55

Drama Completed 119253

Damian melihat rakaman cctv yang diberi Sumayyah padanya. Jari jemarinya digenggam kemas. Marahnya membara. Dia harus mengatur langkah sebelum bertindak.
" awak nak buat apa.. " soal Sumayyah
" aku akan pastikan yang dia takkan dapat lihat dunia " ujar Damian dalam amarah. Darahnya yang membara sebentar tadi kendur tiba tiba apabila bahunya ditampar gadis itu.
" awak jangan nak buat kerja gila ya..." marah Sumayyah.
" habis kau nak aku buat apa" tegas pemuda itu
" tak payah buat apa apa.. kali ni saya takkan berdiam.. fasha memang dah melampau" ujarnya
" dah tu takkan nak duduk saja.. balas la apa lagi" Damian menjadi batu api.
" awak nak saya kelar leher dia.. nak saya tikam dia atau saya bunuh dia" usik Sumayyah. Damian tersentak mendengar kata kata gadis itu.
" jangan lah sampai macam tu" ujar Damian.
" Dah tu kata suruh balas.. " seloroh Sumayyah. Damian tersenyum kelat sambil mengurut dadanya lembut. Risaunya dia takut jika gadis itu benar benar berhajat.
" sudah sampai masanya mereka diberi pengajaran.. saya akan buat laporan kerana dorang dah cemarkan nama baik saya" ujar Sumayyah
" that's my girl.. " sorak Damian. Sumayyah hanya tersenyum. Dia seakan sudah peroleh kekuatan untuk berjuang demi takdirnya.

Damian ke pub bagi meraikan tahun baru. Suasana bingit menambahkan keghairahan manusia untuk berhibur. Damian dan yang lain disajikan dengan pelbagai jenis minuman keras. Zaim seakan lupa pada dunianya.
" sayang.. " panggil Fasha yang turut menyertai mereka. Damian hanya membiarkan dirinya dibelai. Fasha semakin ghairah dan liar dalam menggoda pemuda itu. Tangannya tidak berhenti melingkari tubuh pemuda itu. Mereka bercumbu asyik tanpa segan silu seolah dunia ini mereka yang punya.
" I know you miss me sayang" bisik Fasha. Damian hanya tersenyum. Malam semakin larut dan dunia mereka semkin hanyut. Fasha dan Damian beriringan masuk ke hotel. Keghairahan mereka bersambung dibilik itu. Mentari pagi yang menerjah bola matanya mengganggu lena gadis itu. Dia terjaga. Kepalanya dirasakan berat tetapi disambung lenanya didala dakapan tubuh sasa itu. Namun kejanggalan terasa. Tubuh itu bukan milik Damian. Fasha bangun dari lenanya. Alangkah terkejutnya dia melihat beberapa orang lelaki yang tidur hanya beralaskan boxer tidur bergelimpangan bersamanya diatas katil. Pemuda pemuda itu langsung tidak dikenalinya.
" Hai honey...you dah bangun" Ujar seorang pemuda yang lenanya diganggu. Fasha menarik selimut bagi menutup tubuhnya yang tidak berbaju.
" siapa korang " Tengking Fasha.
" apa ni bising bising...aduii nak tidur pun tak senang. " marah seorang lagi pemuda.
" macam mana aku boleh ada dengan korang" tengking Fasha.
" kau yang terjah bilik kitaorang kau nak marah kami pula" ujar seorang pemuda lalu menyalakan sebatang rokok.
" setan korang... tepi la.. aku nak balik" ujar Fasha
" balik...tak semudah itu... kami belum puas bergurau dengan kau.. kami bayar kau bukan murah tau" ujar seorang pemuda.
" bayar.. korang bayar aku dekat siapa" Soal Fasha.
" zaim " Fasha tersentak
" sial kau Zaim" tempiknya.
" honey jangan bising bising.. kita play game ya.. " badan gadis itu didorong ke katil dan selimut yang membaluti tubuhnya direntap kuat hingga menampakkan tubuhnya yang gebu. Fasha meronta pinta dilepaskan namun tidak diendah kan oleh lima orang pemuda itu. Tubuhnya di ratah rakus. Fasha menangis tanpa suara tatkala dia sudah tidak mampu untuk melawan.

" Hari ni kita pergi naik kereta lah.. aku hantarkan" Pujuk Damian.
" tak payah susah susah.. saya naik bas saja" tolak Sumayyah lembut.
" jom lah...bas orang ramai" pujuk pemuda itu lagi.
" tapi saya selesa" bantah Sumayyah lembut.
" selesa berhimpit himpit dengan jantan" marah Damian.
" ermmm ha ah lebih kurang la... " seloroh Sumayyah lalu berjalan meninggalkan pemuda itu yang masih bersoal selidik.
" jadi kau suka la berkerumun dengan jantan jantan tu" marahnya lagi.
" ermmm kalau itu yang awak fikir.. ya.. mungkin" balas Sumayyah tenang.
" kalau dorang buat something dekat kau macam mana" soal Damian lagi
" maksud awak" Sumayyah memancing pemuda itu. Semakin seronok dia mengusik.
" contoh dia raba kau.. di pegang pegang kau.. hah macam mana" soal Damian lagi. Langkahnya laju mengejar gadis itu. Dia tidak keruan. Sumayyah tersenyum sinis.
" alah pegang je pun.. raba je pun.. bukan luak pun" seloroh gadis itu.
" apa kau cakap... hei kau tu hak aku.. mana boleh orang pegang kau suka suka.. tak boleh tak boleh.. lagi pun maruah kau..kau nak campak mana" Marah Damian. Langkah Sumayyah terhenti.
" Saya hak awak.. oh ya.. saya bernilai dua puluh ribu kan lupa pula saya.. kalau takat tu je nilai saya dekat awak saya ni tak ubah seperti perempuan lorong.. nanti saya ada pelanggan saya bayar balik ya.. maruah.. maruah saya dah lama tercalar dan dirobek robek.. jadi saya dah tak perlu pertahankan lagi dah" ayatnya itu disusun dan dituturkan bagi meluahkan rasa hatinya yang sudah tiada rasa untuk bersedih lagi. Dia mahu mengakhiri semuanya.
" bukan... bukan macam tu maksud aku.. " nada Damian kendur.
" pasal dua puluh ribu tu kau biarkan je.. aku tak nak..aku cuma nak kau.. aku nak kau dengan aku.. aku nak jaga kau.. nak sayang kau seperti arwah suami kau" ujar Damian. Entah mengapa hati Sumayyah menjadi sebak.
" aku tahu aku tak dapat jadi dia tapi sekurang kurangnya aku nak isi tempat kosong yang telah dia tinggalkan.. dan aku nak pegang hati yang telah dia tinggalkan.. aku nak jaga hati tu supaya tak terluka lagi" ujar Damian lembut.
" saya ok.. saya boleh hidup sendiri. " tolak Sumayyah lagi.
" kau tipu.. kalau kau boleh hidup sendiri kenapa dari awal kau cari aku...kau curi perhatian aku.. kau buat aku tak senang hanya kerana kau.. " ujar Damian
" saya minta maaf kalau tindakan saya dah buat awak salah anggap.. tapi terus terang saya katakan saya tak pernah terfikir untuk cari pengganti Azhar. " airmatanya berlinang tatkala nama itu disebut.
" aku bukan nak gantikan dia.. aku cuma nak menumpang kekosongan itu saja.. aku tak surih kau lupakan dia.. aku cuma nak kau bersama aku itu saja.. " ujar pemuda itu.
" maaf hati saya masih untuk dia" ujar Sumayyah.
" kau nak aku buat apa untuk aku pecahkan tembok tu.. untuk aku boleh masuk kedalam.. pernah tak kau nilai keikhlasan aku.." rayu Damian. Sedar tak sedar mereka sudah sampai di perhentian bas.
" saya pergi dulu" bas yang dinanti telah tiba. Damian mengikut gadis itu. Seperti biasa Damian akan berdiri dibelakangnya dan memaut pinggangnya erat.
" maaf aku takut dikecewakan lagi" bisik hati gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience