40

Drama Completed 119253

Sumayyah mencuka. Dia diam seribu bahasa. Geramnya masih berbaki. Lidah Damian kelu untuk berkata kata. Hanya kedengaran suara radio. Keretanya tidak dipandu terus ke rumah gadis itu malah disinggah ke bengkel. Sumayyah masih membisu.
" Jom" pelawanya
" buat apa dekat sini" bentak Sumayyah
" kerja aku belum habis.. " ujar Damian
" dah tu apa kena mengena dengan saya " bentak gadis itu lagi
" kau tunggu la sekejap bagi aku habiskan kerja aku.. lepas tu aku hantar kau balik" balas Damian acuh tak acuh.
" ah malas la.. saya nak balik" bentaknya lagi
" hah balik la sorang diri.. " provok Damian. Sumayyah mengambil beg galasnya lalu keluar dari kereta dan berjalan menuju ke jalan besar.
" keras hati betul" rungut Damian lalu mengejar gadis itu. Ditarik beg yang digalas gadis itu. Sumayyah melawan agar dilepaskan.
" kau nak ke mana" soal Damian keras
" saya nak balik la" rungut gadis itu
" aku hantar kan kejap lagi.. sabar la sekejap" marah Damian
" tadi bukan awak suruh saya balik sendiri" soal Sumayyah.
" kenapa perempuan ni complicated sangat" soal Damian pula
" kalau awak faham benda ni takkan jadi panjang" marah Sumayyah.
" kau tu faham tak aku kata tunggu sekejap.. aku nak habis kan kerja aku.. lepas tu aku hantar la kau balik.. kita bukan nak tidur sini" marah Damian
" saya nak buat apa dekat sini.. saya nak balik nak rehat.. letih tahu tak" ujar Sumayyah. Pertelingkahan mereka disaksikan pekerja bengkel tersebut. Pertelingkahan ibarat anjing dam kucing itu kelihatan lucu.
" kali ni boss salah orang nak ajak bergaduh. " ujar salah seorang pekerja bengkel. Mereka tertawa.
" kau boleh tak jangan bantah cakap aku.. jom" Damian mengajak gadis itu.
" saya nak balik" tolak gadis itu keras
" kau nak aku dukung kau tengah panas ni" ugut Damian
" Gila" herdik gadis itu. Damian merapati gadis itu. Sumayyah cuak. Takut pemuda itu bertindak diluar batasan
" ok.. ok.." Sumayyah mengalah. Dia mengekori pemuda itu. Sampai dipejabat pemuda itu mulutnya melopong
" haaaaaarrrghhhhh ni office ke sarang ular" bilik itu berselerak dan tidak terurus. Damian yang malu mengemas dengan kelam kabut. Sumayyah tidak tahu dimana hendak dia duduk.
" kejap ye" Damian malu. Sumayyah meletakkan beg galasnya dilantai. Dia mengumpul semua kertas yang bertaburan. Damian tersenyum. Sumayyah menyusun atur semula bilik itu.
" fail ada.. nak susun dokumen" Damian menggeleng.
" benda tu kena ada" saran gadis itu. Damian membisu.
" Jad tolong belikan fail" panggil Damian. Dihulurkan kad kepada pemuda itu.
" ada banyk tak dekat dalam tu" soal Sumayyah.
" kenapa kau nak tahu" Sumayyah mengusap perutnya. Dijuihkan mulutnya menandakan dia lapar.
" guna la" balas Damian
" yeah" Sumayyah bersorak kegembiraan. Damian tersenyum. Sumayyah keluar bersama pekerja bengkel itu.

Fasha mundar mandir. Dia geram dilayan sebegitu oleh pemuda itu. Lelaki yang sebelum ni mendambakan dirinya kini sudah tidak memandangnya lagi. Perkenalan yang tidak disengajakan itu bermula dari kereta rosak ditengah jalan kebetulan pemuda itu melalui jalan tersebut. Dari situ bermula perkenalan mereka dan menjadi bertambah erat apa bila pemuda itu berkawan rapat dengan Zaim. Dari teman biasa hingga teman tapi mesra. Dan dari situ mereka mula berhubungan seperti suami isteri. Memandangkan dia yang tinggal sendirian memudahkan pemuda itu untuk datang ke rumahnya. Namun dimana kah silap percaturannya hatinya masih menyimpan perasaan pada Azhar. Lagi membara hatinya apabila melihat kebahagiaan sahabatnya itu walaupun ditentang keluarga. Dia meninggalkan Damian dengan alasan tidak direstui sedangkan alasan itu digunakan untuk memerangkap Azhar.
" Macam tu je kau reject aku Damian" gumamnya. Direnung langit biru bagi melepaskan amarahnya.

Sumayyah pulang dengan beberapa beg plastik ditangan. Damian ternganga melihat gadis itu berbelanja.
" Ni beri dekat semua staf ya" beberapa bungkusan makanan di berikan kepada pemuda itu. Sumayyah membimbit beberapa beg plastik masuk ke dalam pejabat.
" cacanggggg... " Sumayyah mengangkat beg plastik tersebut. Damian terduduk dikerusinya.
" kita makan dulu ya.. " Sumayyah membuka bekas makanan yang dibelinya lalu diletakkan dihadapan pemuda itu. Sumayyah membuka bekasnya lalu makan tanpa bicara.
" mak aih.. sedapnya" seloroh Sumayyah
" memang la sedap duit aku" balas Damian
" terima kasih boss" ujar Sumayyah sambil tertawa. Damian tersenyum kecil. Itu kali pertama dia melihat gadis itu tertawa.
" comel" bisik hatinya.
" makan cepat.. banyak lagi kerja nak kena buat" pinta Sumayyah. Damian sedar dari angan angannya lalu menjamah makanan tersebut. Selesai makan Sumayyah bangun dan mula mengemas. Damian hanya memerhati.
" awak boleh keluar tak.. saya nak buat kerja " suruhnya.
" kau buat la kerja kau.. aku nak guna meja" balas Damian
" awak buat dekat luar boleh.. saya baru nak mengemas..awak pula dekat dalam ni.. payah nak buat kerja.. keluar sana.. syohh syohhh" halaunya. Damian diam dan tidak mengendahkan gadis itu. Sumayyah berang dia memusingkan kerusi yang diduduki pemuda itu agar mengadapnya. Dia menunduk dan memandang tepat ke mata pemuda itu. Damian tergamam. Dia terasa hangat dengan keadaan itu. Jarak mereka hanya beberapa inci itu membuatkan dia tidak keruan. Dia menelan air liur kesat.
" awak dah penyek kertas.. " ujar Sumayyah perlahan. Damian kaget lalu bangun dari duduknya.
" aku....aku.. aku keluar la.. kau kemas bagi bersih" Damian keluar. Dia mengemas pakaiannya.
" ai boss takkan kalah kot" usik pekerjanya. Damian membuat isyarat agar mereka diam lalu menoleh ke dalam pejabat. Dilihat gadis itu tekun sedang membersihkan pejabatnya. Sumayyah mengunci pejabat itu kerana tidak mahu diganggu. Dari satu sudut ke satu sudut dia mengemas
" settle.. tinggal nak failling" Sumayyah membuka pintu lalu megeluarkan beg sampah dan diletakkan di muka pintu. Dia duduk dikerusi dan bersandar. Penatnya terasa hilang apabila melihat bilik yang berselerak tadi kini kemas dan bersih serta bau penyegar udara yang diletakkan di atas kabinet itu menyebar haruman segar. Radio yang dipasangnya diamati alunannya. Matanya dipejamkan. Dia merasai ketenangan. Didongak kepalanya agar cahaya lampu kalimantang itu menyuluh matanya yang dipejamkan.
" Ini lah kehidupan" bisiknya. Damian melangkah perlahan masuk ke bilik itu. Dia yang berdiri dihujung kepala gadis itu menunduk dan menatap setiap inci wajah bersih itu. Kelihatan bibir gadis itu tersenyum.Baris bibir itu menangkap hatinya. Tidak semena dahi gadis itu dikucupnya lembut. Sumayyah terjaga dari lamunannya terkejut melihat hidung mereka bertemu. Pipi Damian dicubitnya. Damian berdiri mengerang kesakitan. Digosok pipinya yang perit
" awak buat apa.. awak jangan melebih ya" Sumayyah memeluk tubuhnya.
" Sorry.. aku.. aku tak sengaja" Pinta Damian cuak.
" aku tak bermaksud apa apa.. aku cuma.." dia tidak tahu mahu berkata apa
" cuma apa" soal Sumayyah. Matanya bergenang.
" aku nak kongsi ketenangan dengan kau" ujar Damian.
" aku tak bermaksud lebih dari tu" Dia gugup. Sumayyah menyeka airmatanya.
" ni kau tak failkan lagi.. hari dah pukul enam...bengkel dah nak tutup.. pukul berapa kau nak siap kalau asyik mengelamun" marahnya tiba tiba lalu beredar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience