" kau dah melebih bro.. kau nak jual barang kau itu terpulang tapi bukan dekat kelab aku.. " tengking Damian.
" aku hanya ikut permintaan pelanggan.. lagipun bukannya kacau pun" ujar pemuda itu.
" tak kacau kau kata.. sial" mereka mula bergelut. Damian dan Zaim bergelut dengan beberapa orang pengedar dadah dan pil khayal. Keadaan bertambah tegang apabila melibatkan senjata tajam. Pedang Samurai Damian melibas perut salah seorang dari pengedar itu. Damian seakan tidak takut untuk membunuh. Marahnya telah mengubahnya menjadi seorang monster. Kedengaran siren kereta polis. Mereka bersurai dan bertempiaran lari. Damian menghantar Zaim pulang. Zaim mengalami cedera begitu juga dengannya yang mengalami kecederaan dilengan akibat ditikam dengan pisau. Dia memandu keretanya ke bengkel dan berhenti disitu sebentar. Telefonnya berdering.
" Hello..awak dekat mana" soal Sumayyah ditalian.
" kau sibuk kenapa " nadanya keras menahan sakit
" saya tak sedap hati..tiba tiba teringatkan awak.. awak ok" soal Sumayyah.
" kau jangan sibuk hal aku" marahnya
" awak datang rumah saya sekarang.. " pinta gadis itu
" buat apa.. " marahnya. Kedengaran suaranya mengerang kesakitan.
" awak awak kenapa... awak dekat mana" Sumayyah mula risau.
" kau jangan sibuk hal aku.. " ujar pemuda itu.
" awak datang rumah saya sekarang" suruh gadis itu lagi
" aku sibuk ada urusan" marahnya lagi.Dia menahan kesakitan yang teramat.
" awak datang rumah saya sekarang" tengking Sumayyah. Damian terdiam. Tidak pernah dia mendengar gadis itu meninggikan suara. Entah kenapa dia menikus.
" ye.. kejap lagi aku sampai" balas Damian lalu memandu dalam kesakitan yang teramat.
Tiba dirumah gadis itu didapati gadis itu sudah menanti dihadapan pagar. Damian memberhentikan keretanya. Pintunya dikunci hanya dibuka sedikit tingkapnya.
" hah ada apa" Dia cuba berlagak seperti biasa
" awak ok" tanya Sumayyah lembut.
" ok.. kau nampak aku tak ok ke" selorohnya. Sumayyah mengintai didalam ruang kereta
" kau tengok apa" Damian cuak. Sumayyah seakan anjing pengesan sedang mencari mangsa tertimbus
" buka pintu ni" suruhnya
" nak buat apa" Damian risau. Dia tidak mahu gadis itu melihat keadaannya.
" saya kata buka" nada Sumayyah sudah tidak setenang tadi
" ah malas aku.. dah aku nak balik" dia cuba mengelak.
" saya kata buka buka la.. " nada Sumayyah tinggi seoktaf.
" aku kata aku nak balik" Damian cuba bertegas.
" buka pintu ni dulu.. " Sumayyah mula menyinga. Damian membisu. Sumayyah menendang pintu kereta itu berkali kali.
" aduh.. ouch.. " gadis itu terduduk. Luka dikakinya berdarah semula.
" kau ni... kan dah berdarah balik" Damian membuka pintu kereta dan melihat pembalut yang menutupi luka gadis itu berdarah.
" awak..awak kenapa ni.. Ya Allah.. Damian.." Sumayyah tersentak melihat tubuh Damian dipenuhi darah dan lebam beserta luka.
" awak..saya tanya awak kenapa" tengkingnya. Damian bersandar di tempat duduknya
" siapa pukul awak.. Mizi.. Zaim.. " tekanya. Sumayyah malas menunggu jawapan pemuda itu bergegas masuk ke rumahnya lalu mengambil peti kecemasan dan semangkuk air bersih.
" pegang ni" diletakkan barang barang itu diatas riba pemuda itu lalu membuka pintu ditempat duduk penumpang disebelah hadapan. Di letakkan bekas ubat itu keatas dash board lalu di cuci luka pemuda itu satu persatu. Damian hanya mampu berdiam. Tidak sanggup menatap wajah singa betina itu.
" awak bergaduh dengan siapa.. " soal Sumayyah. Nadanya kendur. Damian diam.
" Ya Allah.. ni.. ni.. kenapa ni.. luka ni dalam.. awak kita pergi klinik" pintanya
" kau nak cuci ke taknak...kalau nak cuci.. cuci je lah.. jangan membebel.. kalau tak aku blah" marahnya.
" ye.. " Sumayyah menekan nekan luka pemuda itu hinggakan pemuda itu mengerang kesakitan.
" kau nak bagi aku mati ke" tengking pemuda itu.
" bukan saya yang nak awak mati.. tapj awak yang nak bunuh diri awak sendiri. " ujar Sumayyah.. nadanya kini bergetar. cahaya lampu yang dipasang menampakkan benteng matanya dipenuhi airmata. Damian cuak apabila manik jernih itu jatuh membasahi pipi gadis itu. Entah mengapa..airmata gadis itu seakan beban berat dihatinya
" awak jangan lah bergaduh.. apa apa bincang elok elok" nasihat gadis itu
" kau tak payah sibuk hal aku" ujar Damian. Dia mengalihkan pandangannya kearah lain. Tidak sanggup dilihat tangisan gadis itu. Dadanya seakan dicarik carik. Sesak dan senak dirasakan.
" awak tolong jaga diri awak.. " ujar gadis itu lagi
" kan kau kata... "kata katanya mati apabila tangis gadis itu makin laju
" awak tolong jaga diri awak.. saya dah takde siapa siapa yang saya boleh berpaut.. semua orang tinggalkan saya.. suami saya.. ibu saya.. anak saya.. saya ada awak je sekarang..kalau apa apa apa terjadi dekat awak.. saya tak tahu nasib saya.. mummy awak.. macam mana dia nanti" ujar Sumayyah sambil membalut luka dilengan pemuda itu. Damian hanya diam dan menatap gadis itu. Dia seakan resah. Kata kata gadis itu membuatkan dia tidak keruan.
" awak tolong.. lepas ni jangan gaduh gaduh.. tolong jaga diri awak.. jaga diri awak untuk mummy awak" pesannya. Airmata gadis itu jelas kelihatan dek kerana pancaran lampu kereta yang menyuluh tepat ke wajahnya. Damian menyeka airmata gadis itu. Sumayyah tersentak. Kelakuan pemuda itu membuatkannya kaget.
" kenapa kau selalu buat aku tak keruan" soal Damian.
" hah..maaf.. saya masuk dulu" Sumayyah berkemas mahu keluar namun lengannya ditarik pemuda itu lalu didakap gadis itu erat.Terasa hangat dan tenang.
" awak" panggil Sumayyah
" sekejap saja.. tolong.. sekejap saja.. " pintanya. Sumayyah kaku.
" awak.. " Sumayyah menepuk bahu pemuda itu lembut. Namun tidak diendahkan pemuda itu.
" awak..basah" ujar gadis itu. Damian melepakan pelukannya.
" hah basah.. apa yang basah" dia menyelak bajunya dan melihat seluarnya
" takkan aku klimaks kot" diperiksa seluarnya tetapi kering
" kau... " dia melihat gadis itu. Seluar gadis itu basah kerana air yang digunakan untuk mencuci lukanya tumpah.
" kejap saya ambil kan kain" ujar Sumayyah.
" tak perlu.. kau.. ganti pembalut tu.. nanti lagi teruk.. " suruhnya. Sumayyah hanya mengangguk.
" aku balik dulu" ujarnya lalu meninggalkan perkarangan rumah gadis itu.
Damian berjalan perlahan lahan. Dia cuba mengelak dari bertembung dengan ibunya namun kepulangannya dapat dihidu wanita itu.
" lu gaduh lagi.. apa pasai kali ini" marah Siew. Damian menikus lagi.
" perempuan kalau dah marah gunung pun boleh rata" gumam hatinya.
" Damian..dengar tak apa yang mummy cakap" marah Siew.
" yes..mummy" Damian tidak mendengar leteran itu kerana dia mengingati kata kata gadis itu. Pembalut dilengannya digosok perlahan. Wajah gadis itu bermain dimindanya
" Damian.. mummy bercakap dengan you" Damian terpings pinga.
"apa mummy.. I sakit ni" balasnya lembut
" mummy tanya siapa rawat you" soal Siew. Dari perhatiannya rawatan yang diterima oleh anaknya bukanlah dari klinik atau hospital kerana balutannya tidak kemas dan tampalan pembalut juga tidak cantik.
" buat sendiri lah" dia berdalih.
" you nak tipu mummy.. you lupa mummy siapa.. you tak boleh balut lengan you sendiri siap pin lagi" ujar wanita itu
" siapa.. siapa rawat you" Siew masih ingin tahu
" Sumayyah" balas Damian. Dia menunduk malu
" iya ke.. baikkan dia tu.. mummy suka dia.. baik.lemah lembut.. sopan.. bila dia bercakap tenang je.. muka dia.. sejuk saja bila mummy tengok" puji Siew. Damian hanya melihat keletah ibunya yang memuji muji gadis itu
" kalau la.. abang you masih ada..mummy suruh dia ngorat sumayyah tu.. buat jadi menantu mummy" seloroh wanita itu
" mummy berhenti berangan boleh" pintanya
" sebab abang you takde la mummy berani cakap.. tapi kalau dia ada pun mesti jadi juga" ujar wanita itu
" mummy..you rasa senang ke nak bermenantukan Sumayyah tu.. kena convert islam " ujarnya
" apa masalahnya.. islam agama hebat apa.. you lupa ke abang you tu islam sebelum dia meninggal" Damian terdiam.
" mummy memang suka dia.. tapi tu lah.. nak buat menantu.. anak lelaki pun takde" seloroh wanita itu lagi
" mummy.. I ni apa.. pondan" Damian terasa dengan guruan ibunya
" you.. nak jadi suami sumayyah.. " tawa siew berderai
" diri you pun you tak boleh jaga.. nak jaga anak dara orang.. jangan buat lawak Damian.. sikap you jauh sangat" perli wanita itu. Damian diam. Dia menyimpan kesalnya
Share this novel