66

Drama Completed 119253

Damian mengetuk pintu bilik gadis itu namun tidak berjawab.
" Kau siap cepat.. aku hantar kau dekat terminal" tempiknya melalui luar pintu. Pintu bilik terbuka. Sumayyah berdiri dihadapan pintu biliknya lemah. Rambutnya yang hanya ditutupi tuala mengurai lembut. Damian terpana. Itu kali pertama dia melihat wajah gadis itu tanpa tudung.
" cantiknya" bisik hatinya
" kau tak siap lagi.. cepat nanti kau tertinggal bas" ujarnya
" awak.. " Sumayyah bersuara lemah. Dia melangkah beberapa langkah sebelum rebah dibahu Damian
" Su.. Sumayyah" dirasa wajah gadis itu. Panas.
" Sumayyah... bangun.. Sumayyah" didukung gadis itu lalu dibawa ke klinik. Damian gelisah. hampir sejam gadis itu didalam bilik rawatan.
" nurse.. macam mana Sumayyah" soalnya
" cik boleh masuk.. doktor nak jumpa encik" ujar jururawat itu
" Suhu badannya agak tinggi.. dan oksigen didalam darah agak rendah.. isteri encik mungkin terlalu stress.. jika keadaan macam ni sering berlaku.. boleh membahayakan nyawanya. "ujar doktor wanita itu. Damian memandang Sumayyah yang masih terbaring dan dilengannya dicucuk wayar untuk memasukkan air ke dalam tubuh gadis itu.
" selesai drip ni.. isteri encik dah boleh pulang.. tapi pastikan dia mengambil ubat ubat yang saya bekalkan" pesan doktor itu. Damian mengangguk. Dia menghampiri katil gadis itu.
" Su..awak bangun... saya banyak benda nak cakap.. awak.. " airmatanya mula menitis satu persatu.
" Sumayyah sayang.. saya rindu awak.. rindu sangat sangat... saya nak peluk awak.. nak peluk awak erat erat sebab saya terlalu rindukan awak.. sayang bangun lah.. " rayunya perlahan.

Sumayyah berbaring disofa lemah. Dia tidak mampu untuk melangkah masuk ke biliknya. Damian mendukung gadis itu masuk ke biliknya. Diselimuti tubuh genit itu.
" terima kasih awak" ucap Sumayyah.
" kau rehat la.. aku buatkan bubur.. lepas tu makan ubat" ujar Damian. Dia menuju ke dapur.
" hello...mummy.. macam mana nak buat bubur untuk orang demam" soal Damian
" siapa demam.. you demam ke" soal Siew terkejut dengan panggilan anaknya.
" su.. dia demam" jujurnya
" su... sumayyah.. " kedengaran suara nyaring wanita itu ditalian
" ya lah.. Su mana lagi" ujar Damian
" dia buat apa dekat situ.. dia demam.. you buat apa dekat dia hah" marah Siew
" buat apa.. tak de buat apa lah.. dia datang sini sendiri.. tak bagi tahu i pun dia nak datang.. lepas tu dia kena ragut... i suruh dia balik semalam dia taknak.. dia duduk dekat terminal sorang diri" cerita Damian
" you...Damian.. kalau mummy ada memang you mummy ketuk dengan senduk.. kesian dia.. you yang buat perangai dia yang sakit... apa lah you ni" marah Siew
" bukan mummy ke yang tak suka I jumpa dia" ujar Damian
" mummy hanya nak uji dia.. lagipun ayah dia yang minta tolong... dia nak Su jujur dengan hati dia sendiri.. tapi you.. sakitkan dia.. haiyaaa" Ujar Siew.
" tapi mummy dia dah nak kawin dengan orang lain" ujar Damian sedih
" habis you.. you nak lepaskan dia macam tu saja kah" soal Siew. Damian diam.
" pertahankan dia untuk you... " suruh Siew.
" ok.. mummy i nak masak bubur untuk Su.. cepat lah.. resepi" pintanya
" oh ya I lupa.. " Siew mengajar pemuda itu memasak bubur untuk gadis itu. Damian membuat dengan tekun.
" you pastikan masak betul betul.. kalau tak sakit menantu mummy nanti" seloroh Siew
" you kan mummy.. tak tahu malu betul" balas Damian
" betul kan apa mummy cakap.. fight for your love dear" Siew memotivasikan anaknya. Damian tersenyum.

Dibawa bubur yang dimasaknya ke bilik gadis itu. Sumayyah bangun dan bersandar dikatilnya
" makanlah.. lepas tu makan ubat.. rehat.. kau tak payah nak fikir bukan bukan.. badan kau dah letih sangat tu" ujar Damian.
" awak.. " panggil Sumayyah.
" kau sihat dulu baru kita sembang.. " ujar Damian lalu keluar dari bilik itu. Sumayyah menjamah bubur itu namun seleranya mati. Diletakkan bubur dimeja sisinya. Diambil ubat yang telah disediakan pemuda itu lalu ditelan satu persatu. Dia kembali berbaring memandang tingkap yang menunjukkan jelas kabus siang.
" bagi saya peluang.. please" tangisnya berderai. Sumayyah terlena.

Damian duduk dilaman. Cahaya bulan kelihatan samar samar dek kerana ditutupi kabus malam. Cuaca malam masih dingin. Damian yang memakai baju tebal masih membaluti tubuhnya dengan selimut. Dihirup kopi panas itu perlahan lahan.
" awak" panggil Sumayyah yang berdiri dibelakangnya.
" eh kau buat apa dekat luar ni.. " diperiksa suhu gadis itu.. masih terasa panas tapi sudah berkurang dari siang tadi.
" boleh kita bersembang sebelum saya balik esok" air kopi yang yang dipegang pemuda itu sedikit bergoyang. Sumayyah duduk dibangku. Dia menyelimuti tubuhnya kemas.
" awak... " panggil Sumayyah lalu menepuk tempat disebelahnya. Damian duduk disebelah gadis itu.
" awak.. saya nak awak jujur dengan saya sebelum saya pulang esok" ujar Sumayyah. Damian diam. Dia hanya menunduk
" awak memang tak kisah saya kawin dengan Gibran" soal Sumayyah
" kalau dah itu pilihan kau takkan aku nak halang" ujar Damian
" kalau saya kata itu bukan pilihan saya tapi pilihan keluarga macam mana" ujinya
" tak kira lah.. siapa punya pilihan.. kalau dah hati kau boleh terima aku nak boleh buat apa" ujar Damian.
" kalau saya kata hati saya ada awak.. hati saya milik awak.. macam mana" ujar Sumayyah. Damian menoleh dan menatap wajah gadis itu.
" berhenti mainkan hati dan perasaan aku" ujar Damian. Mata mereka bertentang. Sumayyah menarik selimut pemuda itu lalu dikucup bibir pemuda itu. Damian kaget.
" saya sayang awak.. saya rindu awak.. saya cintakan awak" ujar Sumayyah lalu tersenyum. Jari pemuda itu digenggam erat.
" saya nak awak jadi imam saya. Damian sudi tak awak jadi Imam saya.. " ujar Sumayyah. Cincin yang diberi Damian kepadanya dua tahun yang lalu masih lagi disimpannya lalu disua kepada pemuda itu.
" kau tak main main kan" soal Damian.
" saya nak awak jadi imam saya.. bukan Gibran.... Halalkan saya untuk saya terus berada disisi awak" ujar Sumayyah. Damian terpana. Dia tidak mampu berkata apa apa. Dia mengambil cincin itu lalu disarung ke jari manis gadis itu.
" sayang.. thank you sayang" Damian memeluk gadis itu erat.
" saya yang patut berterima kasih sebab awak sanggup terima saya walaupun saya dah buat macam macam dekat awak.. " ujar Sumayyah.
" I love you sayang... saya rindu awak saya sayang awak" ujar Damian.
" saya pun.. saya rindu awak sangat sangat." ujar Sumayyah. Mereka bercumbu mesra.

Laman rumah Puan Fauziah meriah dipenuhi dengan para tetamu. Majlis yang gah sedang berlangsung. Suasana kecoh dan riuh dek usikan para tetamu.
" pengantin dah nak sampai dah" ujar Cik Milah. Sumayyah bangun dari duduknya. Dia ke ruang tamu.
" Sayang.. hati hati... " ujar Damian.
" abang.. " panggil Sumayyah. Damian memimpin isterinya untuk menuruni anak tangga.
" ish la mak labu ni.. duduk la diam diam" bising lia kepada adik iparnya yang sedang sarat itu.
" mana boleh duduk saja.. kena gerak juga.. nanti payah nak bersalin" seloroh Sumayyah.
" kak lia.. dia ni bukan boleh cakap apa apa.. ada je dia nak bantah" sampuk Damian. Di tarik kerusi untuk isterinya duduk.
" ucu dah sampai.. hensemnya dia... " puji Sumayyah.
" tulah.. macam arwah alongkan.." puji lia.
" sama cantik sama padan dorang ni" puji Sumayyah lagi.
" angah.. " Sufian memeluk kakaknya yang sarat mengandung itu.
"selamat pengantin baru ucu.. " ucap Sumayyah
" terima kasih angah.. terima kasih sebab kawin dengan abang ngah cepat cepat.. kalau tak membujanglah ucu sampai ke tua" ujar Sufian
" kau kann..." belum sempat di pukul adiknya perutnya mula terasa sakit.
" abang....sakit... abang.. air ketuban dah pecah" tempik Sumayyah.
" Damian..angah dah nak bersalin.. " tempik Lia.
suasana mula kecoh dan kelam kabut.
" ish angahhh....spoiled betul la.. hari ni juga angah nak bersalin.. " tempik Sufian geram kerana perhatian sudah beralih kearah Sumayyah yang mahu melahirkan.


TAMAT

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA READER..TERIMA KASIH SEBAB SUDI KOMEN... LUCU JUGA BACA KOMEN DAN TERIMA KASIH SEBBA KOMEN KOMEN KALIAN BERI SAYA IDEA UNTUK TERUS BERKARYA. LUV SEMUA.. TUNGGU KARYA BARU PB YA... # Ada sebarang idea untuk PB adaptasikan boleh kongsi ya..

Share this novel

Hanadhia12
2025-06-17 23:47:28 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience