Bunyi bising di ruang tamu mengejutkan Sumayyah yang sedang mengemas didapur. Sumayyah bergegas ke depan.
"Ya Allah ibu... kenapa buang nasi ni" ujar Sumayyah. Di kutip nasi yang bertaburan dan diletakkan semula kedalam pinggan.
" aku tak nak kau.. aku nak anak aku.. kau bukan anak aku.. kau perempuan tak tahu malu" tengking Puan Fauziah. Badan gadis itu ditumbuk tumbuk kuat.
" ibu.. sakit angah ibu" rayu Sumayyah perlahan
" kau bukan anak aku.. kau anak pungut.. tak sedar diri.. tak habis habis nak menyusahkan aku.. kau berambus.. berambussss" tempik wanita itu. Sumayyah bangun dan beredar ke dapur sambil menyeka airmatanya. Sudah sebulan dia dirumah itu. Layanan wanita itu terhadapnya masih dingin. Entah apa yang dibayangkan wanita itu sehingga amarahnya bisa bergelodak seperti itu. Sumayyah menyeka keringat yang mengalir di dahinya. Dia termenung dipintu dapur.
" Angah.. angah" panggil Puan Fauziah. Sumayyah terjaga dari lamunannya.
" ada apa ibu.. ibu nak air.. " soal Sumayyah.
" kau ke mana.. kau ke mana.. aku nak angah.. kau siapa.. angah mana" dihenyak badan gadis itu sekuat kuatnya
" dari dulu lagi aku memang tak suka kau kawin dengan along kau tahu tak.. tapi sebab dia..aku diamkan...sekarang kau siap kau.. sebab kau angah dah pandai lawan aku kau tahu tak" marah wanita itu lagi.
" ibu.. angah ni.. sakit ibu.. ibu.. sakit angah bu" rayunya tatkala dihenyak begitu. Airmatanya sudah kering hanya hatinya merintih.
Encik Zahari simpati akan nasib anak gadisnya. Kelihatan tubuh gadis itu semakin susut.
" angah.. angah pergilah mengajar balik.. ibu tak pe ayah dengan Acik Milah boleh tolong jagakan.. " pujuk Encik Zahari
" ayah.. itu satu satunya ibu angah.. ni la masanya untuk angah berbakti pada ibu" ujar gadis itu. Dihidupkan api dapur untuk memasak lauk bagi wanita itu.
" ayah tahu..tapi angah tengok diri angah.. tak terurus.. angah kerja ayah tengok kan ibu.. balik kerja angah jaga la.. ayah bukan apa.. kesian dekat angah.. masa depan angah terbuang macam tu je" pujuk Encik Zahari.
" aku laparrrr.. aku lapar ni" tempik wanita itu dari dalam bilik. Sumayyah terkocoh kocoh mendapatkan wanita itu. Segala barang didalam bilik itu dihempasnya.
" ibu.. sabar ya.. angah tengah masak" ujar Sumayyah
" kau memang nak aku matikan.. kau memang saja nak bagi aku kebulur.. kau dengan bapa kau sama je.. tak kenal dek untung... " tengking Puan Aini.
" ibu.. bukan macam tu.. angah tengah masak.. sekejap ya" pujuk sumayyah lembut walaupun dirinya menjadi punching bag bagi wanita itu.
" Angah pergi dapur.. biar ayah uruskan ibu" pinta Encik Zahari. Sumayyah ke dapur dengan linangan airmata.
Damian risau. Rumah gadis itu sudah punya penghuni baru. Memandangkan ketika itu musim cuti sekolah, sukar untuknya mendapatkan maklumat dari tadika. Telefonnya juga tidak dapat dihubungi. Damian tidak keruan. Gadis itu hilang tak jejak.
" dah tanya kawan kawan dia" soal Siew
" dia mana ada kawan.. dengan cikgu tadika pun dia jarang keluar nak ada kawan lain" balas Damian kecewa
" you dah tanya adik dia.. dia ada adik yang study dekat sini kan" soal Siew
" ha ah la mummy.. lupa.. " Damian teringat akan Sufian. Damian bergegas ke kampus anak muda itu.
" angah ada dekat kampung.. dia balik nak jaga ibu" terang Sufian
" jaga ibu.. kenapa dengan ibu" Damian ingin tahu
" ibu mengidap Dementia" Damian tersentak. Sumayyah tidak pernah memberitahunya apa apa berkenaan wanita itu.
"dah lama ke ibu sakit" soal Damian.
"semenjak along meninggal hari tu.. "cerita Sufian.
"abang nak ikut saya balik kampung lusa.. saya cuti sem. "pelawa pemuda itu.
" boleh juga...lusa abang datang ambil Sufian" Damian berasa lega. Tak sabar rasanya hendak menemui bidadarinya.
Rumah Puan Fauziah tampak ceria seperti dahulu. Mungkin kerana kehadiran Sumayyah membuatkan suasana suram bertukar ceria. Damian menghirup udara segar.
" you sembang baik baik dengan dia.. jangan paksa dia kalau dia tak mau.. kalau dia tak ready.. biarkam dulu...slow slow pikat dia" nasihat wanita itu tersimpan rapi dibenaknya.
" ayah.. angah mana" soal Sufian apabila melihat ayahnya keluar dari bilik ibunya dan diikuti ibu tirinya.
" angah pergi kenduri kawan dia...dekat perak" ujar Encik Zahari. Damian kecewa. Bidadari yang dinanti tiada.
" bil angah pergi.. dia balik bila" Sufian memandah Damian sekilas. Raut kecewa pemuda itu terlihat
" kelmarin.. kenduri kawin adik Mas.. cikgu tadika dia dulu..."jelas Encik Zahari lagi. Sufian hanya mengangguk.
" tak esok.. lusa kot dia balik" jelas lelaki itu lagi.
" sabar lah ye... " usik Sufian lalu memandang tepat kearah Damian. Pemuda itu tersenyum kelat.
" nak pakcik suruh dia balik cepat sikit ke" usik Encik Zahari.
" eh tak pa pakcik... biar la dia seronok.." nadanya kecewa.
" abang.. kak Yah dah tidur.. abang nak makan" bisik Cik Milah.
" jom makan tumpang ibu korang tidur" pelawa encik Zahari.
Damian melihat bintang dilangit yang bertaburan bak berlian. Walaupun kecil tetap menyinari malam. Damain melepaskan keluhan berat. Rindunya semakin berat. Damian tersentak tatkala bahunya ditepuk dari belakang.
" Jauh termenung" sapa Encik Zahari lalu duduk disebelah pemuda itu.
" takde lah pakcik.. Tengok bintang malam ni banyak sangat.. esok mesti cerah" ujar pemuda itu cuba mencari kata
" eerrmm...mungkin juga tapi langit nampak oren.. mungkin juga hujan" bentang lelaki tua itu.
" oh ya ka" Damian agak kagum dengan ilmu alam lelaki itu.
" tapi pakcik dapat rasa ada yang lagi mendung" ujar lelaki itu
" hah.. apa dia pakcik" soal Damian keliru
" hati kamu... mendung dari tadi.. berat tanggung rindu ya" soal Encik Zahari lembut. Damian mati kutu. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" pakcik pun lelaki dan pernah muda macam kamu.. bila hati dah suka kan.. seminit pun macam sehari" seloroh lelaki itu membuatkan Damian makin tidak senang duduk.
" Sumayyah...sikap dia sama macam makcik kamu.. keras hati...tapi ada masanya manja dia kalah kucing" ujar lelaki itu lagi.
" maksud pakcik" damian makin ingin mengetahui.
" Sumayyah tu nampak lembut.. tapi hati dia.. jiwa dia kental.. susah kita nak duga tapi bila dia dah sayang dah suka.. kena beri perhatian dan belaian kalau tak boleh jadi perang dunia oo" ujar lelaki tua itu lagi. Damian mendengar dengan tekun akan perihal gadis itu. Hatinya sedikit terusik apabila Encik Zahari menceritakan tentang Azhar kepadanya. Disebabkan gadis itu dilayan bak permaisuri memang sukar untuk gadis itu melupakan insan bernama Azhar. Hari hari gadis itu disinari dengan usikan tawa kegembiraan yang tidak terkira.
" pakcik tak suruh kamu layan dia macam mana arwah Har layan dia.. kamu dengan cara kamu dia dengan cara dia.. cuma pakcik harap.. kamu dapat hentikan duka dan derita yang dia tanggung selama ni.. Pakcik dah tak mampu tengok air mata Sumayyah mengalir lagi. " ujar lelaki tua itu.
" saya tak berani berjanji sebab saya pun perlu perbaiki diri saya.. tapi saya akan cuba buar yang terbaik untuk Sumayyah...saya tak dapat nak janji bulan bintang tapi saya akan pastikan derita dia akan berakhir walaupun orang tu bukan saya" ujarnya
" ai.. kamu mengalah awal nampak" soal Encik Zahari
" saya tak mengalah.. dari apa yang pakcik cerita saya tak dapat memberi kesempurnaan dan saya bukan nak memberikan yang sempurna.. tapi saya nak jadi pendamping dan peneman Sumayyah..sebab saya tak cari yang sempurna saya cari yang Istimewa.. cuma bukan saya yang istimewa apatah lagi yang sempurna.. saya banyak kurangnya" Damian terasa dirinya terlalu asing untuk bersama gadis itu. Ceritera Sumayyah dan Azhar mengajarnya erti keikhlasan.. kebahagiaan.. kejujuran dan apa maknanya kesempurnaan. Dibandingkan dirinya, dirasakan agar sukar untuk berada didalam hato gadis itu.
" insyaAllah.. kalau kamu percaya pada Tuhan.. semuanya tenang dan senang.. pakcik hanya boleh sokong kamu.. tapi kamu kena usaha lebih lagi.. itupun kalau kamu memang nakkan dia" bahu pemuda itu ditepuk. Damian memandang lelaki itu lalu tersenyum. Terasa beban dibahunya mula tergalas berat.
Share this novel