43

Drama Completed 119253

Sumayyah menyalin pakaiannya yang koyak. Dia turun dari rumah itu lalu melangkah keluar.
" kau nak ke mana tu.. kau jangan nak lari lagi.. lagi tiga hari aku akan nikah kan kau dengan Mizi.. dia dah on the way balik.. " tempik Puan Fauziah. Sumayyah tidak mengendahkan kata kata ibunya. Dia tetap berjalan walaupun langkahnya lemah. Damian yang mengejarnya memaut lengannya.
" kau nak ke mana" soal pemuda itu. Tangannya direntap kuat. Damian memintas gadis itu lalu memegang bahu gadis itu kemas
" kau nak ke mana.. " nadanya tinggi seoktaf. Sumayyah merentap sekali lagi tangan pemuda itu. Ditatap mata pemuda itu tajam
" ke tepi" matanya yang merah dek kerana tangisan itu tampak bengis
" kau nak ke mana" tengking Damian
" apa kau sibuk.. " balas Sumayyah keras. Damian tersentak. Selalunya gadis itu akan menikus apabila ditengking tapi kali ini dia makin berani
" kau nak ke mana malam malam ni.. kau jangan buat kerja gila" marah Damian.
" memang memang aku gila.. aku gila dengan kehidupan aku yang kacau ni.. kau..kau takkan faham sebab kehidupan kita berbeza apatah lagi aku berhutang belasan ribu dengan kau.. "luah Sumayyah. Damian terdiam. Kata kata gadis itu merentap jiwanya.
" apa aku boleh buat.. aku hanya barang dagangan.. hidup aku dah tamat semenjak aku dilahirkan.. kebahagiaan aku dah direntap saat aku melihat dunia." adunya
" masih ada masa untuk fikirkan cara bagaimana nak elakkan perkahwinan tu" nasihat Damian.
" macam mana.. dalam masa tiga hari.. apa cara aku boleh buat" tengking gadis itu.
" kau terus terang je dengan ibu kau pasal Mizi.. " nasihat pemuda itu.
" huh.. kau nak suruh aku beritahu yang Mizi jual aku dekat kau dengan Zaim...nak beritahu dorang yang kau dengan Zaim dah beli aku.. nak bagi dorang anggap aku ni perempuan murahan.. aku ni pelacur.. nak bagi ibu bertambah benci dekat aku" sinis Sumayyah.
" aku akan bantu kau..kau bukan perempuan murahan.. kau bukan pelacur" ujar Damian.
" hal dalam bilik tadi aku dah berterus terang tapi ibu tetap tak percayakan..ini kan perkara yang dia tak nampak.. kau ingat dia nak percaya ke" tengking Sumayyah.
" tapi mesti ada caranya.. takkan kau nak kawin dengan Mizi tu" marah Damian. Darahnya meluap luap tatkala mendengarkan hajat Puan Fauziah. Kenapa harus Mizi.
" apa lagi cara yang aku ada.. kau bagitahu aku sekarang" soal Sumayyah. Damian terdiam
" lagipun yang kau sibuk dengan urusan aku kenapa.. kau patutnya berbangga akan dapat duit yang banyak dari Mizi.. hutang kau dengan dia dan hutang aku dibayar double" sinis Sumayyah.
" aku sayang kau.. aku tak nak kau terlepas ke tangan orang macam Mizi " mulut pemuda itu lancar berbicara. Sumayyah terdiam. Dia memandang tepat kearah wajah pemuda itu. Dia mencari kejujuran disebalik kata melalui anak mata yang bersinar itu.
" kalau macam tu.. kau halal kan aku" ujar Sumayyah tidak semena mena
" maksud kau" soal Damian tidak memahami kata kata gadis itu.
" kau kawin dengan aku" ujar Sumayyah. Damian terdiam. Dia mati kata. Matanya dialih kearah lain. Sumayyah tersenyum sinis.
" jangan pandai ucap sayang sedangkan kau tak tahu apa maknanya sayang" Sumayyah meneruskan langkahnya meninggalkan pemuda itu yang berpaling melihatnya berlalu pergi didalam kesamaran malam.

Damian memandu pulang sendirian. Baju melayu yang dipakainya tadi masih bersarung dibadannya. Hatinya tidak tenang sejak kejadian petang tadi. Fikirannya berkecamuk. Dia tidak mahu melepaskan gadis itu tapi dalam masa yang sama dia tidak dapat menunaikan hasrat gadis itu. Dia takut akan disakiti lagi. Jiwanya kacau. Dia memberhentikan keretanya ditepi jalan. Dia keluar dan berdiri di tebing jalan melihat hutan hijau yang memenuhi gaung. Ditempik sekuat hatinya melepaskan kegusaran dihatinya. Tidak semena mena tangisnya mengalir buat pertama kalinya setelah kehilangan empat ahli keluarganya serentak lima tahun lalu dimana kakaknya meninggal akibat kemurungan lalu membunuh diri dan ayahnya rebah akibat serangan jantung selepas mendapat berita akan kematian kakaknya manakala abang dan adiknya terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang setelah mendapat berita akan kematian ayah dan kakaknya. Damian tidak menangis semenjak itu bahkan ketika ditinggalkan Fasha dia tidak berasa sesedih itu. Sumayyah.. gadis yang berjaya membuat airmatanya menitis lagi dan membuatkan hidupnya galau.

Sumayyah pulang ke rumah kenangannya dengan Azhar. Rumah itu bersih dan kemas kerana ayahnya kerap datang melihat rumah itu. Sumayyah rindu akan semua kenangan didalam rumah itu. Tiada apa yang berubah. Malah motor yang selalu digunakan Azhar masih berfungsi dengan baik. Dia menjengah ke bilik beradu mereka. Sumayyah berbaring. Dipeluk bantal arwah suaminya. Airmatanya menitis lagi.
" abang.. Su rindu abang... " bisiknya bersama tangisan.
" su tak kuat abang.. Su tak kuat.. " adunya lagi. Encik Zahari yang mengikut anaknya dari belakang masuk ke bilik itu dan duduk disamping anak gadisnya.
" ayah minta maaf angah.. ayah tahu ayah salah " ujar lelaki tua itu. Namun tiada balasan dari gadis itu.
" ayah akan cakap dengan ibu kamu.. mana tahu bila dia dah reda dia nak dengar.." ujar lelaki itu lagi
" ayah tahu kan perangai ibu.. kalau putih kata dia.. maka putih la takn berubah menjadi hitam atau yang lain" balas Sumayyah.
" habis tu takkan angah nak mengalah macam tu je" Encik Azhar cuba memberi semangat.
" apa yang angah boleh buat ayah.. ibu.. tetap ibu angah.. tiada apa yang dapat menghalang dari title tu.. cuma angah berharap ibu terima angah seadanya.. bukan macam ni.. ibu seolah tidak redha melahirkan angah" luah gadis itu. Encik Azhar memandang anaknya sayu. Diusap kepala anaknya lembut.
" ayah minta maaf angah. " hanya itu yang mampu diluahkan lelaki itu.
" ibu tak sayang angah ke ayah" soal Sumayyah
" ibu sayang angah cuma dia tak pandai tunjukkan sayang dia pada anak anak terutamanya angah.. kalau dia tak sayang masakan dia boleh besarkan angah dengan sempurna" Encik Zahari cuba bermotivasi agar anaknya tidak hanyut dalam perasaan yang mungkin membawa kepada dendam.
" kenapa semua ni jadi hari ni.. hari duka.. hari along pergi tinggalkan kita.. hari ni juga ayah ceraikan ibu.. hari ni juga ibu buang angah.. hari ni juga ulang tahun perkawinan angah dengan abang Har" tangisnya berderai lagi
" Allah... sabar angah.. ada hikmahnya kenapa semua ni terjadi.. angah banyakkan berdoa ya...ayah tahu angah kuat. Airmata jantan lelaki itu menitis tapi dikesat cepat agar dia tetap kuat dihadapan anaknya.
" selamat ulangtahun yang ke empat abang" bisik gadis itu didalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience