Sumayyah termangu di terminal sendirian. Bas yang patut dinaikinya dibiarkan pergi. Dia meratapi nasibnya sendiri. Malam mula menjengah. Sumayyah sendiri disitu. Dia mula risau. Tempat itu bukanlah tempatnya. Dunia baru baginya. Apatah lagi suhu yang dingin membekukan segala sarafnya. Sumayyah berjalan mencari tempat untuk bermalam.
"ayahhhh" tempiknya apabila tangannya ditarik dari belakang. Dia ketakutan.
"hei... " Sumayyah membuka mata apabila mendengar suara yang amat dikenalinya.
"awak... " Tangisnya mula berderai. Dipeluk pemuda itu erat akibat ketakutan.
" kan aku suruh kau balik.. kau buat apa dekat sini" soal Damian.
" saya nak jumpa awak.. saya tahu awak ada dekat sini.. Jad bagitahu saya awak datang sini nak rehat.. awak sakit ke" Sumayyah memeriksa tubuh pemuda itu. Damian menganjak kebelakang beberapa langkah bagi menjarakkan tubuh mereka. Sumayyah kaget dengan kelakuan pemuda itu.
"awak.. saya minta maaf" ujar Sumayyah
" jom aku bawa kau cari bilik untuk bermalam" ujar Damian lalu masuk kedalam keretanya. Sumayyah membatu. Dia tidak menyangka pemuda itu akan bersikap dingin dengannya.
" kau nak tunggu dekat sini sampai pagi ke" soal Damian. Sumayyah masuk ke kereta pemuda itu terkocoh kocoh. Dia memeluk tubuhnya yang kesejukan.
" dah tahu nak datang sini kenapa pakai baju nipis" marah pemuda itu lalu mengambil selimut di tempat duduk belakang dan menyelimuti tubuh gadis itu.
" saya mana pernah datang sini.. mana saya tahu cuaca dia.. beku.. " ujar Sumayyah. Damian diam. Dia memandu ke satu rumah inap ke satu rumah inap tapi malangnya semuanya sudah penuh.
" kau nak tidur mana malam ni.. semua penuh" soal Damian
" saya tidur dekat masjid je la.. lagi pun saya takde duit nak bayar.. saya kena ragut tadi" ujar Sumayyah
" macam mana kau boleh kena ragut.. kau cuai tak habis habis" marah pemuda itu
" sebab saya rindu awak" kereta yang dipandu Damian tiba tiba berhenti mengejut.
" nak mati ke apa kucing ni" tengking Damian
" kucing??? mana.. awak langgar ke" soal Sumayyah. Damian diam. Dia terus memandu hingga ke sebuah rumah rehat yang terletak diatas bukit.
" cantiknya" ujar Sumayyah yang kagum melihat rumah rehat itu tampak indah diwaktu malam
" kau tidur sini malam ni.. esok aku hantar kau dekat terminal.. kau balik kampung" ujar pemuda itu dingin.
" rumah siapa ni. " soal Sumayyah.
" kau nak masuk ke tidak" marah Damian
" nak nak" Sumayyah mengekori pemuda itu.
" kau tidur bilik ni malam ni.. tu bilik aku.. dapur dekat sana.. kau dah makan?" soal Damian. Sumayyah menggeleng.
" kau mandi dulu kejap lagi pergi dapur. aku masak" Damian berjalan menuju ke dapur.
Selesai mandi di ke dapur. Hidungnya terhidu bau aroma yang lazat membangkitkan seleranya
" awak masak apa ni" soal Sumayyah
" Gratin dengan mushroom sup.. makan lah" dihidang masakannya ke pinggan gadis itu. Sumayyah seakan teruja.
" sedap.. pandai awak masak.. nanti awak boleh masakkan untuk saya lagi.. " ujar Sumayyah. Damian diam seribu bahasa. Seleranya terputus dek sikap dingin pemuda itu.
" makan lah.. lepas tu tidur.. tengah malam nanti lagi sejuk.. nanti kau tak boleh tidur pula" ujar Damian. Sumayyah menghabiskan makanannya lalu mencuci perkakasan. Dia menoleh pemuda itu sudah menghilang.
" macam mana hati tu nak lembut kalau duduk kat tempat beku macam ni.. haish" rungutnya. Dia mahu masuk semula ke biliknya namun matanya menangkap pemuda itu sedang menikmati udara malam dilaman. Dia menghampiri pemuda itu.
" sejuk ni.. pergi masuk" suruh Damian. Sumayyah bantah. Dia duduk disebelah pemuda itu. Damian bangun mahu meninggalkan gadis itu tetapi Sumayyah lebih pantas memegang lengan pemuda itu.
" boleh kita berbincang" pinta Sumayyah.
" nak bincang apa.. aku rasa takde apa yang harus kita bincangkan"ujar Damian
" Gib nak masuk meminang saya" ujar Sumayyah. Damian menoleh.
" tahniah" balas Damian sepatah lalu masuk meninggalkan gadis itu sendirian. Sumayyah kecewa. Dia seakan putus harapan. Dia duduk dibangku itu sendirian sambil memeluk tubuh menahan sejuk. Pemandangan yang indah itu diamatinya. Terasa tubuhnya diselimuti. Damian berdiri dibelakangnya.
" awak.. " panggil Sumayyah. Dia berdiri diatas bangku itu lalu mengadap Damian yang menyelimuti tubuhnya dengan selimut.
" awak.. " panggil Sumayyah kuat. Damian mendongak.
" Gibran nak masuk minang saya.. awak tak risau ke" marah Sumayyah
" tahniah.. " ujar pemuda itu lagi
" itu je.. awak tak risau.. awak suka saya kawin dengan orang lain" marah Sumayyah lagi
" kau nak aku buat apa.. itu keputusan kau.. aku takkan halang" ujar Damian.
" awak tak rindu saya.. awak tak sayang saya" soal Sumayyah.
" perasaan aku tolak tepi.. tak perlu kau risaukan.. lama lama akan hilang.. kau tu.. aku harap kau bahagia" ujar Damian
" Damian... sejak bila awak jadi pengecut ni" marah Sumayyah.
" sejak cinta aku ditolak berkali kali.. sejak hati aku kau permainkan.. sejak perasaan aku kau buang dari hidup kau.. sekarang aku dah terima semuanya.. aku harap kau pun sama.. " ujar pemuda itu
" sama apa...awak nak saya buat apa" marah Sumayyah.
" lupakan aku" Sumayyah tersentak
" awak... awak memang dah tak sayang saya" soal Sumayyah lagi.
" aku pernah sayang kau.. dan sekarang pun aku masih sayangkan kau.. tapi aku tahu aku bukan untuk kau.. dan tak layak untuk kau.. walaupun aku cuba yang terbaik untuk tambat hati kau.. tapi jawapan kau tetap sama.. Aku rindu kau separuh mati.. sampai sekarang pun aku rindu kau.. aku nak peluk kau tapi aku tahu kau takde rasa apa apa pada aku.. hati kau bukan untuk aku.. aku rasa sudah sampai masanya aku berhenti menjadi bodoh kerana kau. " ujar Damian.
" saya nak kawin dengan orang lain ni.. awak tak kisah" soal Sumayyah
" ya.. aku hanya berharap kau bahagia" ujar Damian.
" awak tak kisah" soal Sumayyah lagi. Damian hanya mengangguk. Sumayyah memegang jari jemari pemuda itu lalu diletakkan di pipinya
" awak tak rasa apa apa" soal Sumayyah. Damian menarik tangannya.
" berhenti mainkan perasaan aku." ujar Damian.
" awak.. " panggil Sumayyah apabila pemuda itu melangkah meninggalkannya.
" kau pergi tidur.. esok aku hantar kau dekat terminal" ujar Damian. Sumayyah hanya diam. Direnung malam yang dikelubungi kabus.
" awak...beri saya peluang sekali lagi" bisik hatinya.
Share this novel