Sumayyah bersiap untuk majlis akad nikahnya yang akan berlangsung hanya beberapa jam sahaja lagi. Majlis yang tiada jemputan dari sesiapa hanya dihadiri ayah dan jiran terdekat sahaja. Sumayyah memakai pakaian nikahnya ketika dia bernikah dengan Azhar. Dikenakan solekannya sendiri. Sufian menatap wajah kakaknya sayu.
" kalau ucu boleh bawa angah lari.. ucu dah bawa lari dah.. " ujar pemuda itu sebak.
" la.. apa lari lari.. ingat ni lari berganti.. angah nak nikah kot.. buat syahdu boleh" seloroh Sumayyah.
" ayah datang dah" soalnya
" dah.. ada dekat depan.. nak ucu panggilkan" soal Sufian. Sumayyah mengangguk. Sufian keluar mendapatkan ayahnya dan kembali kw bilik itu bersama ayahnya.
" ada apa angah nak jumpa ayah" soal Encik Zahari.
" ayah.. angah tahu ayah berat nak wali kan pernikahan ni..maaf angah dah susahkan ayah.. angah nak ayah tahu walau apapun yang jadi.. angah tak pernah salahkan ayah.. angah tak akan salahkan ayah.. angah nak ayah terima ketentuan Allah untuk angah" bicara gadis itu mengundang sebak dihati lelaki itu.
" angah ayah minta maaf.. " pinta Encik Zahari.
" apa pula ayah nak minta maaf dengan angah.. ayah..ayah yang terbaik didunia.. angah sayang angah" dipeluk lelaki itu erat. Kedengaran riuh diluar mengatakan pengantin lelaki sudah tiba. Sumayyah bersiap untuk keluar. Dia ditemani adiknya berjalan ke ruang tamu dan duduk dibelakang pengantin lelaki. Kadi memeriksa semua dokumen.
" Bie.. " tempik seorang gadis dimuka pintu. Semua memandang gadis yang berpakaian seksi itu. Gadis itu meluru masuk dan menarik Mizi agar mengikutnya keluar.
" Apa ni Ika.. " marah Mizi dalam nada perlahan.
" bie you nak kawin dengan perempuan ni.. you tipu I kan" suara nyaring gadis itu kedengaran setiap pelusuk rumah
" hoi perempuan.. kau ni siapa datang nak rosak kan majlis orang.." marah Puan Fauziah apabila segala yang dirancangnya berjalan lancar tiba tiba ada yang cuba merosakkannya.
" dia ni boyfriend saya makcik... jadi yang sepatutnya berkahwin dengan dia ni saya bukan anak makcik" Sinis gadis itu
" hei hei perempuan.. kalau dia nak kawin dengan orang lain maksudnya dia taknak dekat kau.. kau tak payah lah nak terhegeh hegeh lagi.." marah Puan Fauziah. Jika diikutkan hatinya mahu saja di keronyok gadis itu namun tidak dapat dilakukannya kerana dia ditenangkan oleh tetamu yang hadir.
" makcik.. saya ni girlfriend dia.. ibu kepada anak dia.. " gadis itu menepuk perutnya perlahan menandakan rahimnya berpenghuni.
" Mizi betul ke Mizi.. perempuan ni mengandungkan anak kamu" Soal Encik Zahar
" pakcik makcik kejap ya.. bagi saya selesaikan dengan Ika dulu.. Ika apa yang you buat ni.. " bisik Mizi
" I datang nak tuntut janji...bie you kata kita akan kawin tapi you nak kawin dengan orang lain" marah gadis itu.
" hei perempuan.. dia dah taknak lah dekat kau sebab tu dia nak kawin dengan anak aku.. kau tu perempuan murah... bagi tubuh kau dekat jantan.. entah entah itu bukan anak Mizi.. anak jantan mana yang tidur dengan kau.. kau nak perangkap Mizi untuk jadi Pak Sanggup. " herdik wanita itu.
" makcik kami ni kawan dah lama.. dah macam laki bini dah pun.. kami janji nak kawin tapi anak makcik yang goda dia" gadis itu berbasi basi
" anak aku tak goda dia..Mizi yang nak kan anak aku.. yelah perempuan sisa macam kau ni siapa nak buat bini.. mudah bagi tubuh dekat orang" kata kata Puan Fauziah membuatkan Sumayyah tersentap rasa. Dia maju sedikit ke hadapan.
" ibu.. dia mengandung ibu.. ibu dah kenapa kejam sampai macam ni.. " soal Sumayyah
" kau jangan nak jadi bodoh lah angah..ku jangan nak termakan tipu perempuan ni" tempelak wanita itu
" ibu tak kira la dia tipu atau tak.. tak ada perempuan suka suka nak serahkan maruah dia pada sesiapa.. dorang ni dah lama bercinta dan dah berjanji nak kawin.. sepatutnya dia yang kawin dengan Mizi bukan angah.. sebab Mizi dah rosakkan dia" ujar Sumayyah.
" ah kau apa tahu.. perempuan zaman sekarang ni bukannya ada maruah juga pun..Zaman sekarang ni dara pun macam tak dara.. bila jantan tak nak bertanggungjawab buat report kata kena rogol" tempelak wanita tua itu lagi. Sumayyah semakin geram dengan bicara ibunya
" ibu.. ibu lupa apa yang jadi pada angah.. ibu ingat angah rela Zaim buat macam tu.. angah suka Zaim buat macam tu" nada Sumayyah tinggi seoktaf.
" kau tu balasan sebab derhaka dengan aku... padan la laki kau pun bodoh.. bini telefon nak minta tolong tapi dicerainya. Last last bini kena rogol baru nak menyesal." Mulut dan lidah puan Fauziah sudah tidak dapat dikawal. Kata katanya sudah tidak ditapis lagi. Encik Zahari yang mendengar leteran wanita itu mula berang lalu menampar pipi wanita itu.
" awak dah melampau Yah..selama kita hidup bersama saya tak pernah tangankan awak.. tapi maaf kali ni saya memang hilang sabar.. maruah anak saya awak injak injak..awak tak ada rasa kesian ke dekat angah.. dia darah daging awak.. awak ibu dia.. mana sifat keibuan awak " marah Encik Zahari ketara. Mukanya merah padam dek panas amarah.
" ah kau tak perlu campur urusan aku anak beranak.. dia kena rogol pun padan la.. bantah sangat cakap aku.. itu habuannya untuk anak derhaka macam tu" Tetamu yang hadir menggeleng kepala mendengar tutur kata seorang ibu.
" awak memang tak layak jadi ibu kepada anak anak saya Yah... Mizi pakcik sebagai wali Sumayyah mahu batalkan pernikahan ni.. kamu ada orang yang lebih patut kamu pertanggungjawabkan... kamu selesaikan urusan kamu dengan cik ni baik baik.. majlis hari ni kamu lupakan dan pakcik takkan benarkan kamu menikahi dia.. " kata kata muktamad lelaki itu mendapat tentangan oleh Puan Fauziah.
" puas hati kau rosakkan rancangan aku" tubuh gadis seksi itu ditolak tolaknya
" padan lah huru hara hidup anak tu.. dapat mak puaka" sindir gadis itu.
" celaka kau.. berambus... berambusssss" tempik Puan Fauziah.
" kau.. aku takkan diam macam ni saja ya Zahari.. kau ingat tu.. dan kau.. kau tunggu.. " jarinya ditunding kearah Sumayyah sebelu dia masuk kebiliknya dan dihempas pintu kuat. Sufian menenangkan kakaknya.
" korang jaga diri.. apa apa call ayah.. " pesan Encik Johari ketika menghantar anak anaknya menaiki bas untuk pulang ke rumah masing masing.
" ayah..angah minta maaf pasal majlis tu.. angah dah malukan ayah sekali lagi" ujar Sumayyah.
" ayah ok.. ayah bersyukur sangat Allah dah makbulkan doa kita...yang penting angah dah selamat" dipeluk bahu anak gadisnya buat kali terakhir sebelum gadis itu masuk ke dalam perut bas dan hilang menuju ke destinasi.
" abang.. apa kata kita singgah rumah yah.. kita lawat dia.. angah kata dia dah dua hari tak keluar bilik" ajak Cik Milah
" tengok lah macam mana" Encik Zahari tidak mahu bertegang urat dengan bekas isterinya. Baginya wanita itu sudah tidak boleh dibawa berbincang lagi.
" tapi abang.. kesian dia.. risau saya..takut jadi apa apa dekat dia nanti" pujuk wanita itu
" awak lupa ke apadia buat dekat awak lepas tahu kita bernikah.. dia malukan awak dekat pasar depan semua orang.. " Encik Zahari cuba mengingatkan kembali peristiwa itu. dimana Puan Fauziah memalukan madunya dengan mengatakan bahawa dia dan Milah bersekedudukan hingga membuatkan mereka terpaksa berkahwin kerana ditangkap khalwat.
" itu hal dia biarkan lah.. kita sebagai saudara islam ziarah lah dia.. maafkan jika boleh" pujuk wanita itu. Encik Zahari hanya berdiam diri.
Share this novel