50

Drama Completed 119253

Damian tiba di Malaysia. Dia tergopoh gapah menghala ke tujuannya. Dia ke rumah Sumayyah namun gadis itu tiada.
" mana kau pergi" bisik hatinya. Dia menelefon gadis itu namun tiada jawapan bahkan dimatikan telefonnya. Dia ke bengkel berharap agar gadis itu berada disitu.
" Su.. bukan dia masuk wad ke.. " Ujar Jad.
" hah masuk wad.. pasal apa" dia terkedu.
" demam panas katanya.. adik dia ada datang hantar report akaun baru ni kata su masuk wad..tak tahu dah keluar ke belum..tak call dia" soal pemuda itu lagi. Damian hanya menggeleng. Dia termangu. Tidak tahu bagaiman harus dia bertemu dengan gadis itu.
" Sufian.. " dicapai kunci kereta lalu menuju ke kampus pemuda itu namun hampa. Dikhabarkan mereka sedang bercuti semester.
" mana kau pergi perempuan" tempiknya dalam kereta.

"chubby... rindunya ngah dekat chubby.. " Dipeluk anak kecil itu erat.
" bulatnya.. dah berapa kilo dah dia ni kak lia. " dengar dari nadanya memaksa dirinya mengangkat anak kecil yang tembam itu. Sufian mentertawakan kakaknya
" berat tau tak.. " ujarnya. Sufian masih tertawa.
" dah 9 kilo lebih dah.. jenuh pikul" canda Lia.
" angah dengan ucu cuti berapa hari.. rajin datang sampai melaka" ujar Lia.
" kami rindu chubby..kan chubby.. chubby rindu ucu tak.. " Sufian mencium pipi gebu itu berkali kali. Sumayyah mencubit adiknya apabila melihat anak kecil itu menangis akibat digomol pemuda itu
" angah cuti seminggu deepavali kan.. ucu dua minggu baru habis exam.. tapi kami datang tiga hari je sebab kami nak balik kampung jengok ibu.. kak lia tahu kan ayah dengan ibu..." Sumayyah mematikan kata katanya
" tahu.. ayah ada call.. terkejut kak lia.. kesian ibu" ujar gadis itu
" tapi tu lah..semuanya Allah dah tentukan" sampuk Sufian. Kedua gadis itu merenung tajam ke arahnya
"amboi bab nikah takdir.. tapi bab nak adil bab perasaan lantak kau" seloroh Sumayyah.. tawa mereka berderai.
" angah...ucu.. terima kasih tau sebab bagi faraid bahagian korang dekat kak lia dengan chubby.. ayah pun bagi dekat kami" airmata gadis itu mula bertakung
" tak pe lah kak.. itu hak kak lia dengan chubby.. tak sampai hati kami nak guna.. kak lia yang hidup susah senang dengan along.. bukan kami.. tapi kalau ada apa apa bagitahu angah.. InsyaAllah angah tolong." Lia memeluk erat adik iparnya. Tangisnya memecah membasahi bahu gadis itu.

Damian gusar. Dia sudah mati akal. Dia tidak tahu akan keberadaan gadis itu. Hampir setiap hari dia ke rumah itu.. siang dan malam namun tiada penghuni.
" aku dapat kau.. nahas aku kerjakan kau Sumayyah" marahnya didalam hati. Telefonnya berdering. Panggilan dari Zaim diterimanya.
" ok.. aku sampai kejap lagi" Ujarnya lalu memandu ke tempat yang dijanjikan. Dia berjalam ke pantai. Suasana bingar dengan sorakkan dari pengunjung lain. Persembahan api yang dimainkan oleh anak anak muda mendapat perhatian ramai.
" Wei. kau pe hal.. balik tak bagi tahu.." sapa Zaim
" aku balik mengejut.. kalau tak aku balik lagi empat hari.. tapi dah bengkel buat hal" alasannya
" bengkel ke Sumayyah" teka Zaim.
" itu pun satu.. kau tahu dia pergi mana" soalnya
" mana aku tahu.. aku bukannya tuan dia.. kaukan tuan dia" perli Zaim. Damian merenungnya tajam. Geramnya sejak pulang belum lagi reda ditambah pula sakit hatinya.
" sebab aku tuan dia lah yang aku geram sangat ni.. aku tak tahu dia pergi mana.. rumah takde.. tadika cuti.. kata dia masuk wad sebab demam.. hospital mana pun aku tak tahu" ceritanya
" dia masuk hospital.. bila.. pasal apa" Zaim risau
" masuk tu aku tak tahu bila tapi sebab demam panas" ujarnya. Zaim meneguk minuman dihadapannya.
" ok sekarang kita stop fikir pasal Sumayyah.. kita enjoy dulu beb.. " ajak Zaim
" aku nak soda je tak nak liqour.. " Zaim tersentak dengan permintaan pemuda itu. Setahunya pemuda yang tinggi lampai itu tidak pernah menolak arak waima sekali pun tapi kali ini di berubah. Apakah Sumayyah puncanya. Damian terkejut apabila dia dipeluk dari belakang.
" sayang... Sha rindu" leher pemuda itu dikucup manja. Damian menepis lalu berdiri dari duduknya
" kau ajak dia ke" marah Damian
" tak.. mana aku tahu dia ada dekat sini" Dahi Zaim berkerut
" Sha outing dengan kawan kawan Sha.. tu..." Ditinjukkan sekumpulan gadis yang sedang bergembira di hujung sana. Damian diam.
" Sha nak duduk sini boleh" soal Fasha. Damian bangun dan merubah duduknya. Fasha kecewa.
" sejak bila kawan kau minum coke" soal Fasha. Zaim hanya menjungkitkan bahunya.
" Sayang..one shot.. two line.. double game" ajak gadis itu
" woooohooo... gile.. five per line" sampuk Zaim.
" ok.. sayang macam mana" ajak gadis itu lagi.
" sorry aku tak rasa nak minum" tolak Damian. Fasha tidak berpuas hati.
" ok.. macam ni.. kita betting.. sapa menang dia boleh buat permintaan. " pujuk gadis itu.
" kalau ku menang.. aku nak korang paid for me.. " pinta Zaim
" kalau Sha menang.. kita keluar date untuk seminggu..ok sayang.. " pinta Fasha
" korang main la aku tak nak" Damian mahu beredar.
" ok.. kalau Sha menang.. Zaim aku nak kau selesaikan Sumayyah untuk aku" nada Fasha tinggi seoktaf. Damian berhenti. Dia meluru ke arah gadis itu lalu mencekak leher gadis itu.
" kau jangan berani sentuh dia.. kalau tak nahas kau aku kerjakan" ugut Damian.
" apa kau nak buat dekat aku.. kau selangkh ke belakang Damian.. Aku sudah melangkah kehadapan terlebih dahulu" ujar Fasha menahan sakit. Zaim cuba meleraikan.
" dah la korang ni.. aku nak chil chill.. birthday aku kot" Ujar Zaim
" aku beri amaran dekat kau.. jangan kau sentuh dia.. gugur seurat rambut dari tubuh dia sebab kau.. nahas kau aku kerjakan" ugut Damian lagi
" aku peduli apa" sinis Fasha.
" kau kena peduli.. sebab dia aku punya dan bakal ibu kepada anak anak kau.. kau faham" wajah garang Damian menggerunkan. Zaim membiarkan pemuda itu beredar. Tidak berani dia menahan lagi.
" dia nak kawin dengan betina tu ke.. " Soal Fasha sambil melurut lehernya yang sakit.
" mana aku tahu.. kau pun pegi jentik nama Su tu pasal apa.. kan dah mendapat" Tegur Zaim. Kecewanya dia sambutan harijadinya menjadi pergelutan antara mereka.

Sumayyah menikmati keindahan negeri Melaka dengan tenang. Telefonnya sengaja dimatikan kerana tidak mahu ada gangguan dari sesiapa. Andainya ada urusan keluarga mereka pasti akan menelefon Sufian.
" Seronoknya boleh holiday macam ni.. " selorohnya
" sambung la lagi" pujuk Lia
" tak boleh kak.. kamu dah book tiket bas.. " ujarnya
" kau la angah.. ucu dah kata kita datang sini dulu baru book tiket bas.. tengok kan dah tak puas" rungut Sufian
" hei ngok.. ni public holiday tau.. tiket kita tu pun nasib baik je.. kalau tak jangan harap.. " tegurnys
" bas pukul 12 malam pula tu.. kalau tengahari ke ok gak.. ni malam ni.. haaaaaaa... chubby.. ucu dah nak balikkk " rengek Sufian. Sumayyah menepuk dahinya melihat gelagat adiknya yang gila gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience