Zaim terbaring kaku dilantai. Dia berlumuran darah akibt dipukul Damian.
" kau dah langgar aku bro.. " marah Damian.
" ha ha.. aku langgar sikit je... lagi pun dia bekas aku bro.. kau ambil bekas aku" ujar Zaim. Damian tidak dapat menahan amarahnya lalu menumbuk pemuda itu lagi.
" kau jangan berani samakan dia dengan perempuan yang pernah kau langgan.. tak kira lah apa pun yang pernah berlaku dalam hidup dia.. aku tetap sayang dia.. " marah Damian.
" Sayang.. kau jadi gila sebab dia.. kau dah biol ke apa.. kau tahu tak aku orang pertama yang tebuk dia.. eeii tak payah lah... dia tu dah lunyai tau.. aku dah gasak habis.. carilah perempuan lain" Tawa Zaim.
" itu hal aku.. kau tak perlu campur.. kau takde hak nak tentukan dengan siapa aku layak berkawan.. kau cross the line" Damian makin hilang sabar.Dia henyak pemuda itu tanpa ada secalit simpati.
" kau dah tamatkan persahabatan kita disini Zaim" Ujar Damian.
" sebab perempuan tu kau nak tamatkan persahabatan kita.. " marah Zaim.
" untuk Sumayyah aku sanggup membunuh" dikeluarkan picagari yang telah diisi dengan dadah lalu disuntik ke leher pemuda itu.
Berita tentang kematian Zaim akibat kemalangan jalanraya tersebar di dada dada berita. Sumayyah terperanjat. Kemalangan disebabkan pengambilan dadah berlebihan.
" kau rebah sebelum aku bertindak Zaim" ujar Suamyyah.
" angah.. angah tengok berita tak" soal Sufian ditalian
" angah tengah tengok.. tak sangka pengakhiran dia macam tu." diseka airmata simpatinya.
" nak buat macam mana dah dia pilih jalan tu" Sumayyah hanya terdiam membisu. Pintu rumahnya diketuk. Sumayyah bangun dan membuka pintu.
" jom makan" pelawa Damian yang berdiri dihadapan rumahnya.
" awak dengar tak berita pasal Zaim" soalnya. Nadanya masih berduka
" kenapa dengan dia" soal Damian
" Zaim dah meninggal.. kemalangan" ujar Sumayyah. Damian tersentak.
" takkan kot" soal Damian tidak percaya
" ha ah.. Saya baru dengar berita tadi." jelasnya. Damian terdiam.
" kita nak ke mana" soal Sumayyah. Damian yang dari tadi termangu tersenyumelihat bidadarinya sudah bersiap untuk keluar.
" kita pergi makan lah" seloroh Damian
" tahu la.. tapi dekat mana" geram Sumayyah.
" aku ikut kau.. kau nak makan dekat mana" soal Damian.
" saya nak makan dekat kedai yang ada jual kerang bakar.. Ya Allah sedapnya" Sumayyah mengesat bibirnya yang sudah teruja untuk menelan kerang bakar.
" ish la..." Damian tersenyum
" apa.. tak boleh ke. "terujanya terhenti.
" boleh je.. untuk kau semua boleh" seloroh Damian lalu menghidupkan enjin kereta.
" dah tu yang merungut tu" soal gadis itu kecewa.
" kau tu.. comel sangat.. geram aku" Sumayyah mati kata. Terasa bahang didalam kereta itu walaupun penyaman udara telah dibuka semaksima mungkin.
Sumayyah menikmati makanan yang pesanannya dengan penuh selera.
" awak tak makan ke" soal Sumayyah apabila melihat pemuda itu berhenti makan apabila mee goreng yang dipesannya telah habis dijamah.
" malas nak kopek" kerang bakar yang terhidang tidak disentuhnya.
" nak makan pun malas... " Sumayyah meletakkan kerang yang dikopekknya ke dalam pinggan pemuda itu. Damian tersenyum
" makan la.. senyum senyum lagi" tegur Sumayyah. Damian memasukkan kerang yang dikopek tadi ke dalam mulutnya.
" sedap oii" seloroh Damian
" memang la sedap ada orang tolong kopekkkan " rungut Sumayyah. Damian tergelak kecil.
" Sayang" Sapa Fasha dari belakang. Damian menoleh. Sumayyah tidak mengendahkan gadis itu dia hanya tertumpu pada kerang kerang didepannya.
" kenapa tak ajak Sha nak dinner.. Sha lapar." Fasha menarik kerusi lalu duduk disebelah Damian. Sumayyah tidak memberi reaksi.
" Sayang. Sha lapar. " rungut gadis itu
" dah lapar kau makan la.. apa kena mengena dengan aku" ujar Damian keras
" awak nak kerang lagi ke" soal Sumayyah.
" sejak bila you makan kerang ni.. eeeewwww...busuk" rungut gadis itu manja. Damian masih menjamah kerang kerang yang dikopek Sumayyah.
" nak order lagi tak.. " soal Damian tanpa menghiraukan Fasha yang mula menyendel kepadanya.
" awak nak lagi ke... " soal sumayyah. Damian mengangguk lalu gadis itu bangun untuk memesan kerang bakar yang baru.
" sayang.. Sha lapar" Rengek Fasha.
" kau pergi lah orded" marah Damian lalu merentap lengannya dan menjarakkan sedikit duduk mereka. Sumayyah kembali ke mejanya dan langkahnya terhenti apabila melihat Damian dan Fasha bercumbuan. Sumayyah berlagak tenang walaupun dia sebenarnya jijik. Tubuh gadis itu ditolak Damian kuat.
" apa kau buat ni.. tak malu ke orang tengok" marah Damian.
" Macam tak biasa.. " tawa Fasha
" Su pun bukan kisah pun.. lagipun hubungan kita dah lebih dari tu" jarinya dilirik ke dada pemuda itu. Damian menepis dan merenung Fasha tajam.
" kau jangan nak melampau ya" marah pemuda itu.
" kerannnggg" Sumayyah teruja. Dia tidak mengendahkan pertengkaran pasangan itu. Satu persatu kerang dikopeknya. Damian mula risau melihat perilaku gadis itu.
" Saya punya.. " pinta Damian. Sumayyah agak terkejut dengan penggunaan ganti nama yang keluar dari bibir pemuda itu namun tidak diendahkan. Dia kopek kerang lalu diletakkan dipinggan pemuda itu. Damian tersenyum dan tertawa riang.
" eh betina..apa yang kau tak puas hati dengan aku.. " Fasha tiba tiba berang apabila melihat kemesraan mereka. Sumayyah hanya diam.
" kau dengar tak apa aku cakap ni.. kenapa kau sibuk nak rampas hak aku" marah gadis itu menarik perhatian pelanggan yang lain.
" wooo.... bila masa aku jadi hak kau" soal Damian tegas. Fasha mengeluarkan telefonnya lalu menunjukkan video rakaman cctv aksi ranjang mereka kepada Sumayyah. Sumayyah hanya memandang sekilas. Walaupun dia terkejut dengan paparan video itu namun dia masih berlagak tenang. Dijamah kerang kerang itu lahap.
" awak nak tak kerang ni.. dah membukit dah isi saya kopek" tanyanya lembut.
" awak makan lah" ujar Damian. Seleranya mati. Dia ambil telefon gadis itu lalu dipadam video rakaman itu.
" kenapa padam.. malu.. you dah puaskan nafsu you dengan I.. you dah tidur dengan I sekarang you nak cakap yang you takde apa apa hubungan dengan I.." marah Fasha
" kau tak malu ke buka cerita kau dekat sini" Bisik Damian
" nak malu apa.. sebab benda betul.. I tak malu.. ya memang I mengaku I tidur dengan you.. hubungan kita dah macam suami isteri.. tapi lepas you jumpa betina ni.. you mungkir janji you untuk kawim dengan I" marah gadis itu. Sumayyah masih dengan kerangnya.
" bila aku janji nak kawin dengan kau" soal Damian
" sayang dah lima tahun kita macam ni.. takkan you kita hidup macam ni.. ni baby ni sapa nak bertanggungjawab.. takkan I sorang" ujar Fasha. Damian tersentak.
" kau pregnant" Damian kelu.
" yes.. two weeks.. and it's our baby" Fasha meletakkan telapak tangan pemuda itu ke perutnya. Damian kelu dan mati kata. Sumayyah perasan akan pandangan mata mata disekelilingnya memandang sinis pada Damian.
" kau.. pregnant.. berapa minggu.. Dua minggu.. tahniah Sha.. ni anak kau yang ke dua. yang hari tu bapa yang sama juga..Damian juga... " sinis Sumayyah. Wajah Fasha berubah begitu juga Damian.
" kenapa.. kau nak rampas dia dari aku.. ya yang itu anak Damian..tapi sebab kau dia tinggalkan aku dan aku kehilangan anak tu" Fasya mula menangis. Sumayyah tersenyum sinis
" awak.. awak.. biar saya explain" Damian gusar. Dia mahu menjelaskan semuanya namun ditolak Sumayyah.
" nak explain apa" soal Sumayyah.
" saya tak perlukan penjelasan apa apa" Sumayyah masih mengunyah kerang kerang yang dikopeknya. Damian cuak. Jantungnya berdegup kencang risau akan perubahan sikap gadis itu. Terlalu tenang
Share this novel