Sumayyah tersentak melihat dua pemuda yang amat dikenali. Damian tersentak melihat gadis yang di cari selama ini rupanya bersembunyi disini.
" Bro.. ni perempuan yang aku bagitahu kau tu" ujar Mizi.
" Mizi.. apa kau buat ni.. kenapa dia jadi tuan aku" soal Sumayyah. Risau mula menjelma.
" aku dah cagarkan kau dekat Damian...so bro dia kau punya" ujar Mizi. Damian menghampiri Sumayyah. Pipi gadis itu diusap lembut. Damian diam apabila hujung bajunya ditarik perlahan oleh Sumayyah. Dia memandang gadis itu. Ada getaran di mata gadis itu.
" tolong selamatkan saya" bisik Sumayyah. Matanya bergenang. Damian berpaling lalu berdiri dihadapan gadis itu.
" kau rasa berapa aku boleh dapat kalau aku jual perempuan ni" Soal Damian. Sumayyah menggigil. Dirinya sedang dijadikan bahan dagangan.
" aku cagarkan aja.. kau bagi aku dua bulan aku akan bayar balik duit kau.. perempuan ni kau nak buat apa terserah kau" ujar Mizi. Damian diam. Jari kelingking Damian dipegang Sumayyah erat. Dirasakan titisan airmata gadis itu yang jatuh ke telapak tangannya. Hatinya bergetar. Dia merentap jarinya dan menjarakkan dirinya jauh sedikit dari gadis itu.
" ok macam ni.. aku lunaskan lima ribu dari hutang kau.. jadi dia aku punya.. cagaran kau habis.. macam mana.. " cadang Zaim. Damian berdiri dihadapan gadis itu.
" lima ribu.. sepuluh.. " ujar Mizi. Sumayyah menangis dirinya sedang ditawar menawar. Dihapus airmatanya.
"Tolong aku Ya Allah. " rayunya didalam hati. Damian memerhati gadis yang berdiri dihadapannya.
" Deal.. bro.. macam mana" soal Zaim. Damian tersedar dari lamunannya.
" apa dia" soal Damian kalut kalut
" lapan ribu dia hak aku.. baki dia bayar dekat kau dalam tempoh dua bulan" ujar Zaim. Sumayyah memandang Damian dengan penuh pengharapan.
" tolong saya" bibirnya digerakkan. Damian memahami bicara gadis itu.
" macam ni.. lapan ribu dari hutang kau.. tapi kau kena bayar balik dalam tempoh sebulan.. kalau tak ten percent bunga naik" ujar Damian. Mizi bersetuju. Zaim gembira. Gadis itu kini miliknya
Usai jual beli dirinya, Mizi beredar meninggalkan dia bersama Zaim dan Damian.
" Dah makan.. " soal Zaim. Sumayyah diam. Di perhati bungkusan polisterin diatas meja mazib belum berusik.
" Jom aku bawa kau pegi makan.. " ajak Zaim. Sumayyah masih membatu. Zaim menarik tanganya namun direntap gadis itu kuat. Damiab sudah dahulu keluar berpatah balik matanya tertangkap perilaku gadis itu.
" kau nak duduk sini sampai esok pagi atau nak aku hantar kau balik" bisik pemuda itu.
" saya nak balik" ujar Sumayyah.
" ikut aku" pinta Damian. Sumayyah berjalan dibelakang pemuda itu. Zaim sesekali menoleh. Damian ralat. Dia tidak senang dengan situasi itu. Sumayyah masuk ke dalam perut kereta yang dipandu Zaim. Mereka ke sebuah restoran yang agak eksklusif. Sumayyah diam seribu bahasa.
" kau nak makan apa" soal Zaim. Sumayyah menggeleng. Damian hanya memerhati.
" makan dulu.. kejap lagi kau ikut aku balik" ujar Zaim. Sumayyah tersentak. Dia memandang Damian untuk meminta pertolongan namun tidak diendahkan pemuda itu.
" Su nak balik.. " ujarnya
" kau ingat aku bayar kau untuk bagi kau lepas macam tu.. kau kena buat kerja la.. betuk tak Damian" ujar Zaim. Sumayyah memandang tepat ke dalam mata pemuda itu. Damian tidak keruan. Duduknya tidak senang melihat air mata gadis itu. Dia berdehem. Makanan yang dipesan meeka tiba. Sumayyah tidak menjamah walaupun secubit. Dibiarkan makanan dan minumannya terhidang.
" kau boleh tak dengar cakap aku.. kalau kau tak nak kena robek" ujar ugut Zaim. Sumayyah masih statik.
" kau makan dulu kejap lagi kami hantar kau balik" ujar Damian. Sumayyah membisu.
" Aku rasa kita hantar dia balik dulu..tak lalu aku tengok dia.. nak sentuh pun geli" ujar Damian. Sumayyah hanya menunduk. Sumayyah menunjukkan jalan ke rumahnya. Setiba dirumahnya dia turun dari perut kereta itu. Dirasakan kelegaan yang teramat. Dia membuka pintu pagar rumahnya
" Hoi" panggil Damian. Sumayyah berpaling dan menunduk. Tidak berani dia memanggung kepala.
" telefon kau" ujar Damian. Telefon yang berada ditangannya dihulurkan melalui tingkap kereta. Sumayyah menghampir kereta itu dan mengambil telefonnya yang berada didalam genggaman pemuda itu namun sukar kerana telefon itu digenggam kemas. Damian cuba mencari anak mata yang bundar itu tetapi sukar kerana dilindungi oleh tudung yang dipakai gadis itu. Namun dia tahu ada titisan airmata dibenteng mata itu namun tidak dapat dilihatnya. Terdengar esakan dari gadis itu. Damian tidak keruan. Mahu di tatap wajah itu tetapi egonya terlalu tinggi.
" awak.. fon saya" Ujar Sumayyah.
" hah.. ah.. nah.. dah jom" ujar Damian dan berlalu pergi. Diperhatikan gadis itu melalui cermin sisi.
" ok ke dia" bisik hati pemuda itu.
Dibuka telefonnya. Berpuluh panggilan yang diterimanya darli abang, adik dan ayahnya. Tiada satu pun panggilan dari ibunya. Dia kecewa. Dia berharap ibunya adalah orang yang paling risau akan kehilangannya namun sepertinya tidak ada apa yang harus dirisaukan.
" along... " Sumayyah menelefon abangnya
" angah.. angah pergi mana..call tak dapat..rumah takde orang.. angah kenapa.. angah pergi mana" soal Safwan. Risaunya menghindar tatkala mendengar suara adik perempuannya.
" ada tak sihat.. angah tidur rumah kawan.. telefon lupa nak cas" dalihnya. Dia tahu abangnya risau akan kehilangannya namun dia tidak mahu mengeruhkan keadaan. Biarlah ianya menjadi rahsia.
" Angah buat risau je..lain kali jangan buat dah. Dah call ayah ibu.. dah beritahu dia yang angah tidur rumah kawan" balas Safwan
" belum.. angah telefon along dulu baru nak bagitahu ibu ayah.
" telefon ibu dengan ayah takut dorang risau" pesan Safwan.
" baik along" balas Sumayyah pendek. Dia menelefon ibunya.Dia harus menahan telinganya serta hatinya kerana dia tahu ibunya akan memarahinya.
" hidup lagi kau.. aku ingat dah mampos dah.. kau kemana sampai kecoh semua cari kau" leter Puan Fauziah seumpama machine gun di medan perang.
" angah tak sihat.. angah tumpang tidur rumah kawan.. angah lupa nak cas telefon. " ujarnya.
" elok la tu menyusahkan satu dunia semata mata nak cari kau.. sebab kau ayah kau nak ceraikan aku tahu tak.. " tengking wanita itu.
" maaf ibu.. Angah takkan buat lagi" ujar Sumayyah
" ku tidur rumah siapa.. rumah jantan mana yang kau pergi sampai tak ingat call orang langsung" Suara nyaring wanita itu hampir memecahkan gegendang telingnya
" Angah tidur rumah cikgu satu tadika dengan Angah." tipunya.
" ok lah aku nak makan ni.. " talian dimatikan. Seperti jangkaannya , ibunya itu meleterinya dan mengherdiknya. Sumayyah mengesat airmatanya. Dia menelefon ayahnya bagi memberitahu akan keadaannya, dia berasa lega sedikit apabila kata kata ayahnya sedikit sebanyak memberi sokongan serta kekuatan untuknya. Sumayyah melepaskan lelah lalu terlena.
Share this novel