" abang dapat kerja dekat pekan.. gaji mahal.. tapi kadang kena keluar daerah hantar barang.. " ujar Azhar. Sumayyah yang sedang melipat baju berhenti seketika. Mata suaminya ditatap tenang.
"abang nak ke kerja tu.. " soalnya lembut
" abang nak ubah hidu kita.. abang tak nak ibu hina Su lagi.. tapi abang akan jarang ada dekat rumah" wajahnya kelihatan sugul
" abang.. kalau niat abang untuk tunjuk pada orang Su tak izinkan tapi andai niat abang berusaha kerana Allah.. Su izinkan.. " ujarnya
" tapi abang kena hantar barang keluar daerah.. kadang kena pergi selangor..johor.. penang.. kedah.. abang tak nak jauh dengan su" rengek pemuda itu
"ololo.. comelnya sayang su ni.. abang pergi luar daerah pun bukan selalu kan.. Su ada baca agreement kerja abang.. su ok je...asalkan abang tak lupa su" ujarnya
" dah kenapa abang nak lupa su pula"Azhar seakan pelik dengan kata kata istetinya
" ye lah.. dah banyak jalam nanti..jumpa si dahi licin.. mana nak ingat su dah" rajuknya dibuat buat. Azhar memeluk erat isterinya. Dikucup ubun ubun isterinya lama
" abang janji.. abang takkan ada yang lain selain Su.. abang setia hanya pada Su. " Sumayyah tersenyum lalu mendakap suaminya erat.
Sumayyah ke tadika seperti biasa. Azhar ke Johor bagi menghantar barang. Berkemungkinan petang itu akan pulang pemuda ke rumah. Sumayyah seakan tidak sabar untuk pulang. Sudah dua hari dia tidak bertemu suaminya. Rindu sudah menggunung.
" Cikgu Su.. Cikgu nak ke mana" sapa anak muridnya.
" cikgu nak kemas kemas la.. kejap lagi kan nak balik" balasnya lembut. Anak kecil itu masih menatap wajahnya
" haris kenapa tengok cikgu macam tu" soalnya lembut
"cikgu nampak cantik hari ni.. " puji anak kecil itu.
" ye ke.. habis tu sebelum sebelum ni cikgu tak cantik la" selorohnya
" cantik juga tapi tak macam hari ni.. hari ni lagi cantik" puji anak kecil itu.
" ada ada je lah haris ni.. " dicuit pipi anak kecil itu lembut.
" haris papa dah sampai.. " ujarnya lalu memimpin anak kecil itu ke pintu.
" Hai Su" sapa pemuda itu
" hai.. "balasnya acuh tak acuh.
" Haris ok tak hari ni.. ada buat perangai tak" soal pemuda itu.
" haris hari ni baik sangat.. Oh ya..hujung minggu ni tadika ada buat hari rekreasi.. harap Zaim boleh join" ujarnya. Pemuda itu menatap wajah ayu dihadapannya sayu.
" insyaAllah.. " pemuda itu beredar bersama anak kecil itu.
Sumayyah berlari mendapatkan suaminya apabila kedengaran bunyi motor yang dibonceng suaminya masuk ke perkarangan rumah.
"abang.. "panggilnya lembut. Disalam dan di peluk suaminya erat.
"rindunya" ujar Azhar
" su pun.. " dahi Sumayyah terasa hangat apabila kucupan lembut singgah ke dahinya.
Sumayyah melipat baju di ruang tamu. Azhar menghampiri isterinya dan berbaring diribaan gadis itu.
" Su buat apa waktu abang takde.. jumpa siapa" usiknya
" mana ada.. su kerja macam biasa lah.. " balas Sumayyah lembut.
" ye ke.. " uji Azhar
" iya lah.. nak jumpa siapa lah abang oii.. abang ingat isteri abang ni menteri.. artis.. orang nak jumpa" Sumayyah tertawa. Azhar menarik hidung isterinya kuat. Sumayyah menampar bahu suaminya sambil mengerang kesakitan. Azhar tertawa
" oh ya.. hujung minggu ni tadika ada buat hari rekreasi.. abang cuti kan" soal Sumayyah.
" iyeee" balas Azhar sepintas. Matanya menatap televisyen yang sedang bersiaran.
" abang ikut su ya" pintanya
" ok.. tapi abang nak tuntut janji" ujar Azhar.
" janji..?? janji apa" Sumayyah kebingungang.
" lupa la tu" Azhar bangun dari pembaringannya. Dia menatap wajah isterinya yang kebingungan.
" janji apa.. " soal Sumayyah
" Su yang janji Su yang lupa" rungut Azhar
"sumpah Su lupa" Sumayyah masih bingung. Azhar merapati isterinya lalu dikucup bibir gadis itu lembut. Sumayyah terbuai.
" Assalamualaikum cinta hati" Azhar mendukung isterinya lalu masuk ke bilik. Bahtera mereka berlayar dengan penuh keasyikan.
Sumayyah dan guru yang lain mengisi peralatan dan juadah untuk aktiviti mereka ke dalam van yang disewa ketua guru yang dipandu Azhar.
" sayang cikgu semua.. duduk diam diam.. kita nak pergi dah.. sapa nak main game dengan cikgu" soal Sumayyah girang
" saya" jerit anak anak kecil didalam van itu
" jadi..semua duduk diam diam ya.. uncle nak bawa van.. jom.. kita gerak" seloroh Sumayyah. Anak anak kecil itu bertempik keriangan.Sumayyah tersenyum sendiri. Seronok melihat keletah anak kecil uang seronok bergurau sesama mereka didalam van.
" kita dah sampai...semua beratur.. " pinta Sumayyah apabila van yang dipandu Azhar tiba di destinasi.
" Cikgu..haris nak tolong" pinta anak kecil itu.
" Haris bawa ni untuk cikgu boleh" dihulurkan segulung tikar mengkuang. Anak kecil itu mengambil dan beredar.
" Su.. bagi Zaim bawa itu" pinta pemuda itu.
" takpe zaim.. su boleh bawakan" Sumayyah cuba mengelak. Dia tidak selesa dengan pelawaan pemuda itu. Azhar yang melihat situasi itu segera mendapatkan isterinya
" Biar abang bawakan" container yang berisi barang makanan disambut Azhar. Sumayuah tersenyum dan kelakuan Azhar tidak disenangi Zaim.
"Dia da hati lagi dekat Su tu" usik Azhar
" ish abang ni.. itu kisah lama la.. lagi pun Su ak pernah simpan perasaan pun dekat dia.. dia je yang lebih lebih" seloroh Sumayyah
" ye lah top student kan.. sapa tak gila.. abang ni bernasib baik je" Azhar seakan merajuk
"apa pula.. Su yang bertuah sebab abang pilih Su.. mati mati Su ingat abang couple dengan Fasha" mereka membuka sejarah lama.Azhar tertawa
" si senget tu.. tolong la" gurau Azhar sambil menghidupkan api pemanggang.
" ibu dengan mak Leha yang beria nak satu kan kami.. padahal kami bersembang pun tak pernah" jelas Sumayyah. Dia menguis nguis bara yang sudah menyala.
" abang minta maaf.. abang tak sepatutnya buka cerita lama" Azhar rasa bersalah apabila melihat wajah isterinya berubah. Sumayyah hanya tersenyum
" untung la orang ada suami.. tapi jangan lupa kami yang single dekat sini" usik rakan sekerjanya. Muka Sumayyah mula merah dek kerana usikan mereka.
" sampai bila kau nak single.. Haris dah makin besar.. " soal Azhar. Zaim meletakkan tin minumannya ketanah. Matanya tertumpu pada anaknya yang sedang bermain bersama teman yang lain.
" aku belum jumpa pengganti dia.. " balas Zaim lembut
" dah enam tahun weh... anak kau tak pernah tanya pasal mak dia ke" soal Azhar lagi
" ada juga.. aku cuma kata mak dia kerja jauh.. satu hari nanti aku akan temukan dorang" Zaim menunduk seketika. Dipendam duka dihati. Dia yang menyukai Sumayyah sejak dibangku sekolah lagi dan memasuk meminang gadis itu apabila mereka dapat sambung belajar namun pinangannya ditolak gadis itu. Zaim kecewa namun dia masih mengharap akan cinta gadis itu tapi akhirnya kecewa kerana gadis itu bertunang dengan rakan sekelasnya. Dan disebabkan itu Zaim menikahi gadis sekuliahnya apabila dikhabarkan gadis itu mengandungkan anaknya. Usia anaknya dua tahun mereka bercerai kerana isterinya mengejar kemewahan dan curang dengannya. Dia membesarkan anaknya sendiri. Namun perasaannya buat Sumayyah kembali bertaut apabila mereka bertemu di tadika anaknya namun sayang Sumayyah sudah bernikah. Dia memendam perasaan.
" aku harap kau bahagiakan Su" ujar Zaim. Azhar tersentak
" kalau aku dapat tahu kau sakitkan dia.. aku tak teragak agak untuk ambil dia dari kau" Zaim merenung Azhar tajam. Mata mereka bertentang.Azhar cuba mencari kepastian kata kata pemuda itu melalui anak mata hitam itu. Azhar tahu Zaim bukan omong kosong
andai ada kesilapan dalam penceritaan harap dikongsi dikomen ya.
Share this novel