46

Drama Completed 119253

Hampir seminggu dia tidak menerima panggilan atau mesej dari Damian. Kata katanya malam itu masih terngiang ngiang dimindanya.
" gila kau Su.. apa ajak dia kawin.. kau ingat senang orang nak convert.. bodo la kau Su." Dia mengomel sendiri. Dia berjalan disekitar pusat membeli belah itu. Dia tidak tahu apa yang mahu dibeli dan mungkin sekadar mencuci mata.
"Sumayyah" sumayyah mencari cari siapakah yang memanggilnya. Seorang pemuda melambai tangan kearahnya dan berjalan menuju kearahnya.
"Jad.. sorang je ke"soal Sumyyah.
"ya la sorang ja la.. awek tak dak.. mau ada awek boleh la jalan berdua" seloroh pemuda itu
"ish apa cakap macam tu...jodoh belum mari kot" usik gadis itu. Pemuda itu tersenyum.
" Jad dari mana..tak kerja ke" soal Sumayyah.
"kija la...ni dok beli makan sat kat bawah taksat pastu naik sat atas nak cari ni" ditunjuk pasu pewangi yang dibelinya tempoh hari sudah pecah.
" macam mana boleh pecah.. " soal gadis itu. Setahunya dibengkel tiada anak kecil dan tiada siapa yang sudah berkahwin dikalangan mereka tapi bagaimana pasu itu boleh pecah. Menimbulkan persoalan dibenaknya
" tak sat ni.. boss bertengkaq dengan bekas awek dia.. tak tau la pasai pa.. tuptup benda ni pecah sebab pompuan tu hempuk ataih lantai" cerita pemuda itu.
" ooo" sumayyah hanya mengangguk tanda faham.
" tak tau la pasai pa boss sari dua ni suka naik angin.. oh ya sebelum terlupa.. selamat pengantin baru" ucap pemuda itu.
" hah...siapa kawin..boss Jad ke" gadis itu terkulat kulat.
" eh buat buat tanya pula.. bukan su nikah ka baru ni" soal pemuda itu
" Su.. bila.. siapa cakap" Sumayyah kehairanan.
" boss habaq su nikah baru ni.. bukan ek" kali ini pemuda itu pula kehairanan
" oh.. ha ah tapi dibatalkan saat saat akhir....so tak kawin la" Sumayyah tersenyum
" la tu ka.. awat pasai pa" pemuda itu semakin ingin tahu.
" dah tak de jodoh" jawab sumayyah tenang. Baginya biarlah cerita itu berkubur bersama tangisan dukanya.
" sungguh no.. kalau dah tak dak jodoh takleh jugak no..tapi lega la su tak jadi nikah dengan si keparat tu.. "geram pemuda itu
"siapa" soal gadis itu
" Si Mizi mangkuk hayun tu lah" jawab pemuda itu sambil membelek pasu pewangi yang tersusun dirak.
" jad kenal ke dia" Sumayyah cuba memancing
"sapa tak kenal dengan boya darat tu.. dia famous dekat sini tau" Sumayyah diam. Dia hanya mahu mendengar.
" su tak jadi nikah awat.. pasai kantoi dia boya ka atau dia tak mai " soal pemuda itu
" ada perempuan kata dia mengandungkan anak Mizi.. so keluarga tak setuju kami nikah" ceritanya pendek.
"cepat boss buat keja" seloroh pemuda itu
" hah..kenapa..ada apa apa yang Su tak tahu ke" soal Sumayyah lagi.
" hari tu boss suruh Ah Yen cari Ika..awek si Mizi tu tapi tak tau lah pasai pa. baru tau rupanya nak report pasal si Mizi.. " Sumayyah hanya mengangguk.
" dah jumpa.. jom balik" ajak gadis itu.

Sumayyah singgah ke bengkel. Mahu diucapkan terima kasih kepada pemuda itu namun langkahnya terhenti apabila melihat Damian berjalan keluar menuju ke keretanya.
" dia nak ke mana tu" soal Sumayyah
" entah.. jumpa supplier kot" ujar pemuda itu. Sumayyah dan pemuda itu bergandingan masuk ke dalam bengkel. Sumayyah masuk ke dalam pejabat dan mengemas serba sedikit bilik itu yang kelihatan agak berselerak. Diletakkan pewangi yang dibelinya ke tempat asalnya. Dia duduk sebentar melepaskan lelah.

" kau nak apa lagi Fasha.. " marah Damian tatkala bertemu dengan gadis itu di taman.
" sayang.. Sha nak kita start semula itu saja..bagi peluang kedua untuk Sha.. " rayu gadis itu.
" Sudah la Sha.. aku dah move on..aku dah ada kehidupan aku sendiri.. kau cari lah kehidupan kau sendiri. " Damian memaut dagunya distereng keretanya. Fasha yang dari tadi duduk kini bersandar.
" siapa perempuan tu" Soal Fasha
" perempuan mana" soal Damian
" kalau bukan perempuan takkan sayang boleh tolak Sha macam tu je" Fasha cuba memancing.
" kau ingat aku macam kau..semudah itu untuk aku tukar pasangan. Kau silap Fasha.. " ujar Damian.
" Sayang.." Fasha meletakkan tangannya di paha pemuda itu.
" apa ni Sha.. stop it ok.. " ujar pemuda itu. Dialihkan tangan gadis itu ke tepi. Dia bersandar dan diletakkan tangannya ke dahi. Berat benar rasa beban dikepalanya. Dia hanya memikirkan Sumayyah. Bagaimanakah keadaan gadis itu.. sudah bergelar isteri orangkah dia.. Bahagiakah dia...
" Sayang.. " panggil Fasha. Damian membuka matanya. Alangkah terkejutnya dia melihat gadis itu berada diribaannya.
" Sha apa kau buat ni.. " dia menolak gadis itu ke tepi namun gsdis itu bertindak liar. Disambar bibir pemuda itu lalu digoda lembut. Damian diam. Nafsu mula membuak. Dibalas kucupan gadis itu.
" sha tahu sayang rindukan belaian Sha.. " bisik gadis itu. Damian seakan rakus.Di gomol gadis itu semahunya. Fasha dalam keasyikannya tiba tiba direntap apabila pemuda itu berhenti menggaulinya.
" Sumayyah" Bisiknya apabila melihat kelibat gadis itu berdiri di tepi tasik. Damian bergegas keluar untuk mendapatkan gadis itu namun hampa gadis itu hilang entah ke mana.
" Sayang...sayang.. " panggil Fasha yang turut keluar berlari mendapatkannya. Damian berpatah semula ke keretanya lalu memandu keluar dari taman itu. Beg dan jaket yang dipakai Fasha dicampak keluar.
" sayang.. sayang.. damiannnnn.. " jerit gadis itu.

Damian memandu ke rumah gadis itu namun tiada penghuni. Dia memandu ke tadika juga tiada.
" aku mimpi ke" gumamnya sendiri. Dia memandu pulang ke bengkel. Dia berbaring disofa didalam pejabatnya. Matanya menatap syiling dan renungannya tajam hingga boleh menembus awan.
" boss.. ok tak" soal Jad.
" ada apa" balas Damian.
" tadi saya jumpa Sumayyah" Mendengar nama itu Damian bangun dari baringnya.
" kat mana.. dia macam mana ok tak" soalnya kalut.
" sabaq sabaq... awat ni boss..jangan kalut kalut.. satu sati tanya tak dan nak jawab kalau serbu lagu tu" seloroh pemuda itu
" ah.. cakap la cepat kau jumpa dia dekat mana" Damian tidak sabar.
" tu.. " ditunjuk pasu pewangi itu
" apa kau ni.. " dia tidak memahami isyarat itu.
" saya jumpa kat kedai juai menatang tu.. " ujar pemuda itu.
" dia.. dia.. dia macam mana.. ok tak dia" soalnya lagi
" ok.. saya nampak ok la.. tapi boss tau dak dia tak kawin pun dengan hanat tu.. kantoi.. Ika pi serang rumah Su" cerita pemuda itu. Damian tersenyum. Masih punya harapan untuk dia bertemu gadis itu.
" ai lain macam renyeh tu.. boss meh nak habaq.. kalau dah berkenan habaq.. jangan diam ja.. takut sat lagi melepaih.. boss yang putih mata.. " seloroh pemuda itu. Damian memandang pemuda itu lama
" ni awat plok.. seriau ngat aihh" Jad cuba berjalan keluar perlahan lahan.
" Dia pakai baju apa tadi" soalnya
" baju kurung kaler hitam ada bunga haluih haluih kaler merah.. awat boss.. " soal pemuda itu lagi.
" betul la dia tadi" ujar Damian. Tangannya diletak kepinggang.
" naya angau lagu ni.. boss pi potong hat tu cepat sikit.. lepaih tu jom kita oi jumpa imam" usik pemuda itu
" buat apa" Damian kebingungan
" masuk islam la.. mana boleh kawin lain lain agama.. " Damian mengangguk
" potong...potong apa tadi kau cakap" soalnya
" tu.. potong tu.. khatan.. " ditunjuk seluar pemuda itu.
" oii.. " Damian menekup seluarnya
" la.. memang kena la boss.. aduiii.. payah dengan apek ni" ujar pemuda itu lagi
" bila aku kata aku nak kawin dengan dia.. aku cuma risau dia je.. " balas Damian malu.
" ye lah tu.. dah tu awat dua tiga hari ni srupa ngan kera makan belacan muka tu.. " usik pemuda itu
" kalau masuk islam memang kena sunat ke" soal Damian. Pemuda itu mengangguk. Diangkat jari Telunjuknya lalu diletakkan diatas meja dan diketuk dengan pembaris kuat.
" ouchhhh.. " dia mengerang sakit. Damian kelihatan cuak. Peluh jantannya mula membasahi dahinya. Jad semakin galak mengusik.
" sumayyah.. kena sunat.. tak sunat tak boleh.. " usik pemuda itu dan lari dalam ketawa apabila melihat Damian mahu membaling bantal kearahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience