anak lelaki saya Damian" diperkenalkan pemuda itu kepada ayah. Mereka berjabat tangan.
" terima kasih sebab tolong tengok tengokkan anak saya" ujar abah.
" eh takpe. tidak jadi masalah pun.. saya suka dia..dia buat saya teringatkan mendiang anak perempuan saya" ujar Siew.
" kalau dia masih hidup.. dia mesti sebaya Sumayyah" ujar Siew lagi.
" mummy nak stay sini atau nak balik.. I nak ke bengkel ni" Soal Damian.
" Su..aunty balik dulu ya. Family Su ada dekat sinikan. Esok aunty datang lain ya" ujar wanita itu lalu pergi bersama anak terunanya.

Safwan bertemu dengan adiknya sebelum pulang. Dia peluk adikknya erat tatkala bercerita akan nasib anak kecil itu.
" angah buat tak tahu je.. ibu tu nanti along balik kampung along cakap dengan ibu..along dah bincang dengan ayah.. angah jangan risau. Angah balik berpantang di kampung ya" pujuk pemuda itu.
" tengoklah macam mana.. angah tak tahu lagi.. angah taknak serabutkan kepala angah dengan semua ni.. " ujarnya.
" ok lah.. along balik dulu.. nak hantar ibu ayah ke terminal pula" ujar Safwan
" ibu nak balik dah ke.. " Sumayyah tersentak. Safwan hanya mengangguk. Puan Fauziah merajuk hati kerana di tengking anaknya tiba tiba berubah fikiran mahu pulang ke kampung segera. Puas dia, Sufian dan ayahnya memujuk wanita itu namun kata kata mereka tidak dapat merubah keputusannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience